HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Friday, December 11, 2015

Tips Menangani Serangan Jantung

Bismillah.

This message is written by a cardiologist. So, I just copy and paste as reminder for me and information for you all to keep in mind. Always.

I've changed a few shortforms into full. Let's read.

Minta maaf. Untuk info penting yang melibatkan nyawa. Berilah 2 minit anda untuk membaca tips penting ini yang diterjemah dari text asal berkenaan dengan BAGAIMANA NAK MENANGANI SERANGAN JANTUNG KETIKA BERSEORANGAN:-

1. Katakanlah kita bertolak balik ke rumah pada jam 7:25 mlm berseorangan setelah seharian bekerja mencari rezeki.
2. Pada ketika itu anda berasa amat letih, gundah gulana dan kecewa.
3. Tiba-tiba anda merasa sakit yang amat sangat di dada membawa ke tangan dan rahang anda. Perjalanan terdekat ke klinik/hospital lebih kurang 5km dari rumah anda.
4. Malangnya anda tidak yakin mampu bertahan sejauh itu.
5. Anda telah dilatih ilmu CPR tetapi tidak dilatih untuk kegunaan ke atas diri anda.

6. CARA MENYELAMATKAN DIRI DARI SERANGAN JANTUNG KETIKA BERSAORANGAN.
Memandangkan kebanyakan mereka yang diserang serangan jantung tanpa menerima sebarang bantuan dan mula nak pengsan mempunyai hanya 10 saat sebelum pengsan.
7. Walaubagaimanapun mangsa boleh membantu diri dengan batuk sekuat mungkin. Setiap kali batuk hendaklah diselangselikan dengan menarik nafas panjang. Batuk tersebut hendaklah mendalam dan berpanjangan sehingga terasa di dada.
8. Bernafas panjang dan dalam dan batuk hendaklah diulang setiap 2 saat sehingga bantuan tiba atau sehingga terasa dapat bernafas seperti sediakala. Bernafas panjang akan membantu memasukkan oksigen ke dalam jantung dan batuk mendalam membantu mengepam jantung dan memulihkan perjalanan darah. Ia juga membantu mengembalikan degupan jantung seperti sediakala. Ini membolehkan mangsa tiba ke hospital.
9. Sebarkan seluas-luasnya tips ini. InshaAllah ia akan dapat membantu menyelamatkan nyawa.
10. Pakar jantung menyarankan setiap orang yang menerima tips ini , hantarkanlah kepada sekurang-kurangnya 10 orang, saya akan akan dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya 1 nyawa.
11. Daripada menghantar bahan yang tak berfaedah adalah lebih baik menghantar tips yang akan dapat menyelamatkan nyawa ini.
12. Sekiranya tips ini sampai semula kepada kita....lebih dari sekali...jangan marah....sebab anda mempunyai ramai kawan yang prihatin dan sentiasa mengingatkan sesama kita bagaimana nak mengatasi SERANGAN JANTUNG.

Dari:
Dr. N Siva
(Senior Cardiologist)

p/s : Good job Dr. Siva. Semoga rakyat Malaysia hidup dengan lebih tenang tanpa terkena serangan jantung.

XOXO,
sheayang
 

Thursday, December 10, 2015

Tips Jaga Kesihatan Buah Pinggang

Bismillah.

Penyakit kerosakan buah pinggang atau kidney failure sudah menjadi tidak asing lagi untuk rakyat Malaysia. Dulu kita selalu dengar kencing manis, darah tinggi, kolesterol, lelah dan lain2 lagi. Tetapi sekarang ni penyakit kidney failure boleh dimasukkan dalam senarai ini. Malaysia merupakan negara TERTINGGI DIDUNIA yang mempunyai pesakit buah pinggang akibat kencing manis (Diabetic Nephropathy). Akibatnya berlumba-lumbalah syarikat-syarikat pengeluar mesin dialysis dan segala barangan disposable dialysis yang berkaitan untuk datang 'melabur' di Malaysia sebab pulangannya amat lumayan. 

Rakyat Malaysia dianggap sebagai 'lubuk' untuk pelaburan yang sangat menguntungkan ini.

Persoalan di sini.......
Kenapa orang Malaysia, buah pinggangnya sangat terdedah @ 'vulnerable' untuk dapat sakit buah pinggang ?

Saya telah berkecimpung dalam bidang dialysis ini sudah hampir 8 tahun. Selama 8 tahun saya mencari jawapan untuk persoalan ini.....dan akhirnya saya rasa saya dah dapat jawapan untuk soalan ini.

Jawapan nya .......PEMAKANAN RAKYAT MALAYSIA.

Ya .....pemakanan.....kita terlalu bebankan buah pinggang kita dengan makanan yang terlalu banyak sumber 'animal protein'. Setiap hari kita makan 3 kali sehari ....dan setiap menu makan kita MESTI ada AYAM, DAGING, TELUR dan IKAN.

Akibat daripada tiga hidangan 'animal protein' setiap hari menyebabkan kidney kita akhirnya 'malas' nak kerja kerana bertahun2 dibebankan dengan kerja kuat dan akhirnya telinga ini terpaksa dengar dari doktor satu ayat yang sangat ditakuti oleh kita semua iaitu..."buah pinggang Encik dah rosak dan kena buat rawatan cuci buah pinggang 3 kali seminggu selama 4 jam setiap kali SEPANJANG HAYAT".

Hancur remuk hati ini apabila dengar pernyataan macam ini dari doktor dan tersenyum lebarlah syarikat-syarikat pembuat mesin dan segala peralatan dialysis.

Pesakit kencing manis perlu buat 2 perkara utk elak jadi 'bahan pulangan' untuk pelaburan syarikat asing ini iaitu :-
1. Kawal kadar gula dalam darah mereka
2. Kawal pengambilan protein haiwan.

Cakap memang senang ....tapi bagaimana caranya .....

Secara ringkasnya :-
Kawal paras gula dengan :
1. Sarapan dengan bubur talbinah (sejenis bubur barli)
1. Tukar beras putih kepada beras perang.
2. Tukar gula putih kepada 'coconut sugar'. 'Coconut sugar' DIJAMIN TIDAK AKAN TINGKAT PARAS GULA.

Kurangkan beban kidney dengan :
1.  BERHENTI MAKAN AYAM, DAGING DAN IKAN (kalau boleh). Tukar sumber protein anda kepada protein sayuran. Anda dijamin tidak akan kekurangan protein dalam badan.
2. Jangan sesekali minum air sejuk pagi2 dengan perut kosong kerana ini terbukti boleh merosakkan kidney. Amalkan cara Nabi Muhammad minum air di waktu pagi.
3. Bekam atau cupping therapy atau Hijama dlm bahasa Arab (yang majoriti orang anggap sebagai kolot) di titik2 tertentu di badan boleh kurang paras CREATININE. Beberapa pesakit saya berjaya kurangkan paras CREATININE mereka yang hampir 500 micromol kepada 150 micromol dengan hanya berbekam.

Untuk maklumat dan penerangan lanjut bagaimana untuk kawal paras gula dan bagaimana untuk elak diri dari jadi pesakit dialysis, whatsapp saya di 0123921976 (Dr Amin).

Wassalam.
Dr Hj Noorul Amin Hj Abd Rahman
Pengarah Urusan
Primum Medicare Centre
Pusat Dialysis Ibnu Sina

Sila SHARE post ini sekiranya ia bermanfaat. Mungkin anda tidak mengidap kencing manis atau sakit kidney, tapi dengan share message ini mungkin ia akan sampai kepada teman anda yang ibubapa @ saudara tersayang mereka adalah pengidap penyakit tersebut.Sama-sama kita selamatkan ratusan ribu rakyat Malaysia dari menjadi 'bahan pulangan pelaburan syarikat asing'.

Saya hanya share ye. Bukan saya yang doktor. Hehehe. Jangan ada yang salah anggap pula nanti. Semoga kita bersama ke arah warga Malaysia yang lebih sihat dan produktif. Sekian.

XOXO,
sheayang 

Wednesday, December 9, 2015

Pilihan Anda - Tingkatan 6, Matrikulasi atau IPTA?

Bismillah.

Hari ni saya nak share sesuatu. Sesuai untuk bacaan adik-adik yang baru lepas ambil SPM/STPM/STAM/SPMV. Ada lagikah SPMV? Tak pasti.

Okay. Ada seorang Prof yang forwardkan entry dari seorang blogger ni ke group WhatsApp. Jadi saya rasa bermanfaat apa yang cuba disampaikan.

Apa perbezaan kemasukan ke Program Matrikulasi, Asasi, Diploma dan Tingkatan Enam? Harap adik2 yg bakal mengambil keputusan SPM nanti dpt membuat pilihan yg tepat.

Berikut adalah perbezaan masuk matrikulasi, IPTA, dan Tingkatan 6 KPM. Bagi calon lepasan SPM yang sedang menunggu atau ingin mengambil keputusan menyambung pelajaran, dibawah adalah perbezaan antara ketiga-tiga institusi milik kerajaan yang paling digemari ramai.

Kelebihan Tingkatan 6
Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, di antaranya adalah;
* Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.
* Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.
* Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja. Kalau dapat 3.00 ke atas tu kira ok.Pointer nak masuk universiti guna STPM ni tak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti. Orang cakap sebelah kaki kat U kalau masuk form 6 ni. Itu sebab subjeknya walaupun ambil 4 atau 5 subjek bebannya lagi susah kerana perlu belajar sangat mendalam dalam setiap subjek malah ada budak matrikulasi pun belum tentu dapat skor bila jawab soalan STPM ni.
* Setiap sujbek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian bergantung ikut subjek.

Matrikulasi KPM
* Program Matrikulasi KPM terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun dan mempunyai 4 jurusan iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal, Perakaunan dan Teknikal
* Jurusan Teknikal baru diperkenal pada tahun ini. Sukatan pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka kerana hanya dibahagikan kepada empat jurusan umum ini.
* Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah cuma RM 220 untuk jurusan Sains dan Teknikal dan RM 212 untuk jurusan Perakaunan. Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semester.
* Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah. Mereka yang mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati. Mereka yang sederhana pula ada kemungkinan akan mendapat program pengajian yang tidak diminati atau biasa disebut ‘dilelong’.

Asasi IPTA
* Program Asasi pula dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua tahun. Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.
* Umpamanya Universiti Malaya (UM) mempunyai 7 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Alam Bina, Asasi Pendidikan Islam, Asasi Syariah, Asasi Usuluddin dan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains. Manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai 15 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Sains Kesihatan Bersekutu, Asasi Kejururawatan, Asasi Farmasi, Asasi Pergigian, Asasi Perubatan, Asasi Sains Kemanusian, Asasi Bahasa Inggeris, Asasi Bahasa Arab, Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan, Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer dan Asasi Undang-Undang.
* Di samping itu universiti lain yang mempunyai program asasi adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
* Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Walaupun begitu para pelajar asasi akan ditawarkan pembiayaan wang saku sebanyak RM 1,000 satu semester, yuran pengajian sebanyak RM 350 satu semester dan yuran penginapan sebanyak RM 300 satu semester.
* Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka. Manakala lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Diploma IPTA
* Program Diploma pula diurus dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti. Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa selama 3 tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Ini bermakna apabila pelajar berkenaan mengikuti program pengajian diploma mereka telah boleh merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.
* Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.
* Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.
* Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Sumber: Perbezaan Masuk Matrikulasi, IPTA, Dan Tingkatan 6 KPM | melvister.com

Terima kasih. Sekian.

p/s : Buatlah pilihan yang bijak. Anda mampu mengubahnya. Kikiki...

XOXO,
sheayang

Tuesday, December 8, 2015

Zikir Ibu Menyusu

Bismillah.

Apa khabar semua?

Hari ni saya gembira sangat. Kenapa? Tak apa lah. Biar saya dan Allah je yang tahu. Hehehe. Semalam saya baru dapat pil yang saya order. Pil tu tujuannya untuk menyihatkan sisi kewanitaan. Tapi bila saya diberitahu oleh si penjual yang pil ini boleh menambahkan susu ibu, rasa bersyukur sangat. Mungkin pilihan saya untuk membeli pil ini secara tak langsung dapat beri kebaikan pada si anak juga. Pil apa? Biarlah menjadi rahsia dulu. Kalau benar-benar berkesan, saya akan bagitau. Jangan marah, okay?

Meh saya nak share zikir untuk ibu-ibu awesome yang menyusukan bayi mereka. ;)



Cuba tau, jangan tak cuba. Yang belum bergelar ibu tu,  boleh je amalkan Asmaul Husna secara keseluruhannya. Mudah-mudahan bermanfaat.

Sekian.

XOXO,
sheayang

Monday, December 7, 2015

Kesedihan Berganda Kuasa Tiga

Bismillah.

Hurm. Sebenarnya masih bersedih. Perkhabaran sedih silih berganti. Apapun ayuh kita sedekahkan AL-FATIHAH untuk insan² yang kita sayang.


Amiinn. Ya Rab.

End of November hari tu kita dikejutkan dengan pemergian pelawak negara. Sumpah tak sangka. Walaupun aku takde la minat sangat kat dia namun tetap sentap jap bila dapat tahu berita ni. Bila aku tengok balik video² arwah Pak Yus, kesedihan tu muncul. Betapa dia benar seorang penghibur. Viral here and there tentang kebaikan arwah. Alhamdulillah. Dia pergi dalam keadaan tenang dan masih ramai orang sayangkan dia.


Belum reda kesedihan mengenang arwah Pak Yus, seniwati negara Mariani pula pergi menghadap Ilahi. Khabarnya penyakit kanser usus menjadi punca. Wallahualam. Kali terakhir aku tengok dia di kaca tv seakan tak percaya bahawa itu dia. Kelihatan seperti menahan kesakitan. :'(


Sabtu lepas, sekali lagi terkejut. Tunku Laksamana Johor, Almarhum Tunku Abdul Jalil turut pergi meninggalkan dunia fana ini. Di kala umurnya yang baru menginjak ke 25 tahun, kehilangannya menyedarkan kita yang umur ini bukan penentu ajal. Ketabahan beliau melawan penyakitnya tu amat aku kagumi.


Tapi nyata Allah lebih sayangkan orang-orang baik seperti mereka.

Giliran kita pasti akan tiba cuma masanya tak tau bila.
Sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah buat mereka. Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang² yang beriman dan berada dalam lindunganNya. Amiinn...


XOXO,
sheayang

Wednesday, November 25, 2015

Superhero Then, Now & Forever

Bismillah.

Semalam hari jadi Abah yang ke-62.

Alhamdulillah. Masih diberi kesihatan yang baik oleh Allah.


Pagi-pagi lagi Mak dah WhatsApp tanya dah wish birthday kat Abah ke belum. Punya la concern kat laki sendiri. Nasib baik tak dimesejnya menantu-menantu sekalian. See? Leadership Mak dah nampak kat situ. Maklumlah anak sulung. Eh, cerita Mak ke cerita Abah ni?

Aku bagitau Mak, aku akan call Abah petang probably lepas kerja. So, Mak pun senyap.

Tup-tup En. Husband send WhatApp seperti di bawah. Sila klik for larger view.




Tiba-tiba jadi teringat. Tiba-tiba jadi sedih. Tiba-tiba sendu datang. 

Rindu Abah.

Beberapa hari sebelum birthday Abah, aku tengah masak kat dapur dan dengar jiran (pangkat datuk) tengah pujuk cucu dia yang menangis. Tak semena-mena air mata menitik teringat Abah. Tapi tak call sebab ....

Masa aku kecik, agak spoil la gak menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sebab aku dapat adik lambat. Umur 8 tahun baru dapat adik. Huhuhu.

Yang melayan karenah aku of course la Abah. Abah sediakan mandian air panas untuk aku tiap pagi sebelum pergi sekolah. Tapi aku tak ingat bila aku start mandi air sejuk. 

Kat dalam taman tu kira mainan aku paling advance. Abah pernah belikan komputer untuk budak-budak tu. Yang aku ingat, komputer tu sebut 'Insert card, insert card'. Siapa ada komputer yang sama, sep sikit! 

Dari sekolah rendah sampai sekolah menengah, aku pergi sekolah naik motor dengan Abah. Time ambil report card, Abah yang akan datang WITHOUT FAIL. Sungguh aku kagum dengan Abah. That is why I always want to best the best for them, Abah & Mak. Tapi malangnya SPM hancur. Okay. Tutup cerita.

Bila time PMR, Abah tanya nak hadiah apa dan of course aku tak tau nak jawab apa. Dia offer RM50 for each A. Bila result keluar, Abah gave me RM350 as promised. Dan sampai sekarang aku tertanya-tanya mana pergi duit tu aku belanjakan. :'(

Aku tak pasti Abah pernah jadi power ranger untuk aku dulu tak, tapi yang pasti Abah pernah jadi P.Ramlee, Sudin & Ajis untuk aku. Enuff said! Menurut sumber, aku pasti akan tergelak terkekek-kekek bila Abah nyanyi lagu bujang lapuk. What a nice memory to remember.

Aku ingat lagi masa dekat kolej aku termimpi Abah meninggal. Bangun-bangun tidur je aku terus call Angah sambil menangis-nangis. Angah comfort me dengan kata 'thats mean Abah akan panjang umur'. InshaAllah.

Abah,
I know I never confess to you
That I love you
But deep inside my heart
No matter how I hate you (when I was a teen)
I actually love you
Appreciate you
Adore you

From the day I was born
Until I get married
And get a grandchild for you
All I want to say is
Thank you for raise me up
With love 

Always be my SUPERHERO
Then, Now & Forever

Thanks Abah.

Okay. I want to go to toilet to nangis puas-puas. Tata.

XOXO,
sheayang

Thursday, November 19, 2015

Pertanyaan 7 Wanita

Bismillah.

Sekumpulan wanita sedang berhimpun berbincang tentang pelbagai permasalahan. Secara tanpa disedari, timbul persoalan dari setiap wanita itu mengenai kekurangan pada wanita yang dirasakan sukar dan tidak adil. Setiap dari seorang mereka menyuarakan persoalan masing-masing.

 Keluhan wanita pertama:
"Aduh, situ tutup, sini tutup, semua nak kena tutup. Susah la camni. Apasal laelaki mudah saja? Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya kiri kanan atas bawah depan belakang."
 Keluhan wanita kedua:
"Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami pulak? Padahal suami nak keluar ke mana-mana pun, tak bagitau kami takpe pulak."
 Keluhan wanita ketiga:
"Jika kita ikut faraid (pembahagian harta pusaka mengikut Islam), ikut surah al-Nisa dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sikit rasanya berbanding harta yang anak lelaki dapat. Itukah keadilan?"

 Keluhan wanita keempat:
"Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak? Suami kita senang saja, masa buat anak cari kita. Masa nak beranak, kita yang tanggung sendiri!"

 Keluhan wanita kelima:
"Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami kita, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?"

 Keluhan wanita keenam:
"Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak boleh ceraikan suaminya? Kenapa?"

 Keluhan wanita ketujuh:
"Wanita tak boleh nak beribadat macam lelaki, sebab ada haid dan nifas, tak boleh nak solat dan puasa. Ingat kita perempuan ni suka ke tak solat dan puasa? Dahlah lepas tu kena ganti pulak."
Kemudian datanglah seorang lelaki kepada mereka lalu bertanya, mengapa mereka mengomel tentang kejadian wanita dan kekurangan-kekurangan tersebut. Setelah disoal dengan soalan-soalan di atas, lelaki itu lantas memandang setiap wanita itu sambil tersenyum, seraya menjawab setiap satu daripadanya.
Pada wanita pertama, lelaki itu menjawab:
"Cik adik, Islam-lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang paling aman dan terbaik, kan? Emas dan permata pun tak sanggup kita nak letak terdedah di tepi laluan lalu lalang, sebaliknya kita simpan di rumah atau dalam peti selamat kan? Jika anda letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut, tapi anda? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan!! Mahalnya harga anda untuk seorang lelaki."
Pada wanita kedua, lelaki itu menjawab:
"Memang, isteri perlu taat pada suami. Tapi, bagaimana pula lelaki? Seorang suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri pula tidak perlu lagi. Taatnya hanya pada suami. Kenapa anda perlu taat pada suami? Kerana suami andalah yang bertanggungjawab memberi anda didikan agama,nafkah zahir dan batin".
Pada wanita ketiga, lelaki itu menjawab:
"Benar wanita menerima warisan pusaka sedikit berbanding lelaki, tetapi harta itu menjadi hak mutlak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Tak perlu dikongsi dengan sesiapa walaupun suami. Lelaki pula, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasalah dia."
Pada wanita keempat, lelaki itu menjawab:
"Tahniah dan terima kasih kepada wanita kerana dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali anda begitu, anda akan didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat. Subhanallah,beruntungnya anda!! Andaikan anda meninggal pula masa beranak tu, percayalah, itu mati syahid dan ganjarannya syurga!!"
Pada wanita kelima, lelaki itu menjawab:
"Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab ke atas empat orang wanita. Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu apa maksudnya? Maknanya, anda nanti di akhirat akan dibantu oleh empat lelaki. Siapa mereka? Mereka ialah suami anda, ayah anda, anak lelaki anda dan adik lelaki/abang anda."

Pada wanita keenam, lelaki itu menjawab:
"Nak beribadat macam lelaki beribadat? Agaknya kenapa Rasulullah SAW lebih suka wanita beribadat di rumah saja berbanding di masjid? Kami lelaki perlu beribadat siang malam untuk mendapat syurga. Anda sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang anda sukai, tanpa perlu susah payah. Ya, dah lah syurga, ada pilihan pula, hanya dengan empat cara. Solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan taat pada suami anda. Itu saja."
 
Pada wanita ketujuh, lelaki itu menjawab:
"Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Anda, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka anda akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Itu janji Allah pada kamu."
 
Kemudian lelaki itu bertanya mereka pula:

"Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?"
 
Wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata, "Masya'Allah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!"
 
Allah yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Mengetahui pada manusia, sehingga segala hukum-Nya, malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
 
"Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu; Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah al-Baqarah, ayat 216)
 
XOXO,
sheayang

Wednesday, November 18, 2015

Mandian Untuk Tambahkan Selera Makan Anak


Bismillah.

Ingatkan blog dah berubah wajah, semangat makin cemerlang. Tup tup makin suram je blog hakak. Sedih.

Tapi hakikatnya hakak gembira dan bahagia, sebab lebih banyak masa untuk keluarga dan rumahtangga. Alhamdulillah.

Ni pun anak dah tidur baru start menaip. 

Hakak kecewa sebenarnya lepas dari check up Maryam 3hb yang lepas. Berat dari 9.2kg boleh turun mendadak ke 8.6kg. Rasa nak mangis depan nurse. Yang belum ada anak mungkin tak faham. Jadi hakak nak hashtag #mohonjangankecam. Kikiki.

Nurse bebel(baca:nasihat) boleh tahan panjang dan hakak teliti satu persatu ayat dia supaya masuk ke telinga dan hadam dalam kepala hotak.

Oleh itu, hakak gagahkan jugak diri untuk meng'search' info berguna yang pernah dikongsi oleh para mommies.

Sekian lama tidak ke udara, hakak nak share sikit tips ni. Namun hakak sendiri belum mencubanya. Sesiapa yang rajin mencuba, sila bikin try and error, and share the result.

Maafkan hakak terpaksa sembunyikan nama. Sumber: FB

Tips ni khusus untuk para ibu yang ada anak susah nak makan. Umur yang applicable tu hakak tak pasti dari atau hingga umur berapa. Tapi kalau ada anak umur 18 tahun yang liat makan tu, mohon simbah dengan air longkang je. Haaaa. Marah marah! Gurau je kak non.

Caranya ramaskan daun kucai dengan sedikit air sampai keluar lendir. Lepastu campurkan dalam air mandian anak. Sukatan daun tu ikut suka la. Tapi jangan banyak sangat, jangan sikit benor. Instinct seorang ibu adalah baik untuk anaknya. So just follow instinct anda sahaja. Kalau tak berjaya, cuba dan cuba lagi. Mommies kan tak kenal erti kalah. You go mommies. Eh!

Tak ku sangka daun kucai tu hebat khasiatnya. Kuasa Allah, kan. Semua mampu terjadi dengan izinNya. Hakak ni tak tau bila nak start mamdikan Maryam dengan daun kucai tu. 

Kalau ada tips lagi, mohon kongsi dengan hakak. Kita sama kongsi ilmu, sama-sama ke syurga Jannah, inshaAllah.

Sekian.

XOXO,
sheayang

Monday, November 2, 2015

Lubang Hidung Ada Dua

Bismillah.


 Siapa tahu kenapa lubang hidung ada dua? Cuba jawab. Hehehe.


MENGAPA LUBANG HIDUNG ADA DUA..?
  • Kita memiliki hidung berlubang disebelah  kiri dan kanan, apakah fungsinya sama?
  • Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya; sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan yg kiri mewakili bulan (mengeluarkan sejuk).
  • Jika SAKIT KEPALA, cubalah MENUTUP Lubang hidung sebelah kanan, bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh.
  • Jika merasa LELAH/PENAT, lakukan sebaliknya. Tutup lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Tak lama kemudian, Anda akan merasakan segar kembali.
  • Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya MUDAH sekali sejuk. Lelaki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga CEPAT sekali marah.
  • Apakah anda memperhatikan pada saat bangun, lubang hidung mana yang bernafas lebih cepat? Sebelah kiri atau kanan?
  • Jika lubang hidung kiri bernafas lebih cepat, anda akan merasa sangat lelah. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, Anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
  • Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi efeknya akan lebih baik diterapkan kepada orang dewasa.
  • Pada suatu malam, saya duduk menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri. Dalam kurang dari satu minggu, sakit kepala saya sembuh. Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang, sakit kepala saya tidak kembali lagi.
  • Luar biasa, sungguh sempurnanya pengaturan ciptaan Allâh.
Silakan  di-share untuk teman, sahabat, keluarga, dll. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

XOXO,
sheayang

Thursday, October 22, 2015

Tips Mengurangkan Gejala Gedik Anak Perempuan

Bismillah.

Ini perkongsian dari FB untuk kita sama-sama kongsi dan renungkan. I am a mother to a daughter and of course I am worried much dengan gejala gedik ni. Next entry kalau berkesempatan, saya akan kupas sikit isu ni. Untuk kali ni, kita baca je.

GEDIK adalah istilah terkini yang merujuk kepada aksi anak gadis yang menunjukkan gelagat yang agak 'menggatal' pada bahasa pasarnya. Ia menggambarkan naluri keinginan seorang anak gadis yang agak berlebih-lebihan untuk menarik perhatian lelaki.

Ekoran dari paparan isu tentang gejala zina atau seks bebas dan buang bayi kelmarin, maka ramai ibubapa yang tampil merujuk, khususnya tentang kebimbangan ibubapa terhadap anak gadis mereka yang kelihatan gedik.

Sebenarnya ramai juga sebelum ini kalangan ibubapa yang meminta kami kongsikan beberapa tips untuk mencegah atau mematikan budaya ini di kalangan anak gadis mereka. Kini kami rasa sudah sampai masanya untuk kami kongsikan. Namun kami tidak mengharapkan perkongsian ini boleh diterima bulat-bulat oleh kebanyakan ibubapa kerana ada yang melibatkan konflik dengan minat dan nafsu ibubapa itu sendiri.


PERANAN BAPA
Untuk mengelakkan kerakusan naluri seorang gadis terhadap lelaki, ia memerlukan satu konsep 'imuniti' dari lelaki juga. Peranan ini harus dimainkan oleh bapa kandungnya sendiri sejak anak itu kecil lagi. Antaranya ialah dengan membanyakkan 'body contact' seperti dakapan dan kucupan bapa terhadap anak itu sejak kecil.

Bau hormon lelaki yang bersifat melindungi dari dakapan dan ciuman kasih seorang bapa yang diamalkan sejak kecil itu boleh mematikan atau 'mendidik nafsu' anak terhadap lelaki. Ia mampu memberikan satu pendidikan kepada anak gadis untuk membezakan tahap keikhlasan dan kekejaman seorang lelaki.

Pada masa yang sama amalan yang diamalkan sejak kecil ini juga berkesan untuk mengelakkan fenomena haruan makan anak. Sang bapa juga akan semakin kasih dan bersikap melindungi anak gadisnya apabila ia diamalkan sejak kecil secara istiqomah. Ibarat manusia yang memelihara haiwan kesayangan yang boleh dimakan seperti arnab, kuda, ayam, burung dan sebagainya. Biasanya kita tidak akan lalu memakan daging haiwan kesayangan itu apabila disembelih dan dimasak.

Anak gadis yang sudah rapat dengan bapa juga akan lebih matang dan bijak menilai kualiti seorang lelaki dan tidak jadi rakus untuk menerima sebarang lelaki sewenang-wenangnya. Si bapa pula akan jadi pakar rujuk untuk membantu anak gadisnya menilai lelaki yang baik untuknya. InsyaAllah anak ini akan terlindung melalui bantuan furqon dan perlindungan dari ayahnya atau melalui suami yang baik yang berjaya di pilihnya.


LATIH ANAK GADIS DENGAN SIFAT MALU SEJAK KECIL
Salah satu daripada usaha ke arah ini ialah dengan mengenakan pakaian yang sopan termasuk bertudung mengikut kehendak Allah sejak mereka kecil lagi. Amalan ini akan menjadikan anak kita mengamalkan sesuatu yang betul sejak kecil. Oleh itu jika kita tidak pasti bilakah saat nafsu anak kita terhadap lelaki akan terbit, maka mulakan sahaja sejak kecil.

Masalah besar yang menyukarkan anak gadis kita untuk mengubah penampilan dengan bertudung dan berpakaian yang syariah compliance hari ini ialah kerana mereka tidak dibiasakan sejak kecil. Mereka akan merasa teragak-agak dan keberatan untuk mengubah penampilan baru mengikut kehendak Allah kerana sudah terbiasa dengan amalan mendedahkan aurat dan gedik.

Seterusnya didik anak gadis kita agar tidak terlalu bebas bercampur dengan lelaki sejak kecil lagi, iaitu di peringkat pra-sekolah lagi. Bukan tidak boleh bercampur langsung, tetapi ajar mereka adab sopan sejak kecil agar mereka tahu membataskan diri mereka mana yang wajar dan sebaliknya. Jangan izinkan anak kita duduk terkangkang, terlompat-lompat, ketawa mengilai-ngilai, terjerit-jerit, dan lain-lain aksi kasar di hadapan bukan muhrim mereka.

Hari ini ibubapa tidak langsung memerhatikan semua perkara kecil sebegini. Malah ramai ibubapa yang dengan bangga membelikan pakaian yang ketat atau singkat untuk anak mereka. Maaf cakap kadangkala sengaja diajar anak gadis mereka menyanyi dan menari dengan lenggok yang sangat mengiurkan.

Kajian kami menunjukkan kita tidak perlu membiarkan anak kita dilihat beraksi begitu di depan lelaki buaya di luar sana. Cukup dengan bapa tiri, abang kandung, sepupu, bapa saudara, rakan sebaya yang berada di kejiranan yang biasa juga boleh terangsang untuk terbit keinginan memperkosa mereka. Jika anak gadis kita boleh dibiarkan berpakaian dan beraksi begitu, itu tanda kita dan anak kita berada pada tahap jahil. Pastinya golongan lelaki yang melihat mereka juga sejahil itu kerana kita berada pada zaman yang sama.


KESIMPULAN
Banyak sekali kes perkosaan di usia muda. Sedihnya ramai ibu bapa yang tidak tahu kerana ia tidak banyak tandanya. Anak itu tidak hamil kerana belum sempurna fungsi peranakannya tetapi sudah di barai sejak kecil.

Sebahagian dari musibah ini disebabkan kegilaan lelaki syaitan bertopengkan manusia dan tiada kaitan langsung dengan kehendak anak itu. Tetapi tidak salah jika kita mengambil langkah berjaga-jaga, mengikut petunjuk dan kehendak Allah sejak mula. Jangan sampai terjadi anak gadis kita di perkosa depan belakang, lalu dibunuh dengan kejam selepas ‘kerja’ syaitan ini selesai sepertimana yang dilapurkan berlaku di media.

Gejala gedik ini bermula terbitnya sejak kecil lagi dalam diri anak gadis kita. Oleh itu pencegahannya juga harus bermula sejak kecil, sejak mereka mula boleh bercakap dan faham apa yang kita katakan. Jangan pandang remeh dengan mengatakan anak itu belum ada nafsu kerana yang kita takuti ialah lelaki buaya yang memandang mereka itu sangat bernafsu sekali.

Jangan lupa fenomena haruan makan anak. Sekalipun anda adalah ayah kandung anak gadis anda, anda harus mulakan amalan ini (jika mahu mencuba) sejak kecil agar anda benar-benar menjadi 'tidak ada selera' untuk merosak anak sendiri. Bagi ayah tiri kami tidak melarang namun ia harus dimulakan lebih awal lagi, bukan ketika anda dapat anak tiri yang sudah remaja lalu anda peluk ciumnya.

Pendidikan itu wajib bagi setiap individu, dari buaian sampai ke liang lahad. Jadi biar siapapun kita, biar berapa umur kita, berapa tinggi pangkat kita, berapa banyak sijil kita, janganlah berhenti belajar dan menimba ilmu. Dan kami di RPWP juga masih belajar dan akan terus belajar.

Jadikan apa yang kami kongsikan ini satu tips, bukan satu ketetapan. Jika anda ada teknik yang lebih baik dan rasional, sila kongsikan di ruang komen. Lebih baik jika melalui inbox agar tidak menimbulkan fitnah. Semuga bermanfaat.

Kredit untuk Kudap Parenting, WARGA PRIHATIN

XOXO,
sheayang

Thursday, October 15, 2015

Susukanlah Mereka

 
 Bismillah.

Pada suatu malam yang hening, seorang suami telah menghantar screenshot melalui WhatsApp berbunyi seperti di bawah:-
 

  

Sesungguhnya sangat terkesan pada aku yang telah bergelar ibu ni. Ya, Maryam masih menyusu badan. Masa aku mula-mula start kerja dulu, payah juga mak mertua nak bagi dia susu botol. Memang reject habis. Susu badan yang aku perah pun dia taknak minum. Nak direct feed juga. Last-last bagi minum susu pakai cawan. Settled!

Standard la ibu-ibu suka menyakat anak dia. Aku pun suka sakat Maryam. Time dia terkedek-kedek nak mengopek, aku buat muka tak tau sampai dia menangis. Hati mak mana tak sayu weh. Tapi comel kan tengok baby menangis. Nak-nak pula yang saja mengada buat-buat menangis. Memang cubit la makan dia. Hahaha.

Satu perkara yang aku tak faham, tu la, yang kat atas tu. Jenis mak yang taknak susukan anak sebab nak jaga badan. Takat mana kau nak jaga badan? Esok dah tua, kerepot juga. Kesian!

So far, aku ada kenal seorang ni yang memang tak susukan anak dia. Sekarang anak dah 5. Tak pasti la yang the last two dia bagi ke tak. Yang first to third memang tak bagi. Alasan dia? Macam tu la. Takpe la, orang senang. Beli je la susu, bukan susah pun. Harapnya dia dah insaf sekarang. Mana la tau muncul yang ke-6, susukanlah.

Alhamdulillah, aku dapat suami dan mak-mak yang memahami. Tetap sokong aku teruskan breastfeeding. Harap sampai Maryam 2 tahun. Walaupun aku tau mungkin dia takkan kenyang sangat, tapi the bonding is there. InshaAllah. 

Okay, till then. Nanti kita merapu lagi ye.

XOXO,
sheayang

Wajah baru, Hobi baru dan Hari Sukan Negara


Bismillah.

Alhamdulillah. Akhirnya, blog saya berwajah baru. Wink wink. Big smile sangat. Sangat berpuas hati dengan hasil kerja adik Huda. Walaupun simple (as per requested), amatlah menggembirakan hati saya yang buta coding ni.

Last mengcoding ni zaman MySpace dulu. Perghh... Memang terror la time tu. Rasa hari-hari nak tukar background dan template. Kih kih kih. Maklumlah masing-masing bersaing nak tengok siapa punya paling up-to-date.

Diharap dengan adanya wajah baru ni, akan lebih banyak entry-entry yang akan menyusul. 

Nak cerita panjang pun tak mampu. Ni pun curi-curi masa rehat. Nasib Maryam dah tidur. Aman sikit nak menaip. Hihihi.

Baru sebut je, dia bangun dah. Alahai anak. Tidur lena dulu batu Ibu dapat sambung. Taip malam, siang baru post. Who cares?

Hurm. Aku baru je nak start berjinak-jinak dengan hobi baru. Sebagai langkah pertama, aku beli barang. Of course yang murah dulu. Later dah ada bajet lebih baru kasi angkat yang power punya. 

Siapa kata hobi tak perlukan modal? Masuk toilet pun kena 30 sen. Kecualilah toilet rumah kau.

Nak cari modal, kena la kerja. Hujung bulan dapat gaji baru boleh spend. Kalau student pula, tunggu elaun PaMa la. Tapi tak boleh nak underestimate bebudak sekarang. Bukan apa, aku tengok kekecik dah gigih meniaga. Alhamdulillah. Semoga Allah memberkati setiap sen yang adik-adik tu dapat. Sumpah akak jeles! Akak kekecik dulu pandai main galah panjang je. Hihihi.

Berbalik cerita hobi tadi, modal dia tak besar. Tapi memandangkan aku ni agak particular sikit, semua harus ada pada masa yang tepat. Takpe, benda kecik. Nak hold pun, takde hal la. Washi tape tu aku beli 1 meter setiap 1 design. Cantik, kan? Alhamdulillah, murah sis tu jual. Tu je aku mampu beli dulu. Hari tu pergi Daiso dan Mr DIY berhajat nak cari planner. Namun tiada yang memikat hati. Kita hold la dulu. 


10102015 Hari Sukan Negara. Jam 7 dah terpacak kat meja pendaftaran. Patutnya pukul 6.45 pagi dah kena ada. Maklumlah kaum ibu ni banyak benda yang harus diselesaikan pepagi. Bertindak sebagai AJK Pendaftaran taklah merumitkan memandangkan kat table tu je ada dalam 7-10 orang yang jaga. Terkial juga la cari space untuk menyelit. Hihihi.


Dah nama pun AJK Pendafraran makanya segala aktiviti tak dapat nak join. Betul-betul bersukan pun cuma aerobik. Itupun sikit-sikit tengok takde orang nak daftar baru buat. Ada acara Walkathon 5km memang tidak ku larat. Silap-silap boleh pitam macam 15 tahun lepas. Pengajaran tu weh. Kalau rasa tak confident, tak payah teruskan. Jangan nak acah-acah cabar diri sebab nak tunjuk kat orang. Nanti diri sendiri yang malu. Eh, terlebih sudah.

Ha, tu je la nak kongsi. Lain kali kita merapu lagi.

XOXO,
sheayang

Wednesday, October 7, 2015

Kerja Orang

Bismillah.

Entah kenapa lately asyik rasa nak marah je. Entry plak asyik cerita pasal kemarahan je. Teruk sangat anger management awak ni.

Dalam pekerjaan, mendapat arahan dari orang lain untuk kita selesaikan sesuatu tugas tu adalah sangat annoying. Means, arahan yang bukan dari boss kau, tapi kau kena buat juga sebab nanti orang tu akan report ke boss kau. Padahal, kerja tu bukan kerja kau pun, maybe

Dah la buat kerja entah apa-apa, siap main ugut pula tu. Kau rasa? Huhuhu

Kadang-kadang bukan rasa nak merungut sangat pun, tapi lebih kepada rasa mahu dihargai. Orang keliling bukan nampak apa yang kita buat, kecuali kalau buat benda tak baik. Cepat je diorang tangkap. Amar maaruf nahi mungkar katanya. Cuba bila kita buat kerja yang menyenangkan orang lain. Kau rasa?

Semalam hari yang sangat lebih. Patutnya kalau ke luar dari office, rasa seronok. Tapi disebabkan tugas orang lain ni, kita jadi bengang. Huhuhu. Dah la kerja pending kat office tak dapat nak settle, kena pula menunggu bulan jatuh ke riba kat luar, siang-siang hari pula tu. Kikiki. Merapu sudah.

Dah, lega dah lepas kat blog. Ayuh, cari semangat baru untuk kembali bekerja.

Oppsss, kejap lagi kena keluar untuk buat tugas sendiri. Yeeehaaa...

XOXO,
sheayang

Friday, September 11, 2015

Minum Sambil Berdiri?

بِسْÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ْÙ…َٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ٍيمِ

 Mengapa Rasulallah saw menganjurkan umatnya untuk TIDAK MINUM sambil BERDIRI?

Dalam perubatan tubuh manusia terdapat penapis yang dipanggil sebagai penyaring Sfringer. Saringan tersebut akan terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yang kita minum belum tentu 100% steril untuk diolah tubuh. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh penapis kerana penapis tertutup. Air yang tak tersaring terus masuk ke pundi kencing, yang boleh meyebabkan penyakit buah pinggang.

Subhanallah, setiap  perintah & larangan Rasulullah saw pasti bermanfaat bagi umatnya. Cuma lumrah manusia ni degil. Perintah yang kecil tak mahu diikuti. Sama-samalah kita mengubah tabiat dengan mengikut sunnahnya.


TERAPI AIR PUTIH :

1. Minum 2 gelas masa bangun tidur dapat membersihkn organ-organ dalaman.
2. Minum segelas air, 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + buah pinggang.
3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah.
4. Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke + serangan jantung.

Sebarkan tips sehat ini sabagai nasihat yg bermanfaat.

Sekian.

XOXO,
sheAYANG

Thursday, September 10, 2015

Thoughtful Thursday

Bismillah.

As'salamualaikum. Madah dari group WhatsApp. Kita hayati bersama. Kalau dah pernah dapat pun, sila baca se'deep' mungkin. Biar masuk ke dalam hati, tersimpan di otak, tersurat dari perbuatan. Cheewaahhh...

BESI itu kuat, tapi API mampu meleburkannya
API itu kuat, tapi AIR mampu memadamkannya
AIR itu kuat, tapi AWAN mampu menyerapnya
AWAN itu kuat, tapi ANGIN mampu menolaknya
ANGIN itu kuat, tapi BUKIT mampu menghalanginya
BUKIT itu kuat, tapi MANUSIA mampu menghancurkannya
MANUSIA itu kuat, tapi NAFSU mampu menundukanya
NAFSU itu kuat, tapi IMAN mampu mengalahkanya

Tapi bila IMAN kuat...tak ada makhluk yang mampu mengalahkanya!
Hati-hati dan waspadalah terhadap lemahnya IMAN...

Sekian.

XOXO,
sheAYANG

Friday, September 4, 2015

Jumaat hei hei

Bismillah.

Salam Jumaat readers.

Perghhh... Macam ramai je readers kan. Kui kui kui. Takpe, sesekali fefeeling jadi famous blogger. Tak kena bayar pun.

Maryam baru baik demam. Nasib baik demam cepat kebah. Saja biarkan dia aktif. Cuma selera makan dia agak kurang. Minum air pun sikit. Aku & husband ambil EL sehari je hari Rabu hari tu. Memang bersyukur gila demam dia tak panjang. Kalau tak, merangkak jugak nak mengira EL. Dah ler baru kerja. Huhuhu. Tapi untuk anak, cuti lama pun takpe. *mother's feeling*

Progress hidup ni macam biasa la. Ada turun naik. Kerja pun tak tentu. Kadang suka, kadang menyampah. Lagi-lagi dengan colleagues yang tak reti nak SENYUM. Susah agaknya? Ada emas mungkin dalam mulut dia? Cerita menyampah ni nanti la sambung. Sebab hari ni Jumaat kan. I just dont want to spoil my mood and reduce my pahala. Kui kui kui.
Esok cuti hei hei. Apa plan korang?

Nak balik kampung? Hati-hati drive. 
Nak pergi shopping? Hati-hati spend duit.
Nak pergi berkelah? Hati-hati keadaan sekeliling.

Tapi better stay inside je for this moment. Jerebu woi.

Pukul 12 tengahari pun nampak macam pukul 9 pagi. Tapi bila kat luar, bahang dia kemain.

Jaga kesihatan, minum banyak air kosong dan enjoy life!

XOXO,
sheAYANG

Monday, August 10, 2015

Setahun Anakku :)

Bismillah.

Ilhamina Maryam turned 1 year old on 4th August lepas. Aku adalah insan yang paling happy dalam dunia. Walaupun aku bertekad taknak marah dia pada hari jadi dia, tapi I just cannot. Biasa la, mak budak pun suka menyakat juga. 

Punya la nak tengok betapa comel muka budak cembeng, kan!

Babah Maryam siap amek cuti lagi. Tapi tak celebrate pun. Entah apa tujuan bercuti pun aku tak tau. Huhuhu. Kita tengok nanti bila birthday aku, dia cuti ke idok. Kikiki...

Actually, I've wrote another entry on her birthdate at another blog. Blog yang aku nak start new balik. More to business purpose actually, inshaAllah. Doakan aku. Hehehe.

Jom la terjah kalau rajin.


Sekian.
XOXO,
sheAYANG

Monday, July 27, 2015

Rindu Mereka :(

Bismillah.

Aku tak tau mana nak transfer rasa kerinduan pada mereka. Jadi, ada baiknya aku lekatkan pada blog yang lapuk ni.

Cuti raya yang lama sebenarnya menyeksa aku. Dah terlampau attached dengan kampung. Ini la padahnya. Sana sini rindu. Sana sini terbayang muka saudara mara. Sana sini teringat kawan-kawan lama yang tak sempat nak pi jumpa. Allahu, hanya Dia je yang tau rasa rindu ni camner.

Bila kita dah mula dewasa, dah membina keluarga sendiri, kita akan ada kurang masa untuk yang lain. Hari Raya adalah hari penyatuan, hari mengeratkan silaturrahim, takkan nak lepaskan peluang indah ni kan. Datang pun setahun sekali je.

Sabtu hari tu wedding cousin aku. Bila dah berkumpul ramai-ramai tu rasa riuh la kan. Suka la aku time tu. Lepas tu nak hadap efek merana ni makan masa seminggu. Nak get back to normal life tu hazab wehhh...

Tolong la. Macam mana nak teruskan hari-hari mendatang ni? Huhuhu.

Okay la. Nak nangis kat tepi bucu katil. Eh, silap, kat opis ni. So, nak nangis tepi lemari la.

Lastly, SHRMZB. Chillaxxxx!!!

XOXO,
sheAYANG

Tuesday, July 14, 2015

Nama Saya Rimi dan Saya Sayangkan ...

Bismillah.

Hai korang. Dah nak raya ni. Macamana persiapan?

Taknak la tanya. Nanti jeles. Hehehe...
Last week rasanya video ni viral di kalangan teman-teman FB aku.


Well, diorang degree holders and some tengah sambung Master. Agak cemburu jugak la, sebab daku hanya diploma holder yang sendu du du duh sakitnya tuh di sini aduhhhh... Hambekkk... :p
Apapun, point aku tetap sama dengan Zahra dan aku setuju.

Zaman sekarang, duit adalah pengukur. Setinggi mana kau belajar, kadang-kadang kau rasa gaji tu tak setimpal dengan tahap pendidikan kau. Tapi cukup setimpal dengan kerja yang kau buat (ini di mata majikan). Tambah plak bila duduk di kawasan kota, metropolitan lagi. Serikkk wooo...

Ni pengalaman aku la. Aku memang sukaaa tukar kerja. Korang pempaham je la, darah muda. Tak serasi sini, lari sana. Tak kena sana, lari sinun. Sampai la kau rasa job tu memang sesuai untuk kau dan kau wish to stay forever dengan job tu. Tup tup ada kekangan lain. Mesti sekali lagi, sakitnya tu di sini. Huhuhu...

Aku pernah mencuba nasib 2 kali ke Kuala Lumpur. Kota yang di khabarkan mampu mengubah poket kau. Kali pertama, aku kecundang. Cuma bertahan seminggu. Bekerja di firma akauntansi yang kau tak dapat nak get along dengan orang dan kerja. Pulang la aku ke kampung halaman. 
Dalam 4 ke 5 tahun kemudian, aku kembali ke sana. Dengan semangat baru dan berbekalkan pengalaman yang cukup, aku rasa aku mampu pikul tugas yang diberi. Walaupun gaji yang ditawarkan tak sampai RM2 ribu. Sesuai la dengan tahap pendidikan dan pengalaman, rasanya.

Kerja best, jumpa ramai orang, tapi kena bekerja setiap hujung minggu. Cuti cuma sehari. Tak mengapa. Aku pergi kerja naik bas RapidKL. No bas dah tak ingat tapi aku masih simpan resitnya. Bila orang tanya kenapa aku simpan resit tu, aku akan jawab "Ini usaha aku untuk kekal survive di kota". Bila dah tau selok belok kota, baru aku mula memandu, itu pun kadang-kadang. Dengan harga parkir RM5 sehari, mana mungkin aku mampu.

Minum pagi di pantri office. Alhamdulillah, dapat berjimat. Milo, nescafe, microwave ada tersedia. Makan tengahari, beli tapau kat Cold Storage. Hari-hari beli lauk sama supaya tak kena tipu harga. Selalunya dalam RM4. Masih murah, kan? Kalau dapat gaji, mewah la sikit makan. Kalau ada farewell, wajib join. Makan sedap dan jimat poket. Hahaha...

Tempat berteduh aku kat Kg Pandan, ye, di flat itu. Yang katanya ramai foreigner itu, ye, di situ. Dengan sewa bilik kurang RM200, dapat la aku tidur dengan selesa, syukur. Buat apa nak duduk kondo kalau dah memang tak mampu? Fikirkan, kita yang buat pilihan.

Tempat tinggal dengan tempat kerja tak jauh jaraknya. Dari rumah, dah boleh nampak bangunannya. Tapi masih perlukan kenderaan untuk sampai.

Aku bertahan kat sana kurang setahun. Sebab? Aku tak dapat menyimpan. Seketat mana aku sekat perbelanjaan, duit tu mengalir je, tak tau ke mana. Aku decide untuk balik semula ke tempat asal dan bekerja di sana. Kurang 2 tahun aku kerja, aku dapat kawen. Bila aku dah pregnant 4 bulan, aku pun berhenti kerja dan duduk dengan suami.

Sekian saja. Nama saya Rimi dan saya sayangkan kampung saya. Hehehe...

XOXO,
sheAYANG

Monday, July 6, 2015

Monday yang Sendu

Bismillah.

Assalamualaikum dunia. Baik-baik sajakah di hari Isnin ni? Apa? Monday blues? Hehehe...

Same here bebeh. Dah lama rasanya tak terkena badi Monday Blues ni. Hari ni entah macamana boleh silap langkah plak.

Pagi ni malas-malas je nak bangun sahur. Maklumlah, hujan. Tidur lagi sedap kan. Tapi gagah la jugak makan mee hoon. Dah sumbat air milo, makan supplement dan bum semula. Tak dapat nak kawal mata. Maryam pun kebetulan nak menyusu.

Masuk kerja, ada tugasan lain. Lain dari hari-hari yang lain. Kena jaga 'orang penting'. Sebab pegawai khasnya cuti, check up baby. Aku on je la. Dah orang mintak tolong, kan? 

Everything went well until 'orang penting' sampai. Aircond kat bilik dia, aku dah tersalah set. Mana la aku tau dia ada remote air cond sendiri. Dan aku tak alert pun degree yang dia tetapkan. Hahaha. Masuk-masuk bilik je cakap 'Sejuk'. Stress mak. Okay, fine la. Aku dah dimaklumkan orang tua ni memang cerewet. #matilanak

Sekadar hiasan

Situasi kedua selang 10 minit la lebih kurang. Seriously aku tak dengar phone call dalam bilik dia since dia berborak dengan guest agak kuat. Till di hujung perbincangan dengan guest tu, baru la aku perasan ada phone call, tapiiiiii tak sempat la aku nak jawab. Sebab tak tau nak transfer call tu ke tempat aku. Hahaha. Lawok gak ni. Menci pun ada.

Depan-depan guest dia boleh sound aku. Tapi aku bet guest dia tu tak faham since orang tu pun non-Malaysian. Agak terpinga-pinga guest dia tu. Hahaha... Aku lagi kesiankan guest dia dari diri sendiri yang disound oleh 'orang penting' tu, boleh?

Takpe la, at least aku enjoy. Dapat gak merasa camner rupa Monday Blues tu. Disebabkan aku ni positif orangnya (positif sangat, kannn), maka takde la efek kena sound tu rasa teruk sangat. Weh, life is too short nak ambil hati pasal benda remeh camtu la. Kan kan kan?

Tapi aku sangat berharap hari ini berlalu dengan pantas. Tak sabar nak balik rumah dan belek-belek anak.

Latest update, gigi Maryam baru nak keluar. Banyak gak dia merengek lately, tak selesa gamaknya. Apapun, Ibu tetap akan jadi SuperIbu yang superb, Maryam. No worries! Hehehe...

XOXO,
sheAYANG

Thursday, June 25, 2015

Otak, Lelaki dan Bisnes

Bismillah. Assalamualaikum semua. Apa khabar? Sehat² aje la hendaknya ye. Nak wish belated Fathers' Day to all fathers out there. You all are awesome... Yeayyy!!

Tugas jadi bapak ni bukan senang. Kau kena cari nafkah untuk sara keluarga. Kalau duit tak cukup, kau kena fikir. Berat beban yang kau galas. Tapi bapak-bapak ini tetap tabah. Respecttt!

Dah alang-alang cerita pasal bapa iaitu seorang lelaki, meh sambung baca. Hehehe...

Berikut dikongsikan kisah benar bagaimana seorang lelaki boleh menjadi kaya dengan hanya membuka Car Wash. Apakah rahsianya?

Kisah benar 21/02/2015 Lebih kurang jam 12.30 tengahari aku singgah di Car Wash area Kuantan. Berhentikan kereta, matikan enjin dan serahkan kunci kereta kepada budak cuci kereta. Nepal ke, Myanmar ke aku tak pasti. Terlihat kereta parking sebelah kereta aku Chevrolet Camaro (Transformers) yang dalam kiraan harga bagi aku yang perminat supercar ini dalam harga RM400k pada permulaannya. Aku melangkah masuk ke bilik menunggu kaca. Pada perkiraan aku lebih baik duduk menunggu di dalam aircond, memandangkan cuaca agak panas. 

Aku duduk dan memandang ke belakang dan menegur brother yang kebetulan sedang membaca. Aku agak buku-buku bermotivasi tinggi di tangannya. Aku pun bertanya, "Kereta bos ke tu?" Smart giler! Dia hanya menganguk sambil tersenyum... 

"Dari mana bos?"  Dari Tun Hussien Onn katanya. Bisnes ke? Consultant jawabnya.  Oooh... "Consultant untuk pinjaman perniagaan dan penasihat kepada bank-bank di Malaysia". "Waww"!!! Mesti best jawab hati aku. "Saya dah 30 tahun dalam bidang ini," katanya. 

Aku tanya dia, "Macam mana ye jika saya mahu mengembangkan perniagaan yang ada kepada lebih besar dengan modal yang tak seberapa ada?" Dia tersenyum dan katanya, "Saya nasihatkan guna apa yang kita ada tanpa membuat sebarang pinjaman bank. Apa yang ada, besarkan modal. Saya bermula dari kecil. Mula ada RM10k, kemudian RM20k, RM60k, RM80k, kemudian kepada RM100k, RM200k, RM400k dan RM800k. Cuba guna sumber yang ada untuk kegunaan perniagaan. Paling seronok jika dapat RM1 juta yang pertama. Selepas itu untuk mendapat RM1 juta yang ke-2 terlalu mudah dan pantas," katanya. 

Aku terdiam.. "Ramai orang susah datang berjumpa saya, mereka bertanya apa rahsia saya? Saya akan berkata, "Allah jadikan dunia ini untuk kita, kita dikurniakan akal, gunakan sebaik mungkin. Jujur dan jangan menipu. Ramai yang tak yakin janji Allah sedangkan dia suruh berdoa, mintalah apa sahaja dan "pasti" akan ditunaikan. "Yang paling utama, kita kena bersihkan seluruhnya. Solat 5 waktu, duha jangan tinggal, bangun tahajud malam. Minta sungguh-sungguh. Pekerja saya, bila azan bergema, saya arahkan tinggalkan kerja 'sekarang'. Tiada nilai 1 sen pun jika buat kerja waktu tu! Allah panggil kita menghadap dia. Tapi kadang kala kita cakap,  "Tunggu jap aku nak siapkan lagi 1 lagi!" Allah itu pencipta alam semesta. Kita boleh cakap pula pada dia macam tu?," 

Dammm !!! Tersentap aku.. Katanya lagi, "Ramai yang datang minta kerja. Soalan pertama saya tanya, "Awak solat tak 5 waktu?" Jika ada master, degree , diploma atau bapak gajah sijil pun, jika tak solat saya tak akan terima. Ada yang datang nak suruh support buat pinjaman RM100k, RM1 juta, RM50 juta atau RM500 juta saya boleh tolong. Bagi kertas kerja pada saya, saya selidik dan sain serta recommend pada bank dan bank akan luluskan. Tetapi soalan pertama saya tanya dulu, "Awak solat tak 5 waktu? Jika tidak, awak balik saja," katanya. 

Ada yang berkata, "Abang tu bawa 'Transformers' pergi masjid". Jika saya, bawa Kancil je. Katanya, "Kereta itu milik Allah. Dia bagi pinjam je tu. Apa salahya saya bawak dia pergi menghadap Allah? Hati niat kena betul, jangan niat nak menunjuk-nunjuk. Niatkan nak cepat menghadap Allah, nak memotivasikan orang lain supaya lebih rajin berusaha. Kereta itu saya beli hampir RM700k import. Di atas jalan raya Malaysia cuma ada 2 biji je orang pakai. Saya bukan tak mahu Ferrari atau Lamborgini. Sebab ekzos dia bising. Kereta Chevrolet Mustang ini lagi laju dari Ferrari atau Lamborgini. Kereta ini 6.2CC. Ferrari dan Lamborgini baru 4.8CC. 10% dari pendapatan saya tetap untuk anak yatim, fakir miskin. Niat apa yang kita ada untuk manfaat pada orang lain. Kereta itu cuma besi yang diisi enjin, dituang minyak. Start dan berjalanlah dia. Jika kita ukur panjangnya pun dah tak muat masuk kubur". 

Satu lagi pesan saya. "Berkawan", kita yang perlu pilih. Pilih orang yang boleh membawa kita kepada kebaikan di dunia dan yang paling utama, Akhirat. Dunia ini pinjaman. Carilah pinjaman yang terbaik disini. Untuk kekayaan sebenar di sana. Waah !!! hebat giler bila berjumpa somebody. InsyaAllah, kata-katanya dan pengalaman beliau sangat-sangat membantu. Sampaikan... Selalu kita akn tanya apa rahsia utk kaya...tapi kita lupa utk jaga hubungan dgn Yang Maha Kaya... Peringat utk diri sendiri dan kawan2 yg bakal kaya. Saya mohon kepada gadis-gadis dan juga para abang-abang, adik-adik, baca post ni sampai habis. Saat memandang kain sempit mu, seluar ketat mu, baju sendat mu, tudung singkat mu, solat dan ibadahmu. Aku ingin sekali menegurmu. Namun. Sering saja terkaku. Rasa tak mampu. Kerana merasa diri bukanlah insan yang terbaik untuk menegur. Jauh di sudut hati terasa bimbang. Aku bimbang di akhirat kelak. Kau akan mempersoalkan aku. "Kau sahabat aku. Kenapa kau tak tegur aku dulu ? Kau memang sengaja nak aku ke neraka kan ? Kau sengaja nak bahagia masuk syurga sendirian kan ? Aku kurang ilmu agama. Tapi kau tinggi ilmu agama. Mana ajaran agama kau tu ? Kenapa kau tak guna untuk bantu aku ? Kau tunggulah di akhirat kelak. Aku akan tarik kau masuk neraka sebab kau tak tegur aku." 

AllahuAkhbar. Sahabat. Begini lah cara aku menegur mu. Dengan post kecil ini. Hari ini. Sekurang - kurangnya. Bila aku di soal Nya di akhirat nanti. Tentang apa yang aku lakukan untuk sahabatku. Aku boleh jawab bahawa. "Aku telah menegur mereka. Dengan post kecil ku ini. Dan dengan selemah-lemah iman ku. Iaitu mendoakan mereka dari jauh. "Aamiin. KITA BERSAHABAT KERANA ALLAH S.W.T. Terlalu banyak yg harus diperbetulkan.

Sekian saja dariku. Hehehe. Muhasabah diri kita yang tak sempurna ini.

Sumber : WhatsApp

XOXO,
sheAYANG

Wednesday, June 17, 2015

Plastik Bocor

Bismillah.

Assalamualaikum. :)

Fuh fuh fuh. *lap habuk*

Rindu nak menulis kembali. Tapi waktu senggang tu jarang sekali ada. Bukan tak ada langsung. Kalau ada pun, perhatian tu ke arah subjek-subjek yang lebih penting. Contohnya subjek; ANAK. Hehehehe...

Boring jugak asyik post entri yang terhasil dari rantaian mesej WhatsApp. Sumpah boring!

Tapi kali ni, selit juga la. Hihihi...
 
Hati-hati dengan plastik bocor. 
Kamu ambil wudhuk dgn sempurna tapi membazir air (plastik bocor) 
Kamu solat, sedekah, baca Quran, pegi haji n umrah banyak kali tapi kamu membuat fitnah tentang orang.. So (plastik bocor) 
Kamu beri byk sedekah kat org miskin tapi kamu mempergunakan dan melukai mereka (plastik bocor) 
Kamu bangun tahajud, puasa dan taat pada Allah tapi kamu putuskan tali silaturrahim dengan keluarga (plastik bocor) 
Kamu puasa dan sabar dengan ujian lapar dan dahaga tetapi kamu bersumpah, mengganggu, mengacau dan tak boleh kawal marah kamu (plastik bocor) 
Kamu pakai abaya dan tudung tapi minyak wangi kamu bau kuat (plastik bocor) 
Kamu muliakan dan layan baik tetamu kamu tapi bila dia balik, kamu cakap belakang pasal semua kekurangan dia (plastik bocor) 
Kamu berkorban kesenangan kamu demi anak dan suami tapi kamu merungut setiap masa membuatkan mereka rasa bersalah (plastik bocor) 
Kamu doa mohon keampunan, Allah beri kamu sakit, kamu mula merungut buat org sekeliling kamu tertekan (sedangkan sakit pengampun dosa) (plastik bocor) 

Jangan kamu kumpul semua amalan baik kamu dalam plastik bocor. Kamu berusaha mengisinya tapi dengan senang ia jatuh tumpah ke bawah! 

Muhasabah diri...

Esok dah mula puasa. Maafkanlah semua orang di sekeliling anda. Yang pernah buat anda terluka pun, ampunkanlah. InshaAllah, plastik yang bocornya besar akan mengecil lubangnya. Hidup ni jang banyak berTAPI. Buat dengan ikhlas, inshaAllah besar keberkatannya.

Assalam! ;)

XOXO,
sheAYANG