HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Tuesday, October 30, 2018

Bila Anak Kena Campak Keladi


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

This is my random post. I write & publish. Takde draft ke apa, it is just wasting my time. So, information is not that much and not complete, please forgive me, since I am just sharing my experience je. 

Nak dijadikan cerita, my second baby, Mizwar pernah kena this so called campak keladi early this year. Masa tu punya la menggelabah gila sebab tak pernah experience this before, kan. At first ingatkan allergik ke apa since dia pun memang ada eczema.

Friday, October 19, 2018

30 Pesanan Imam Syafie

Bismillah.

Assalamualaikum & Salam Jumaat semua.

Memandangkan hari ni hari penuh barokah, sis nak kongsi sikit cerita tentang Imam Syafie yang sempat sis scroll kat Facebook tadi.

Nama sebenarnya adalah Muhamad bin Idris bin Abbas bin Ulthman bin Shafie bin Saib bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Ayahnya berasal daripada keturunan Quraisy dari Bani Mutalib. Ayahnya meninggal dunia ketika Iman Syafie masih kanak-kanak. Ibunya bernama Ummu Habibah al-Uzdiyyah berasal dari kabilah Yaman dari suku Uzd.

Beliau dilahirkan di kota Gaza Palestin pada bulan Rejab tahun 150 hijran. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia. Khalifah Islam pada masa itu ada khalifah Abu Jaafar al-Mansur dari Bani Abbasiyah.

Imam Syafie dibesarkan dalam serba kekurangan. Sejak kecil lagi beliau sudah mempelajari Al-Quran. Beliau mula menghafal al-quran sejak berusia sembilan tahun. Berusia 10 tahun beliau menghafal dan memahami kitab al-Muwatta yang ditulis Imam Malik. Beliau mempunyai suara merdu, boleh bersyair dan bersajak. Ketika berusia 15 tahun, beliau mengajar dan memberi fatwa kepada orang ramai di Masjid al-Haram. Kerana kegigihan dan kecerdikan beliau yang luar biasa, beliau di sanjung masyarakat. Beliau meninggal di Mesir tahun 204 hijran ketika berumur 54 tahun.

Imam Syafie melarang taklid, baik taklid kepada dirinya sendiri ataupun kepada sesiapa sahaja. Semasa hidup, beliau selalu menasihatkan orang ramai terutama anak muridnya berkenaan taklid, "Janganlah mereka-reka dalam perkara-perkara agama mengguna pakai taklid sahaja kepada perkataan ataupun tindakan yang tidak disertai dengan keterangan ataupun alasan dari Al-quran dan hadis."

Pesan Imam Syafie, " Tiap-tiap perkara yang saya katakan padahal Rasulullah bertentangan kepada perkataan saya, Rasulullah itulah yang lebih utama perlu dituruti."

30 PESANAN IMAM SYAFIE 


Wednesday, October 17, 2018

Allah Bagi Rezeki

Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Rasanya draft entry bersusun tak publish tapi jangan gusar. Butang delete itu wujud. Mana cerita basi, kita buang saja. Jangan kenang-kenang lagi dah terutama cerita yang tak best. Hihihi.

Blogging slump itu normal. Normal ye. Hidup sebagai seorang blogger ada upside down juga. Especially blogger sendu macam saya ini. Mengaku la sendu, siapa pula kisah, kan?

Di sebalik kesenduan tak update blog ni sebenarnya ada la berita gembira yang nak dikongsi. Ya, diulangi, berita gembira. Yang sebenarnya, aku sendiri stress juga nak hadap. Hahahaha. Tapi chill la. Stress sangat nanti muka cepat keluar kedut. Taknak la nampak tua, mak always vouge okay!