HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Tuesday, May 24, 2016

4 Masalah Ibu Lepas Bersalin

Bismillah.

Tiba-tiba teringat saat-saat lepas beranak dulu. Berpantang duduk dengan Mak. Mak jaga A-Z. Alhamdulillah, Mak masih diberi kekuatan dan kudrat untuk jaga saya (anak ke-3) dan cucunya (cucu ke-5). Semoga Allah sentiasa merahmati Mak saya. *Amiinn*

By the way, Happy Belated Mothers Day to my Mak and all MakS in the world.

Get back to the topic stated above.

Haa... Entry ni khas untuk Ibu-ibu yang baru bersalin tu. Selain kena jaga pantang, kena juga alert tentang kesihatan diri (Emosi & Jasmani) . Yang dah lama bersalin tu bawa-bawa la pergi check up sekali sekala. Mana tau ada masalah lain datang mengjengah.

Masalah selepas bersalin ni biasa tapi tak boleh dipandang ringan sangat. Untuk pengetahuan para suami juga, jangan ambil mudah tentang kesihatan isteri. Sama-sama mahukan zuriat, sama-sama jaga anak dan pantau aktiviti dan makan minum isteri. Bukan selalu pun, kan? Paling lama 2 bulan je para suami ni kena jaga makan minum isteri. Lagi 10 bulan isteri dah tolong buatkan. Jadi, tolak ansur la sikit.

Terlebih bebel plak. Ni nak kongsi masalah ibu-ibu selepas bersalin.


1) Sakit di bahagian betis
Terjadi disebabkan darah beku yang tersumbat dalam salur darah. Bahaya sebab darah beku ni boleh bergerak ke saluran darah di paru-paru dan mengakibatkan sesak nafas malah lebih teruk lagi boleh menjadi punca kematian.

2) Tumpah darah
Biasa kita dengar. Puncanya rahim tidak menguncup dengan sempurna atau cebisan uri tertinggal dalam rahim ibu. Ibu akan kehilangan banyak darah dan memerlukan rawatan segera di hospital. Selalunya ia menyerang ibu yang kerap hamil. Wallahualam.

3) Jangkitan kuman di perineum (kemaluan)
Kalau luka episiotomi ibu-ibu lambat sembuh, secara tak langsung kuman akan merebak ke bahagian pundi kencing. Jadi, jaga kebersihan alat sulit anda ye. Ubat yang diberi tu perlu disapu selepas mandi dan setiap kali selepas buang air.

4) Meroyan
Yang ini memang kerap kita dengar. Ada sesetengah ibu mengalami kemurungan disebabkan perubahan hormon selepas bersalin. Ia juga mengganggu proses penyusuan dan emosi ibu itu sendiri. Kalau tidak dibendung, dikhuatiri ibu ini akan mencederakan diri sendiri atau bayi.

Apa yang perlu dilakukan sekiranya mengalami masalah ini adalah dapatkan pemeriksaan dan keterangan lanjut dari klinik kesihatan atau hospital dengan segera. Lepas tu, ikut nasihat doktor dan jururawat. Senang!

Jangan malu sebab ini tentang diri kita!

Okay. Setakat ini perkongsian saya.

Assalam. :)
XOXO,
sheAYANG