HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Tuesday, October 30, 2018

Bila Anak Kena Campak Keladi


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

This is my random post. I write & publish. Takde draft ke apa, it is just wasting my time. So, information is not that much and not complete, please forgive me, since I am just sharing my experience je. 

Nak dijadikan cerita, my second baby, Mizwar pernah kena this so called campak keladi early this year. Masa tu punya la menggelabah gila sebab tak pernah experience this before, kan. At first ingatkan allergik ke apa since dia pun memang ada eczema.


Rupa campak keladi ni seakan-akan ruam tapi dia lebih banyak dan merata. Sakit ke tak, wallahualam. Tengok Mizwar macam chill-chill macam takde pape berlaku je.

Kami pergi ke 2 klinik yang berbeza. Yang pertama, since bintik-bintik tu baru nak keluar dan tak banyak lagi, doktor pun tak dapat nak detect apa masalah sebenar dia sebab dia pun takde demam ke apa masa tu. Memang cuma bintik-bintik kecil di badan. Dah tak ingat doktor bagi ubat apa tapi ada ubat sapu dan kami pun happy bawa dia balik.

Hari ke-3, tengok macam semakin teruk, kami decide untuk pergi klinik lain. Dan background klinik tu pula ada doktor dermatologi, rasa macam "this clinic will solve my baby's problem".

Campak keladi

Tapi tak tau la kami datang wrong timing ke apa, doktor yang rawat Mizwar tu macam terkejut gila dengan bintik-bintik di badan dan kaki dia. Doktor tu siap tanya balik kat aku 'apa ni'. Reaksi aku cuma ketawa kecil je. Dan selepas itu dia bagi referral letter ke hospital. Dalam masa yang sama dapat juga la ubat. Ubat sapu. Kami guna tanpa refer ke hospital. 

Alhamdulillah, beransur pulih. Tak tau la sebab ubat ke sebab memang akan automatik elok sendiri. Since mak mertua aku pun dok ulang cakap ni maybe campak keladi, dan kami pun gigih mengkaji apa itu campak keladi. 

Mak mertua pun ada bagi minum air kelapa muda. Katanya, nak bagi bintik tu keluar semuanya. Ada juga mention pasal daun semambu dan ada lagi satu daun dah tak ingat nama sebab rasa macam lama sangat nak kena recall balik, elok buat mandi. Masalahnya sampai ke sudah kami tak jumpa pun daun tu. 

Takde rezeki kami. Mungkin dah boleh tanam pokok semambu kat taman jadi anak sesiapa yang kena demam campak boleh guna. Kumpul pahala. ;)

Hello there, I'm fit!

Kesimpulannya, campak keladi ni tidaklah bahaya dan tidak berjangkit dan mungkin akan berulang sampai ke tua, bagi sesetengah orang seperti kawan suami aku. As long as you are fit and healthy, nothing to worry about. Tapi kalau ragu-ragu, jumpa je la doktor. Consultation is very important eventhough hanya demam biasa, at least kau ada rekod if demam tu tak sembuh ke melarat ke kan.

Pengajaran untuk aku, jangan nak cemas-cemas sangat. Kalau bab anak-anak ni, mak-mak punya tahap sensitiviti memang up to the limit. I just don't understand myself sometimes. Hihihi. Whatever it is, mother will always be a mother. No regret!

xoxo,
sheayang

Post a Comment