Monday, July 6, 2020
Anak Tantrum? Kenapa dan Cara Menanganinya.
Tuesday, October 30, 2018
Bila Anak Kena Campak Keladi
Monday, July 9, 2018
Adik Adam Rayqal, Ibu Bekerja & Pusat Asuhan
Friday, June 29, 2018
Mitos Tentang Uri Bayi
Bismillah.
Assalamualaikum & Hai semua.
Dua tiga hari ni asyik teringat pasal uri anak-anak je. Satu tanam di Labu, Negeri Sembilan, satu tanam di Ayer Pa'abas, Melaka. Tempat lahir pun lain-lain, inikan pula tempat tanam uri. Asalkan ia disempurnakan sebaiknya, Shea bersyukur sentiasa.
Nak cerita pasal mitos uri bayi la kali ini, okay ke?
Tuesday, June 26, 2018
13 Perkara Orang Kaya Buat Setiap Hari
Monday, April 9, 2018
Nasihat Untuk Bakal-Bakal Ibu
2. Jangan serius sangat. Bila orang dah bagi nasihat, don't take every advice so serious. Banyak nasihat yang korang kena dengar dan tak kan satu persatu korang nak ambil pusing. Pening kepala pula nanti. Angguk, senyum dan move on je la.
3. Nesting period. Part ni aku paling suka sebab waktu bersalin dah dekat dan kita pun dah siap sedia. Berkemas sakan rumah masa ni sebab lepas bersalin, dah tak boleh buat kerja berat lagi, kan. Kita dah atur baik punya dan boleh beranak dengan tenang. Teringat masa bersalin Mizwar, tiba-tiba terkenang baju kerja suami belum basuh lagi. Chait! Potong stim nak beranak.
4. Feeling insecure. Bila orang datang nak melawat baby, kita akan rasa lain bilamana mereka start pegang anak kita. Pass our baby from hand to hand while we are there watching them. It's normal. Kita nak set the rules pun kadang-kadang rasa macam tak proper cuma kalau kita rasa perlukan ruang, ask them not to visit during confinement period. Senang, kan?
5. Kita akan rasa anak kita yang paling cute. Walaupun orang pandang anak kita biasa-biasa je, tapi kita tetap rasa anak kita paling comel, sebab anak kita, kan. Peduli la orang lain nak cakap apa. Tapi jangan sampai keji anak orang lain ye.
6. Memandikan anak di sinki lebih mudah. Kita tak perlu nak mencangkung terlalu lama atau duduk dalam posisi yang ke bawah sangat.
7. Setkan rutin harian seeloknya sejak bayi dalam kandungan lagi. Rakan sekerja ingatkan aku untuk guna cara ni masa mengandung kali kedua, tapi selalu lupa sebab kepenatan. Seeloknya ajar bayi tentang rutin mereka sebab masa mereka masih kecil ni la lebih senang nak diajar.
8. Perkembangan setiap bayi berbeza. Jadi, jangan rasa lemah atau kecewa bila bayi anda tak mencapai milestones itu. Milestones tu jangkaan je. Our babies are special so treat them well, give them support and let them enjoy. Pasti ada kelebihan di sebalik kelemahan, kan?
9. Sikit-sikit nak jumpa doktor. Ini memang sindrom first time mom, so please take note. It happens because we have no experiences handling baby before, so it is normal to worry. Jadi, jangan malu untuk bertanya pada yang lebih berpengalaman seperti mak, kakak atau jiran kita.
10. Hobi membeli barangan anak akan muncul. Dari baju hingga ke barang mainan, kita sanggup scroll dari IG ke IG lain, dari satu kedai ke kedai lain, dari satu mall ke mall lain. Biasanya, anak pertama akan dapat kelebihan 2 in 1, first hand products AND branded one! Agree? Bila dah jadi ibu, kena la bijak dalam berbelanja, okay?
Kalau korang rasa nasihat kakak tak lengkap, kasi komen sikit. Kita touch up later. Hihihi.
p/s : Gila lama entri ni terperuk, so I think today is the day. Ampun korang!
Monday, November 6, 2017
Tips Mengelak Dari Anak Menjadi Mangsa Pedofil
AJAR ANAK MENGENAL ANGGOTA BADAN SULIT
Tuesday, October 25, 2016
Tantrum Si Kecil, Tips Untuk Ibu Bapa Menghadapinya.
Terpanggil rasanya untuk menulis tentang tantrum anak kecil kita. Sejak Maryam cecah umur 2 tahun ni memang dugaan sangat rasanya nak mengawal keletahnya. Kadang-kadang geram, kadang-kadang sedih, kadang-kadang kecewa. Perasaan bercampur baur bila tengok dia tantrum tu.
Punca tantrum masih menjadi misteri. Tapi, ibu bapa boleh mengenalpasti bila anak mereka berhadapan dengan tantrum ni. Jadi, bila anak tengah melalui fasa kesukaran ini, ibu bapa perlu :
1. BERTENANG
Jangan marah atau melenting sungguhpun dalam keadaan penat atau nak cepat. Maryam sekarang bangun pagi je mesti nak merengek-rengek nak perhatian. Jadi, aku bagi dia calm down dulu, dalam masa yang sama kita pun bertenang walaupun nak bergegas ke tempat kerja. Kalau kita marah pula, lagi menjadi-jadi raungan dan amukannya. Ingat, jangan marah. Ini dinamakan reverse psychology. ;)
2. CUBA PUJUK
Dalam hal Maryam, Babahnya memainkan peranan yang sangat penting dalam pujuk memujuk ni. Selalunya bila aku pujuk, memang tak jalan la. Anak bapak, kannn... Kalau anak lelaki, elok si ibu kot yang pujuk. Bila terpaksa pujuk Maryam, aku gunakan teknik belaian dan urutan dan kata-kata manis serta zikir. Mana yang sempat je la keluar dari mulut ni. :)
3. BUAT APA YANG MEREKA SUKA
Kalau anak suka menyanyi, awak nyanyi la. Kalau dia suka menari, awak menari la. Kalau dia suka makan, bagi dia makanan kegemarannya. Lama-lama mesti diorang cool punya tengok perangai mak bapak dah macam diorang dah. :)
Pokok pangkalnya kita sebagai mak bapak lebih kenal anak kita dan tau cara nak handle mereka. Banyakkan membaca dan belajar. Praktikkan. InshaAllah, akan lebih mudah. Jangan rasa kita gagal bila tak mampu nak handle anak tu sebab kita ni hanya insan biasa yang lemah. Jadi, istighfar la banyak-banyak dan jangan give up sebab kita semua parent yang awesome!
XOXO,
sheayang
Thursday, February 11, 2016
My Little 18 Months Baby
Tuesday, December 8, 2015
Zikir Ibu Menyusu
Wednesday, November 18, 2015
Mandian Untuk Tambahkan Selera Makan Anak
![]() |
| Maafkan hakak terpaksa sembunyikan nama. Sumber: FB |
Thursday, October 22, 2015
Tips Mengurangkan Gejala Gedik Anak Perempuan
Ini perkongsian dari FB untuk kita sama-sama kongsi dan renungkan. I am a mother to a daughter and of course I am worried much dengan gejala gedik ni. Next entry kalau berkesempatan, saya akan kupas sikit isu ni. Untuk kali ni, kita baca je.
GEDIK adalah istilah terkini yang merujuk kepada aksi anak gadis yang menunjukkan gelagat yang agak 'menggatal' pada bahasa pasarnya. Ia menggambarkan naluri keinginan seorang anak gadis yang agak berlebih-lebihan untuk menarik perhatian lelaki.Ekoran dari paparan isu tentang gejala zina atau seks bebas dan buang bayi kelmarin, maka ramai ibubapa yang tampil merujuk, khususnya tentang kebimbangan ibubapa terhadap anak gadis mereka yang kelihatan gedik.Sebenarnya ramai juga sebelum ini kalangan ibubapa yang meminta kami kongsikan beberapa tips untuk mencegah atau mematikan budaya ini di kalangan anak gadis mereka. Kini kami rasa sudah sampai masanya untuk kami kongsikan. Namun kami tidak mengharapkan perkongsian ini boleh diterima bulat-bulat oleh kebanyakan ibubapa kerana ada yang melibatkan konflik dengan minat dan nafsu ibubapa itu sendiri.PERANAN BAPAUntuk mengelakkan kerakusan naluri seorang gadis terhadap lelaki, ia memerlukan satu konsep 'imuniti' dari lelaki juga. Peranan ini harus dimainkan oleh bapa kandungnya sendiri sejak anak itu kecil lagi. Antaranya ialah dengan membanyakkan 'body contact' seperti dakapan dan kucupan bapa terhadap anak itu sejak kecil.Bau hormon lelaki yang bersifat melindungi dari dakapan dan ciuman kasih seorang bapa yang diamalkan sejak kecil itu boleh mematikan atau 'mendidik nafsu' anak terhadap lelaki. Ia mampu memberikan satu pendidikan kepada anak gadis untuk membezakan tahap keikhlasan dan kekejaman seorang lelaki.Pada masa yang sama amalan yang diamalkan sejak kecil ini juga berkesan untuk mengelakkan fenomena haruan makan anak. Sang bapa juga akan semakin kasih dan bersikap melindungi anak gadisnya apabila ia diamalkan sejak kecil secara istiqomah. Ibarat manusia yang memelihara haiwan kesayangan yang boleh dimakan seperti arnab, kuda, ayam, burung dan sebagainya. Biasanya kita tidak akan lalu memakan daging haiwan kesayangan itu apabila disembelih dan dimasak.Anak gadis yang sudah rapat dengan bapa juga akan lebih matang dan bijak menilai kualiti seorang lelaki dan tidak jadi rakus untuk menerima sebarang lelaki sewenang-wenangnya. Si bapa pula akan jadi pakar rujuk untuk membantu anak gadisnya menilai lelaki yang baik untuknya. InsyaAllah anak ini akan terlindung melalui bantuan furqon dan perlindungan dari ayahnya atau melalui suami yang baik yang berjaya di pilihnya.LATIH ANAK GADIS DENGAN SIFAT MALU SEJAK KECILSalah satu daripada usaha ke arah ini ialah dengan mengenakan pakaian yang sopan termasuk bertudung mengikut kehendak Allah sejak mereka kecil lagi. Amalan ini akan menjadikan anak kita mengamalkan sesuatu yang betul sejak kecil. Oleh itu jika kita tidak pasti bilakah saat nafsu anak kita terhadap lelaki akan terbit, maka mulakan sahaja sejak kecil.Masalah besar yang menyukarkan anak gadis kita untuk mengubah penampilan dengan bertudung dan berpakaian yang syariah compliance hari ini ialah kerana mereka tidak dibiasakan sejak kecil. Mereka akan merasa teragak-agak dan keberatan untuk mengubah penampilan baru mengikut kehendak Allah kerana sudah terbiasa dengan amalan mendedahkan aurat dan gedik.Seterusnya didik anak gadis kita agar tidak terlalu bebas bercampur dengan lelaki sejak kecil lagi, iaitu di peringkat pra-sekolah lagi. Bukan tidak boleh bercampur langsung, tetapi ajar mereka adab sopan sejak kecil agar mereka tahu membataskan diri mereka mana yang wajar dan sebaliknya. Jangan izinkan anak kita duduk terkangkang, terlompat-lompat, ketawa mengilai-ngilai, terjerit-jerit, dan lain-lain aksi kasar di hadapan bukan muhrim mereka.Hari ini ibubapa tidak langsung memerhatikan semua perkara kecil sebegini. Malah ramai ibubapa yang dengan bangga membelikan pakaian yang ketat atau singkat untuk anak mereka. Maaf cakap kadangkala sengaja diajar anak gadis mereka menyanyi dan menari dengan lenggok yang sangat mengiurkan.Kajian kami menunjukkan kita tidak perlu membiarkan anak kita dilihat beraksi begitu di depan lelaki buaya di luar sana. Cukup dengan bapa tiri, abang kandung, sepupu, bapa saudara, rakan sebaya yang berada di kejiranan yang biasa juga boleh terangsang untuk terbit keinginan memperkosa mereka. Jika anak gadis kita boleh dibiarkan berpakaian dan beraksi begitu, itu tanda kita dan anak kita berada pada tahap jahil. Pastinya golongan lelaki yang melihat mereka juga sejahil itu kerana kita berada pada zaman yang sama.KESIMPULANBanyak sekali kes perkosaan di usia muda. Sedihnya ramai ibu bapa yang tidak tahu kerana ia tidak banyak tandanya. Anak itu tidak hamil kerana belum sempurna fungsi peranakannya tetapi sudah di barai sejak kecil.Sebahagian dari musibah ini disebabkan kegilaan lelaki syaitan bertopengkan manusia dan tiada kaitan langsung dengan kehendak anak itu. Tetapi tidak salah jika kita mengambil langkah berjaga-jaga, mengikut petunjuk dan kehendak Allah sejak mula. Jangan sampai terjadi anak gadis kita di perkosa depan belakang, lalu dibunuh dengan kejam selepas ‘kerja’ syaitan ini selesai sepertimana yang dilapurkan berlaku di media.Gejala gedik ini bermula terbitnya sejak kecil lagi dalam diri anak gadis kita. Oleh itu pencegahannya juga harus bermula sejak kecil, sejak mereka mula boleh bercakap dan faham apa yang kita katakan. Jangan pandang remeh dengan mengatakan anak itu belum ada nafsu kerana yang kita takuti ialah lelaki buaya yang memandang mereka itu sangat bernafsu sekali.Jangan lupa fenomena haruan makan anak. Sekalipun anda adalah ayah kandung anak gadis anda, anda harus mulakan amalan ini (jika mahu mencuba) sejak kecil agar anda benar-benar menjadi 'tidak ada selera' untuk merosak anak sendiri. Bagi ayah tiri kami tidak melarang namun ia harus dimulakan lebih awal lagi, bukan ketika anda dapat anak tiri yang sudah remaja lalu anda peluk ciumnya.Pendidikan itu wajib bagi setiap individu, dari buaian sampai ke liang lahad. Jadi biar siapapun kita, biar berapa umur kita, berapa tinggi pangkat kita, berapa banyak sijil kita, janganlah berhenti belajar dan menimba ilmu. Dan kami di RPWP juga masih belajar dan akan terus belajar.Jadikan apa yang kami kongsikan ini satu tips, bukan satu ketetapan. Jika anda ada teknik yang lebih baik dan rasional, sila kongsikan di ruang komen. Lebih baik jika melalui inbox agar tidak menimbulkan fitnah. Semuga bermanfaat.
Kredit untuk Kudap Parenting, WARGA PRIHATIN
XOXO,
sheayang
Friday, December 12, 2014
Di tahap mana kapasiti anda?
Bismillah.
Untuk ibu-ibu yang menyusu badan, pernah tak rasa yang anak anda tak puas menyusu? Apa puncanya? Mana silapnya?
Sejujurnya, saya pun pernah menghadapi situasi begini. Saya selalu menyalahkan saiz payudara yang kecil membuatkan bayi tak puas menyusu. Tapi sebenarnya saya salah.
Setelah beberapa rujukan saya buat, saya dah tahu jawapannya.
Baca apa yang tertulis pada gambar dan hadamkan dalam minda.
Saiz tidak mempengaruhi langsung jumlah pengeluaran susu. Pernah juga ada kawan yang bersaiz lebih besar dari saya cuma mampu menyusukan bayinya 3 hari saja. Kesian, kan?
Masalahnya di sini, kita kena tahu kapasiti susu yang berada pada payudara kita. Kemudian baru dapat tahu apa masalah bayi anda.
Kalau betul kapasiti penyimpanan susu anda adalah kecil, susukanlah bayi anda sekerap yang dia mahu. Kalau kapasiti pada tahap sederhana atau normal, cukup dengan hisapan sebelah payudara akan mengenyangkan bayi anda. Kalau kapasiti besar, bayi akan kenyang dengan cepat dan tak perlu menyusu dengan kerap.
Alhamdulillah. Kapasiti saya pada tahap medium walaupun saiznya kecil.
Pokok pangkalnya adalah kita, para ibu sekalian. Makanlah makanan yang berkhasiat, yang boleh mengeluarkan susu berkhasiat yang cukup. Urut payudara supaya tiada lorong-lorong susu yang tersumbat. Anda mampu mengubahkan.
XOXO, sheAYANG
Monday, September 22, 2014
7 weeks old :)
Wednesday, September 3, 2014
Wahai anak
Setiap anak Adam yang dilahirkan disentuh oleh syaitan pada saat dilahirkan oleh ibunya kecuali Maryam dan anaknya.
-Riwayat Bukhari dan Muslim-
Perjuangan kamu baru nak bermula, anakku. Ibu tak mampu melindungi kamu setiap waktu tapi Ibu akan mendoakan kamu tak kira waktu. -sheAYANG-
sheAYANG
Saturday, April 19, 2014
#54 : Amalan Ibu Hamil
- Jangan bergaduh dengan pasangan ketika mengadung bagi mengelak anak yang ganas dan panas baran.
- Bersedekah bagi melahirkan anak yang jiwanya lembut
- Elakkan mengidam benda yang pelik-pelik
- Ibu bapa perlulah rajin solat bagi melahirkan anak yang mudah mendapat hidayah dan petunjuk
- Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT
- Banyak berdoa kepada Allah SWT
- Rajin berpuasa sunat. Ibu mungkin tidak larat. So, si suami digalakkan berpuasa sunat ketika si isteri mengandung contohnya sunat isnin dan khamis
- Sempurnakan solat wajib dan memperbanyakkan solat sunat contohnya sunat hajat dan taubat
- Banyakkan zikir kepada Allah SWT. Si suami digalakkan sentiasa berzikir contohnya ketika memandu. Ini akan melahirkan anak yang kuat jiwanya, akalnya dan kuat fizikalnya.
- Banyakkan membaca al-Quran.
- Banyakkan membaca buku-buku ilmiah contohnya kisah-kisah para anbia, para sahabat dan lain-lain
- Berbual dengan anak yang masih dalam kandungan sambil mengusap perut si ibu.
- Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman contohnya memasak, melipat baju dan lain-lain bagi memudahkan proses melahirkan anak nanti. Dan si suami mestilah membantu si isteri melakukan kerja-kerja rumah itu
- Tidak terlalu tertekan atau stress setelah melihat fizikal badan yang membesar tetapi seronoklah melihat anak anda yang sedang membesar. Oleh itu, si suami kena sentiasa bersama isteri jika isteri penat, pening atau sakit.
- Menjaga adab dan emosi. Akhlak si suami dan isteri akan diwarisi oleh anak mereka.
- Makan makanan yang baik.
- Jauhi sifat dendam dan dengki dan sentiasa bersangka baik.
- Rajin mengukirkan senyuman
- Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu.
- Berbuat baik dengan orang sekeliling.






















