HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Friday, June 29, 2018

Mitos Tentang Uri Bayi


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Dua tiga hari ni asyik teringat pasal uri anak-anak je. Satu tanam di Labu, Negeri Sembilan, satu tanam di Ayer Pa'abas, Melaka. Tempat lahir pun lain-lain, inikan pula tempat tanam uri. Asalkan ia disempurnakan sebaiknya, Shea bersyukur sentiasa.

Nak cerita pasal mitos uri bayi la kali ini, okay ke?



Masa Mizwar lahir dulu, ada juga tertanya-tanya 'tak apa ke tanam uri adik-beradik jauh-jauh?'. Sebab ada terdengar cerita orang tua-tua ni, kalau tanam uri anak-anak berlainan tempat, hubungan pun tak berapa nak rapat. Wallauhua'lam. Tak dapat dipasti kesahihan statement itu. Harapnya ia hanyalah mitos semata.


Ada lagi mitos yang kalau tanam uri bayi tu letak sekali pensil dan buku supaya anak tu jadi anak yang bijak. Allahu. Mengucap panjang dengar mitos ni, kan? Jadi, kalau dah tanam dengan barang-barang tu, ibu bapa dan cikgu tak payah ajar lagi terus cerdik ke acaner? Hihihi. Kalau Shea, tanam sekali dengar laptop. Settled!

Terbaca juga yang tanam sekali uri dengan paku sebab nak elakkan uri tu didekati Cik Pon. Bukan Pondan tapi Pontianak. Haaa, ini tak berani la. Nanti ada yang kata amalan khurafat dan boleh menyebabkan jatuh syirik pula. Pendapat Shea, tiada kepentingan pun letak paku tu. Entahlah.

Ada lagi tak mitos yang korang pernah dengar?

Seorang sahabat ada beritahu yang dia pernah dengar yang uri bayi ni kena la ditanam di tempat yang strategik, jangan pula tanam bawah kandang kambing, takde ong katanya. Hihihi

Ha, yang ni mesti akan buat korang tanya kat orang tua korang pasal uri korang dulu. Shea pernah terbaca, uri bayi yang di tanam di depan rumah, bayi itu akan lebih cepat bertemu jodoh berbanding uri bayi yang ditanam di belakang rumah. Wallahua'lam.

Lepas tu recall balik la uri anak-anak tanam kat depan ke belakang. Hahaha. Okay, uri Maryam kat belakang rumah. Uri Mizwar, depan rumah. Cepat la esok anak bujang Shea menikah. :P

Yang last ni paling popular kot, lepas dah tanam uri tu kena letak macam unggun api kat atas sebab nak elakkan bayi kembung perut sampai ke besar. Bila Shea tanya parents Shea diorang cakap bukan sebab tu tapi sebab nak elakkan binatang macam anjing dari menguis-nguis atau mengorek tempat uri ditanam. Logik juga, kan?

Apa mitos pasal uri bayi yang korang pernah dengar pula?

xoxo,
sheayang

8 comments:

  1. jiran aida. tanam uri dgn sehelai kertas dan sebtg pensel.
    utk anak pandai.
    semua nyer di tgn Allah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu. Tu la, kita berserah la. Amalan mana yang kita rasa tak memesongkan aqidah tu boleh la ikut. Yang pelik-pelik tak berani la nak ikut.

      Delete
  2. Yang akak pernah dengar, kalau masa tanam uri tu, si ayah kena jegil/buntangkan mata dekat uri sebelum tanam supaya nanti anak jadi patuh, dengar cakap dan tak lawan cakap ibu bapa 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius ke kak? Yang ni memang tak pernah dengar. Hihihi. Mungkin mak pak hari ni kena baca ni, mana tau menjadi kan.

      Delete
  3. bnyk sangat yg mengarut. xpernah terbaca dlm alquran plak psl tu
    yg tahu nya apa2 dri bdn mnusia ni elok tanam je.cuma lebih elok la..mcm kbumi myat tu..uri tu dbersih elok, semua dan doa yg baik2 je. InsyaAllah.
    senang citer nye bg pak imam terus minta tolong urus.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe. Ada je tokok tambahnya kan. Takut menyimpang je. Minta dijauhkan la.

      Delete