HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Tuesday, June 26, 2018

13 Perkara Orang Kaya Buat Setiap Hari


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Siapa kat sini yang belum kaya? Nak jadi kaya?

Shea pasti semua pun ada impian nak duduk rumah besar, beli kereta mewah tapi berapa ramai daripada kita yang betul-betul work for it?


Jujurnya, Shea pun ada impian yang sama. Tapi bak kata satu ceramah yang Shea dengar, dia cakap begini, 


If you want to know your past, look at your present condition. But if you want to know your future, look at your present actions.

Jadi, apa yang orang kaya amalkan setiap hari untuk menjadi kaya? Atau untuk sustain & maintain kekayan mereka?

1. Makan Secara Sihat - 70% daripada mereka makan junk food kurang daripada 300 kalori sehari. Kalau kaya, makanan apa pun boleh beli, kan? Nak pula sekarang makanan yang sihat lagi mahal dari makanan ringan. Tu sebab rakyat marhaen seperti Shea ni mengumpul kalori sebab hari-hari mentedarah junk food aje. :P *tiba-tiba teringat kat Pak Menteri yang suruh makan kangkung sebab murah. Eh, EX Pak Menteri lah!*

2. Fokus - 80% daripada mereka fokus pada satu-satu sasaran untuk diselesaikan manakala kita yang masih belum kaya ni acah-acah multitasking last-last kerja yang priority tertinggal, buat pula online business sebab kena buat banyak kerja dalam satu masa. *blame the previous gov. Eh, tak sengaja*

3. Mendengar - 63% daripada mereka mendengar audio books dari rumah ke pejabat sementara Shea mendengar radio atau podcast aiskacang atau menonton Upin & Ipin bersama anak-anak tercinta. :P

4. To-Do List - 81% daripada mereka maintain a To-Do List. Shea ada seorang sahabat yang Shea namakan sebagai Lin yang sangat precise & punctual about time di mataku ini. And no wonder she holds a better position in work compare to us. *ini contoh teladan*

5. Panggilan Telefon - 80% daripada mereka akan membuat panggilan telefon untuk mengucapkan selamat hari jadi. Yang ini tak berapa pasti statistiknya tapi contohnya tetap ada. My Master in Shaklee business akan wish setiap kali ada cuti umum macam hari raya ke hari merdeka ke. Shea nan hado ni akan reply esoknya atau minggu depannya tu. *acah-acah busy*

6. Eksesais - 76% daripada mereka akan bersenam 4 hari seminggu sedangkan Shea hanya buat stretch up a.k.a mengeliat selama lebih kurang 10 saat je tapi konsisten buat hari-hari. :P

7. Tulis Sasaran - 67% daripada mereka menulis sasaran mereka dan Shea tulis juga tapi takat tu je la. No limit time to accomplish certain goals. Kalau ada due date pun langgar je tak settlekan. *do not follow this attitude*

8. Membaca - 88% daripada mereka akan spend masa dalam 30 minit atau lebih untuk membaca buku-buku ilmiah setiap hari manakala Shea akan spend masa untuk membaca novel ala-ala perasan princess dari dunia kayangan, gitchu! *buruk perangai :P*

9. Luahkan - Hanya 6% daripada mereka menyatakan apa yang ada dalam fikiran mereka sedangkan yang biasa-biasa macam Shea ni 69%. Biar betul? Mungkin ini orang kaya yang jenis actions speak louder than word, mungkin?

10. Kurang Masa Dengan TV - 67% daripada mereka menonton TV kurang dari 1 jam sehari. Masa untuk TV mungkin untuk menonton berita sahaja sedangkan Shea balik kerja je terus ON TV. :P

11. Rangkaian - 79% daripada mereka spend masa untuk networking selama 5 jam atau lebih dalam sebulan. Tak tau networking tu untuk apa? Kalau tak tau, rujuk kawan-kawan yang join MLM. Hihihi.

12. Bangun Awal - 44% daripada mereka bangun 3 jam lebih awal sebelum waktu mula bekerja. Shea pula bangun awal sebab nak make up. Berbaloi ke idok? :P

13. Improve & Learn - 86% daripada mereka percaya dengan life-long educational self-improvement and yes, that's me. Finally, last point ada juga yang sangkut. Shea suka dan cintakan ilmu, dan jangan pandang definisi ilmu itu terlalu sempit. Eh, yang ni kita kupas nanti la. *harap tidak lupa*

Kredit : Rich Habits by Tom Corley 

p/s : mereka = orang kaya.
        statistik bukan dari pihak Shea.
        yang positif kita ambil.
        bukan blogpost menghentam cuma meluahkan apa yang terbuku di hati.
        Shea doakan yang baca ini akan dapat buat 13 perkara ini dan please doakan Shea juga.

xoxo,
sheayang

6 comments:

  1. Hmm it looks like your blog ate my first comment (it was super long) so I guess I'll just sum it up what I had written and say,
    I'm thoroughly enjoying your blog. I as well
    am an aspiring blog blogger but I'm still new to everything.
    Do you have any suggestions for beginner blog writers? I'd definitely appreciate it.

    ReplyDelete
  2. wah lepas nih boleh la cuba buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi. Yang penting usaha. Lepastu boleh tawakal je la.

      Delete
  3. wow!
    tips yg bagus.
    tq for sharing...

    ReplyDelete
  4. Banyak boleh cuba dipraktikkan ni 😊

    ReplyDelete