HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Tuesday, October 25, 2016

Tantrum Si Kecil, Tips Untuk Ibu Bapa Menghadapinya.

Bismillah.

Terpanggil rasanya untuk menulis tentang tantrum anak kecil kita. Sejak Maryam cecah umur 2 tahun ni memang dugaan sangat rasanya nak mengawal keletahnya. Kadang-kadang geram, kadang-kadang sedih, kadang-kadang kecewa. Perasaan bercampur baur bila tengok dia tantrum tu.


Apa yang ibu bapa lain kata tentang 'terrible two' adalah benar belaka. Hihihi. Apapun, mereka tetap anak kita, amanah Allah.


Punca tantrum masih menjadi misteri. Tapi, ibu bapa boleh mengenalpasti bila anak mereka berhadapan dengan tantrum ni. Jadi, bila anak tengah melalui fasa kesukaran ini, ibu bapa perlu :

1. BERTENANG
Jangan marah atau melenting sungguhpun dalam keadaan penat atau nak cepat. Maryam sekarang bangun pagi je mesti nak merengek-rengek nak perhatian. Jadi, aku bagi dia calm down dulu, dalam masa yang sama kita pun bertenang walaupun nak bergegas ke tempat kerja. Kalau kita marah pula, lagi menjadi-jadi raungan dan amukannya. Ingat, jangan marah. Ini dinamakan reverse psychology. ;)

2. CUBA PUJUK
Dalam hal Maryam, Babahnya memainkan peranan yang sangat penting dalam pujuk memujuk ni. Selalunya bila aku pujuk, memang tak jalan la. Anak bapak, kannn... Kalau anak lelaki, elok si ibu kot yang pujuk. Bila terpaksa pujuk Maryam, aku gunakan teknik belaian dan urutan dan kata-kata manis serta zikir. Mana yang sempat je la keluar dari mulut ni. :)

3. BUAT APA YANG MEREKA SUKA
Kalau anak suka menyanyi, awak nyanyi la. Kalau dia suka menari, awak menarila. Kalau dia suka makan, bagi dia makanan kegemarannya. Lama-lama mesti diorang cool punya tengok perangai mak bapak dah macam diorang dah. :)
Pokok pangkalnya kita sebagai mak bapak lebih kenal anak kita dan tau cara nak handle mereka. Banyakkan membaca dan belajar. Praktikkan. InshaAllah, akan lebih mudah. Jangan rasa kita gagal bila tak mampu nak handle anak tu sebab kita ni hanya insan biasa yang lemah. Jadi, istighfar la banyak-banyak dan jangan give up.

  • Kita semua parent yang awesome!


XOXO,
sheayang

Tuesday, October 18, 2016

Tekanan

Bismillah.

Alhamdulillah, aku masih diberi peluang untuk terus bernafas di muka bumi Allah ni dan masih dapat menatap wajah-wajah kesayanganku setiap hari.

Semenjak dua menjak ni, memang aku akui, aku hadapi sedikit tekanan. Tekanan di tempat kerja, tekanan dalam mengurus rumahtangga, tekanan menjadi ibu. By the way, it's normal (some said). Walaupun hakikat keperitan tu kita je yang rasa dan Allah yang Maha Mengetahui. 

Ada berita gembira, disulami berita duka. Aku cuma mampu berdoa supaya Allah berikan hari yang baik kepada aku. Jadi, aku tak perlu nak fikir perkara-perkara negatif yang berlegar di sekeliling aku ni.

InshaAllah, Doakan aku terus kuat. ;)

XOXO,
sheayang