HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING
Showing posts with label borakosong. Show all posts
Showing posts with label borakosong. Show all posts

Monday, January 12, 2026

Borak

 Assalamualaikum & Hai semua,

Lama rasanya tak menulis. Ingat nak sekadar singgah je tapi tangan gatal pula nak menaip. Rindu, mungkin.

Ada lagi ke orang baca blog zaman sekarang ye? Macam musykil pula, kan? Tapi takpe, aku menulis bukan untuk apa. Sekadar untuk update untuk tatapan anak-anak di masa akan datang. Eh, laaahhhh.

Niat nak kembali aktif tu ada tapi tak tahu nak tulis apa. Kalau level-level aku ni, setakat borak kacip boleh la. Huhuhu.

Okay la, tu je kot nak tulis. Nanti aku fikir lagi nak tulis apa. 


xoxo,                                                                                                                                                sheayang



Wednesday, November 2, 2016

Kemurungan Selepas Baca Sinopsis Filem

Bismillah.

Sejak kebelakangan ni, aku tengok ramai yang share pasal sebuah cerita filem Jepun yang diadaptasi dari kisah benar. Aku tengok komen dulu sebelum apapun. Huhuhu.

Lepas tu, ada pula insan yang baik hati tolong copypaste sinopsis. Dengan berat hati aku pun baca. Baca je kot. Ko rasa?

Kemurungan aku lepas tu. Rasa macam 'kenapa, kenapa, kenapa?

Kenapa kena baca sinopsis? Kenapa nak kena tau pasal cerita ni? Kenapa boleh jadi benda macam ni? Macam-macam benda berlegar dalam kepala otak. Punya la tension nak fikir sebab dah terkenang-kenang terbayang-bayang. Nak lempang diri sendiri, confirm sakit. Tak boleh nak move on.

Ni rasanya dah seminggu orang-orang dok share pasal cerita ni. Aku tabah je la. Kadang-kadang Google gak tengok pelbagai versi cerita. Sudahnya mengundang padah pada diri sendiri. 

Sunk Into The Womb
Ramai yang memberi reaksi bahawa mereka tidak sanggup menonton filem yang terlalu menyayatkan hati ini. Ada pula yang hanya menonton separuh jalan sahaja, kerana hati sudah terusik dan bimbang filem itu akan tinggalkan kesan di minda.
Sunk Into The Womb atau tajuk asalnya Shikyu ni Shizumeru, filem arahan Takaomi Ogata pada tahun 2013, mendapat rating tinggi di laman IMDB, 8.2/10.
Filem ini mengisahkan kehidupan seorang ibu dan dua orang anaknya yang tidak terurus selepas ditinggal oleh suaminya.
Menurut laporan Japan Today pada tahun 2013, seorang wanita berusia 25 tahun didakwa telah membiarkan dua anak kecilnya hidup dalam rumah yang dikelilingi sampah, mengalami kebuluran sehingga mati.
Sanae Shimomura, meninggalkan anak perempuannya, Sakurako Hagi, 3, dan Kaede, 1, dalam rumah yang dikunci di barat Osaka, sementara dia menghabiskan masa di rumah teman lelakinya.
Sanae mula meninggalkan dua anaknya bersendirian sejak Mac 2010. Pada Jun tahun yang sama, Sanae dikatakan tidak pulang ke rumah untuk sekian lamanya. Namun, sebulan kemudian ketika Sanae pulang ke rumah, dia mendapati dua anaknya itu telah meninggal dunia.
Laporan autopsi mendedahkan bahawa, mangsa adik beradik itu mati akibat kebuluran, bagaimanapun punca sebenar kematian tidak dapat dipastikan.
Lapor Phunu Online, jiran yang tinggal berhampiran pernah terdengar dua beradik berkenaan menangis. Namun tidak pernah cuba untuk memasuki rumah tersebut mahupun melaporkan kejadian itu kepada polis.
Polis menemui mayat Sakurako Hagi dan Kaede dalam keadaan tidak berpakaian, mereput dan tinggal tulang, dipercayai telah mati sebulan atau dua bulan yang lalu.
Menurut seorang jiran yang tidak didedahkan identitinya, dia telah melaporkan kejadian itu kepada pihak kebajikan sebanyak tiga kali, kerana mereka kerap menangis hampir setiap malam.
Panggilan telefon pertama dibuat pada jam 9 pagi, 30 Mac 2010 di mana jiran terbabit memaklumkan dua kanak-kanak terbabit menjerit, “Mama! Mama!” sehingga lewat malam.
Dua pegawai kebajikan datang melawat rumah berkenaan pada jam 3 petang pada hari laporan dibuat, jam 10 pagi keesokkan hari 1 April dan jam 6 petang pada 2 April. Namun tiada sebarang respon dari penghuni rumah berkenaan.
Jiran itu sekali lagi menghubungi pihak kebajikan untuk kali kedua pada jam 7 pagi, 8 April. Namun apabila pegawai kebajikan datang ke rumah tersebut pada jam 2 petang dan keesokkan harinya, hasilnya masih sama, tiada respon yang diberikan.
Laporan ketiga dibuat pada jam 5.30 pagi, 18 Mei 2010. Sekali lagi pegawai kebajikan datang melawat pada jam 3 petang. Namun hasilnya tetap sama.
Berdasarkan garis panduan Kementerian Kebajikan di negara itu, pegawainya perlu memastikan kanak-kanak yang dilaporkan itu selamat dalam tempoh 48 setelah menerima aduan.
Bagaimanapun, pegawai kebajikan berkenaan gagal mencari jalan masuk ke kediaman tersebut. Malah mereka juga tidak dapat menghubungi saudara mara penghuninya kerana mereka tidak tahu siapa yang tinggal di kediaman itu. Ekoran itu, tiada sebarang laporan polis yang dibuat.
Menurut kenyataan media pihak berkenaan, situasi pada ketika itu tidak menampakkan kes tersebut penting kerana tiada sebarang jeritn meminta tolong dan tiada laporan kanak-kanak didera. Malah, pegawai berkenaan tidak menyoalsiasat jiran-jiran berhampiran kerana bimbang ia akan mengeruhkan hubungan kedua-dua pihak.
Menurut pengadu, kanak-kanak malang itu sudah berhenti menangis sudah hampir sebulan sebelum jiran sebelah rumah mangsa terhidu bau busuk yang datang dari rumah mereka pada bulan Julai.
Beberapa pakar berpendapat, jika pegawai kebajikan bertindak pantas, nyawa kedua-dua mangsa mungkin dapat diselamatkan. Di bawah undang-undang, pihak kebajikan boleh mendapatkan waran untuk memasuk rumah tanpa memerlukan keizinan pemiliknya bagi melindungi kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan.
Ekoran kejadian itu, Sanae Shimomura ditahan pada lewat Jun 2010 selepas rakannya yang dihubungi oleh penjaga pangsapuri berkenaan berhubung penemuan mayat dua beradik itu. Sanae didakwa atas tuduhan sengaja meninggalkan dua anaknya tanpa sebarang makanan sehingga kedua-dua mangsa mati kebuluran.
Ketika ditahan, Sanae berkata, “Saya ingatkan mereka akan mati selepas ditinggalkan selama seminggu. Saya tak rasa saya sepatutnya pulang ke rumah untuk menyelamatkan mereka,” katanya.
Ekoran itu, Sanae dijatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun. - eberita.org -


Belum ada kekuatan nak tengok cerita ni lagi. Mungkin selepas ni mana tau! Setiap kali nak tengok, terbayang muka Maryam. Perghh. Memang tak jadi lerrr...

Banyak pengajaran yang kita dapat, kata orang yang dah menonton. InshaAllah, InshaAllah.

Bye!

XOXO,
sheayang

Tuesday, October 18, 2016

Tekanan

Bismillah.

Alhamdulillah, aku masih diberi peluang untuk terus bernafas di muka bumi Allah ni dan masih dapat menatap wajah-wajah kesayanganku setiap hari.

Semenjak dua menjak ni, memang aku akui, aku hadapi sedikit tekanan. Tekanan di tempat kerja, tekanan dalam mengurus rumahtangga, tekanan menjadi ibu. By the way, it's normal (some said). Walaupun hakikat keperitan tu kita je yang rasa dan Allah yang Maha Mengetahui. 

Ada berita gembira, disulami berita duka. Aku cuma mampu berdoa supaya Allah berikan hari yang baik kepada aku. Jadi, aku tak perlu nak fikir perkara-perkara negatif yang berlegar di sekeliling aku ni.

InshaAllah, Doakan aku terus kuat. ;)

XOXO,
sheayang

Friday, February 26, 2016

Cinta Teruna Kimchi

Bismillah.

Tajuk tu jangan la gelak. I know, I know. Muka nampak ganas tapi hati tetap bunga-bunga. Ganas ke? Hahaha.

Semalam last episode. Aku follow la cerita tu. Tapi kadang-kadang terlepas dengan sebab. Contohnya hari Jumaat terpaksa akur pilihan suami nak tengok Gerak Khas (walaupun siaran ulangan). :p

Tak ada nak komen pun cuma aku teruja la masa cerita tu start. I never like Nazim Othman before, honestly. Tapi aku respect and salute dia dalam drama tu. Well converse in Korea and Bahasa Indonesia with Korea slanga.

Sumber : Google

Walaupun muka dia tak berapa nak Korea but who cares? As long as he did his job well, aku suka. Saya bagi 5 HA. HaHaHaHaHa.

Suka Nazim Othman. Tapi sayang kat suami nan seorang je. :p

Okay la. Nak bagitau tu je. Kikiki. Salam Jumaat.

XOXO,
sheayang

Tuesday, February 23, 2016

Pedoman Cerita Si Anak Perempuan & Si Ayah

Bismillah.

Lewat malam.
Seorang ayah menanti anak gadis kesayangannya dengan penuh kerisauan... Di ruang tamu. Seketika, kelihatan kereta masuk ke porch. Baru balik. Entah dari mana.
"Kamu, duduk dulu. Ayah nak cakap sikit." Anak gadisnya duduk malas-malas. "Kamu dari mana?" Anaknya menjawab malas. Tahu ayahnya nak membebel.

"Keluar. Dengan kawan."

Ayahnya bertanya lagi. "Kawan lelaki atau perempuan? Jujur."

Ah. Habis.
"Lelaki."

Ayahnya mendengus. Mungkin sesal. Mungkin kecewa.

"Ayah tak izinkan lagi kamu keluar malam. Tak kira, dengan kawan lelaki atau perempuan. Ini bukan kali pertama ayah perhatikan. Sudah banyak kali."
Anak gadisnya membentak.
"Tapi, bukan buat apa-apa pun. Takkan nak keluar makan-makan, pergi shopping, tengok wayang pun tak boleh?"
Ayahnya cuba bertenang. "Boleh. Tapi bukan dengan kawan lelaki. Tapi dengan suami yang sah kamu nikahi. Bagaimana kamu boleh kata tak buat apa-apa, sedangkan pakaian kamu mengatakan ada apa-apa? Lihatlah pada baju sendat yang kamu pakai, legging yang kamu pakai. Walaupun kamu bertudung, adakah itu tidak menjadikan mata lelaki itu tak terjejas apa-apa? Adakah kemaluan lelaki itu tidak respon apa-apa? Adakah nafsu lelaki itu tidak berkecamuk jadinya?"
Anak gadisnya menggelengkan kepala.
"Ayah, sumpah tak buat apa-apa. Dia lelaki baik. Dah lama kenal hati budi."
Ayahnya mencantas kata. "Lelaki yang baik tak akan bawa keluar anak dara orang malam-malam. Cuba kamu fikir dengan logik akal. Sekiranya dia berani bawa kamu keluar malam begini, apa alasannya mustahil dia tak berani bawa keluar gadis lain di lain masa? Lelaki yang tidak menjaga diri atau maruahnya akan menyebabkan perempuan yang bersamanya tak terjaga sama. Kamu berpakaian untuk dia. Supaya dia suka lihat. Supaya dia rasa bangga dapat keluar dengan kamu. Dan ya, dia selamba memuji kecantikanmu. Kamu mempamer, dia sambut dengan pujian. Macam mana lelaki yang baik akan memuji apabila melihat seorang wanita tidak berpakaian menutup aurat dengan sempurna? Adakah ayah mengajarkan kamu pakai begini dulu? Mengapa bila kamu meningkat dewasa, masuk universiti akhirnya fesyen pemakaian berubah? Degree menjadikan kamu lebih pintar atau menjadikan kamu lebih mungkar? Bukan salah pada degree, tapi salah pada iman sendiri."

Anak gadis merah muka. Diam. Nak menjawab. Tapi kelu.
"Adakah sebab ayah dah tua, ayah tidak berdaya, ayah tidak berkuasa, maka pudarlah rasa kamu untuk jadi anak yang beragama? Hormat luntur ikut usia. Anak ayah yang ayah sayangi..."
Nada suara ayah ada getar sendu.
"Kamu kena ingat. Syurga itu tak sepenuhnya bergantung kepada reda suamimu. 25 tahun misalnya kamu hidup dengan ayah dan ibu, kalau kami tak reda 25 tahun itu, kamu juga susah untuk dijemput ke Syurga. Meski suami reda, tapi kami tak reda, kamu masih di antara Syurga dan Neraka. Sekiranya kamu buat air mata suami menitis kegembiraan kerana baiknya layanan kamu kepadanya, patuhnya kamu, solehahnya kamu untuknya... Tapi kamu buat air mata ayah ibu jatuh tanpa kamu rasa sesal sedikit pun..kamu masih tidak layak untuk Syurga. Buat kami reda. Buat suami reda. Syurgalah bagi kamu."
Anak gadisnya itu menitiskan air mata. Rasa sebak di dada.
"Lelaki itu bukan untukmu. Ayah tidak akan membiarkan anak yang ayah dukung di bahu ayah ketika kecil, tangis tawa, susah senang hinggalah kamu mampu berdiri sendiri, disakiti oleh lelaki yang kurang imannya."
Si gadis bersuara perlahan.
"Tapi, dia selalu ada masa saya memerlukan..."
Ayahnya mencelah,
"Tidak. Selama ini kamu lemah, siapakah yang menguatkan? Ayah ibu. Pada siapa ayah ibu panjatkan doa supaya kamu kuat? Pada Allah.
Allah yang menguatkan dirimu di kala kamu memerlukan, di saat kamu jatuh, di setiap detik kamu layu lemah. Demi Allah, kamu tidak kuat. Kerana Allah, kamu harus kuat. Bukan kerana lelaki yang baru muncul setahun dua."
Air mata anak gadis itu berjuraian jatuh dari pipinya.
"Anakku...ayahmu ini lelaki. Lelaki kenal wajah sebenar lelaki. Lepaskannya pergi, bangkit kembali. Kuat kembali. Allah sentiasa di sisi."
Anak gadisnya itu terus memeluk orang tuanya itu. Sungguh segalanya benar. Sejak mengenali pemuda itu, yang ada hanya kata sayang dan pujian. Hanya kata-kata khayalan dan angan-angan. Tidak menjadikannya lebih baik. Cuma menjadikannya lebih berfantasi dan nak happy. Sedangkan Syurga berlantaikan iman. Hatinya berbisik, "Subhanallah.. aku banyak dosa ya Allah.."

"Demi Allah Aku Tidak Kuat, Kerana Allah Aku Harus Kuat.. ampun kan aku Ya Allah"

😭😭😭

************************

Karya: Penulis Misteri

Biarlah penulis tu terus menjadi misteri dan cerita ini terus disebarkan demi pedoman anak-anak perempuan di luar sana. Kerana ayah kita juga seorang lelaki, maka dia lebih kenal siapa di sebalik 'lelaki' itu.

XOXO,
sheayang
 

Thursday, February 4, 2016

Stay strong

Bismillah.

Hari ni hari Khamis. Saje je nak update hari. Takut terlupa. Hihihi.


Minggu ni sangat penat sebenarnya. Start hari Sabtu aku dah mula rasa sakit tekak. Bangun tidur je tekak rasa perit. Takde simptom nak demam lagi. Hari Ahad baru rasa badan seram sejuk. Kebetulan masa tu ada kat kampung. Emak ajak pergi kenduri kawen. So, marilah berpanas. And amazingly, demam is gone. But runny nose is coming. 

Perghhh... Dugaan sangat rasa. 

Kalau ikutkan hati, nak melepet je atas katil. Tapi persoalannya siapa nak uruskan Maryam?

Hari Isnin tetap kerja walaupun rasa dedau je badan duduk dalam aircond. Tak boleh blah, lepas lunch terus shoot pergi klinik. Dan dapat hadiah, ubat!

Hihihi.

Hari Selasa dalam pukul 3 pagi, aku rasa badan Maryam panas semacam. Terus tuam dan buat sponging. Masa tu suhu 38.3c. Nak pergi klinik, mana ada yang buka kat area bandar kecil macam ni. Maka, berjaga la aku seorang diri sebab suami kerja shift malam. :'(

Pagi tu, aku hantar Maryam pergi klinik dulu. Dah settle baru bawa pergi rumah mertua dan lepas tu masuk kerja. Bila fikir balik, how selfish I am. Anak demam pun aku boleh pergi kerja. Okay, taknak ingat. Terasa zalim plak.

Aku decide untuk cuti semalam bila tengok demam Maryam tak kebah lagi plus myself pun jalan dah macam orang mabuk todi. Tak centre. Huhu. Challenging juga dalam keadaan kita sakit, kena jaga orang sakit yang lain. Baru la aku mengerti apa yang orang-orang dalam slot tv Bersamamu tu rasa. Insaf.

Alhamdulillah, pagi tadi Maryam dah okay dan aku kembali bekerja. Cuma sekarang datang balik running nose ni. Sejuk kot. 

Terrible week weh. Tapi aku dapat perkhabaran indah. Kakak aku baru beranak. Dapat anak buah baru. Yahoooo...

Selamat berpantang Ayong. Selamat berpantang juga Abang Ipar. Hahaha.

XOXO,
sheayang
 

Wednesday, January 27, 2016

Pending

Bismillah.

Banyak cerita pending kat draft. Banyak juga yang stuck dalam kepala otak. Tapi takpe, bukan semua boleh/kena share dekat sini. Simpan sendiri je la. Hehehe.

Bila duduk sorang-sorang sambil tatap wajah anak, rasa sayu kot. Teringat kat mak. Sejak dari Ibu ni, asyik nak touching je. Kadang-kadang kalau baca qoute kat timeline FB pun air mata dah bergenang dah. Kalau kena time kat office, cepat-cepat capai tisu atas meja. Kalau dah emergency sangat, hujung baju/tudung la jadi mangsa. Kikiki...

Haishhh... Hilang idea dah nak merepek since saja drop by blog ni taknak bagi sepi. Baru je hilang 1 followers hari ni. Maknanya, blog ni semakin membosankan la ye.

Takpe takpe. Nanti kita serikan lagi. Till then. 

XOXO,
sheayang

Tuesday, July 14, 2015

Nama Saya Rimi dan Saya Sayangkan ...

Bismillah.

Hai korang. Dah nak raya ni. Macamana persiapan?

Taknak la tanya. Nanti jeles. Hehehe...
Last week rasanya video ni viral di kalangan teman-teman FB aku.


Well, diorang degree holders and some tengah sambung Master. Agak cemburu jugak la, sebab daku hanya diploma holder yang sendu du du duh sakitnya tuh di sini aduhhhh... Hambekkk... :p
Apapun, point aku tetap sama dengan Zahra dan aku setuju.

Zaman sekarang, duit adalah pengukur. Setinggi mana kau belajar, kadang-kadang kau rasa gaji tu tak setimpal dengan tahap pendidikan kau. Tapi cukup setimpal dengan kerja yang kau buat (ini di mata majikan). Tambah plak bila duduk di kawasan kota, metropolitan lagi. Serikkk wooo...

Ni pengalaman aku la. Aku memang sukaaa tukar kerja. Korang pempaham je la, darah muda. Tak serasi sini, lari sana. Tak kena sana, lari sinun. Sampai la kau rasa job tu memang sesuai untuk kau dan kau wish to stay forever dengan job tu. Tup tup ada kekangan lain. Mesti sekali lagi, sakitnya tu di sini. Huhuhu...

Aku pernah mencuba nasib 2 kali ke Kuala Lumpur. Kota yang di khabarkan mampu mengubah poket kau. Kali pertama, aku kecundang. Cuma bertahan seminggu. Bekerja di firma akauntansi yang kau tak dapat nak get along dengan orang dan kerja. Pulang la aku ke kampung halaman. 
Dalam 4 ke 5 tahun kemudian, aku kembali ke sana. Dengan semangat baru dan berbekalkan pengalaman yang cukup, aku rasa aku mampu pikul tugas yang diberi. Walaupun gaji yang ditawarkan tak sampai RM2 ribu. Sesuai la dengan tahap pendidikan dan pengalaman, rasanya.

Kerja best, jumpa ramai orang, tapi kena bekerja setiap hujung minggu. Cuti cuma sehari. Tak mengapa. Aku pergi kerja naik bas RapidKL. No bas dah tak ingat tapi aku masih simpan resitnya. Bila orang tanya kenapa aku simpan resit tu, aku akan jawab "Ini usaha aku untuk kekal survive di kota". Bila dah tau selok belok kota, baru aku mula memandu, itu pun kadang-kadang. Dengan harga parkir RM5 sehari, mana mungkin aku mampu.

Minum pagi di pantri office. Alhamdulillah, dapat berjimat. Milo, nescafe, microwave ada tersedia. Makan tengahari, beli tapau kat Cold Storage. Hari-hari beli lauk sama supaya tak kena tipu harga. Selalunya dalam RM4. Masih murah, kan? Kalau dapat gaji, mewah la sikit makan. Kalau ada farewell, wajib join. Makan sedap dan jimat poket. Hahaha...

Tempat berteduh aku kat Kg Pandan, ye, di flat itu. Yang katanya ramai foreigner itu, ye, di situ. Dengan sewa bilik kurang RM200, dapat la aku tidur dengan selesa, syukur. Buat apa nak duduk kondo kalau dah memang tak mampu? Fikirkan, kita yang buat pilihan.

Tempat tinggal dengan tempat kerja tak jauh jaraknya. Dari rumah, dah boleh nampak bangunannya. Tapi masih perlukan kenderaan untuk sampai.

Aku bertahan kat sana kurang setahun. Sebab? Aku tak dapat menyimpan. Seketat mana aku sekat perbelanjaan, duit tu mengalir je, tak tau ke mana. Aku decide untuk balik semula ke tempat asal dan bekerja di sana. Kurang 2 tahun aku kerja, aku dapat kawen. Bila aku dah pregnant 4 bulan, aku pun berhenti kerja dan duduk dengan suami.

Sekian saja. Nama saya Rimi dan saya sayangkan kampung saya. Hehehe...

XOXO,
sheAYANG

Monday, July 6, 2015

Monday yang Sendu

Bismillah.

Assalamualaikum dunia. Baik-baik sajakah di hari Isnin ni? Apa? Monday blues? Hehehe...

Same here bebeh. Dah lama rasanya tak terkena badi Monday Blues ni. Hari ni entah macamana boleh silap langkah plak.

Pagi ni malas-malas je nak bangun sahur. Maklumlah, hujan. Tidur lagi sedap kan. Tapi gagah la jugak makan mee hoon. Dah sumbat air milo, makan supplement dan bum semula. Tak dapat nak kawal mata. Maryam pun kebetulan nak menyusu.

Masuk kerja, ada tugasan lain. Lain dari hari-hari yang lain. Kena jaga 'orang penting'. Sebab pegawai khasnya cuti, check up baby. Aku on je la. Dah orang mintak tolong, kan? 

Everything went well until 'orang penting' sampai. Aircond kat bilik dia, aku dah tersalah set. Mana la aku tau dia ada remote air cond sendiri. Dan aku tak alert pun degree yang dia tetapkan. Hahaha. Masuk-masuk bilik je cakap 'Sejuk'. Stress mak. Okay, fine la. Aku dah dimaklumkan orang tua ni memang cerewet. #matilanak

Sekadar hiasan

Situasi kedua selang 10 minit la lebih kurang. Seriously aku tak dengar phone call dalam bilik dia since dia berborak dengan guest agak kuat. Till di hujung perbincangan dengan guest tu, baru la aku perasan ada phone call, tapiiiiii tak sempat la aku nak jawab. Sebab tak tau nak transfer call tu ke tempat aku. Hahaha. Lawok gak ni. Menci pun ada.

Depan-depan guest dia boleh sound aku. Tapi aku bet guest dia tu tak faham since orang tu pun non-Malaysian. Agak terpinga-pinga guest dia tu. Hahaha... Aku lagi kesiankan guest dia dari diri sendiri yang disound oleh 'orang penting' tu, boleh?

Takpe la, at least aku enjoy. Dapat gak merasa camner rupa Monday Blues tu. Disebabkan aku ni positif orangnya (positif sangat, kannn), maka takde la efek kena sound tu rasa teruk sangat. Weh, life is too short nak ambil hati pasal benda remeh camtu la. Kan kan kan?

Tapi aku sangat berharap hari ini berlalu dengan pantas. Tak sabar nak balik rumah dan belek-belek anak.

Latest update, gigi Maryam baru nak keluar. Banyak gak dia merengek lately, tak selesa gamaknya. Apapun, Ibu tetap akan jadi SuperIbu yang superb, Maryam. No worries! Hehehe...

XOXO,
sheAYANG

Tuesday, March 31, 2015

GST Oh GST

Bismillah.

Esok 1 April 2015. Dah bersedia?

Macam nak pergi berperang plak perasaannya ye.


Sana sini orang sibuk bincang pasal GST.
Pergi kenduri org kawen cerita GST.
Pergi kenduri tahlil orang bicara GST.
Pergi makan Burgerbyte orang bincang GST.
Bukak TV iklan GST melambak.
Bukak WhatsApp bersepah komen bergambar pasal GST.
Everywhere we see. We feel it.

Pedih.
Pedih sangat.


Ramai rasanya tak setuju tapi adakah suara kita didengar?

Masih sia-sia rasanya.

Aku?
Tiada pendapatan.
Tapi sentiasa ada perbelanjaan.

Walaupun seribu penjelasan diberikan
Masih belum mampu mengubati jiwa lara rakyat yang sengsara

Semoga kita tabah menghadapi hari-hari mendatang.


XOXO,
sheAYANG


Saturday, December 20, 2014

Menang Tapi Kalah.

Bismillah.

Dah settle semuanya, kan?

Bukan rezeki kita. Kita bagi Thailand pegang piala lagi.

Biasalah, adat bertanding ada menang ada kalah. Banyak komen2 yang aku baca di Facebook. Ada yang puji, ada yang maki hamun, ada yang kata player no. 7 Thailand handsome. Haishhh...

Apadehal.

Komen la selagi boleh. Asalkan komen membina.

Memang banyak silap akan berlaku bila dah ada dalam padang. Cuma player2 je yang tau rasa tu. Kita yang dok tengok ni pehal nak memaki? Eh, teremosi plak.

Yang player plak lain halnya. Dah leading 3 gol tu, defend kasi mantap la. Takyah nak kejar gol lagi. Overconfident ni!

Kalau orang nismilan panggil 'JOBHO'. Kan dah tak pasal2 dah kalah.

Walaupun menang di tempat sendiri tapi hakikatnya kita kalah. Mental tak kuat (overconfident), player kurang stamina (tua), defend longgar.

Please train the NEW Shukor Adan, Indra Putra, Safee Sali. They are good but not relevant anymore.

Sekian ulasan ringkas dari saya, pengulas sukan tanpa ilmu. Selamat malam. Jumpa lagi pada 2016!

XOXO,
sheAYANG


XOXO, sheAYANG

Tuesday, December 16, 2014

Fair!

Bismillah.

Ada tak antara kita ni yang tak suka budak-budak?

Kalau ada, sila ubah attitude anda sebelum menyesal. Hehehe...


Lame joke, kan?

Dulu sebelum kawen, aku cukup pantang tengok budak-budak yang tak reti dok diam. Yang hyper la senang cerita. Rasa nak cubit-cubit je. Tapi aku suka baby. Sebab baby tak banyak ragam. Oh, ini kes suka baby yang baik-baik je la ni. Hek hek hek...

Pastu suka baby yang comel je. Yang tak comel taknak pegang. Mengada, kan?

Tapi bila dah ada anak sendiri ni, nahhhh... Rasakan kan kau. Ahahaha..

Comel ke tak, lasak ke tak, meragam ke tak, kau hadap la sendiri. Padan muka! ;p

Yang penting, jangan tolak zuriat. Anugerah Allah tu. Kalau takut kedut ke kendur ke, sila takut tu lebih sikit kalau masuk neraka. Eh!

XOXO,
sheAYANG

Wednesday, December 10, 2014

Gambar Paling Annoying!

Bismillah.

Pernah tengok gambar perempuan posing seksi? Lelaki posing macho?

Macamana plak dengan baby?

Tak tahu nak kategorikan camner. Posing comel? Tak mungkin!

Haishhh... Berulang kali aku tengok gambar ni. Setiap kali tu jugak la aku tersengih sorang-sorang.

Dah besar rupanya awak!

Dah pandai buat perangai. Dah pandai melawan cakap Ibu. Huhuhu...

Ibu doakan hidup awak sentiasa dirahmati Allah. Harap ramai yang sayang awak!


XOXO, sheAYANG

Monday, December 8, 2014

December, the month of happiness!

Bismillah.

Hi everyone!

Walaupun Malaysia kalah lawan Vietnam tadi, aku tetap up entry. Taknak cerita bola. Hehehe..

Macam tak sedar je tup-tup dah bulan Disember. Tahun depan dah masuk tahun 2015. Eh, taknak pergi tahun depan boleh?


Kenapa aku suka bulan doblas?

6 th  - Birthday sepupu aku
20th - Birthday sepupu aku
26th - Birthday aku
28th - Birthday sepupu aku

Best, kan?

Kami December babies sangat happy untuk meraikan hari jadi kami throughout the month. Para suami/tunang/pakwe, sila la berkelakuan sopan sepanjang bulan ini untuk mengelakkan mood swing. Kih kih kih...

Tapi masalahnya, ada tak sesiapa nak celebrate kitorang ni? :p

Friday, December 5, 2014

Hikmah Jumaat

Bismillah.

Hari ni hari Jumaat. 

Maryam baru je tidur lepas menyusu tadi. Awal. Sebab petang tadi tak tidur. Dah bawak pergi jalan-jalan naik kereta, duduk dalam aircond pun mata dia takmau lelap. Hai la anak. Dah banyak akal ye.

Dan aku plak leka dengan blogging je hari ni. Maklumlah nak kekalkan momentum buat entry setiap hari memang payah bebenor. Hik hik hik...

Tapi Maryam always be my priority. Gila kau nak biar anak kecil terkontang-kanting sorang-sorang. Dan mungkin juga rezeki Maryam bila aku buka Nuffnang hari ni, jeng jeng jeng...

Hahahaa... Suspend tak chuolls? Alaaa... Nak bagitau Status kat Nuffnang dah upgrade jadi Glitterati. Alhamdulillah.


Sebelum ni memang dah dapat status tu tapi entah kenapa Nuffnang meroyan kot, depa pi tarik balik. Huhuhu. Sedih tau. Dah la kita setia kat dia aje.

Okay. Tu je nak mengadu. Harap-harap lepas ni banyak la iklan masuk. Boleh kumpul income beli mainann Maryam. Huhuhu...

Ada sesiapa yang sudi nak jadi mentor saya untuk jadi Fulltime Blogger tak? Mohon tunjuk ajar. Macehhhh...

XOXO, 
sheAYANG

Penyakit Selfie?

Bismillah.

Setuju dengan attached tweet?

Bagi aku, terpulang pada niat masing-masing.

Hati orang kita tak boleh baca. Hati kita pun orang lain tak dapat baca. Jadi, hindarilah. Hindarilah apa? Korang fikir la sendiri.

Dilema sungguh!


XOXO, sheAYANG

Friday, November 28, 2014

Tapi Ustaz...

Bismillah.

Salam Jumaat buat semua.

Sekadar renungan buat mereka yang kadang-kadang lupa, kadang-kadang leka akan fungsi isteri.

Tapi ustaz..

Cadangan tu agak menggerunkan jugak. Boleh suggest solution lain tak? Hehehe...


XOXO, sheAYANG

Thursday, November 27, 2014

Etika

Bismillah.

Aku bukan golongan bijak pandai yang suka-suka nak jatuhkan hukum pada orang lain.

Aku jugak bukan jenis keyboard loser yang suka membahan membabi-buta.

Matlamat tak menghalalkan cara.

Sekalipun kau berniat untuk menegur, perlu ke jadikan ia suatu viral? Perlu ke disebarkan gambarnya? Sudahkah tuan punya badan memberi kebenaran untuk orang lain ambil gambar beliau?

Kesian pengantin tu kena kutuk berkoyan-koyan. Memang kalau ikut dari segi adab, tak patut dia berposing sedemikian. Tapi kita siapa?

Bukan secara terang-terangan untuk menegur. PM saje la wanita berkenaan.

Hai la manusia. Suka sangat berlagak suci tapi dosa sendiri tak diimbangi.

Sekian.

-Ustazah Siber-


XOXO, sheAYANG

Tuesday, November 18, 2014

Antara Rukun, Sunnah dan Trend

Bismillah.

Selamat pagi Selasa semua. Feeling better than yesterday?

Alaaaa... Jangan buat mindset macam tu boleh tak? Aku yang housewife ni pun selalu terkena tempias malas hari Isnin. Hehehe...

Apa pendapat korang pasal artikel ni? Hari tu aku ada share kat facebook dan ada gak yang komen dan share.

Sebenarnya, nak argue pasal benda ni pun sampai ke sudah takkan selesai. Masing-masing dengan pendirian masing-masing. Cuma janganlah melakukan kesilapan jika anda sedang merancang untuk ke jinjang pelamin.

I did it once.

Cukup la sekali. Takkan nak kawen banyak kali kot, kannn?

Cuma pesan artikel ni, elakkan membuat pinjaman peribadi semata-mata untuk majlis nan sehari ni.

Kalau dah rasa banyak duit tu, ikut korang la nak buat majlis besar mana pun kan.

Okay. Bincangkan!

Sekian. Hehehe...


XOXO, sheAYANG

Sunday, November 9, 2014

Speechless Sunday

Apa yang dapat anda simpulkan?

Jangan biarkan diri anda tersimpul sampai terbelit.

Saya hanya mampu ketawa. :)


XOXO, sheAYANG