HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Sunday, December 28, 2014

Cuti Sudah Habis, Bro!

Bismillah.

Ahad. Ahad terakhir untuk tahun ni. Banyak juga cerita yang pending. 

Keadaan tak berapa bagus untuk pergi bercuti.


Bagi yang kita sedia maklum, dengan keadaan hujan berpanjangan menyukarkan aktiviti harian. Tapi kami sekeluarga baru pulang bercuti di Johor.

Percutian pendek dan tidak berapa ada pengisian, Huhuhu... Last minute planning. Biasa la, kan...

Banjir di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia juga seolah tidak membenarkan percutian kami. Sos sobs...

Nanti kalau ada masa aku update lagi. Terhad sangat menjelang hujung tahun ni.

XOXO,
sheAYANG

Thursday, December 25, 2014

Hulurkan Bantuan, Ringankan Beban.

Bismillah.

Keadaan bertambah buruk. Aku ada dengar pasal fenomena NEW MOON. Berjaga-jagalah saudaraku.

Mohon sebarkan.

Untuk mereka yang berada dalam kawasan capaian Negeri Sembilan.

Aku rasa setiap negeri pun ada kot. Kalau tak berkesempatan, sedekah je la kat mana-mana tabung untuk mangsa banjir ni.

Kat Melaka ni aku tak pasti kat mana. Kalau aku balik Seremban, boleh gak packing2 baju yang dah tak guna tu. Haisshhh...

Apapun, Doa sentiasa mengiringi.

Aku dengar ada berita kematian akibat bot terbalik. Tapi tak tau sahih ke tak. Kalau benar, Al fatihah untuk mangsa dan Takziah buat keluarga mereka.

Keep on supporting them because we are Malaysian, the caring citizens!

Muah!


XOXO, sheAYANG

Wednesday, December 24, 2014

#PrayForPantaiTimur

Bismillah.

Sayu hati ni bila updates kat FB penuh dengan gambar insiden banjir kat pantai timur Malaysia. Walaupun tak berada di sana, turut terasa jugak tempiasnya. Dengar khabar, banjir dah merebak ke Perak dan Perlis. Wallahua'lam.


Cuma doa dapat kami titipkan buat saudara-saudari di sana. Bukan mudah untuk mengharungi dugaan ni. Kalau aku berada dalam situasi begitu, memang menangis je la kerjanya. 

Sesiapa yang memulakan hashtag #PrayForPantaiTimur ni, aku ucapkan jutaan tahniah. Anda telah menyatukan kembali rakyat Malaysia walau di mana kita berada.

Harap-harap tiada masalah dari segi penghantaran bantuan kerana menurut mesej Whatsapp yang aku terima, takde lagi jalan darat dapat digunakan di Kelantan untuk masuk ke sana. Sob sob... :'(


Semoga semuanya baik-baik saja. Aamiin...

XOXO,
sheAYANG


Monday, December 22, 2014

Tak Halal Tapi Ramai Dok Mengidam.

Bismillah.

Amacam semua? Dah Asar? Eh, tetiba je kan.

Hurm. Aku agak kecewa bila dengar berita ni.

Cousin aku share kat FB. Aku terpana sekejap.

Kenapa?

Aku tak pernah makan lagi kat Tony Roma's ni sebenarnya tapi mengidam la jugak nak pergi. Memandangkan lokasi di luar kawasan capaian aku, tu faktor yang tak dapat dielakkan. Selain dari faktor duit yang terpaksa dilaburkan untuk menikmati BBQ ribs yang depa kata dok sedapppp sangat tu. Benda kalau sedap memang takkan segan silu nak rasa, kan. Tapi kena la tengok diri sendiri mampu ke tidak.

Aku turut bersimpati pada sahabat2 yang dah pernah makan kat sini. Kalau baca komen kat FB memang sayu la. Camner nak samak? Kalau ter'touch-a-dog' tu boleh la jugak basuh pakai air tanah. Ni takkan nak minum plak air tanah kan?

Eh, tapi one thing yang diorang tak stated kenapa Non Halal. Either dia guna wine atau guna bahan dari oink oink.

Apapun, benda2 yang syubhah ni kalau boleh elak tu kita elakkan la. Tak masuk neraka pun kalau makan kat gerai tepi jalan as long as ianya halal dari makan kat tempat high class tapi makanannya haram. Sadis, kan?

Tu je nak share. Kalau ada maklum balas dari Tony Roma's, kita nantikan.


XOXO, sheAYANG

Saturday, December 20, 2014

Menang Tapi Kalah.

Bismillah.

Dah settle semuanya, kan?

Bukan rezeki kita. Kita bagi Thailand pegang piala lagi.

Biasalah, adat bertanding ada menang ada kalah. Banyak komen2 yang aku baca di Facebook. Ada yang puji, ada yang maki hamun, ada yang kata player no. 7 Thailand handsome. Haishhh...

Apadehal.

Komen la selagi boleh. Asalkan komen membina.

Memang banyak silap akan berlaku bila dah ada dalam padang. Cuma player2 je yang tau rasa tu. Kita yang dok tengok ni pehal nak memaki? Eh, teremosi plak.

Yang player plak lain halnya. Dah leading 3 gol tu, defend kasi mantap la. Takyah nak kejar gol lagi. Overconfident ni!

Kalau orang nismilan panggil 'JOBHO'. Kan dah tak pasal2 dah kalah.

Walaupun menang di tempat sendiri tapi hakikatnya kita kalah. Mental tak kuat (overconfident), player kurang stamina (tua), defend longgar.

Please train the NEW Shukor Adan, Indra Putra, Safee Sali. They are good but not relevant anymore.

Sekian ulasan ringkas dari saya, pengulas sukan tanpa ilmu. Selamat malam. Jumpa lagi pada 2016!

XOXO,
sheAYANG


XOXO, sheAYANG

Wednesday, December 17, 2014

Surat Buat Jiran (Kau Hado)

Bismillah.

Mohon baca dengan tenang.  :p

Terima kasih kerana sudi baca surat saya ni.

Di saat saya menaip surat ni, anak2 akak baru selesai mandi+main air di luar rumah. Rumah akak la bukan rumah saya. Kalau kat rumah saya, memang saya dah cubit-cubit dah. Ahahaha...

Saya tau memang seronok main air. Saya dulu pun sakai juga bila mak bagi mandi kat luar sambil buat free show. Tapi yang menimbulkan masalah sekarang ni, anak akak main air sambil terpekik terlolong macam sundel bolong. Anak saya tengah tidur kak. Takkan saya nak pergi bagitau satu taman yang anak saya tengah tidur jadi semua kena pakat2 senyap takleh main press2 motor, berborak kemain kuat depan rumah etc. Saya takde la tahap kejam gitu.

Anak akak yang main air tu perempuan. Kawasan taman ni sunyi plak. Lena anak saya tidur. Bila anak akak dah menjerit2 tu memang terkejut la dia. Bukan dia aje, kucing kat belakang rumah saya pun menggelupur dengar suara anak akak.

Itu belum masuk cerita anak lelaki akak lagi. Kemain main tembak2 dekat ruang garaj rumah saya. Kat rumah sebelah taknak plak dia masuk. Mentang2 konsep rumah kat taman ni laman tak berpagar. Itu tak bermakna laman rumah saya ni boleh jadi paintball park anak akak. Kot la dia tertembak kereta laki saya, tak ke saya yang kena marah? Haiii la akak.

Dah tu anak akak boleh plak nak mengatur strategi depan rumah saya. Suara pun boleh tahan. Musuh dalam rumah pun boleh dengar. Bila musuh ni julur muka untuk skodeng, boleh bantai cakap "Assalamualaikum acik" plak.

Eh, say what? 'Acikkkk?'

Puhlesss next time call me 'Kakak' hoccayyyy...! Ahaksss...

Very the sopan boy. I loike. Bluwekkksss...

Saya redhokan semua tu. Takpe kak. Nanti anak saya besar jugak. Takut gak kalau dia buat perangai. Tapi time dia buat perangai tu akak kena redhoooo jugak la ye.

Akak jangan nak touching sangat macam saya ye. Ini budak2 punya hal. Takkan mak2 nak gaduh kot. Bukan contoh yang baik, kan? Saya chillax je kak. Dun wori.

Rasanya kalau bagi test pad 200 helai pun belum tentu saya habis bebel. Sudah cukup sudah la nampaknya ye.

Sekian.

-Jiran bukan musuh-


XOXO, sheAYANG

Tuesday, December 16, 2014

Fair!

Bismillah.

Ada tak antara kita ni yang tak suka budak-budak?

Kalau ada, sila ubah attitude anda sebelum menyesal. Hehehe...


Lame joke, kan?

Dulu sebelum kawen, aku cukup pantang tengok budak-budak yang tak reti dok diam. Yang hyper la senang cerita. Rasa nak cubit-cubit je. Tapi aku suka baby. Sebab baby tak banyak ragam. Oh, ini kes suka baby yang baik-baik je la ni. Hek hek hek...

Pastu suka baby yang comel je. Yang tak comel taknak pegang. Mengada, kan?

Tapi bila dah ada anak sendiri ni, nahhhh... Rasakan kan kau. Ahahaha..

Comel ke tak, lasak ke tak, meragam ke tak, kau hadap la sendiri. Padan muka! ;p

Yang penting, jangan tolak zuriat. Anugerah Allah tu. Kalau takut kedut ke kendur ke, sila takut tu lebih sikit kalau masuk neraka. Eh!

XOXO,
sheAYANG

Monday, December 15, 2014

3 Perkataan

Bismillah.

Jom santai sambil tersenyum. Hehehe...

Sumber : www.hidayahseman.my

1) 3 perkataan suami yang boleh buat isteri menitiskan airmata : "AKU TERIMA NIKAHNYA"

2) 3 perkataan suami yang boleh membuatkan pipi isteri menjadi merah : "I LOVE YOU"

3) 3 perkataan suami yang boleh buat hidung isteri kembang : "AWAK SEMAKIN CANTIK"

4) 3 perkataan suami yang boleh menjadikan kaki isteri ringan : "SAYANG, JOM SHOPPING"

5) 3 perkataan suami yang buat bulu roma isteri berdiri : "SAYANG, JOM TIDUR"

6) 3 perkataan suami yang boleh buat perut isteri kembung : "SAYANG, NAK BABY.."

7) Adapun 3 perkataan yg membuatkan kita kena beli pinggan mangkok lain nak ganti yg pecah ialah "ABANG NAK KAHWIN"

P/s : Peace... Jangan ada yang setiap plak eh...


XOXO, sheAYANG

Wahai isteri

Bismillah.

Siapa yang dah bersuami rasanya boleh ambil masa dan baca. Aku pun ambil masa untuk hadam setiap perkataan supaya aku tak lupa mana tempat aku, mana syurga aku, apa tanggungjawab aku, walapun ada kalanya diri ini mengeluh.

Sumber : www.alongsafa.com

Wahai isteri,
Layanlah suami dengan baik.
Tawan hati mereka supaya suami gembira.
Buatlah kerana Allah.
Suami kamu mungkin tidak faham kesusahan kamu, tapi Allah sedang nilai setiap kesusahan kamu. Setiap peluh, tangisan, letih, sakit badan, sakit kepala semuanya telah diberi pahala yang sangat besar.

Maafkanlah kekurangan mereka..
kerana dunia ini bukan tempat tinggal kita.
Syurga tempat tinggal kita yang sebenarnya.

Jagalah solat awal waktu. Walau apapun terjadi. Siapkan suami dan anak lelaki ke masjid.

Jagalah aurat kerana Allah.
Jaga aurat bukan kerana kita baik.
Tapi ia perintah Allah.
Apalah makna cantik jika kita dibenci oleh Allah.
Biarlah dunia ini nak kata apapun, janji Allah sayang kita.

Janganlah habiskan air mata di depan tv, untuk dunia.
Tapi gunakanlah air mata untuk Redha Allah. Untuk umat. Untuk umat selamat dari neraka.

Sebagai ibu,
Persiapkanlah anak-anakmu dalam perjuangan agama. Pesanlah pada anakmu,
"Wahai anakku, Islam ini lebih mahal dari nyawa kamu dan ibu kamu. Perjuangkanlah Islam ini. Korbankan perasaan kamu untuk bawa manusia dekat dengan Allah"

Anak ialah harta paling berharga.
Didik mereka dengan iman dan sediakan mereka jadi Daie.
Hidupkan rumah dengan amalan dakwah dan bacaan hadis.
Nikmat sangat bila rumah setiap hari wujud suasana ilmu.
Lebih nikmat dari segalanya.
Rasa macam dalam syurga walaupun mungkin rumah pondok buruk dan tiada aircond dan kipas seperti rumah Nabi saw.

Janganlah korbankan anak kita dengan beri sepenuhnya pada orang lain.
Berilah masa didik mereka.
Terbaik jadilah suri rumah sepenuh masa jika berpeluang.

Mungkin Anak itulah asbab dunia ini akan berubah. Mungkin kebaikan dan jutaan hidayah datang melalui mereka.
Mungkin mereka akan pegang panji Islam di dunia.
Dan di akhirat ... dengan ribuan orang di belakang mereka.

Takpelah dunia ini kita kurang sikit.
Syurga semakin dekat.
Dunia ini sekejap sahaja.

Wahai isteri solehah,
Kamulah harta paling bernilai.
Seluruh dunia ini tidak boleh ganti tempat kamu.

Untuk isteri seperti kamu.
Tiada ucapan melainkan pasti hanya Redha Allah dan Syurga Firdaus tempat kamu.

Sumber : Whatsapp


XOXO, sheAYANG

Friday, December 12, 2014

Di tahap mana kapasiti anda?

Bismillah.

Untuk ibu-ibu yang menyusu badan, pernah tak rasa yang anak anda tak puas menyusu? Apa puncanya? Mana silapnya?

Sejujurnya, saya pun pernah menghadapi situasi begini. Saya selalu menyalahkan saiz payudara yang kecil membuatkan bayi tak puas menyusu. Tapi sebenarnya saya salah.

Setelah beberapa rujukan saya buat, saya dah tahu jawapannya.

Baca apa yang tertulis pada gambar dan hadamkan dalam minda.

Saiz tidak mempengaruhi langsung jumlah pengeluaran susu. Pernah juga ada kawan yang bersaiz lebih besar dari saya cuma mampu menyusukan bayinya 3 hari saja. Kesian, kan?

Masalahnya di sini, kita kena tahu kapasiti susu yang berada pada payudara kita. Kemudian baru dapat tahu apa masalah bayi anda.

Kalau betul kapasiti penyimpanan susu anda adalah kecil, susukanlah bayi anda sekerap yang dia mahu. Kalau kapasiti pada tahap sederhana atau normal, cukup dengan hisapan sebelah payudara akan mengenyangkan bayi anda. Kalau kapasiti besar, bayi akan kenyang dengan cepat dan tak perlu menyusu dengan kerap.

Alhamdulillah. Kapasiti saya pada tahap medium walaupun saiznya kecil.

Pokok pangkalnya adalah kita, para ibu sekalian. Makanlah makanan yang berkhasiat, yang boleh mengeluarkan susu berkhasiat yang cukup. Urut payudara supaya tiada lorong-lorong susu yang tersumbat. Anda mampu mengubahkan.


XOXO, sheAYANG

Wednesday, December 10, 2014

Gambar Paling Annoying!

Bismillah.

Pernah tengok gambar perempuan posing seksi? Lelaki posing macho?

Macamana plak dengan baby?

Tak tahu nak kategorikan camner. Posing comel? Tak mungkin!

Haishhh... Berulang kali aku tengok gambar ni. Setiap kali tu jugak la aku tersengih sorang-sorang.

Dah besar rupanya awak!

Dah pandai buat perangai. Dah pandai melawan cakap Ibu. Huhuhu...

Ibu doakan hidup awak sentiasa dirahmati Allah. Harap ramai yang sayang awak!


XOXO, sheAYANG

Monday, December 8, 2014

December, the month of happiness!

Bismillah.

Hi everyone!

Walaupun Malaysia kalah lawan Vietnam tadi, aku tetap up entry. Taknak cerita bola. Hehehe..

Macam tak sedar je tup-tup dah bulan Disember. Tahun depan dah masuk tahun 2015. Eh, taknak pergi tahun depan boleh?


Kenapa aku suka bulan doblas?

6 th  - Birthday sepupu aku
20th - Birthday sepupu aku
26th - Birthday aku
28th - Birthday sepupu aku

Best, kan?

Kami December babies sangat happy untuk meraikan hari jadi kami throughout the month. Para suami/tunang/pakwe, sila la berkelakuan sopan sepanjang bulan ini untuk mengelakkan mood swing. Kih kih kih...

Tapi masalahnya, ada tak sesiapa nak celebrate kitorang ni? :p

Friday, December 5, 2014

Hikmah Jumaat

Bismillah.

Hari ni hari Jumaat. 

Maryam baru je tidur lepas menyusu tadi. Awal. Sebab petang tadi tak tidur. Dah bawak pergi jalan-jalan naik kereta, duduk dalam aircond pun mata dia takmau lelap. Hai la anak. Dah banyak akal ye.

Dan aku plak leka dengan blogging je hari ni. Maklumlah nak kekalkan momentum buat entry setiap hari memang payah bebenor. Hik hik hik...

Tapi Maryam always be my priority. Gila kau nak biar anak kecil terkontang-kanting sorang-sorang. Dan mungkin juga rezeki Maryam bila aku buka Nuffnang hari ni, jeng jeng jeng...

Hahahaa... Suspend tak chuolls? Alaaa... Nak bagitau Status kat Nuffnang dah upgrade jadi Glitterati. Alhamdulillah.


Sebelum ni memang dah dapat status tu tapi entah kenapa Nuffnang meroyan kot, depa pi tarik balik. Huhuhu. Sedih tau. Dah la kita setia kat dia aje.

Okay. Tu je nak mengadu. Harap-harap lepas ni banyak la iklan masuk. Boleh kumpul income beli mainann Maryam. Huhuhu...

Ada sesiapa yang sudi nak jadi mentor saya untuk jadi Fulltime Blogger tak? Mohon tunjuk ajar. Macehhhh...

XOXO, 
sheAYANG

Jom Blogwalking Kaw-Kaw Bersama Cik Iman

Bismillah.

Amboi. Join segmen. First time chuols. Sebelum ni kena tagged untuk Liebster Award je. Oleh kerana blogger kat Malaysia ni peramah lagi baik hati, apalah salahnya kita kasi support sikit.

Nanti bila turn aku buat segmen, harap-harap ada yang join. Kalau tak, memang malu oiii.   Ahahaha...


Cik Iman ni pun aku baru kenal. Baik orangnya macam aku jugakkk... Ehehehe... Kasi up diri sendiri supaya orang meluat. Boleh tengok gelagat Imam Jr since Cik Iman ni aku boleh kategorikan sebagai Mommy Blogger. Gittew...

Aku ni entah bila nak update pasal Maryam. Entry experience masa deliver pun pending lagi. Eheks...

Eh. Terbebel sudah. Jadi, ayuhlah blogwalk until mencari teman. :)

Jadi, saya tag saya tag saya tagggg....

Done! :)

XOXO,
sheAYANG

Penyakit Selfie?

Bismillah.

Setuju dengan attached tweet?

Bagi aku, terpulang pada niat masing-masing.

Hati orang kita tak boleh baca. Hati kita pun orang lain tak dapat baca. Jadi, hindarilah. Hindarilah apa? Korang fikir la sendiri.

Dilema sungguh!


XOXO, sheAYANG

Tuesday, December 2, 2014

Selamat Hari Ulangtahun, kesayangans!

Bismillah.

Kau mungkin tak tau yang kau istimewa di hati kami.
Kau mungkin tak sedar kami bangga dengan kau.
Kau mungkin juga tak peduli dengan pujian yang kami beri.
Kami harap kau mengerti
Yang kau takkan punya galang ganti
Kau yang terhebat dalam hidup kami.

Abah kami.

Mencari sesuap nasi
Untuk isi perut anak bini
Membanting tulang empat kerat
Untuk melaksanakan hajat.

Abah,
Kami bukan anak yang baik
Kadang-kadang memberontak dalam diam
Kami juga bukan anak yang taat
Kerana sering juga melawan
Tapi kami tahu
Abah tetap sayangkan kami
Teguran abah adalah nasihat
Bukan untuk menyakiti kami

Terima kasih Abah
Untuk segala jasa dan bakti
Takkan terbalas dengan wang berlori-lori
Cuma doa mampu kami titipkan setiap hari.

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran yang ke-61.

Abah dan Orked

Untuk anak buah kesayangan Makyang.

Orked Rania
Awak comel
Selalu tolong ibu lipat kain
Selalu menyibuk kat dapur

Awak baik
Selalu kongsi barang mainan dengan abang dan adik
Selalu rajin tolong ambilkan barang

Makyang harap Orked kekal menjadi anak yang comel dan baik.

Selamat Hari Ulangtahun yang ke-5!

Makyang & Orked
Cinta hati :)


XOXO, sheAYANG