Tuesday, May 15, 2018
Tips Penyusuan Untuk Para Ibu Di Bulan Puasa
Wednesday, December 27, 2017
Teknik Memerah Susu Badan Ibu Menggunakan Tangan
Bismillah.
Alhamdulillah, Mizwar masih lagi menyusu badan sepenuhnya. Kadang-kadang rasa memang malas nak pam/perah tapi demi anak, ku harung jua rasa malas itu. Tak banyak akak kongsi cerita pasal breastfeed tapi ibu-ibu boleh baca kat sini | sini | sini
2. Cuci tangan dengan bersih.
3. Sediakan bekas susu yang bersih.
4. Duduk dalam keadaan yang selesa.
5. Tuam payudara dengan tuala yang direndam dalam air panas suam atau boleh juga menggunakan tungku.
Teknik Pemerahan Susu Ibu Menggunakan Tangan
Sebenarnya, akak lagi selesa perah susu guna tangan dari guna pam sebab lebih puas hati dengan hasilnya walaupun mengambil masa yang lama sedikit. Lepas tu kena la menanggung sakit leher la tengkuk la. Hihihi. Jangan serik korang. 2 tahun je!
XOXO,
sheayang
Tuesday, December 8, 2015
Zikir Ibu Menyusu
Friday, December 12, 2014
Di tahap mana kapasiti anda?
Bismillah.
Untuk ibu-ibu yang menyusu badan, pernah tak rasa yang anak anda tak puas menyusu? Apa puncanya? Mana silapnya?
Sejujurnya, saya pun pernah menghadapi situasi begini. Saya selalu menyalahkan saiz payudara yang kecil membuatkan bayi tak puas menyusu. Tapi sebenarnya saya salah.
Setelah beberapa rujukan saya buat, saya dah tahu jawapannya.
Baca apa yang tertulis pada gambar dan hadamkan dalam minda.
Saiz tidak mempengaruhi langsung jumlah pengeluaran susu. Pernah juga ada kawan yang bersaiz lebih besar dari saya cuma mampu menyusukan bayinya 3 hari saja. Kesian, kan?
Masalahnya di sini, kita kena tahu kapasiti susu yang berada pada payudara kita. Kemudian baru dapat tahu apa masalah bayi anda.
Kalau betul kapasiti penyimpanan susu anda adalah kecil, susukanlah bayi anda sekerap yang dia mahu. Kalau kapasiti pada tahap sederhana atau normal, cukup dengan hisapan sebelah payudara akan mengenyangkan bayi anda. Kalau kapasiti besar, bayi akan kenyang dengan cepat dan tak perlu menyusu dengan kerap.
Alhamdulillah. Kapasiti saya pada tahap medium walaupun saiznya kecil.
Pokok pangkalnya adalah kita, para ibu sekalian. Makanlah makanan yang berkhasiat, yang boleh mengeluarkan susu berkhasiat yang cukup. Urut payudara supaya tiada lorong-lorong susu yang tersumbat. Anda mampu mengubahkan.
XOXO, sheAYANG


