HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Wednesday, December 27, 2017

Teknik Memerah Susu Badan Ibu Menggunakan Tangan


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Masih ada 4 hari menjelang tahun baru untuk kita tempuh. Dah sedia ke tu?

Untuk bakal-bakal ibu, banyak nasihat akak nak bagi (iye ke?) ni tapi tunggu tahun baru la ye. Sekarang ni akak nak cerita pasal susu ibu dulu. Maksud akak, teknik memerah susu ibu menggunakan TANGAN. Ia juga dipanggil dengan nama lain iaitu teknik MARMET.

Bukan semua ibu-ibu kat luar sana yang rajin nak perah susu guna tangan ni. Akak faham. Kekangan masa dan faktor tenaga kadang-kadang menyukarkan kita. Tapi jangan jadikan itu satu tabiat, malas tu kan tabiat. Dan jangan beri alasan untuk tidak menyusukan bayi anda. Kerana rezeki mereka Allah beri melalui anda. Jadi, jaga amanat itu okay!

Alhamdulillah, Mizwar masih lagi menyusu badan sepenuhnya. Kadang-kadang rasa memang malas nak pam/perah tapi demi anak, ku harung jua rasa malas itu. Tak banyak akak kongsi cerita pasal breastfeed tapi ibu-ibu boleh baca kat sini | sini | sini 

Beberapa keadaan di mana teknik ini sangat berguna untuk diaplikasikan.
1. Saat baru lepas bersalin. Biasanya selepas melahirkan anak, susu badan ibu tidak akan hadir secara mendadak. Teknik ini digunakan untuk meransang duktus-duktus susu bagi memudahkan susu dikeluarkan.
2. Bila pam susu anda rosak. Yang ni memang tak boleh nak buat apa. Tetap juga anda harus perah susu itu sendiri kerana untuk membaiki pam yang rosak itu pun mengambil sedikit masa, kan?
3. Sesudah mengepam susu. Ibu-ibu digalakkan untuk mengosongkan payudara untuk penghasilan lebih banyak susu baru. Cuba ibu-ibu picit payudara selepas megepam, mesti ada lagi susu yang keluar, kan? Jadi, teknik marmet kita gunakan untuk benar-benar pastikan kilang susu kita telah kosong.

  
Sebelum memulakan pemerahan susu, ibu-ibu digalakkan untuk :
1. Minum segelas air suam untuk menenangkan perasaan ibu-ibu dan memudahkan pengeluaran susu.
2. Cuci tangan dengan bersih.
3. Sediakan bekas susu yang bersih.
4. Duduk dalam keadaan yang selesa.
5. Tuam payudara dengan tuala yang direndam dalam air panas suam atau boleh juga menggunakan tungku.


Teknik Pemerahan Susu Ibu Menggunakan Tangan
1. Urut payudara perlahan-lahan dengan arah putaran jam.
2. Letakkan jari dalam bentuk C di kawasan areola. Ibu jari, jari telunjuk dan puting berada dalam satu garisan.
3. Cari kedudukan kelenjar susu (duktus), rasanya seperti ketulan-ketulan kecil.
4. Sokong payudara dengan jari-jari lain
5. Tolak sedikit dan dengan perlahan payudara kearah belakang iaitu ke dada.
6. Mulakan perahan dengan menekan ibu jari dan telunjuk secara membulat. Ini bagi membentuk tekanan pada saluran susu diantara ke dua-dua jari tersebut yang akan membantu pengaliran susu ke arah puting. Jangan perah secara urutan ke arah puting.
7. Gerakkan kedua-dua jari ke kawasan seterusnya dan ulangi proses.

Sebenarnya, akak lagi selesa perah susu guna tangan dari guna pam sebab lebih puas hati dengan hasilnya walaupun mengambil masa yang lama sedikit. Lepas tu kena la menanggung sakit leher la tengkuk la. Hihihi. Jangan serik korang. 2 tahun je!

XOXO,
sheayang

Post a Comment