HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Tuesday, December 26, 2017

Genap 31


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Waduh. Dah terlepas banyak giveaway dalam bulan ni. Penat bookmark sana sini. Hahaha. Apakan daya, kudrat tak sampai. 

Pergh, buka-buka blog, giveaway yang dikejarnya. :p

Hari ni nak bebel sikit la. Bukan CurHat pun. Tapi sebab hari ni special. Jadi, apa salahnya kita hargai hari ini untuk diri sendiri.

Officially 31, today.

Sungguhpun artikel di atas tidak benar, aku tetap setuju. Hahaha. Mohon jangan butthurt sebab bukan hari-hari dapat puji diri.

Alhamdulillah. Allah masih beri aku peluang untuk menghirup udara segar hari ni. Walaupun sedikit demam dan selsema, masih gagah juga aku pergi pejabat. Sakit itu juga satu nikmat, kadang-kadang.

Hari ini aku lalui seperti biasa, syukur. Cuma penat sebab badan tak sihat sangat. Dan anak-anak masih aktif seperti biasa. 

Bila hari jadi hujung-hujung tahun ni keinsafan dia akan jadi berlipat kali ganda sebab nak masuk tahun baru dah. Lepas tu, dia punya recall memang tak ingat la. Dari awal tahun dia recall achievement dia. Bila tak ada atau tak capai target, akan down sikit la. Normal.

Tadi aku baca zodiak (ada lagi ke orang buat?) untuk hari ni. Menurut website yang berkenaan, dia meminta yang berbintang Capricorn (baca : aku) untuk jaga ketenangan hari ni. Ya Allah, dia punya nervous tu, minta-minta la tiada apa yang menyakiti perasaan ini. Muahahaha.

Bukan nak percaya pun. Tapi suka la. Nak baca ramalan-ramalan gini. Ke laut betul. 

Aku tahu di kiri kanan depan belakang aku akan ada manusia-manusia yang sentiasa menyokong dan memberi semangat kepada aku. Mereka adalah kekuatan untuk aku meneruskan hidup, mencapai kejayaan yang aku kehendaki dan menjadi sumber insprirasi aku.

Special thanks to Allah The Almighty kerana mengurniakan aku Mak & Abah yang terbaik. Mak yang sudi melahirkan aku yang seberat 4.13kg ni. Tapi sekarang 41.3kg je kot. Dan Abah yang memerah keringat mencari rezeki membesarkan aku dan adik-beradik yang lain. Syukur syukur!

Famili besar aku yang sentiasa ada bila aku perlukan mereka. Alhamdulillah. Our loves will last forever till Jannah, inshaAllah.

Para sahabat dan teman-teman, aku rindu saat kita bersama. Tapi bila kita menginjak dewasa ni, masa yang dapat diluangkan agak sedikit. Namun, kalian tetap segar senantiasa dalam ingatan.

Untuk suami yang setia di saat getir, terima kasih. Dalam masa setahun ni, kalau saya menawan luar biasa tu, awak tutup mata je la. Kadang-kadang outfit terover, make up menyerlah, semuanya sebab artikel tu.

Terima kasih semua yang mendoakan aku. Aku juga doakan yang terbaik untuk kalian. Amiinn Ya Rabbal Alamin. :)

XOXO,
sheayang

Post a Comment