Bismillah.
Alhamdulillah, Allah masih panjangkan usiaku. Dan kita semua. Esok, Isnin 6 Jun 2016 inshaAllah umat Islam akan mula berpuasa.
Bila bercerita pasal puasa, mesti cerita pasal mulut. Bila cerita pasal mulut, gigi pun terpalit sama. Alkisah dalam entry sebelum ni aku ada cerita pasal sakit gigi. Dan hari ni nak cerita lagi.
Sumber : IG @hanhaniza |
Susulan tragedi yang menimpa menantu TPM baru-baru ni, aku sebagai rakyat marhaen turut merasa cuak nak dapatkan rawatan gigi. Tapi di sebalik kecuakan itu terpendam seribu kekentalan yang tak dapat dibeli. Bak kata doktor yang merawat aku tu, Jiwa Besar. Padahal nak cakap akar gigi aku yang besar. Hahaha. *ketawa kecil*
Sehari sebelum nak pergi klinik, aku call dulu untuk dapatkan kepastian waktu operasi klinik. Akak yang jawab tu sangatlah friendly dan sopan. Teruja! Malam tu tidur pun tak lena sangat mengenangkan pukul 9 pagi dah kena terpacak kat depan klinik.
Sudahnya dalam pukul 10 pagi baru sampai. Faham-faham je la schedule mak-mak ni boleh berubah dalam sekelip mata. Selesai register, ada dua tiga orang yang sempat register sebelum kaunter tutup. Perghhh.. Baru pukul 10 lebih kaunter dah tutup. Nampak tak betapa ramai customernya.
Lebih kurang 2 jam menunggu *tepat jangkaan akak kaunterr tu*, namaku mula diseru-seru. Gigil? Tak juga. Hahaha.
Alamak, doktor lelaki la pula, monologku sendiri.
Dah la gigi tak lawa. Malunyaaaa, sambungku di dalam hati.
Akhirnya aku melangkah dengan penuh rasa positif setelah mendapat sapaan semua. Eh, macam meriah je bilik rawatan ni. Hihihi.
Seperti biasa doktor akan tanya masalah dan rawatan apa yang nak buat.
Dengan yakin aku menyahut, CABUT, DOKTOR!
Doktor pun mulakan pemeriksaan. Lepas tu, dia consult dan berikan opinion dan option sekali. Ya Allah, rasa bertuahnya. Doktor explain sangat details dan sangat sopan. Sangatttt suka la ceritanya ni. Aku kan mudah terhibur.
Maka, aku pun dibius, dibiarkan tenang selama 5 minit gitu. Sakit juga suntikan jarum bius tu. Rasa taubat juga nak kena bius lagi nanti. Kerjanya sangat pantas walaupun doktor ada tercakap "kenapa susah pula ni" time mencungkil gusi untuk mengeluarkan gigi. Huhuhu.
Selepas gigi berjaya dikeluarkan, aku pun bersorak riang di dalam hati. Doktor siap offer untuk bawa balik gigi tu tapi aku eksyen pula kata taknak. Lepas keluar bilik rawatan baru rasa menyesal. Kalau tak boleh letak gambar kat blog buat ingat-ingatan. Hihihi. Lepas dah cabut gigi, kena kumur-kumur dulu. Barulah doktor letak kain apa entah campur dengan sesuatu yang berbau seperti cengkih.
Masa yang dihabiskan di bilik rawatan adalah dalam 25 minit. Lebih kurang masa yang diambil masa bersalinkan Maryam dulu. Sakit gigi berdenyut-denyut tu ibarat kontraksi la. Hihihi.
Eh, rasa macam rindu nak mengandung lagi, kan!
Sekian saja pengalaman saya. Saya bagi 5 bintang untuk Klinik Pergigian Liza. I will come and visit you next time.
P/s : Gigi bongsu tu macam gatal minta kena cabut je. Tapi nanti kena soft diet. Tunggu dulu la jijah.
XOXO,
sheayang
Okay jom join group pregnant kak.. Kak yani da masuk group dah ahahahaha.. senyap2 dah 2 bulan da pregnant tu.. hehehehe
ReplyDeleteHahaha. Tazabar tapi rezeki yang tu belum menjengah. InshaAllah.
DeleteBab Yani preggy tu tak tau. Wah, rahsia betul ni. Hehehe...
hi. boleh saya tau klinik ni kat area mana ye di tampin tu?
ReplyDeleteDi tampin square, area KFC & Nagoya tu. Menghadap ke post office. Tingkat 1.
DeleteKalau tak jumpa boleh call klinik.