Bismillah.
Tiba-tiba teringat saat-saat lepas beranak dulu. Berpantang duduk dengan Mak. Mak jaga A-Z. Alhamdulillah, Mak masih diberi kekuatan dan kudrat untuk jaga saya (anak ke-3) dan cucunya (cucu ke-5). Semoga Allah sentiasa merahmati Mak saya. *Amiinn*
By the way, Happy Belated Mothers Day to my Mak and all MakS in the world.
Get back to the topic stated above.
Haa... Entry ni khas untuk Ibu-ibu yang baru bersalin tu. Selain kena jaga pantang, kena juga alert tentang kesihatan diri (Emosi & Jasmani) . Yang dah lama bersalin tu bawa-bawa la pergi check up sekali sekala. Mana tau ada masalah lain datang mengjengah.
Haa... Entry ni khas untuk Ibu-ibu yang baru bersalin tu. Selain kena jaga pantang, kena juga alert tentang kesihatan diri (Emosi & Jasmani) . Yang dah lama bersalin tu bawa-bawa la pergi check up sekali sekala. Mana tau ada masalah lain datang mengjengah.
Masalah
selepas bersalin ni biasa tapi tak boleh dipandang ringan sangat. Untuk
pengetahuan para suami juga, jangan ambil mudah tentang kesihatan
isteri. Sama-sama mahukan zuriat, sama-sama jaga anak dan pantau
aktiviti dan makan minum isteri. Bukan selalu pun, kan? Paling lama 2
bulan je para suami ni kena jaga makan minum isteri. Lagi 10 bulan
isteri dah tolong buatkan. Jadi, tolak ansur la sikit.
Terlebih bebel plak. Ni nak kongsi masalah ibu-ibu selepas bersalin.
1) Sakit di bahagian betis
Terjadi
disebabkan darah beku yang tersumbat dalam salur darah. Bahaya sebab
darah beku ni boleh bergerak ke saluran darah di paru-paru dan
mengakibatkan sesak nafas malah lebih teruk lagi boleh menjadi punca
kematian.
2) Tumpah darah
Biasa
kita dengar. Puncanya rahim tidak menguncup dengan sempurna atau
cebisan uri tertinggal dalam rahim ibu. Ibu akan kehilangan banyak darah
dan memerlukan rawatan segera di hospital. Selalunya ia menyerang ibu
yang kerap hamil. Wallahualam.
3) Jangkitan kuman di perineum (kemaluan)
Kalau
luka episiotomi ibu-ibu lambat sembuh, secara tak langsung kuman akan
merebak ke bahagian pundi kencing. Jadi, jaga kebersihan alat sulit anda
ye. Ubat yang diberi tu perlu disapu selepas mandi dan setiap kali
selepas buang air.
4) Meroyan
Yang ini memang kerap kita dengar. Ada
sesetengah ibu mengalami kemurungan disebabkan perubahan hormon selepas
bersalin. Ia juga mengganggu proses penyusuan dan emosi ibu itu
sendiri. Kalau tidak dibendung, dikhuatiri ibu ini akan mencederakan
diri sendiri atau bayi.
Apa
yang perlu dilakukan sekiranya mengalami masalah ini adalah dapatkan
pemeriksaan dan keterangan lanjut dari klinik kesihatan atau hospital
dengan segera. Lepas tu, ikut nasihat doktor dan jururawat. Senang!
Jangan malu sebab ini tentang diri kita!
Okay. Setakat ini perkongsian saya.
Assalam. :)
XOXO,sheAYANG
Post a Comment