HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Saturday, February 16, 2019

Kantoi MGTT, kena buat BSP


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Alhamdulillah, dah masuk trimester ketiga kehamilan. Bagi yang tak tahu, ya, aku mengandung untuk kali ke-3. Rezeki dariNya. Syukur syukur.

Baca tajuk pun dah tahu, kan.

MGTT : Modified Glucose Tolerance Test
BSP : Blood Sugar Profile


MGTT ni adalah mimpi ngeri untuk ibu mengandung aku rasa. Time ni la korang akan rasa air manis yang paling tak sedap. Hahaha. Air gula paling power nurse buat untuk korang. Elok minum masa suam-suam, kalau dh sejuk, memang melekat la dekat tekak. Sebab tu, kalau dah time nak minum air gula, pergilah ke klinik awal pagi.

Malam sebelumnya, korang akan diarahkan untuk mula berpuasa jam 10 malam. Jangan bantai supper pula. Lepastu, jangan banyak sangat minum air manis dalam masa seminggu sebelum MGTT. Nanti takde la korang merana nak menahan dugaan minum air manis. *kongsi tips*

Selalunya, pukul 8 dah boleh minum air gula. Mohon datang awal, jadi korang boleh makan awal juga nanti. Sebelum minum air gula tu, sampel darah akan diambil di pelipat lengan, biasanya. Yang takut jarum, mohon tabah dan jangan pandang jarum tu pula. Lepas tu, korang diberi rehat selama 2 jam dan masih belum boleh makan dan minum lagi. Sampel darah kali kedua akan diambil selepas dua jam tu.

Untuk kes aku, lepas ambil sampel kali kedua tu, nurse bagi balik. Dan esoknya baru dapat panggilan dari klinik untuk beritahu result. Bertambah kecewa bila result tak cantik pula. Nurse cakap bacaan gula aku tinggi sikit. Sepatutnya yang normal bawah 7.5mmol/L. Bacaan aku 7.81mmol/L.

Maka, bermulalah perjalanan BSP aku. 

Sumber : webmd.com

BSP ni pula, bacaan diambil sebanyak 4 kali dalam 1 hari. Pukul 8 pagi, 10 pagi, 2 petang dan 8 malam. Penat? Jangan cakaplah. Nasib dapat MC. Hihihi.

Bacaan untuk BSP semua cun. Alhamdulillah. Tapi tapi tapi,

It's too late bebeh. Aku masih kena teruskan rutin BSP ni setiap 2 minggu. Maklumlah, kandungan dah mencecah 30 minggu. Maka, haruslah redho.

Ini bukan kali pertama aku kantoi MGTT. Masa Mizwar hari tu pun kena juga. Nampaknya, kalau lepas ni aku plan untuk mengandung lagi, kena la jaga diet. Walaupun nampak kurus, kenit, comel (hahaha), belum tentu bebas penyakit. 

Sekian.

xoxo,
sheayang

43 comments:

  1. Adoi teringat kena buat ni juga. Bila kena minum air gula. Tak suka sungguh la...nak nak kalau tekak payau. Rasa nak termuntah tapi untuk kesihatan bayi tu kena buat gak la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe. Part paling menci time mengandung. Huhuhu

      Delete
  2. bila cerita pasal minum air gula ni..iols ok jer..tp hari tu ada satu ibu tu menangis teruk nak minum air gula haha..bila kita berpuasa tu..tak sabar nak minum sebab dahaga sangat kihkih..ok uols jaga diri semoga dipermudahkan bersalin amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nangis tu dah tahap dewa punya seksaan tu. Huhuhu. LApar kot, tu yang sedih sangat tu. InshaAllah, aamiinnn...

      Delete
  3. Masa sis dulu, dua2 anak tak pernah pulak buat sume ni..nak kena minum air gula bagai. Dah macam2 check pulak sis tengok skrg ni..tapi bagus le, boleh monitor tahap kesihatan ibu2 ngandung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, bagus sebenarnya tapi tu la, ibu mengandung ni emosi kan macam2. Kalau check up private mostly tak kena pun. Nasib la kan.

      Delete
  4. semoga sihat ye hingga saat bersalin.
    aida pun dulu ada gak mgtt ni. aduhai. sib baik sekali jer time tiap kali pregnant.
    tak sedap!!!! dah la gelas nyer besar. rasa mau nangis time pegang gelas besar tu.
    tapi tu la. tak boleh tidak, kan.
    better cegah sebelum parah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2, manis sangat pun tak sedap. Kalau letak perisa oren ke stroberi ke anggur ke mesti laju je minum. Hihihi.
      InshaAllah. Aamiinnn...

      Delete
  5. mula2 macam blur tak tau apa benda ni. haha nasib bagitau untuk ibu mengandung. walaupun untuk perempuan tapi good sharing utk lelaki especially bakal bapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, bakal bapa pun kena ambil tahu juga ni. Sebab awak yang buat sang isteri jadi gitu nanti. :P

      Delete
  6. Zaman sekarang macam2 kan nak check bersalin..zaman akak 14 tahun yang lepas takde plak macam tu..setakat minum air gula tu ada la..akak x tempuh pun pengalaman macam zaman sekarang..cuma akak terlebih 2 minggu dan dan terpaksa induce..sekali tu je la akan beranak..hehehe...kalau nak tempuh lagi maybe tak la kot..akak dh 41 tahun dan rasanya kalau kawen lagu sekali hanya untuk peneman hingga akhir hayar la kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak pun cakap dulu2 takde pun kena air gula bagai, sekarang ni je macam2. Mak ex-misi, so bila detect ada kencing manis ni memang kena ceramah la. Hahahah. Takpe kak, janji anak membesar sihat kan.

      Delete
  7. Nad kena utk anak kedua.. Air gula memang tak sedap. .Hahaha.. Nak termuntah, dahla lapar sebb puasa. .Haishh. .Tu oertama kali rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Kadang2 tengok ibu2 lain relax je lepas minum air gula, tak kembang ke tekak depa tu. Kental betul. Good luck untuk anak2 seterusnya Nad! :)

      Delete
  8. Tahniah! semoga jaga kesihatan sebaiknye dalam tempoh ni. Jaga permakanan too. I yang tak pregnant ni pun kean juga jaga makan. Sebab takut kantoi gak. Maklum tua dah! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi. Betul tu, tak kira mengandung ke tak, pemakanan memang kena jaga. Tambah pula umur makin meningkat, kan.

      Delete
  9. Pengalaman minum air gula dulu, muntah..kena minum kali kedua pulak. Masa tu ya Allah, gelas misi kasi tu pun berbau. Mana tak muntah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ampun, minum sekali pun tak sanggup. Ni kena minum dua kali. Mau buat2 pengsan kat situ juga. Bertabahlah kita demi anak2 eh.

      Delete
  10. Tahniah mengandung. Apapon saya doakan moga dipermudahkan segala urusan ya. Jaga diri baik2

    ReplyDelete
  11. Congratulations on your pregnancy. Take care of your health.

    ReplyDelete
  12. Tahniah sebab pregnant anak ketiga. Jaga kesihatan dan tup! Kurus tak semestinbebas penyakit so memang kena jaga pemakanan kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cikmin. Betul tu, kurus bukan segalanya. Eh. Hihihi.

      Delete
  13. Semoga kandungan awak dan awak sentiasa baik-baik sahaja ye. Ye, gula masa mengandung ni la kena jaga elok-elokkan. Takut effect pada ibu dan anak. APapun, jangan lupa ambil makanan yang sihat tau :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah. thank you mek. Memang kena jaga pemakanan untuk kesihatan ibu dan anak juga. Tak boleh nak selfish2 ni.

      Delete
  14. Mmg kalau cek pregnancy ni yg paling ditakuti sekali hehe. Orang kata kena control makanan.. apapun Moga di mudah kan sepanjang kehamilan ni ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan kan. InshaAllah cuba control juga demi baby. Aamiinnn...

      Delete
  15. Erm.. 2x pregnant, 2x gak la kena buat BSP ni. Yang tak best pregnant kali kedua.
    Ikutkan xde sangkut kencing manis. Tiba2 bacaan abru dorang diturunkan selepas sebulan.
    Pastu nurse cakap detect kencing mnis secara tak sengaja.
    Tak sengaja sebab hal sebulan lepas. Dah la masa tu sebulan lagi nak bersalin.
    Nak tak nak layan je la buat bsp tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, kesiannya. Boleh pula camtu ek.
      Tu la, frust gak kadang2 bila dapat tahu ada kencing manis.
      Bukan salah kita, salah sistem. Eh.
      Selalu dah hujung2 pregnancy ni memang banyak dugaannya.
      NAk tak nak hadap je la.

      Delete
  16. Wah thanks for sharing the tips, I have not pregnant before so I cant imagine drinking the air manis manis macam tu. Anyway I hope you have a smooth journey.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kelly, maybe someday u will experience this. Unless u go check up at private clinic/hospital, no need to do this test.

      Delete
  17. Adoi.... Take care mama. I pun kene bsp every two weeks masa 2nd pregnancy. Jaga makan minum tau. Jgn sampai bsp naik okay. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai rupanya geng kena bsp ni. Hahaaha.
      Hadap je la selagi belum bersalin ni kan. :)

      Delete
  18. Alhamdulillah..semoga semuanya baik baik sahaja

    ReplyDelete
  19. Good infor for all preggy mommy....bonda dh x igt lg psl kena minum air gula masa preggy ni...hahhaha...maklomlah...ank pn dh bujang...mengandung pn 21tahun lps....jd dh x berapa ogt lg pasal kena minum air gula ni...but good infor utk yg baru nk jadi mommy supay bersedia lbh awal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time bonda belum ada kot ujian2 gini. Hihihi. InshaAllah. Semoga bermanfaat untuk bakal-bakal ibu yang singgah kat blog ni.

      Delete
  20. Huahua.. Ni mmg mimpi ngeri gila hokey.. Saya kena masa preggy ank no 2...Allah seksanya nak kena buat bsp tu.. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ke anak ke-2 memang suka buat onar? Hahaha. Kita pun kena masa anak ke-2 & ke-3 ni.
      Hadoi la. nak kena bertabah sampai bersalin gayanya dengan bsp ni.

      Delete
  21. ana pernah merasa sekali lah dulu. alhamdulillah semua ok walau ada genetik diabetes.

    ReplyDelete
  22. Dulu.. bila kena minum air gula, saya akan minum sekali teguk dan senafas. Kalau minum sikit2 memang tak terminumlah jawabnya.

    ReplyDelete
  23. Sabar ajelah kena minum air gula tu. Tapi dari pengalaman mereka² yang berpengalaman diorang bagitau minum terus je jangan stop² nanti lagi susah nak habiskan

    ReplyDelete