HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Monday, December 30, 2019

Antara Gerhana Matahari Analus, Hujan Rahmat & Ulangtahun Kelahiran


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Benar seperti yang ku duga, entry yang patut aku siapkan sebelum 11.59pm, 26 Disember 2019 tak sempat untuk aku edit & publish. Tapi, tak mengapa kerana aku sedar aku hanya insan biasa. Tiberrrr...

Alhamdulillah, minggu lepas walaupun aku tak sempat nak capture momen sempena Gerhana Matahari, aku dapat tengok dekat status whatsapp mereka yang rajin lagi berwibawa. Di bawah ni video yang sempat sepupu aku rakamkan di Kudat,Sabah. Teruja aku tengok. Patut la masa aku nak keluar lunch, keadaan agak suram walaupun ada matahari dan langit kelihatan biru.


Selepas berakhirnya gerhana, muncul pula hujan yang membawa rahmat. Bertuahnya mereka yang sempat memanjatkan doa di kedua-dua waktu ini. Semoga hajat-hajatnya dimakbulkan.

Dan tarikh itulah jua Mak aku sedang berjuang untuk melahirkan aku 33 tahun yang lepas. Dan Abah pula berkejar-kejaran untuk menyambut kehadiran aku di hari Jumaat yang mulia. Nikmat apa yang ingin kau dustakan?

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Pertama sekali syukur kepadaNya kerana aku masih diberi kesihatan yang baik dan masih dapat bernafas di muka bumi ini dan meraikan ulangtahun ke-33 pada 26 Disember yang lepas. Sedar tak sedar memang dah agak tua. Rasa semalam baru masuk 17 tahun. Miahahaha.

Umur tak penting, asal jiwa tu muda. Cewahhh. Bukan aku cakap tau!

Officially 33 ;)

Ucapan
Terima kasih buat Mak & Abah yang susah payah melahirkan dan membesarkan aku umpama menatang minyak yang penuh. Walaupun aku tahu aku anak yang baik ketika kecilku, sedikit rebel semasa remajaku dan degil lebih sikit semasa dewasaku, namun kalian tetap ada untukku. Terlalu banyak jasa kalian yang secara jujurnya memang aku tak mampu nak balas. Terima kasih buat kakak-kakakku & adik lelakiku kerana menerima sedia adanya diriku walaupun acapkali buat korang menyampah bila Mak & Abah lebihkan aku dalam setiap hal (kadang-kadang) .

Buat suami yang sanggup meredah susah senang onak dan duri dalam kehidupan ini, terima kasih yang tak terhingga. Bukan senang nak hidup dengan orang macam aku tapi he took the challenge. Untuk anak-anak ibu, kalian adalah permata yang tidak ternilai harganya buat ibu. Ibu tak selamanya akan ada untuk kalian tapi ibu akan sentiasa doakan kalian, inshaAllah. Kalau umur ibu tak panjang, kalian jaga diri dan sentiasa lindungi sesama kamu.

Untuk semua insan yang ada kenangan dengan aku, terima kasih kerana menjadi sebahagian dari hidup aku.


Tahun Paling Manis & Pahit
Walaupun setiap tahun aku memang manis, tahun ni extra manis sikit sebab dah ada anak no. 3 sempena hari jadi yang ke-33. Nampak? Dalam manis juga ada pahit. Sakit bila orang yang kita sayang jatuh sakit. Ujian tu sentiasa saja hadir di kala waktu tak terduga. Mujur mereka selalu ada untuk aku.

December babies
Biasa la Disember ni month of celebrationssss... Dalam big family aku, 4 orang sepupu lahir sama bulan, belum masuk anak-anak buah dan ipar-duai. Tahun lepas kitorang sempat gather untuk celebrate, tahun ni rasa macam banyak kekangan. Walaupun begitu, korang sentiasa dalam ingatan.

Disember juga la bulan di mana banyak jualan murah tapi takde orang sudi beli hadiah dan hadiahkan kepada aku. Hahaha. Gurau je gais.

Harapan
Aku berharap semoga aku menjadi orang yang lebih kuat di tahun mendatang, menjadi lebih matang dalam membuat keputusan dan menjadi lebih tenang dalam berhadapan dengan orang.

Dan aku berharap dapat bertemu lagi dengan Gerhana Matahari Analus 21 tahun akan datang.

Take care gais!

xoxo,
sheayang