HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Tuesday, June 7, 2016

10 Perkara Perlu Dielakkan Sepanjang Ramadhan

Bismillah.

Hi everybody. Dah masuk hari kedua berpuasa ni harapnya gagah sikit. Semalam memang teruk kena buli dengan anak. Walaupun baru seorang. Hihihi.

Semalam Melaka cuti, jadi mohon jangan pelik. Bukan cuti sesaja. Sebelum puasa hari tu berduyun-duyun yang sharing tips untuk menghadapi puasa. Sungguhpun dah agak terlewat untuk aku share, tapi kesah plak kan? Ilmu kena la kongssi, tak pernah ada ilmu yang lapuk. Gittew. ;)

Kakak-kakak, abang-abang, adik-adik, please chill-chill je semua. Baca blog ni dengan nada yang paling sopan. Takmau misinterpret bulan-bulan puasa ni. Nanti akak juga kena menanggung.


Perkara-perkara yang perlu dielakkan semasa Ramadhan
1. Jangan tidur saja di siang hari dan malamnya beribadah sokmo. Kiranya kita macam dah tukarkan fungsi siang malam itu. Kan tak bagus tu. Dan itu bukan tujuan utama berpuasa. Cuba check balik.

2. Hindarkan diri dari menjadi malas dan tidak aktif. Mana yang kena pergi kelas tu, pergi belajar. Yang kena pergi cari rezeki tu, pergi kerja. Jangan ponteng. Lakukan aktiviti biasa yang kita buat tapi janganlah ekstrem sangat. Kalau percaya badan mampu lakukannya, go and do it! 

3. Jangan buang masa dengan bermain games. Banyak lagi perkara bermanfaat yang kita boleh buat seperti tadarus Al-Quran dan solat sunat. Ramadhan tak datang selalu ye adik-adik. Carilah pahala semahunya di bulan mulia ni.

4.Elakkan majlis-majlis Iftar. Ini memang kena admit la, akan ada pembaziran yang luar biasa bila tiba Ramadhan. Kita pula memang jenis suka join Iftar Buffet bagai ni kan. Tahan je la nafsu selagi boleh.

5. Dont ask your wife to spend Ramadhan in the Kitchen. Eat something light and quick - she isn't Biryani woman. Ini aku terpaksa ambil original quote. See. Jangan bebankan isteri. Makanlah apa yang ada. ;)

6. 10 malam terakhir Ramadhan hari untuk beramal. Bukan untuk bershopping raya. Sangat rugi kalau terlepas peluang ini. Tapi biasalah kita ni manusia dan adat berpisah tiada. Tepuk dada, tanya iman.

7. Jangan berjaga malam. Badan adik-adik semua perlukan rehat. Bila masa untuk rehat, berilah badan tu rehat. Jangan terlampau memaksa.

8. Elakkan excessive socialising selepas Terawih. Maknanya, toksah la nak melepak berlebih-lebih sangat. Hari lain nanti boleh buat. Ini lepas Terawih melepak sampai menuju Sahur. Apakah? Elakkan ye adik-adik terutama yang tengah belajar kat Kolej/Universiti ni. Akak paham sangat jiwa engkorang.

9. Merujuk perkara no. 6, elakkan membeli-belah yang melampau sepanjang Ramadhan. Bila Ramadhan je tetiba duit jadi banyak dengan bonus, durian runtuh bagai itu belum masuk pinjam duit kawan-kawan lagi. Semata-mata nak bershopping. It's a NO-NO ye akak-akak.

10. Jangan makan sepanjang malam. Mentang-mentang siang tak boleh makan, malam tu bantai sampai tersandar la ye. Jangan, jangan! Penat perut abang-abang semua nanti.

Sebenarnya, kalau nak list-kan semua, memang tak terdaya. Jadi, kita sendiri la yang pandai-pandai mau ingat. Masing-masing dah diberi akal yang sempurna, kan?

Apa-apa pun akak nak remind sikit :-

Eid doesnt require loads of preparation. Don't fall into this trap! Keep it simple, and it will be blessed.

Sekian.

XOXO,
sheayang

Post a Comment