HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING
Showing posts with label 26 december. Show all posts
Showing posts with label 26 december. Show all posts

Tuesday, December 26, 2017

Genap 31


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Waduh. Dah terlepas banyak giveaway dalam bulan ni. Penat bookmark sana sini. Hahaha. Apakan daya, kudrat tak sampai. 

Pergh, buka-buka blog, giveaway yang dikejarnya. :p

Hari ni nak bebel sikit la. Bukan CurHat pun. Tapi sebab hari ni special. Jadi, apa salahnya kita hargai hari ini untuk diri sendiri.

Officially 31, today.

Sungguhpun artikel di atas tidak benar, aku tetap setuju. Hahaha. Mohon jangan butthurt sebab bukan hari-hari dapat puji diri.

Alhamdulillah. Allah masih beri aku peluang untuk menghirup udara segar hari ni. Walaupun sedikit demam dan selsema, masih gagah juga aku pergi pejabat. Sakit itu juga satu nikmat, kadang-kadang.

Hari ini aku lalui seperti biasa, syukur. Cuma penat sebab badan tak sihat sangat. Dan anak-anak masih aktif seperti biasa. 

Bila hari jadi hujung-hujung tahun ni keinsafan dia akan jadi berlipat kali ganda sebab nak masuk tahun baru dah. Lepas tu, dia punya recall memang tak ingat la. Dari awal tahun dia recall achievement dia. Bila tak ada atau tak capai target, akan down sikit la. Normal.

Tadi aku baca zodiak (ada lagi ke orang buat?) untuk hari ni. Menurut website yang berkenaan, dia meminta yang berbintang Capricorn (baca : aku) untuk jaga ketenangan hari ni. Ya Allah, dia punya nervous tu, minta-minta la tiada apa yang menyakiti perasaan ini. Muahahaha.

Bukan nak percaya pun. Tapi suka la. Nak baca ramalan-ramalan gini. Ke laut betul. 

Aku tahu di kiri kanan depan belakang aku akan ada manusia-manusia yang sentiasa menyokong dan memberi semangat kepada aku. Mereka adalah kekuatan untuk aku meneruskan hidup, mencapai kejayaan yang aku kehendaki dan menjadi sumber insprirasi aku.

Special thanks to Allah The Almighty kerana mengurniakan aku Mak & Abah yang terbaik. Mak yang sudi melahirkan aku yang seberat 4.13kg ni. Tapi sekarang 41.3kg je kot. Dan Abah yang memerah keringat mencari rezeki membesarkan aku dan adik-beradik yang lain. Syukur syukur!

Famili besar aku yang sentiasa ada bila aku perlukan mereka. Alhamdulillah. Our loves will last forever till Jannah, inshaAllah.

Para sahabat dan teman-teman, aku rindu saat kita bersama. Tapi bila kita menginjak dewasa ni, masa yang dapat diluangkan agak sedikit. Namun, kalian tetap segar senantiasa dalam ingatan.

Untuk suami yang setia di saat getir, terima kasih. Dalam masa setahun ni, kalau saya menawan luar biasa tu, awak tutup mata je la. Kadang-kadang outfit terover, make up menyerlah, semuanya sebab artikel tu.

Terima kasih semua yang mendoakan aku. Aku juga doakan yang terbaik untuk kalian. Amiinn Ya Rabbal Alamin. :)

XOXO,
sheayang

Sunday, December 28, 2014

Cuti Sudah Habis, Bro!

Bismillah.

Ahad. Ahad terakhir untuk tahun ni. Banyak juga cerita yang pending. 

Keadaan tak berapa bagus untuk pergi bercuti.


Bagi yang kita sedia maklum, dengan keadaan hujan berpanjangan menyukarkan aktiviti harian. Tapi kami sekeluarga baru pulang bercuti di Johor.

Percutian pendek dan tidak berapa ada pengisian, Huhuhu... Last minute planning. Biasa la, kan...

Banjir di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia juga seolah tidak membenarkan percutian kami. Sos sobs...

Nanti kalau ada masa aku update lagi. Terhad sangat menjelang hujung tahun ni.

XOXO,
sheAYANG

Monday, December 8, 2014

December, the month of happiness!

Bismillah.

Hi everyone!

Walaupun Malaysia kalah lawan Vietnam tadi, aku tetap up entry. Taknak cerita bola. Hehehe..

Macam tak sedar je tup-tup dah bulan Disember. Tahun depan dah masuk tahun 2015. Eh, taknak pergi tahun depan boleh?


Kenapa aku suka bulan doblas?

6 th  - Birthday sepupu aku
20th - Birthday sepupu aku
26th - Birthday aku
28th - Birthday sepupu aku

Best, kan?

Kami December babies sangat happy untuk meraikan hari jadi kami throughout the month. Para suami/tunang/pakwe, sila la berkelakuan sopan sepanjang bulan ini untuk mengelakkan mood swing. Kih kih kih...

Tapi masalahnya, ada tak sesiapa nak celebrate kitorang ni? :p

Friday, December 27, 2013

#36 : Yang Ke-27 :)

 
Bismillah.
 
Semalam.
Bertambah lagi usia setahun.
Dengan status baru.
Aku bersyukur ke hadratMu, ya Allah.
Memberi aku ruang dan peluang.
Untuk terus bernafas di bumiMu ini.
 
Semoga Allah terus memberkati kehidupanku pada masa-masa akan datang, inshaAllah.
 
Untuk mereka yang memberi ucapan, aku panjatkan doa untuk kalian jua. InshaAllah.
 
 
Salam tua,
sheAYANG
 
 
sheayang.blogspot.com
Dari suami :)