HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING
Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Friday, January 31, 2020

Berkhemah di H&n Campsite Port Dickson, Negeri Sembilan.



Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.


Alhamdulillah, kita dah berada di penghujung bulan Januari bagi tahun 2020. Dan ini entry kedua selepas dari entry Tips Untuk Menetapkan Azam Tahun Baru.

Untuk permulaan tahun 2020 ni, sang suami dah mula menyasarkan beberapa program baru untuk kami sekeluarga. Disebabkan sekarang ni dia hanya bekerja pada hari Isnin hingga Jumaat, jadi, masa untuk keluarga tu banyak terluang. Memikirkan daripada mereput kat rumah, ada baiknya kita buat aktiviti-aktiviti yang berfaedah. 

Tambahan pula, anak-anak dalam fasa membesar dan masih banyak perkara yang belum mereka teroka lagi.

Hai cik abang!

Pada 25 Januari 2020, kami sekeluarga sempat pergi berkhemah di H&n Campsite, Batu 4 Port Dickson, Negeri Sembilan. Cadangan pada asalnya adalah untuk bermalam di sana tapi dek kerana ada kekangan yang tak dapat dielakkan, maka kami stay sehingga jam 3 pagi. Next post aku cerita kenapa ye. Hihihi.

Kami sampai di tapak perkhemahan dalam pukul 11 pagi sebab owner cakap memang penuh tapi tak semua akan stay overnight, jadi, kita cuba nasib la kalau ada tapak yang kosong. Alhamdulillah, berjaya. Masa kami sampai, ada yang tengah packing nak balik. Kereta kebanyakannya parking sebelah atau depan khemah cuma yang menghadap seaview tu, kena park jauh sikit.

Gambar tak sempat nak snap banyak sebab lepas je suami set up khemah, aku terus bagi Maisarah makan dulu sebelum masak untuk makan tengahari. Gigih takkkk?

Puji sikit please!

Busy set up dapur bergerak
Juadah santapan

Dessert sempena panas lit-lit

Malam pun sis masak tau!

Masak sardin je pun. Bawak kacang panjang konon nak tumis last-last perut dah kebulur, terus makan je apa ada. Hahaha. Padan muka.

Ada silap percaturan sikit sebab kami tak alert keadaan cuaca kat sana. Jadi, menggigil juga la hadap tantrum anak-anak nak nap petang tapi panas lit-lit. Tidur dalam khemah yang pengudaraannya terhad sangat menyesakkan nafas, okay. Walaupun pasang kipas. Kipas pun kipas kecil sambung dengan powerbank. Itu silap kami. Mohon jangan ulangi lagi. Tikar pula lupa nak bawa. Kalau bawa, boleh lepak kat luar kena angin petang yang nyaman walaupun terik.

Like a boss bebeh!
Haaa... Nin diaaaa


Di H&n Campsite ni, kemudahan asas seperti tandas memang disediakan untuk kemudahan pengunjung. Jadi, memang tak payah nak risau sangat. Elektrik pula boleh disewa dengan kadar RM10 dari jam 7 malam hingga 7 pagi, jika tak silap. Selain dari itu, kalau malas nak bawa khemah, boleh je sewa khemah kat sini. Ada beberapa jenis khemah dengan kadar sewaan yang berpatutan.

Harga tapak untuk balik hari dan menginap adalah berbeza, jadi, boleh la pilih mana-mana yang sesuai dengan hajat korang. Yang penting, harganya berbaloi.

Tapak perkhemahan juga bersih dan beberapa tong sampah disediakan. Pekerja-pekerja di sana pun kerap mengangkat sampah selepas pengunjung meninggalkan tempat itu. dan bonus pemilik dan pekerja sangat membantu dan ramah. Tidak lokek berkongsi ilmu tentang perkhemahan.

Sunset

Aku doakan mereka terus sukses dalam mendidik generasi akan datang tentang pentingnya menjaga alam sekitar.

Aku sediakan details di bawah mana tahu ada yang nak memulakan aktiviti perkhemahan.

Alamat :
H&n Campsite
Lot 1341, Jalan Pantai
Batu 4
71000 Port Dickson
Negeri Sembilan
Malaysia.

No. Tel : 
  • 013-722 5633 / 013-301 1688

Book in Facebook : H&n Campsite
Follow Instagram : namasral1975
YouTube just type : H&n Campsite

xoxo,
sheayang

Monday, July 27, 2015

Rindu Mereka :(

Bismillah.

Aku tak tau mana nak transfer rasa kerinduan pada mereka. Jadi, ada baiknya aku lekatkan pada blog yang lapuk ni.

Cuti raya yang lama sebenarnya menyeksa aku. Dah terlampau attached dengan kampung. Ini la padahnya. Sana sini rindu. Sana sini terbayang muka saudara mara. Sana sini teringat kawan-kawan lama yang tak sempat nak pi jumpa. Allahu, hanya Dia je yang tau rasa rindu ni camner.

Bila kita dah mula dewasa, dah membina keluarga sendiri, kita akan ada kurang masa untuk yang lain. Hari Raya adalah hari penyatuan, hari mengeratkan silaturrahim, takkan nak lepaskan peluang indah ni kan. Datang pun setahun sekali je.

Sabtu hari tu wedding cousin aku. Bila dah berkumpul ramai-ramai tu rasa riuh la kan. Suka la aku time tu. Lepas tu nak hadap efek merana ni makan masa seminggu. Nak get back to normal life tu hazab wehhh...

Tolong la. Macam mana nak teruskan hari-hari mendatang ni? Huhuhu.

Okay la. Nak nangis kat tepi bucu katil. Eh, silap, kat opis ni. So, nak nangis tepi lemari la.

Lastly, SHRMZB. Chillaxxxx!!!

XOXO,
sheAYANG

Wednesday, December 10, 2014

Gambar Paling Annoying!

Bismillah.

Pernah tengok gambar perempuan posing seksi? Lelaki posing macho?

Macamana plak dengan baby?

Tak tahu nak kategorikan camner. Posing comel? Tak mungkin!

Haishhh... Berulang kali aku tengok gambar ni. Setiap kali tu jugak la aku tersengih sorang-sorang.

Dah besar rupanya awak!

Dah pandai buat perangai. Dah pandai melawan cakap Ibu. Huhuhu...

Ibu doakan hidup awak sentiasa dirahmati Allah. Harap ramai yang sayang awak!


XOXO, sheAYANG

Monday, December 8, 2014

December, the month of happiness!

Bismillah.

Hi everyone!

Walaupun Malaysia kalah lawan Vietnam tadi, aku tetap up entry. Taknak cerita bola. Hehehe..

Macam tak sedar je tup-tup dah bulan Disember. Tahun depan dah masuk tahun 2015. Eh, taknak pergi tahun depan boleh?


Kenapa aku suka bulan doblas?

6 th  - Birthday sepupu aku
20th - Birthday sepupu aku
26th - Birthday aku
28th - Birthday sepupu aku

Best, kan?

Kami December babies sangat happy untuk meraikan hari jadi kami throughout the month. Para suami/tunang/pakwe, sila la berkelakuan sopan sepanjang bulan ini untuk mengelakkan mood swing. Kih kih kih...

Tapi masalahnya, ada tak sesiapa nak celebrate kitorang ni? :p

Tuesday, December 2, 2014

Selamat Hari Ulangtahun, kesayangans!

Bismillah.

Kau mungkin tak tau yang kau istimewa di hati kami.
Kau mungkin tak sedar kami bangga dengan kau.
Kau mungkin juga tak peduli dengan pujian yang kami beri.
Kami harap kau mengerti
Yang kau takkan punya galang ganti
Kau yang terhebat dalam hidup kami.

Abah kami.

Mencari sesuap nasi
Untuk isi perut anak bini
Membanting tulang empat kerat
Untuk melaksanakan hajat.

Abah,
Kami bukan anak yang baik
Kadang-kadang memberontak dalam diam
Kami juga bukan anak yang taat
Kerana sering juga melawan
Tapi kami tahu
Abah tetap sayangkan kami
Teguran abah adalah nasihat
Bukan untuk menyakiti kami

Terima kasih Abah
Untuk segala jasa dan bakti
Takkan terbalas dengan wang berlori-lori
Cuma doa mampu kami titipkan setiap hari.

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran yang ke-61.

Abah dan Orked

Untuk anak buah kesayangan Makyang.

Orked Rania
Awak comel
Selalu tolong ibu lipat kain
Selalu menyibuk kat dapur

Awak baik
Selalu kongsi barang mainan dengan abang dan adik
Selalu rajin tolong ambilkan barang

Makyang harap Orked kekal menjadi anak yang comel dan baik.

Selamat Hari Ulangtahun yang ke-5!

Makyang & Orked
Cinta hati :)


XOXO, sheAYANG

Wednesday, October 15, 2014

Keramat 15.10.14

Bismillah.

Doa aku;
Semoga kau sentiasa sihat,
Tabah dan kuat,
Sentiasa melimpah rasa kasih sayang,
Sentiasa tak lokek dengan senyuman,
Sentiasa menyenangkan hati orang sekeliling,
Sentiasa baik-baik saja,

Dan sentiasa doakan aku.

Mak,
Sepanjang 27 tahun aku hidup, 
Kau manusia paling aku sayang, 
Dan aku tetap sayang sampai habis nyawa aku,
Kasih sayang yang kau curahkan tak ada putusnya,
Marah-marah kau pun yang manja-manja saja,
Jerit pekik kau sikit aku tak terasa,
Sebab aku tau kau nak yang terbaik.

Mak,
Kini aku dah berkeluarga,
Tanggungjawabku dah terbahagi dua,
Tapi kau masih di tangga utama.

Mak,
Terima kasih kerana lahirkan aku,
Terima kasih kerana besarkan aku,
Terima kasih kerana sayangkan aku,
Terima kasih untuk segalanya.

Sayang mak!


Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran, MAK!

XOXO,
sheAYANG

Monday, October 13, 2014

Rindu Kucup Tangan

Bismillah.

Tengah-tengah aku browsing the net dekat hall rumah MIL aku ni, adik ipar datang salam mak dia sebelum pergi kerja.

Perghhh... Sayu plak hati ni tetiba.

Rindu kat mak. 
Rindu nak kerja balik. 
Rindu nak tengok mak hantar aku sampai pintu sebelum pergi kerja.
Rindu bila balik kerja mak tunggu kat pintu.
Rindu nak cium tangan mak.
Rindu nak cium pipi mak.
Rindu nak peluk mak.

Oh, teruknya rindu ni.

Lagi beberapa hari, hari istimewa mak. Tapi aku tak dapat balik.

Kbai.

XOXO,
sheAYANG

Monday, June 16, 2014

#75 : Dia, MacGyver aku!

                                              بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Bercucuk tanam, 
Bertukang, 
Menternak ayam,
Electrician,
Plumber,
Sebut-lah apa saja,
Dia, multi-skilled,
Multitalented.

Tak pernah kenal erti penat,
Walaupun usia dah lebih setengah abad.

Bermisai tebal, bukan bererti garang,
Tapi sebenarnya penyayang.

Berbadan kecil,
Tapi jiwanya kental dan padu,
Membesarkan anak-anak,
Bersama ratu,
Berhabis kudrat dan keringat.

Pengorbanan dan jasa, 
Takkan pernah terbalas,
Selamat Hari Bapa,
Terima kasih, Abah.

Abah,
Lelaki dalam hati aku,
MacGyver aku!

p/s: Selamat Hari Bapa kepada Atok, bapa2 saudara, abang2 ipar, dan semua lelaki di luar sana yang sudah dan akan bergelar bapa. Korang memang awesome-lah!

XOXO,
sheAYANG

Thursday, May 15, 2014

#66 : Dia, SuperMak aku.

Bismillah.

Aku tak tau nak ucap macam mana.
Aku tak tau banyak mana perlu aku berterima kasih.
Aku tak tau berapa banyak kepayahan yang dia dah lalui.
Aku tak tau macamana dia uruskan kami.

Aku tak tau.
Kadang-kadang, 
Aku buat tak tau.

Selalu, aku menambah beban pada dia.
Selalu, aku menyusahkan dia.
Selalu, aku buat dia pening kepala.
Selalu, aku bikin dia risau tak tentu hala.

Sebab, aku tau.
Dia serba tau.
Dia serba boleh.
Dia serba serbi sempurna.
Dia, SuperMak aku.




Kamu semua ibu-ibu yang hebat belaka.

Sayang Mak hingga ke syurga. :)


p/s: Selamat Hari Ibu buat para ibu seluruh dunia. Kami sanjung anda umpama bidadari yang tiada ganti. Tidak pernah terlewat untuk suatu ucapan, selagi anda bijak menghargainya.

XOXO, 
sheAYANG

Tuesday, May 13, 2014

#65 : Mereka, nyawa aku.


Bismillah.

Tempoh yang ada, aku rasa cukup singkat untuk kami berkongsi cerita, rahsia dan petua. Bagilah walau seribu tahun sekalipun, aku tetap pilih untuk bersama mereka.

Mereka, nyawa aku.

Mereka, keluarga aku.

Dimana aku dibesarkan dengan kasih sayang, tanggungjawab dan rasa hormat. 

Mereka, nyawa aku. 

Yang takkan aku tinggalkan ke mana saja aku pergi. Walau jauh mana aku lari, mereka tetap ada dalam pelosok hati. 

Aku semat kemas setiap memori. Kerana bagi aku, memori takkan dapat diulang kembali, tak dapat dijualbeli.

Mereka, nyawa aku.

Yang akan aku tunggu kat akhirat nanti. 

Mereka, buat aku rasa istimewa, dihargai, disayangi.

Dalam setiap doa aku, mereka akan selalu ada. Kerana tanpa mereka, aku tak cukup kuat. Hadapi dugaan ini sendirian.

Terima kasih semua. Kalian sungguh istimewa.

Othman@Saffar Family Day

Ukhuwah Forever

XOXO, 
sheAYANG