HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Monday, January 6, 2020

Tips Untuk Menetapkan Azam Tahun Baru


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Alhamdulillah kita dah menginjak ke tahun 2020. Baru minggu lepas berusia genap 33 tahun, tup-tup dah jadi 34 tahun dah minggu ni. Cepat je masa berlalu ye, sedar-sedar dah tua.
Aku yakin pasti semua dah ada azam baru, kan? Atau masih setia dengan azam lama yang belum tercapai? Sebenarnya, banyak je azam lama aku yang belum direalisasikan. Pelbagai kekangan yang tak dapat dibendung terutamanya bila penyakit M melanda.

Nak set up resolusi, nampak mudah tapi yang penting, diri sendiri. Kerana kita je yang tahu apa yang kita nak capai untuk tahun itu.

Teknik SMART
Spesific, Measurable, Achievable, Realistic & Time Bound adalah kriteria yang perlu kita patuhi sebelum nak set up sesuatu resolusi. Biarlah azam itu diterjemahkan secara spesifik dan boleh diukur dan dicapai. Dan yang lebih utama ia mestilah realistik dan terikat dengan masa yang kita dah tetapkan.

Membuat jadual
Nak buat resolusi memang senang tapi nak commit tu punyalah susah. Jadi, dengan adanya jadual, kehidupan akan lebih tersusun. Contoh macam kita nak develop tabiat membaca, jadi kita setkan 10 minit sehari untuk membaca setiap hari pada pukul berapa sampai berapa. Mudah, bukan?

Rekodkan tahap kemajuan
Part ini penting dan best bila tengok. Disebabkan kita dah set goals yang spesifik tadi, jadi makin senang untuk kita control proses seterusnya. Katakanlah azam nak turunkan berat badan sebanyak 20kg. Catatkan berapa berat yang kita dah turun untuk setiap minggu. Tak perlu buat setiap hari okay, nanti stress pula. Bila kita nampak apa yang kita buat, mesti rasa amazed dengan diri sendiri.

Buat dengan konsisten
Ketahuilah bahawa untuk istiqomah itu tidak mudah. Makanya, lakukan dengan perlahan tapi berhasil. Sebagai contoh, kita nak hafal surah An-Nas beserta maksudnya sekali dalam masa 1 minggu, jadi kita perlu buat setiap hari rutin menghafal itu sehingga lancar.

Beritahu orang yang rapat tentang azam kita
Ini adalah pilihan yang terakhir. Ada orang yang malu untuk kongsi azam mereka tapi bagi aku, ada azam yang boleh dikongsi dan ada juga yang tak boleh. Yang mana boleh tu, ceritakan pada orang yang rapat seperti pasangan, mak ayah atau sahabat. Bukannya apa, supaya bila kita terlupa, mereka ada untuk ingatkan kita.

Oh, lets set up my goals. It's never too late, bebeh!

Ini azam tahun 2018, dah masuk 2020 pun belum accomplished lagi.

xoxo,
sheayang

4 comments:

  1. Happy New Year awak yang sama umur dengan saya..hihi. Semoga tahun ni lebih baik daripada tahun sebelumnya kan..

    ReplyDelete
  2. nak habis dah bulan pertama 2020.. masa ni memang pantas sungguh. xde nak tunggu kite hehe.. alhamdulillah apa2 pun.

    tahun ni takot nak letak azam. just follow the flow tapi adalah harapan n goals tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. sedar2 dah februari. inshaAllah, tak set azam pun semoga dipermudahkan urusan dan perancangan kita.

      Delete