Bismillah.
Assalamualaikum & Hai semua.
Masih bersemangat nampaknya nak meneruskan perjuangan dalam blogging ni. Harap kekal hingga ke hujung tahun, inshaAllah.
Bila bercakap tentang azam, mohon tepuk dada tanya akal. Tercapai tak dek akalmu? Kalau rasa azam tu macam tak logik, susah nak capai, KIV la dulu. Tapi kalau anda jenis yang 'I must do this, I can do it' then you can proceed with your-so-called-goals-or-resolutions-or-whatever. Ternyata anda seorang yang kental.
For 2018, I have separated it into two, long term goals & short term goals. Kenapa nak kena asingkan? Penting juga untuk kita jaga KPI dalam hidup ni supaya kita tak tersasar dari tujuan asal. Aku ada tulis pasal random goals untuk tahun ni seperti gambar di bawah. Sangat terbuka dan meluas kalau kita baca macam tu je. Kecuali yang dalam kurungan tu nampak lebih spesifik, kan.
2018 Goals; If Not Now, When? |
Okay la. Semua orang ada azam yang berbeza. Tolong jangan gelakkan azam orang lain ye. Takut terguris hati tuan punya azam tu. Kalau kita tak dapat bagi sokongan, diam itu lebih baik.
Let's check it out my goals for this year.
Long Term Goals
1) To Be A Better Muslimah. Includes be a good mother, good wife, good daughter and good sister. Sebagai seorang hamba, aku bercita-cita nak lebihkan masa untuk beramal ibadat dan menerapkan sifat-sifat mahmudah dalam diri. Untuk menjadi muslimah yang baik bukan sahaja perlu memakai tudung malah kita kena jaga akhlak dan peribadi. Jadi, target ni memang on-going. Bukan hari ni tulis, terus boleh transform dan istiqomah sampai bila-bila, kan.
2) Open Up A Small Business. Aku pernah ada azam yang sama dulu, masa lepas grad. Aku letakkan by the age of 30 aku dah ada business sendiri tapi tak tercapai juga la sebab leka dan busy makan gaji, mungkin. Jadi, kali ni aku target menjelang umur 35 akan buka satu business tapi tak tau lagi la business apa. Boleh korang suggest?
3) To Blog Consistently. Harap dipermudahkan sebab tiap-tiap tahun pun azam sama, last-last terabai juga blog ni. Tapi tahun ni inshaAllah akan diperbaiki. Content apa yang korang nak tertarik nak baca dalam blog ni? Cuba suggest sikit.
4) To Save More. Tahun lepas banyak rezeki terpijak, menumpang rezeki anak sebenarnya. Dan aku pun terjebak menyimpan lebih untuk anak dari diri sendiri. Tahun ni dah boleh bahagi sama rata, inshaAllah. Target tak banyak tapi bila bilangan anak dah bertambah ni, sesak gak nafas poket dan wallet tu. Miahaha. *gelak paksa bila bab duit ni*
5) Maintain My Health Condition. Bukan nak mengekalkan tapi nak memperbaiki. Aku rasa 2017 banyak sangat sakit yang menimpa aku walaupun medical leave baru ambil sehari. Suplemen tetap aku telan dan mungkin dah boleh jumpa nutrionist. Bila suami cakap aku dah makin cengkung, haruslah sedikit risau di situ.
Short Term Goals
1) To Travel To Two Different Places in A Year. Aku letak dalam target jangka pendek kerana belum tentukan destinasi dan tarikh. Mungkin target ini akan ditempatkan pada 2nd quarter (April-Jun) dan 4th quarter (Oktober-Disember) dalam perancangan aku. Jadi, duduk diam-diam dulu.
2) Short Term Courses. Aku teringin nak ikut kursus-kursus untuk meningkatkan kualiti hidup aku. Sebarang kursus yang mendatangkan ilmu la tapi jangan la bagi kursus memperbaiki kenderaan ke. Itu bukan tak boleh tapi ambil masa yang lebih lama.
3) To Setup My Workstation At Home. This one must be done by March 2018, hopefully.
Itu je setakat ni yan boleh aku fikir untuk short term (baru nak fikir weh masa taip entri ni. Miahaha). Lagipun short term goals ni kita kena hadap quarter demi quarter dulu baru boleh decide goals apa yang kita nak letak. Chewahhh...
Jangan keliru antara Goals & Wishlist. Bagi aku, goals kita kena capai no matter what sementara wishlist pula adalah benda yang kita nak tapi kalau tak dapat still okay. Mungkin wishlist ni lebih kepada kebendaan ataupun material.
Jadi, aku hutang lagi satu entri iaitu 2018 Wishlist. Harapnya dapat settle esok sebab lepas tu nak maintain 2 blogposts per week. Doakan aku. Amiinnnn...
XOXO,
sheayang
Long term list yg no 1 tu sama mcm ana. Semoga kita sama2 istiqomah memperbaiki diri kita. Dan semoga semua yg di azamkan tercapai. InsyaAllah.
ReplyDeleteHihihi. Itu yang paling utamapun kan dalam hidup ni. InshaAllah, amiinnn...
DeleteSiqah pun sama jugak Shea. Plan nak buka bisnes kecil-kecilan tapi sampai sekarang tak terfikir lagi apa. Angan-angan nak ada satu laundry book cafe. Haha. Tinggi angan-angan Siqah tau :D
ReplyDeleteSemoga teecapai semua yang diazamkan oleh Shea. InshaAllah.
Bestnya laundry book cafe. Dah setup satu nanti boleh buka francais pula. Angan-angan itu percuma je siqah tapi kalau disertai dengan usaha, inshaAllah jadi kenyataan kan.
DeleteAmiinnnn. Semoga apa yang kita hajati akan tertunai. InshaAllah.
Terima kasih atas penerangan Goals & Wishlist. Baru saya tau.. hihihi..
ReplyDeleteSama-sama. Hihihi. Main bantai je sebenarnya ni. :P
Delete