Bismillah.
Assalamualaikum & Hai semua.
Sihat? Aku ni dok stuffy nose je dari tahun lepas. Baru seminggu je pun tapi macam lama je kan bila sebut 'tahun lepas'. :P
Hari ni hari ke-tiga dalam tahun baru 2018. Apa rasanya?
Okay. Saja je la nak recap sikit apa yang berlaku sepanjang 2017 yang lepas. Sebelum tu boleh la baca Half Year Recap di sini.
Agak sedih juga bila banyak event yang kau lupa nak update di SocMed. Nampak macam remeh tapi azam untuk tahun ni supaya dapat jadi Social Media Influencer yang berjaya akan dipermudahkan. Jadi, tahun lepas punya story memang nan hado je la adik-adik. Penat scroll blog, dekat IG pun tak banyak update. Maka, berhuhu haha je la nak tulis entry ini.
Julai 2017
Birthday suami tak celebrate pun sebab dia kerja dan kami masih menumpang di rumah mertua. Tambah pula ada baby kecil lagi, memang tak ada la nak buat surprise party bagai. Memang dull.
Masuk bulan ke-4, Mizwar buat hal sampai aku dirundung kemurungan. Boleh baca di entry ini -> sila tekan sini.
Ogos 2017
Birthday Maryam yang ke-tiga sambut di Labu. Alhamdulillah Allah permudahkan. Cadangnya akan sambut birthday anak secara berselang-seli. Tahun ni tiada birthday party untuk Maryam. Mak & Abah celebrate their anniversary on 31st August tapi dibuat keesokan harinya which is Hari Raya Qurban.
September 2017
September 2017
Tahun ni turn raya di Labu, jadi kita enjoy! A few cousins tak ada maka agak terasa kesuraman juga la. Aksi-aksi gila-gila tetap ada walaupun sudah beranak dua. Hashtag sis redho.
Pada 16 September, perjalanan keluarga kecil kami ke Terengganu bersempena dengan Mesyuarat Tahunan AFCM. Cer gugel AFCM tu apa. Kalau jumpa, Alhamdulillah. :P
Pergi Sabtu pagi dan balik Ahad petang. Memang pergi untuk attend meeting je la. Tiada lebih dan kurang. Sempat sekejap ke Pasar Payang memborong keropok yang nyatanya di luar lebih murah dari dalam pasar itu sendiri. Hashtag jangan tertipu, hashtag mereka pun berniaga untuk cari makan. Aku okay je sebab bukan guna duit aku pun, gittew!
Oktober 2017
Start dari bulan ni, berderet la birthday nak kena sambut. Miahaha. Ayong on 4th, Mak on 15th. Syukur sangat ada mereka di sisi. Entry birthday untuk diorang semua tiada tahun ni sebab kepala dah berat nak buat ayat bunga-bunga seperti tahun-tahun sudah. Dapat taip 'HB ' kat FB pun dah kira bertuah. Kejam, kan?
November 2017
Birthday Adik on 4th, Abah on 24th, Orked on 29th. Aku pun tak dapat nak recall sebab data dah sarat, tak sempat delete. Semua peruk jadi memori. Kalau memori yang manis tu okay la juga, ni memori kelat payau pun dok simpan lagi. Ampun!
Disember 2017
Sebab kejadian baru lagi, maka harus ingat juga la. Di tambah pula hari istimewa aku juga pada bulan ini. Miahahaha. Birthday Hezrul on 2nd, Nurul on 6th, Anis on 20th, Me on 26th and Ety on 28th. Meriah, kan end year babies. Semua mak-mak pakat-pakat nak meletup sesama. Ini entri sempena birthday, sila tekan sini.
Anis's wedding on 1st, Kenduri Aqiqah Mizwar on 9th, Ain's wedding on 17 so far in my head right now. Other things gone already.
Anis's wedding on 1st, Kenduri Aqiqah Mizwar on 9th, Ain's wedding on 17 so far in my head right now. Other things gone already.
Not to forget that Apak Khairos Othman left us for 5 years already since 28 Dec 2012. Al-Fatihah for you.
Banyak lagi birthday yang aku tak mention, bukan bermakna korang tak penting tapi aku ni memori dah full. Disebabkan tahun ni dah ada planner (again), harapnya tak tertinggal mana-mana nama.
Sekian.
XOXO,
sheayang
Hehe .. aku pun tak sambut sgt birthday anak. Hasil didikan suami tercinta. Padahal kalau ikut family aku memang semua org punya birthday akan sambut.
ReplyDeleteHahahaha. Aku ingat aku je yang tak normal. Rasa bersalah bila tak celebrate/wish birthday orang lain.
DeleteSiqah takde anak lagi tapi kan suami Siqah pun pernah cakap camni. Tak payah sambut sangat birthday anak siap buat party bagai. Nanti susah kalau setahun kita tak buat. Yela, hidup ni tak selamanya indah, betul tak? Tapi cakap jela. Anak takde lagi. Nanti lain jadinya. Haha. InshaAllah harap ada rezeki. Ameen :)
ReplyDeleteAlhamdullilah on your 2017. Semoga baik-baik saja dalam tahun 2018 ye! Chiayok! :)
Betul tu siqah. Sudut pandang anak-anak ni kita taktau. Kang tak buat kata tak sayang. Lepas tu tengok kawan-kawan celebrate pun satu hal juga. Niat mak bapa ni kadang-kadang nak jamu orang, nak berkumpul bertanya khabar je. Terpulang la pendapat masing-masing, kan. Hihihi. Sebab kita dulu terdidik mak bapa bukan orang senang so memang takde la buat party bagai ni. Sekarang bila dah jadi mak, cuba juga la untuk buat, itu pun simple je.
ReplyDeleteInshaAllah ada tu rezeki awak. Teruskan usaha. Hihihi. Chaiyokkkk....