Bismillah.
Assalamualaikum & Hai semua.
Hello 2018, please be good ya. |
Hari ke-dua dalam tahun baru. Semua semangat baru. Anak-anak yang pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah, semoga maju jaya. Untuk ibu bapa pula, bertabahlah, rutin anda semakin bertambah dan mencabar. Aku, inshaAllah tahun depan baru akan hantar Maryam ke sekolah. Terlalu awal untuk dia mula belajar di usia 4 tahun. Biarlah di bawah pemantauan aku di rumah sahaja. Okay, anak masing-masing, pendapat masing-masing ye. No butthurt.
Bagi yang single mingle tu dan berhasrat untuk menamatkan zaman bujang, aku doakan yang baik-baik buat kalian. Semoga dipermudahkan urusan anda. Bila dah kahwin, diharapkan kekalkan momentum saat bercinta tu hingga ke akhir hayat. Gaduh itu biasa tapi jangan sampai melukai. Kenali yang mana satu perlu diUTAMAkan.
Untuk aku, tahun 2018 ini inshaAllah kena kerja SANGAT keras. Aku tidak dapat menduga apa akan terjadi kemudian kerana aku hanya mampu merancang. Perancangan terbaik aku adalah untuk bahagiakan anak-anak aku selagi hayat ini masih ada. Mereka masih kecil dan SANGAT perlukan perhatian. Aku tidak mahu mereka rasa terabai, walaupun semalam baru aku abaikan diorang. Erk.
Perancangan lainnya seperti perancangan kewangan, perancangan hobi waktu senggang tetap dalam perhatian. Untuk merealisasikannya mengikut plan mungkin mengambil masa. Tunggu sajalah kalau mampu dibuat.
2017 Recap, 2018 Goals dan 2018 Wishlist akan menyusul.
Doakan aku kuat untuk berblogging tahun ini. Amiinn. :)
XOXO,
sheayang
Post a Comment