HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING
Showing posts with label mak. Show all posts
Showing posts with label mak. Show all posts

Friday, October 22, 2021

Prank Buat Mak Kami


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Dah boleh merentas negeri ni, memang berpusu-pusu orang pergi melancong. Eh, tak la. Lagi ramai yang berkejar balik kampung, rasanya.

Seperti kami adik-beradik juga.

Kakak aku yang sulung di Kuantan, aku pula di Melaka. Lagi 2 orang memang di Negeri Sembilan. Memang kalau nak berbincang, melalui Whatsapp je mampu.

Alkisahnya, nak buat kejutan untuk Mak aku sempena hari ulangtahun kelahirannya. Macam-macam idea yang keluar tapi pasti satu je terpilih. Aku plan untuk follow saja. Hihihi.

Wednesday, October 15, 2014

Keramat 15.10.14

Bismillah.

Doa aku;
Semoga kau sentiasa sihat,
Tabah dan kuat,
Sentiasa melimpah rasa kasih sayang,
Sentiasa tak lokek dengan senyuman,
Sentiasa menyenangkan hati orang sekeliling,
Sentiasa baik-baik saja,

Dan sentiasa doakan aku.

Mak,
Sepanjang 27 tahun aku hidup, 
Kau manusia paling aku sayang, 
Dan aku tetap sayang sampai habis nyawa aku,
Kasih sayang yang kau curahkan tak ada putusnya,
Marah-marah kau pun yang manja-manja saja,
Jerit pekik kau sikit aku tak terasa,
Sebab aku tau kau nak yang terbaik.

Mak,
Kini aku dah berkeluarga,
Tanggungjawabku dah terbahagi dua,
Tapi kau masih di tangga utama.

Mak,
Terima kasih kerana lahirkan aku,
Terima kasih kerana besarkan aku,
Terima kasih kerana sayangkan aku,
Terima kasih untuk segalanya.

Sayang mak!


Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran, MAK!

XOXO,
sheAYANG

Monday, October 13, 2014

Rindu Kucup Tangan

Bismillah.

Tengah-tengah aku browsing the net dekat hall rumah MIL aku ni, adik ipar datang salam mak dia sebelum pergi kerja.

Perghhh... Sayu plak hati ni tetiba.

Rindu kat mak. 
Rindu nak kerja balik. 
Rindu nak tengok mak hantar aku sampai pintu sebelum pergi kerja.
Rindu bila balik kerja mak tunggu kat pintu.
Rindu nak cium tangan mak.
Rindu nak cium pipi mak.
Rindu nak peluk mak.

Oh, teruknya rindu ni.

Lagi beberapa hari, hari istimewa mak. Tapi aku tak dapat balik.

Kbai.

XOXO,
sheAYANG

Sunday, August 31, 2014

31 Ogos, lahirnya sebuah cinta




Bismillah.

31 Ogos 1957, negara kita Malaysia mencapai kemerdekaan.
Bangga.
Sungguh.
Walaupun saat itu kita belum ada lagi di dunia.

Pengorbanan mereka yang lebih dahulu memperjuangkan maruah negara
Harus dihormati
Dicontohi
Dan teladani.
Tanpa mereka, senangkah kita hari ini?

Di sini lahirnya sebuah cinta.

Selamat ulangtahun negaraku, Malaysia.

31 Ogos 1979
Penyatuan dua hati
Kasih diikat, cinta bersemi
Di antara seorang wanita dan seorang lelaki

Harap sayangnya berpanjangan
Moga kasihnya bawa ke syurga
Cintanya tak dimamah usia

Di sini lahirnya sebuah cinta

Selamat ulangtahun perkahwinan ke-35

Buat dua insan yang aku sayang
Mak dan abah, cinta sampai mati.

XOXO, 
sheAYANG

Thursday, May 15, 2014

#66 : Dia, SuperMak aku.

Bismillah.

Aku tak tau nak ucap macam mana.
Aku tak tau banyak mana perlu aku berterima kasih.
Aku tak tau berapa banyak kepayahan yang dia dah lalui.
Aku tak tau macamana dia uruskan kami.

Aku tak tau.
Kadang-kadang, 
Aku buat tak tau.

Selalu, aku menambah beban pada dia.
Selalu, aku menyusahkan dia.
Selalu, aku buat dia pening kepala.
Selalu, aku bikin dia risau tak tentu hala.

Sebab, aku tau.
Dia serba tau.
Dia serba boleh.
Dia serba serbi sempurna.
Dia, SuperMak aku.




Kamu semua ibu-ibu yang hebat belaka.

Sayang Mak hingga ke syurga. :)


p/s: Selamat Hari Ibu buat para ibu seluruh dunia. Kami sanjung anda umpama bidadari yang tiada ganti. Tidak pernah terlewat untuk suatu ucapan, selagi anda bijak menghargainya.

XOXO, 
sheAYANG

Sunday, April 20, 2014

#55 : Sesi Air Mata Suami


Bismillah.

Tadi pergi rumah keluarga mertua.

Balik dari sana, dalam kereta, entah angin apa melanda, suami tetiba rasa sebak. Mengalir air mata jantan.

Boleh plak terbuka cerita nak pindah rumah famili dia sebab kesian kat emak yang takde teman berbual. Suami aku anak sulung, kalau dia ada, dia je la yang rajin layan mak dia berborak. Yang no. 2 suka buat hal sendiri. Yang bongsu, duduk asrama.

Dalam keadaan emosi camtu, aku pun bukan ada pengalaman nak handle. Tapi nak la jugak bagi tips.


  1. Kalau dia diam, kau pun diam. Jangan cuba nak tukar mood dia melainkan kau betul-betul pasti yang emosi dia tu sementara je.
  2. Kalau dia teruskan cerita sedih dia, kau dengar. Bila dia dah habis cakap, try to comfort him. Urut belakang badan dia ke, pegang erat tangan dia ke.
  3. Jangan lari dari topik. Kalau cerita pasal mak dia, cerita tu je la kau kena cerita. Jangan pergi cerita pasal mak kau ke opah kau ke. Ngerti?

Okay, tu je.Nasib baik emosi dia dah pulih lepas tengok Maharaja Lawak. Hik3.

Good nite. :)

XOXO,
sheAYANG

Friday, September 20, 2013

#29 : Kali ini saja, Mak.


Aku tau,
Mak nak yang paling sempurna untuk aku,
PALING.
SEMPURNA.

Tapi,
Jauh di sudut hati anakmu ini,
Tidak mahu engkau rasa dibebani,
Biar saja aku yang tanggung sendiri,
Paling tidak untuk kali ini.

Terima kasih, Mak!

Wednesday, June 26, 2013

#13 : From Gunung Datuk to Genting Highland (part II)

Assalamualaikum dan hai,

Amacam?

Dah baca entry ni? Kalau dah, boleh sambung baca ni plak.

Rasanya dah takde apa pasal Gunung Datuk yang tertinggal. Boleh move ke Genting Highland plak.

Pagi Ahad, gerak dari rumah dalam pukul 7.30 pagi dan sarapan kat kedai pakcik aku. Dua kereta je yang pergi. Dari Nilai, naik highway keluar tol Sungai Besi dan terus ikut MRR2. Pada yang tak tahu, sila google. Semua di hujung jari kan sekarang. Aku bab jalan ni agak failed sikit. Harap maklum.

Kami tiba ke pintu masuk Theme Park tu dalam jam 11.30 pagi. Tiket dah siap beli. Oh ye, tiket sponsored by Mak aku. Ehehehe. Dia sponsor untuk ake je la. Kering weh merayap tengah-tengah bulan. Dengan jerebu lagi. Tiket untuk 1 Day Pass Outdoor, normal price untuk hari cuti RM54, dewasa. Sebab aku bawak mak aku yang veteran, dapat la diskaun. So, mak bayar RM49 untuk aku dan RM35 untuk dia. Aku dapat diskaun sebab guna Privillege Card 1M tak silap. Entah siapa punya entah. Keh3.

Ni second time aku naik Genting sepanjang hayat aku, rasanya. Macam kebetulan plak dengan Gunung Datuk tu kan. Actually, aku terlepas permainan paling awesome kat sana. Sebab aku tak sanggup nak berdiri tunggu. Tambah plak dengan keadaan kaki yang tak stabil ni. Silap-silap, kena sumpah plak orang yang jaga ride tu.

Cuma sebelum ni aku tak naik Spiderman tu, dan pasti aku membalas dendam pada hari Ahad lepas. Biasa je, taklah extreme sangat. Space shot, as usual, buat jantung aku rasa macam tercabut sekejap. Tapi kali ni tak power la. Menurun je. Pun dah kurang ekstrem dah tu. 

Paling banyak aku main hari tu pun budak-budak punya rides. Monorail train la, Gajah pusing-pusing la dan entah apa lagi. Aku lupa selidik nama-nama rides kat dalam nun. Ampunnn...!!

Makan tengahari kat Marrybrown, sambil seludup bihun goreng yang dah dimasak dekat rumah. Kih3. Jahat!

Agak convenient juga la dalam Theme Park tu. Ada toilet yang agak selesa, surau to perform solat dan scenery yang hmmm... Susah plak nak describe. Dan yang pasti, kesejukan yang menusuk sikit ke tulang. Kental gak aku tak pakai sweater sepanjang hari. 

Honestly, memang tak cukup masa, tak sempat nak jalan dalam First World Plaza yang aku yakin harga barangnya memang mencekik. Cuma ada satu tempat yang aku teringin nak pergi balik, Muzium Ripley's. Dan satu lagi, tempat Wall Climbing tu....

Dah, jom balik..!!

Salam,
sheAYANG

Sunday, May 26, 2013

#7 : Pelupa


Assalamualaikum and hi,

Lately, perangai kuat pelupa aku ni teruk betul. Nak kata minum air bersemut, semua air bertapis. Nak kata dah tua, hmmm, tak jugak. Forever seventeen gayanya. Gaya aje la.

"Mak, tolong simpan handphone dalam bilik. Lupa nak bawak tadi. Maklumlah, faktor usia."

"Tu bukan faktor usia. Tu sebab dah gatal nak berlaki." balas mak.

Amboi. Garang mak pagi-pagi ni. Gurau sikit pun tak boleh. Ahahahaaa...

Comel tak mak Kak Ton????

Regards,
sheAYANG