Bismillah.
Assalamualaikum & Hai semua.
Dah boleh merentas negeri ni, memang berpusu-pusu orang pergi melancong. Eh, tak la. Lagi ramai yang berkejar balik kampung, rasanya.
Seperti kami adik-beradik juga.
Kakak aku yang sulung di Kuantan, aku pula di Melaka. Lagi 2 orang memang di Negeri Sembilan. Memang kalau nak berbincang, melalui Whatsapp je mampu.
Alkisahnya, nak buat kejutan untuk Mak aku sempena hari ulangtahun kelahirannya. Macam-macam idea yang keluar tapi pasti satu je terpilih. Aku plan untuk follow saja. Hihihi.
Dapat je berita dah boleh rentas negeri tu, group Whatsapp adik-beradik pun berbunyi silih berganti.
Semua plan baik-baik agar tidak terkantoi.
Bila Mak call Ayong, Ayong cakap kena balik kampung suami di Kelantan.
Bila Mak call aku, aku pula kata suami kena kerja hujung minggu.
Masing-masing perangaiiiii.
Memang sayu suara Mak masa telefon kami tu tapi kami kena kentalkan diri.
Dan hasilnyaaaa....
Aku pasti perasaan Mak masa ni bercampur baur. Rindu dah terubat, Mak.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ وَلِوَالِدِيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صِغِيْرًا
“Ya Allah! ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil.”
xoxo,
sheayang
semoga sihat selalu bonda sis. seronok dapat bahagiakan orang tersayangkan.. lagi2 mak yang berkorban.. adeh komen sambil dengar lagu kat sini sebak pula rasa hahahah.
ReplyDeleteBetul tu. Selagi masih bernyawa, kita raikan la mereka.
DeleteTouching terus jadinya kan