HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING
Showing posts with label housewife. Show all posts
Showing posts with label housewife. Show all posts

Wednesday, December 17, 2014

Surat Buat Jiran (Kau Hado)

Bismillah.

Mohon baca dengan tenang.  :p

Terima kasih kerana sudi baca surat saya ni.

Di saat saya menaip surat ni, anak2 akak baru selesai mandi+main air di luar rumah. Rumah akak la bukan rumah saya. Kalau kat rumah saya, memang saya dah cubit-cubit dah. Ahahaha...

Saya tau memang seronok main air. Saya dulu pun sakai juga bila mak bagi mandi kat luar sambil buat free show. Tapi yang menimbulkan masalah sekarang ni, anak akak main air sambil terpekik terlolong macam sundel bolong. Anak saya tengah tidur kak. Takkan saya nak pergi bagitau satu taman yang anak saya tengah tidur jadi semua kena pakat2 senyap takleh main press2 motor, berborak kemain kuat depan rumah etc. Saya takde la tahap kejam gitu.

Anak akak yang main air tu perempuan. Kawasan taman ni sunyi plak. Lena anak saya tidur. Bila anak akak dah menjerit2 tu memang terkejut la dia. Bukan dia aje, kucing kat belakang rumah saya pun menggelupur dengar suara anak akak.

Itu belum masuk cerita anak lelaki akak lagi. Kemain main tembak2 dekat ruang garaj rumah saya. Kat rumah sebelah taknak plak dia masuk. Mentang2 konsep rumah kat taman ni laman tak berpagar. Itu tak bermakna laman rumah saya ni boleh jadi paintball park anak akak. Kot la dia tertembak kereta laki saya, tak ke saya yang kena marah? Haiii la akak.

Dah tu anak akak boleh plak nak mengatur strategi depan rumah saya. Suara pun boleh tahan. Musuh dalam rumah pun boleh dengar. Bila musuh ni julur muka untuk skodeng, boleh bantai cakap "Assalamualaikum acik" plak.

Eh, say what? 'Acikkkk?'

Puhlesss next time call me 'Kakak' hoccayyyy...! Ahaksss...

Very the sopan boy. I loike. Bluwekkksss...

Saya redhokan semua tu. Takpe kak. Nanti anak saya besar jugak. Takut gak kalau dia buat perangai. Tapi time dia buat perangai tu akak kena redhoooo jugak la ye.

Akak jangan nak touching sangat macam saya ye. Ini budak2 punya hal. Takkan mak2 nak gaduh kot. Bukan contoh yang baik, kan? Saya chillax je kak. Dun wori.

Rasanya kalau bagi test pad 200 helai pun belum tentu saya habis bebel. Sudah cukup sudah la nampaknya ye.

Sekian.

-Jiran bukan musuh-


XOXO, sheAYANG

Friday, November 28, 2014

Tapi Ustaz...

Bismillah.

Salam Jumaat buat semua.

Sekadar renungan buat mereka yang kadang-kadang lupa, kadang-kadang leka akan fungsi isteri.

Tapi ustaz..

Cadangan tu agak menggerunkan jugak. Boleh suggest solution lain tak? Hehehe...


XOXO, sheAYANG

Friday, October 31, 2014

Fenomena

Bismillah.

Maryam dah selamat ditidurkan. Jadi aku ada kelapangan sikit untuk blogwalk. Banyak yang aku dah ketinggalan namun apakan daya, kudrat tak sampai. Habis sedih dah ayat ni. Hik3...

Kami dah kembali ke rumah sewa setelah dua bulan di rumah mak dan sebulan di rumah MIL. Rasa lapang sikit dada ni. Kepak pun semakin luas terbuka. Dan yang penting rasa hebat sangat sebab dapat cabar kemampuan diri. Multitasking la kengkunun. Hik3...

Eh, terpesong dari landasan.

Apa yang fenomena sangat tajuk ni?

Tengok la gambar tu. Aku pun dah terjebak.

Mula-mula tengok orang lain upload, kecur jugak air liur. Makin lama makin ramai plak yang buat. Aku diamkan saja la.

Memandangkan suami memang habtu asam maka beliau pun beli mangga muda dan suruh aku buat Jeruk Mangga Asam Boi ni. Aku kan isteri solehah (Aminnn), menurut saja la perintah tuan besar.

Itu je la nak cerita. Hik3... Apa? Nak resepi?

Kat FB berlambak diknon... Nanti ahkak copypaste ye. Alahaiii... Manjanya dia. Huhuhu...

Sekian. Selamat menikmati malam Jumaat anda. :p


XOXO, sheAYANG

Tuesday, April 22, 2014

#56 : Tak semena

Tak semena nak update entry memalam gini. Selalu kalau ada benda nak share, saja je scheduled-kan. Sebab tahu time camni memang dah selamat atas katil.

Esok ada check-up tapi baby dok menendang sejak dari lepas makan malam tadi. Ada yang tak kena ke?

Nak kata lapar, dah bagi makan. Tapi makanan tu pedas sangat kottt... Sesedu jadinya anak Ibu ni ye. Sorry sayang.

Cuaca sejak akhir-akhir ni memang panas je bila malam. Kadang-kadang husband tengok pun rimas. Jadi dia pun faham la. Kena angkat lagi satu kipas bawa masuk dalam bilik.

Dah la. Nak pergi minum susu. Entah pukul berapa dapat lelap nanti ni. Haishhh...

XOXO


sheAYANG

Sunday, April 20, 2014

#55 : Sesi Air Mata Suami


Bismillah.

Tadi pergi rumah keluarga mertua.

Balik dari sana, dalam kereta, entah angin apa melanda, suami tetiba rasa sebak. Mengalir air mata jantan.

Boleh plak terbuka cerita nak pindah rumah famili dia sebab kesian kat emak yang takde teman berbual. Suami aku anak sulung, kalau dia ada, dia je la yang rajin layan mak dia berborak. Yang no. 2 suka buat hal sendiri. Yang bongsu, duduk asrama.

Dalam keadaan emosi camtu, aku pun bukan ada pengalaman nak handle. Tapi nak la jugak bagi tips.


  1. Kalau dia diam, kau pun diam. Jangan cuba nak tukar mood dia melainkan kau betul-betul pasti yang emosi dia tu sementara je.
  2. Kalau dia teruskan cerita sedih dia, kau dengar. Bila dia dah habis cakap, try to comfort him. Urut belakang badan dia ke, pegang erat tangan dia ke.
  3. Jangan lari dari topik. Kalau cerita pasal mak dia, cerita tu je la kau kena cerita. Jangan pergi cerita pasal mak kau ke opah kau ke. Ngerti?

Okay, tu je.Nasib baik emosi dia dah pulih lepas tengok Maharaja Lawak. Hik3.

Good nite. :)

XOXO,
sheAYANG

Saturday, April 19, 2014

#53 : Goreng Berlada Kentang & Goreng Ikan Berlada


Bismillah.

Pagi-pagi Sabtu ni nak buat entry pasal makan plak.

Saya olah menu ni dari resipi yang dikongsi oleh rakan alam maya, Puan Faridatul Syila.

Memang mabeles la kan. Kalau tiba time malas nak masak, boleh cuba resepi ni sebab memang simple, ringkas dan mengenyangkan. :)


Bahan-bahan :
  • 3 biji kentang
  • Segenggam ikan bilis
  • 6 tangkai lada merah
  • 4 tangkai cili api
  • 1 biji bawang besar
  • Garam
  • Gula
  • Minyak Masak

Cara-cara :
  1. Kisar kasar lada,cili dan bawang. 
  2. Potong dan goreng kentang hingga garing. Kemudian goreng ikan bilis pula. Ketepikan.
  3. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak. Tambahkan garam dan gula mengikut citarasa.
  4. Sehingga bahan yang dikisar tadi nampak garing, masukkan ikan bilis dan kentang.
  5. Kacau rata dan biarkan atas api dalam 2-3 minit.
Resepi yang sama ni saya gunakan untuk masak goreng ikan berlada. 


Apa lagi, jom la cuba!

XOXO,
sheAYANG

Thursday, April 17, 2014

#50 : Ikan Bawal Masak Kicap & Bendi Goreng Belacan


Bismillah.

Saya terlebih rajin hari ni. Jadi saya terbitkan segmen baru dalam blog ni. Harap-harap lepas ni boleh terbit buku plak. Hik3 *berangan tak sudah!*

Pertama sekali nak bagitau, saya memang tak pandai masak. Kalau setakat masak air tu, inshaAllah tak kering. Itupun kalau pakai cerek elektrik.

Jadi, terimalah persembahan dari saya,seperti tajuk di atas! :)


Ikan Bawal Masak Kicap

Bahan-bahan :
  • 2 ekor ikan bawal
  • 1 biji bawang besar (hiris bulat)
  • 4 ulas bawang putih (hiris / ketuk)
  • 1 inci halia ( hiris & ketuk)
  • 2 biji lada merah (hiris serong)
  • 1 sudu besar cili giling/boh
  • 5 sudu besar kicap lemak manis
  • 1/2 cawan air
  • Garam

Cara-cara :
  1. Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng sehingga garing dan angkat.
  2. Panaskan 2 sudu besar minyak masak dan masukkan bawang putih & halia. Tumis sehingga harum. Kemudian tambahkan cili giling dan tumis hingga garing.
  3. Masukkan bawang besar dan lada merah. Kacau rata.
  4. Masukkan kicap dan air dan gaul rata. 
  5. Masukkan ikan dan gaul perlahan. Masak sekejap.


Bendi Goreng Belacan

Bahan-bahan : 
  • 5 batang bendi
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Belacan (sebesar ibu jari)
  • Garam
  • 2 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1 sudu besar udang kering
  • 1sudu besar cili giling/boh

Cara-cara :
  1. Kisarkan udang kering, belacan, bawang merah & bawang putih.
  2. Panaskan kuali dengan minyak masak. Masukkan bahan yang telah dikisar bersama cili giling.
  3. Kacau rata dan kemudian masukkan bendi. Masukkan sedikit air jika perlu.
  4. Kacau sehingga bendi menjadi lembut.

Senang kan?

Selamat mencuba!


XOXO,
sheAYANG

Wednesday, April 16, 2014

#49 : Ilham Bilik Buku


Bismillah.

Pergi jalan-jalan dekat Pinterest. Pastu grab beberapa gambar untuk dijadikan sumber inspirasi.

Rumah yang aku baru sewa ni ada 3 bilik. Satu master bedroom haruslah menjadi tempat tidur kami laki bini. Bilik kecik dah jadi bilik solat. Tinggal lagi bilik ke-dua ni tengah jadi stor simpan segala tangga, cat, berus, penyapu dan drawer pakaian dalam. Mih3...

Hajatnya nak jadikan bilik tu sebagai bilik tetamu tapi perabotnya belum diambil. Bila kurun nak gi ambil pun aku tak pasti.

Di samping menjadi bilik tetamu, nak jugak la aku selit-selit ruang untuk diri-sendiri melayan diri. Letak lappy, nota-nota, gambar. Wahhh... Teringat betul zaman muda-mudi dulu masa tengah belajar. Sob3...

Harapnya, takde halangan dari pihak suami. Tapi aku rasa ada halangan dari poket dia je. Kih kih kih. Tak apa. Tu benda boleh settle. Watlek watpis je! :)

Option 1

Option 2

Option 3

Option 4

Option 5

Option 6

Dalam 6 gambar tu, Option 2 la aku paling suka. Kalau ambil Option 5 kang nampak sangat over remaja-nya kannn...

Adooiii... Tak sabarnya nak make over bilik tu. :)

Till then. Tataaa...

XOXO,
sheAYANG

Sunday, April 13, 2014

#45 : Bertukar karier


Hola Hola...

Amboi, buang tebiat nampaknya.

Okay, whatever!


The picture explains everything. I mean my new life. Except for the baby, not yet. Ahahaha...

Ye la, sebelum ni, kerja  dalam pejabat, duduk dalam air-cond. Time balik, kat rumah mak dah siap masak. Tinggal nak makan je. Sekarang dah totally different. Bangun pagi, buat breakfast, kejut suami bangun gi kerja, hantar suami depan pintu, cuci kain baju, masak, kemas rumah, tunggu suami depan pintu rumah, bla bla bla... Rutin yang sama setiap hari. So, kadang-kadang memang tak ada masa untuk diri sendiri kecuali waktu mandi. Kih3...

Hey!

Memang boring. Untuk orang macam aku. Takkan nak duduk saja. Jadi aku kena cari alternatif lain sebagai penghibur hati. Ada banyak benda dalam waiting list aku tapi nak laksanakan tu takes some time juga kan.

Okay. Got to go!

XOXO,
sheAYANG