HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING
Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Friday, October 19, 2018

30 Pesanan Imam Syafie

Bismillah.

Assalamualaikum & Salam Jumaat semua.

Memandangkan hari ni hari penuh barokah, sis nak kongsi sikit cerita tentang Imam Syafie yang sempat sis scroll kat Facebook tadi.

Nama sebenarnya adalah Muhamad bin Idris bin Abbas bin Ulthman bin Shafie bin Saib bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Ayahnya berasal daripada keturunan Quraisy dari Bani Mutalib. Ayahnya meninggal dunia ketika Iman Syafie masih kanak-kanak. Ibunya bernama Ummu Habibah al-Uzdiyyah berasal dari kabilah Yaman dari suku Uzd.

Beliau dilahirkan di kota Gaza Palestin pada bulan Rejab tahun 150 hijran. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia. Khalifah Islam pada masa itu ada khalifah Abu Jaafar al-Mansur dari Bani Abbasiyah.

Imam Syafie dibesarkan dalam serba kekurangan. Sejak kecil lagi beliau sudah mempelajari Al-Quran. Beliau mula menghafal al-quran sejak berusia sembilan tahun. Berusia 10 tahun beliau menghafal dan memahami kitab al-Muwatta yang ditulis Imam Malik. Beliau mempunyai suara merdu, boleh bersyair dan bersajak. Ketika berusia 15 tahun, beliau mengajar dan memberi fatwa kepada orang ramai di Masjid al-Haram. Kerana kegigihan dan kecerdikan beliau yang luar biasa, beliau di sanjung masyarakat. Beliau meninggal di Mesir tahun 204 hijran ketika berumur 54 tahun.

Imam Syafie melarang taklid, baik taklid kepada dirinya sendiri ataupun kepada sesiapa sahaja. Semasa hidup, beliau selalu menasihatkan orang ramai terutama anak muridnya berkenaan taklid, "Janganlah mereka-reka dalam perkara-perkara agama mengguna pakai taklid sahaja kepada perkataan ataupun tindakan yang tidak disertai dengan keterangan ataupun alasan dari Al-quran dan hadis."

Pesan Imam Syafie, " Tiap-tiap perkara yang saya katakan padahal Rasulullah bertentangan kepada perkataan saya, Rasulullah itulah yang lebih utama perlu dituruti."

30 PESANAN IMAM SYAFIE 


Friday, November 28, 2014

Tapi Ustaz...

Bismillah.

Salam Jumaat buat semua.

Sekadar renungan buat mereka yang kadang-kadang lupa, kadang-kadang leka akan fungsi isteri.

Tapi ustaz..

Cadangan tu agak menggerunkan jugak. Boleh suggest solution lain tak? Hehehe...


XOXO, sheAYANG

Thursday, November 27, 2014

Etika

Bismillah.

Aku bukan golongan bijak pandai yang suka-suka nak jatuhkan hukum pada orang lain.

Aku jugak bukan jenis keyboard loser yang suka membahan membabi-buta.

Matlamat tak menghalalkan cara.

Sekalipun kau berniat untuk menegur, perlu ke jadikan ia suatu viral? Perlu ke disebarkan gambarnya? Sudahkah tuan punya badan memberi kebenaran untuk orang lain ambil gambar beliau?

Kesian pengantin tu kena kutuk berkoyan-koyan. Memang kalau ikut dari segi adab, tak patut dia berposing sedemikian. Tapi kita siapa?

Bukan secara terang-terangan untuk menegur. PM saje la wanita berkenaan.

Hai la manusia. Suka sangat berlagak suci tapi dosa sendiri tak diimbangi.

Sekian.

-Ustazah Siber-


XOXO, sheAYANG

Wednesday, April 2, 2014

#44 : Sebab Allah panjangkan umur kita


Bismillah.

Gua sebenarnya terkedu bila tengok satu video yang member gua share kat Facebook baru-baru ni. Siap tag nama gua kot. Sumpah double seram.

Kalau setakat orang share-share video gua takde hal lagi.

Korang tau kenapa Allah panjangkan umur korang?

1) Allah nak bagi sedar yang kita ni banyak dosa.
Dah berapa lama korang hidup? Ada tak selama korang hidup ni korang gi kira dosa korang? Korang perasan tak yang korang sebenarnya buat dosa tu? Fikir balik.

2) Allah nak bagi kita peluang untuk bertaubat atas dosa-dosa yang kita dah buat.
Kita selalu rasa masa yang kita ada ni suntuk sangat. 24 jam sehari. Tapi banyak mana yang kita peruntukkan untuk Allah?

p/s : Tak dapat nak link-kan video ke sini. Maaf.

Salam,
sheAYANG