Bismillah.
Mohon baca dengan tenang. :p
Terima kasih kerana sudi baca surat saya ni.
Di saat saya menaip surat ni, anak2 akak baru selesai mandi+main air di luar rumah. Rumah akak la bukan rumah saya. Kalau kat rumah saya, memang saya dah cubit-cubit dah. Ahahaha...
Saya tau memang seronok main air. Saya dulu pun sakai juga bila mak bagi mandi kat luar sambil buat free show. Tapi yang menimbulkan masalah sekarang ni, anak akak main air sambil terpekik terlolong macam sundel bolong. Anak saya tengah tidur kak. Takkan saya nak pergi bagitau satu taman yang anak saya tengah tidur jadi semua kena pakat2 senyap takleh main press2 motor, berborak kemain kuat depan rumah etc. Saya takde la tahap kejam gitu.
Anak akak yang main air tu perempuan. Kawasan taman ni sunyi plak. Lena anak saya tidur. Bila anak akak dah menjerit2 tu memang terkejut la dia. Bukan dia aje, kucing kat belakang rumah saya pun menggelupur dengar suara anak akak.
Itu belum masuk cerita anak lelaki akak lagi. Kemain main tembak2 dekat ruang garaj rumah saya. Kat rumah sebelah taknak plak dia masuk. Mentang2 konsep rumah kat taman ni laman tak berpagar. Itu tak bermakna laman rumah saya ni boleh jadi paintball park anak akak. Kot la dia tertembak kereta laki saya, tak ke saya yang kena marah? Haiii la akak.
Dah tu anak akak boleh plak nak mengatur strategi depan rumah saya. Suara pun boleh tahan. Musuh dalam rumah pun boleh dengar. Bila musuh ni julur muka untuk skodeng, boleh bantai cakap "Assalamualaikum acik" plak.
Eh, say what? 'Acikkkk?'
Puhlesss next time call me 'Kakak' hoccayyyy...! Ahaksss...
Very the sopan boy. I loike. Bluwekkksss...
Saya redhokan semua tu. Takpe kak. Nanti anak saya besar jugak. Takut gak kalau dia buat perangai. Tapi time dia buat perangai tu akak kena redhoooo jugak la ye.
Akak jangan nak touching sangat macam saya ye. Ini budak2 punya hal. Takkan mak2 nak gaduh kot. Bukan contoh yang baik, kan? Saya chillax je kak. Dun wori.
Rasanya kalau bagi test pad 200 helai pun belum tentu saya habis bebel. Sudah cukup sudah la nampaknya ye.
Sekian.
-Jiran bukan musuh-
XOXO, sheAYANG
Tu la pasal. Serba salah jadinya.
ReplyDelete