HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING
Showing posts with label kelas memasak. Show all posts
Showing posts with label kelas memasak. Show all posts

Thursday, January 29, 2015

Bubur Kacang Hijau Da Boom


Bismillah.

Hi semua. Sihat tak?


Hari ni terlebih rajin dari biasa. Alhamdulillah. Kudrat Allah bagi.

Lepas masak lauk untuk makan tengahari, lepak depan tv sambil layan Maryam. Bila Maryam dah penat, terus aku tidurkan dia dan hampir terlelap dibuatnya.

Lantas aku bergerak ke dapur dan keluarkan bahan apa yang patut.

Jadi, moh ler kita buat Bubur Kacang Hijau Da Boom.

Resepi mak aku tapi diubah sikit sebab kadang-kadang bahan tu macam tak cukup je kan. Hew hew hew...


Bahan-bahan:
150g kacang hijau
1 liter air
1/2 liter santan
1 keping gula melaka
Garam
Daun pandan / Halia

Cara-cara:
1) Rendam kacang hijau untuk semalaman.
2) Satukan kacang hijau, air, santan, gula melaka ke dalam periuk. Kacau rata.
3) Masukkan garam secukup rasa.
4) Daun pandan disimpul dan dimasukkan ke dalam periuk. Boleh digantikan juga dengan halia.
5) Kacau sehingga semua bahan sebati. Matikan api dan hidang!

Dalam kes aku petang tadi, memang tak dan nak rendam. Aku terus rebus je kacang tu. Agak makan masa juga la. Dan kacang pun banyak yang pecah. Tak cantikkkk!

Pastu, santan kurang plak. Tak berlemak sangat jadinya. Next time kena lebihkan. Tapi resipi ni semua aku dah author kasi ngam! Dont worry.

Cicah dengan roti masa panas-panas, best wooo... Takpun letak dekat dalam peti beku. Jadi aiskrim, syokkk...

Baiklah. Aku mohon diri dulu. Selamat malam!


XOXO, sheAYANG

Saturday, July 26, 2014

#95 : Puding Karamel

Bismillah.

Eh eh... Sedar tak sedar, dah nak raya la. Huhuhu... Seronok tak?

Gila tak seronok. Asal buka radio je, keluar lagu raya. Baru mood boleh datang. Walaupun, tak tau sempat rasa rendang ke tak. Harap-harap sempat la ye. Hehehehe...

Bila dah dekat nak raya ni la aku sibuk nak buat try and error ke atas bahan-bahan pastri di dapur, kononnnn....

Jadi, kekdahnya sebab terlebih masa terluang tu, aku cuba la buat Puding Karamel sebab setelah ku gugel dan YT kan, senang je nak buat rupanya. Maksud aku, bahan dia yang senang. Tapi berpeluh juga la aku duduk kat dapur sorang-sorang. Risau kot tak jadi, memang ke longkang diamnya. Ahakzzz...

Meh layan gambar dulu.

puding karamel sheayang
Mini

puding karamel sheayang
Sebelum diterbalikkan

Saja aku buat dalam bekas acuan muffin sebab nampak comel sikit kan. Pastu, tak rasa malu sangat la kalau nak makan tu ambil sorang satu. Tapi bila nak terbalikkan tu gak mencabar sikit. Korang fikir la sendiri camner k.

Resepi aku dapat dari Youtube TryMasak. Kalau tengok duration dia buat, memang kau akan rasa confident dapat siap cepat. Hakikatnya? Ahahaha...

Okay.

Bahan-bahan :
  • 2 biji telur
  • 200 liter susu segar
  • 1 senduk gula
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Mentega (sapu pada acuan)
Bahan untuk Gula Karamel :
  • 1 senduk gula
  • 2 atau 3 sudu besar air

Cara Penyediaan :

  1. Untuk membuat gula karamel, masukkan gula ke dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. 
  2. Kacau sehingga gula cair dan berwarna keperangan.
  3. Kecilkan api dan masukkan air. Lakukan dengan pantas supaya gula tak hangus.
  4. Kacau rata hingga gula sebati dan tutupkan api.
  5.  Sapukan mentega pada acuan dan kemudian masukkan gula tadi ke dalam acuan tersebut.
  6. Untuk membuat puding pula, masakkan susu segar dan gula di atas api yang kecil.
  7. Dalam bekas lain, masukkan telur dan esen vanilla dan kacau selama 10 saat. Boleh guna mixer atau blender.
  8. Masukkan adunan susu panas tadi dan gaul sebati bersama telur. 
  9. Perlahan-lahan curahkan adunan tadi ke dalam acuan.
  10. Kukus lebih kurang selama 40 minit atau sehingga masak.
  11. Setelah masak, biarkan seketika pada suhu bilik. Boleh juga diletakkan di dalam peti sejuk.


puding karamel sheayang
Hasil

puding karamel sheayang
Dua yang belakang tu cacat sikit

Jujurnya, hasil yang aku buat tadi agak pahit karamel tu mungkin sebab gula hangus kot. Huhuhu. Tapi takpe. Kita dah cuba, kan...

Korang plak, bila nak cuba?

XOXO,
sheAYANG

#94 : Kari Ayam Mudah Sangat Tajuknya

Bismillah.

Bila dah up entry masak-memasak, otomatik akan bersilih ganti resepinya. Kalau dah time malas tu, satu apa pun tak jadi. Huhuhu...

Tajuknya hari ni adalah Kari Ayam. Suami aku hari-hari dok pekik bila nak buat kari, yang. Bila nak masak kari, yang. Sampai aku naik rimas. Aku bab kari ni kureng sikit. Tak berapa suka nak makan kecuali kalau dengan roti canai.

Tapi, demi merealisasikan hajat suami, ku turutkan juga la. Memang first try dan dia suka! Ahakz. Alhamdulillah, harapnya pujian tu ikhlas lah ye.

Kari Ayam Mudah Sangat Tajuknya!

Walaupun sememeh rupanya, jangan dinilai rasanya. Eh!

Resepi ni aku ambil dan olah dari blog Khairul Abdullah. Memang sangat mudah dan takyah nak pening-pening kepala fikirkan bahan. Resepi ni untuk 2 orang makan. Jadi la kan. Nanti masak banyak-banyak membazir pula. Akhirnya ke dalam tong sampah!

Bahan-bahan : 

  • 500g ayam (bahagian dada)
  • 2 sudu besar serbuk kari ayam/daging
  • 1 biji bawang besar (hiris nipis)
  • 5 biji bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1 biji ubi kentang
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Minyak masak

Cara-cara :
  1. Panaskan kuali atau periuk dengan 3 sudu besar minyak masak.
  2. Tumis bawang besar dengan bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  3. Masukkan rempah kari, kacau cepat-cepat dalam satu minit dan tambah sedikit air untuk mencairkan sedikit masakan tadi.
  4. Kacau sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan kentang dan ayam. Kacau sebati.
  6. Biarkan seketika hingga ayam menjadi kecut dan kemudian tambahkan air. Boleh juga tambah santan jika mahu.
  7. Biarkan di atas api yang kecil selama lebih kurang 15 minint atau sehingga kentang empuk.
  8. Masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa.
  9. Siap!
Senang, kan?

Siapa kata masak tu susah?

Aku.

Dulu la. Zaman jahil dan malas ke dapur. Sekarang ni kalau malas, memang suami hadiahkan tapak kaki je. Ahakzzz... 

Okay. Selamat mencuba!

XOXO,
sheAYANG

Thursday, July 24, 2014

#93 : Sotong Bakar Ala Portugis

Bismillah.

Macam lama dah rasanya tak kongsi resepi. Amboi, macam la selalu sangat masak kan. Ahakz... Actually, dah lama buat juadah ni cuma nak upload tu agak kemalasan berganda kan. Ada je halangan nak menulis. Draft je yang bersusun.

Jadi, ini kalilah gua kasi gegar.

Sotong Bakar Ala Portugis Nan Hado
Nah, ambil gambar dulu. Walaupun tak seindah mana, eden torai. Ihikss...

Bahan-bahan :
  • 200 gram sotong
  • 5 batang kacang botor
  • Jus limau
  • 1 helai daun pisang
  • 3 sudu besar minyak
  • Aluminium Foil
Bahan-bahan (dikisar) :
  • 4 biji cili kering
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 inci belacan bakar
  • 1 batang serai
  • Garam

Cara-cara : 
  1. Tumis bahan yang telah dikisar dengan minyak dalam lebih kurang 5 minit.
  2. Masukkan jus limau dan tumis sehingga naik bau. Tutup api dan ketepikan.
  3. Hiris sotong dan kacang botor. Gaul dengan bahan yang ditumis sehingga sebati.
  4. Potong aluminium foil dan alas dengan daun pisang.
  5. Letakkan bahan yang telah digaul tadi ke dalam aluminium foil dan bungkus rapat.
  6. Bakar di atas api dalam lebih kurang 20 minit.
  7. Siap untuk dihidang!


P/S :
Kalau tak suka kacau botor, boleh ganti dengan bendi.
Kalau tak ada jus limau, boleh guna daun limau purut.
Boleh juga tambah lengkuas.
Seeloknya guna non stick frying pan.

Sebenarnya dah lupa ambil resepi ni kat mana. Bila tengok history plak, hilang semua. Ampunkan saya!

Selamat mencuba!

XOXO,
sheAYANG

Saturday, April 19, 2014

#53 : Goreng Berlada Kentang & Goreng Ikan Berlada


Bismillah.

Pagi-pagi Sabtu ni nak buat entry pasal makan plak.

Saya olah menu ni dari resipi yang dikongsi oleh rakan alam maya, Puan Faridatul Syila.

Memang mabeles la kan. Kalau tiba time malas nak masak, boleh cuba resepi ni sebab memang simple, ringkas dan mengenyangkan. :)


Bahan-bahan :
  • 3 biji kentang
  • Segenggam ikan bilis
  • 6 tangkai lada merah
  • 4 tangkai cili api
  • 1 biji bawang besar
  • Garam
  • Gula
  • Minyak Masak

Cara-cara :
  1. Kisar kasar lada,cili dan bawang. 
  2. Potong dan goreng kentang hingga garing. Kemudian goreng ikan bilis pula. Ketepikan.
  3. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak. Tambahkan garam dan gula mengikut citarasa.
  4. Sehingga bahan yang dikisar tadi nampak garing, masukkan ikan bilis dan kentang.
  5. Kacau rata dan biarkan atas api dalam 2-3 minit.
Resepi yang sama ni saya gunakan untuk masak goreng ikan berlada. 


Apa lagi, jom la cuba!

XOXO,
sheAYANG

Thursday, April 17, 2014

#50 : Ikan Bawal Masak Kicap & Bendi Goreng Belacan


Bismillah.

Saya terlebih rajin hari ni. Jadi saya terbitkan segmen baru dalam blog ni. Harap-harap lepas ni boleh terbit buku plak. Hik3 *berangan tak sudah!*

Pertama sekali nak bagitau, saya memang tak pandai masak. Kalau setakat masak air tu, inshaAllah tak kering. Itupun kalau pakai cerek elektrik.

Jadi, terimalah persembahan dari saya,seperti tajuk di atas! :)


Ikan Bawal Masak Kicap

Bahan-bahan :
  • 2 ekor ikan bawal
  • 1 biji bawang besar (hiris bulat)
  • 4 ulas bawang putih (hiris / ketuk)
  • 1 inci halia ( hiris & ketuk)
  • 2 biji lada merah (hiris serong)
  • 1 sudu besar cili giling/boh
  • 5 sudu besar kicap lemak manis
  • 1/2 cawan air
  • Garam

Cara-cara :
  1. Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng sehingga garing dan angkat.
  2. Panaskan 2 sudu besar minyak masak dan masukkan bawang putih & halia. Tumis sehingga harum. Kemudian tambahkan cili giling dan tumis hingga garing.
  3. Masukkan bawang besar dan lada merah. Kacau rata.
  4. Masukkan kicap dan air dan gaul rata. 
  5. Masukkan ikan dan gaul perlahan. Masak sekejap.


Bendi Goreng Belacan

Bahan-bahan : 
  • 5 batang bendi
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Belacan (sebesar ibu jari)
  • Garam
  • 2 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1 sudu besar udang kering
  • 1sudu besar cili giling/boh

Cara-cara :
  1. Kisarkan udang kering, belacan, bawang merah & bawang putih.
  2. Panaskan kuali dengan minyak masak. Masukkan bahan yang telah dikisar bersama cili giling.
  3. Kacau rata dan kemudian masukkan bendi. Masukkan sedikit air jika perlu.
  4. Kacau sehingga bendi menjadi lembut.

Senang kan?

Selamat mencuba!


XOXO,
sheAYANG