HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING
Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Wednesday, July 23, 2014

#91 : Iftar with Poms Giler!

Bismillah.

Syukur dah lepas 24 hari kita berpuasa. Penuh tak? Ahakz...

Ni cerita minggu lepas masa cuti Nuzul Quran. Planning memang last minute. Tempat pun pilih last minute. Semuanya serba last minute tapi Alhamdulillah. Berjalan lancar.



Gigih masing-masing meng-gugel tempat makan yang bakal dituju, siap map bagai. Hihihi...

Ikan jenahak, katanya.
Kerang bakar


Nasi lemak comel

Butter Prawn
Pencicah 


Sotong Goreng Tepung
Yang ni memang tak boleh blah. Sampai 3 pinggan hoccay! Estimated weight, 1.5 kg untuk 4 orang perempuan gila makan. Ahahahaha... 

Sambal
Ikan ni memang sedap buat sambal camni. First try and terus jatuh cinta. Next time wajib pesan lagi. Masa ni Asam Pedas Ikan Pari belum sampai, so tak sempat nak snap gambar. Asam Pedas dia pun memang terbaik kot!

Meja kosong

Kami tiba ke destinasi agak lewat,dalam pukul 7. Pilih-pilih ikan, sotong, udang dan siap dimasak, start makan almost at 8pm. Memang lama la kan kalau makan banyak tu. Pukul 9 lebih baru gerak balik. Hehehehe...

Total amount, rahsia. Keh3. 4 orang makan RM200++. Gila tak? Memang gila la. Sebab semua pun perempuan tapi bab melantak memang tak dapat control ye. Jadi-lah diri sendiri. Kih3...

Okay. Till then.

XOXO,
sheAYANG

Saturday, April 19, 2014

#53 : Goreng Berlada Kentang & Goreng Ikan Berlada


Bismillah.

Pagi-pagi Sabtu ni nak buat entry pasal makan plak.

Saya olah menu ni dari resipi yang dikongsi oleh rakan alam maya, Puan Faridatul Syila.

Memang mabeles la kan. Kalau tiba time malas nak masak, boleh cuba resepi ni sebab memang simple, ringkas dan mengenyangkan. :)


Bahan-bahan :
  • 3 biji kentang
  • Segenggam ikan bilis
  • 6 tangkai lada merah
  • 4 tangkai cili api
  • 1 biji bawang besar
  • Garam
  • Gula
  • Minyak Masak

Cara-cara :
  1. Kisar kasar lada,cili dan bawang. 
  2. Potong dan goreng kentang hingga garing. Kemudian goreng ikan bilis pula. Ketepikan.
  3. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak. Tambahkan garam dan gula mengikut citarasa.
  4. Sehingga bahan yang dikisar tadi nampak garing, masukkan ikan bilis dan kentang.
  5. Kacau rata dan biarkan atas api dalam 2-3 minit.
Resepi yang sama ni saya gunakan untuk masak goreng ikan berlada. 


Apa lagi, jom la cuba!

XOXO,
sheAYANG

Thursday, April 17, 2014

#50 : Ikan Bawal Masak Kicap & Bendi Goreng Belacan


Bismillah.

Saya terlebih rajin hari ni. Jadi saya terbitkan segmen baru dalam blog ni. Harap-harap lepas ni boleh terbit buku plak. Hik3 *berangan tak sudah!*

Pertama sekali nak bagitau, saya memang tak pandai masak. Kalau setakat masak air tu, inshaAllah tak kering. Itupun kalau pakai cerek elektrik.

Jadi, terimalah persembahan dari saya,seperti tajuk di atas! :)


Ikan Bawal Masak Kicap

Bahan-bahan :
  • 2 ekor ikan bawal
  • 1 biji bawang besar (hiris bulat)
  • 4 ulas bawang putih (hiris / ketuk)
  • 1 inci halia ( hiris & ketuk)
  • 2 biji lada merah (hiris serong)
  • 1 sudu besar cili giling/boh
  • 5 sudu besar kicap lemak manis
  • 1/2 cawan air
  • Garam

Cara-cara :
  1. Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng sehingga garing dan angkat.
  2. Panaskan 2 sudu besar minyak masak dan masukkan bawang putih & halia. Tumis sehingga harum. Kemudian tambahkan cili giling dan tumis hingga garing.
  3. Masukkan bawang besar dan lada merah. Kacau rata.
  4. Masukkan kicap dan air dan gaul rata. 
  5. Masukkan ikan dan gaul perlahan. Masak sekejap.


Bendi Goreng Belacan

Bahan-bahan : 
  • 5 batang bendi
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Belacan (sebesar ibu jari)
  • Garam
  • 2 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1 sudu besar udang kering
  • 1sudu besar cili giling/boh

Cara-cara :
  1. Kisarkan udang kering, belacan, bawang merah & bawang putih.
  2. Panaskan kuali dengan minyak masak. Masukkan bahan yang telah dikisar bersama cili giling.
  3. Kacau rata dan kemudian masukkan bendi. Masukkan sedikit air jika perlu.
  4. Kacau sehingga bendi menjadi lembut.

Senang kan?

Selamat mencuba!


XOXO,
sheAYANG