HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING
Showing posts with label tips menyusu. Show all posts
Showing posts with label tips menyusu. Show all posts

Tuesday, May 15, 2018

Tips Penyusuan Untuk Para Ibu Di Bulan Puasa

Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

I bet demam #PRU14 dah habis. Semoga Allah merahmati negara kita di bawah pimpinan kerajaan yang baru.

Jadi, memandangkan lusa kita dah nak mula puasa, Shea nak kongsi sikit tips penyusuan untuk ibu-ibu menyusu ketika berpuasa.

Selalunya perkara yang merunsingkan para ibu di kala bulan puasa nanti sudah pastinya kemerosotan kadar susu yang diperah. Yes, I faced the same problem before. 

Usahlah risau wahai teman seperjuanganku. Kita ikhtiar bersama demi memberi yang terbaik untuk anak-anak yang kita cintai.


Tips Penyusuan Di Bulan Puasa.

1) Minum kuantiti air yang cukup ketika berbuka dan bersahur.
Bila badan kurang air, kita akan cepat letih dan tak bermaya. Mohon ibu-ibu elakkan dari dehidrasi. Bila menyusukan bayi, memang kita akan rasa lapar dan dahaga, maka air sangat penting untuk badan kita tau.

2) Jus pegaga untuk tambah tenaga dan susu.
Ini akan masuk dalam wishlist. Dah lama rasanya tak makan ulam daun pegaga, sekali buat jus, mesti menyelerakan juga ni. Boleh dicampur dengan sebiji epal hijau, jus lemon dan madu.

3) Jangan lupakan sahur.
Sahur ini ibarat sarapan pagi. Bila kita tak sarapan, mula la badan rasa lemau je, kan. Jadi, pengambilan makanan berat ketika sahur dapat menyumbang lebih tenaga untuk bekerja sepanjang hari serta membantu pengeluaran susu.

4) Makan madu.
Khasiat madu memang tak dapat disangkal. Jadi, pengambilan madu dapat meningkatkan kadar serapan kalsium dalam dalam badan.

5) Rehat, rehat, rehat.
Dapatkan rehat secukupnya. Kalau boleh elakkan aktiviti lasak sepanjang bulan puasa.

6) Pam susu.
Bagi ibu bekerja seperti Shea, rutin mengepam susu mungkin akan berubah sedikit. Untuk mengelakkan bekalan susu terjejas, biasanya Shea akan pam pada masa sebelum Subuh, selepas Zohor, selepas berbuka puasa dan sebelum tidur.

7) Elakkan kafein.
Kafein ada khasiat tersendiri tapi untuk ibu menyusu, produksi susu boleh terganggu dengan pengambilan kafein ini. Elakkan pengambilan kafein untuk sebulan ni je please.

8) Diet yang seimbang.
Ibu menyusu perlu utamakan diet protein dan kalsium. Pengambilan sayurar-sayuran, ayam dan daging sangat diperlukan. Jangan lupa minum susu juga.

9) Jus Susu Kurma ketika bersahur.
Sejak Shea mengamalkan pengambilan susu kurma pada Ramadhan yang lepas, perut dah kurang meragam. Ternyata ia sangat mengenyangkan dan kurma pun sangat membantu untuk memekatkan susu badan. Bayi pun pasti kenyang!

10) Ketenangan fikiran.
Jangan merasa tertekan dan takut susu tidak cukup untuk bayi anda. Kita harus kekal positif untuk menjana hormon oksitoksin yang mengeluarkan susu ibu. Jadi, para ibu mohon bertenang ye.

Selamat meyambut Ramadhan Karem semua!

Sekian. 

xoxo,
sheayang

Friday, December 12, 2014

Di tahap mana kapasiti anda?

Bismillah.

Untuk ibu-ibu yang menyusu badan, pernah tak rasa yang anak anda tak puas menyusu? Apa puncanya? Mana silapnya?

Sejujurnya, saya pun pernah menghadapi situasi begini. Saya selalu menyalahkan saiz payudara yang kecil membuatkan bayi tak puas menyusu. Tapi sebenarnya saya salah.

Setelah beberapa rujukan saya buat, saya dah tahu jawapannya.

Baca apa yang tertulis pada gambar dan hadamkan dalam minda.

Saiz tidak mempengaruhi langsung jumlah pengeluaran susu. Pernah juga ada kawan yang bersaiz lebih besar dari saya cuma mampu menyusukan bayinya 3 hari saja. Kesian, kan?

Masalahnya di sini, kita kena tahu kapasiti susu yang berada pada payudara kita. Kemudian baru dapat tahu apa masalah bayi anda.

Kalau betul kapasiti penyimpanan susu anda adalah kecil, susukanlah bayi anda sekerap yang dia mahu. Kalau kapasiti pada tahap sederhana atau normal, cukup dengan hisapan sebelah payudara akan mengenyangkan bayi anda. Kalau kapasiti besar, bayi akan kenyang dengan cepat dan tak perlu menyusu dengan kerap.

Alhamdulillah. Kapasiti saya pada tahap medium walaupun saiznya kecil.

Pokok pangkalnya adalah kita, para ibu sekalian. Makanlah makanan yang berkhasiat, yang boleh mengeluarkan susu berkhasiat yang cukup. Urut payudara supaya tiada lorong-lorong susu yang tersumbat. Anda mampu mengubahkan.


XOXO, sheAYANG