HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING
Showing posts with label banjir. Show all posts
Showing posts with label banjir. Show all posts

Thursday, December 25, 2014

Hulurkan Bantuan, Ringankan Beban.

Bismillah.

Keadaan bertambah buruk. Aku ada dengar pasal fenomena NEW MOON. Berjaga-jagalah saudaraku.

Mohon sebarkan.

Untuk mereka yang berada dalam kawasan capaian Negeri Sembilan.

Aku rasa setiap negeri pun ada kot. Kalau tak berkesempatan, sedekah je la kat mana-mana tabung untuk mangsa banjir ni.

Kat Melaka ni aku tak pasti kat mana. Kalau aku balik Seremban, boleh gak packing2 baju yang dah tak guna tu. Haisshhh...

Apapun, Doa sentiasa mengiringi.

Aku dengar ada berita kematian akibat bot terbalik. Tapi tak tau sahih ke tak. Kalau benar, Al fatihah untuk mangsa dan Takziah buat keluarga mereka.

Keep on supporting them because we are Malaysian, the caring citizens!

Muah!


XOXO, sheAYANG

Wednesday, December 24, 2014

#PrayForPantaiTimur

Bismillah.

Sayu hati ni bila updates kat FB penuh dengan gambar insiden banjir kat pantai timur Malaysia. Walaupun tak berada di sana, turut terasa jugak tempiasnya. Dengar khabar, banjir dah merebak ke Perak dan Perlis. Wallahua'lam.


Cuma doa dapat kami titipkan buat saudara-saudari di sana. Bukan mudah untuk mengharungi dugaan ni. Kalau aku berada dalam situasi begitu, memang menangis je la kerjanya. 

Sesiapa yang memulakan hashtag #PrayForPantaiTimur ni, aku ucapkan jutaan tahniah. Anda telah menyatukan kembali rakyat Malaysia walau di mana kita berada.

Harap-harap tiada masalah dari segi penghantaran bantuan kerana menurut mesej Whatsapp yang aku terima, takde lagi jalan darat dapat digunakan di Kelantan untuk masuk ke sana. Sob sob... :'(


Semoga semuanya baik-baik saja. Aamiin...

XOXO,
sheAYANG