HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Monday, December 30, 2019

Antara Gerhana Matahari Analus, Hujan Rahmat & Ulangtahun Kelahiran


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Benar seperti yang ku duga, entry yang patut aku siapkan sebelum 11.59pm, 26 Disember 2019 tak sempat untuk aku edit & publish. Tapi, tak mengapa kerana aku sedar aku hanya insan biasa. Tiberrrr...

Alhamdulillah, minggu lepas walaupun aku tak sempat nak capture momen sempena Gerhana Matahari, aku dapat tengok dekat status whatsapp mereka yang rajin lagi berwibawa. Di bawah ni video yang sempat sepupu aku rakamkan di Kudat,Sabah. Teruja aku tengok. Patut la masa aku nak keluar lunch, keadaan agak suram walaupun ada matahari dan langit kelihatan biru.


Selepas berakhirnya gerhana, muncul pula hujan yang membawa rahmat. Bertuahnya mereka yang sempat memanjatkan doa di kedua-dua waktu ini. Semoga hajat-hajatnya dimakbulkan.

Dan tarikh itulah jua Mak aku sedang berjuang untuk melahirkan aku 33 tahun yang lepas. Dan Abah pula berkejar-kejaran untuk menyambut kehadiran aku di hari Jumaat yang mulia. Nikmat apa yang ingin kau dustakan?

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Pertama sekali syukur kepadaNya kerana aku masih diberi kesihatan yang baik dan masih dapat bernafas di muka bumi ini dan meraikan ulangtahun ke-33 pada 26 Disember yang lepas. Sedar tak sedar memang dah agak tua. Rasa semalam baru masuk 17 tahun. Miahahaha.

Umur tak penting, asal jiwa tu muda. Cewahhh. Bukan aku cakap tau!

Officially 33 ;)

Ucapan
Terima kasih buat Mak & Abah yang susah payah melahirkan dan membesarkan aku umpama menatang minyak yang penuh. Walaupun aku tahu aku anak yang baik ketika kecilku, sedikit rebel semasa remajaku dan degil lebih sikit semasa dewasaku, namun kalian tetap ada untukku. Terlalu banyak jasa kalian yang secara jujurnya memang aku tak mampu nak balas. Terima kasih buat kakak-kakakku & adik lelakiku kerana menerima sedia adanya diriku walaupun acapkali buat korang menyampah bila Mak & Abah lebihkan aku dalam setiap hal (kadang-kadang) .

Buat suami yang sanggup meredah susah senang onak dan duri dalam kehidupan ini, terima kasih yang tak terhingga. Bukan senang nak hidup dengan orang macam aku tapi he took the challenge. Untuk anak-anak ibu, kalian adalah permata yang tidak ternilai harganya buat ibu. Ibu tak selamanya akan ada untuk kalian tapi ibu akan sentiasa doakan kalian, inshaAllah. Kalau umur ibu tak panjang, kalian jaga diri dan sentiasa lindungi sesama kamu.

Untuk semua insan yang ada kenangan dengan aku, terima kasih kerana menjadi sebahagian dari hidup aku.


Tahun Paling Manis & Pahit
Walaupun setiap tahun aku memang manis, tahun ni extra manis sikit sebab dah ada anak no. 3 sempena hari jadi yang ke-33. Nampak? Dalam manis juga ada pahit. Sakit bila orang yang kita sayang jatuh sakit. Ujian tu sentiasa saja hadir di kala waktu tak terduga. Mujur mereka selalu ada untuk aku.

December babies
Biasa la Disember ni month of celebrationssss... Dalam big family aku, 4 orang sepupu lahir sama bulan, belum masuk anak-anak buah dan ipar-duai. Tahun lepas kitorang sempat gather untuk celebrate, tahun ni rasa macam banyak kekangan. Walaupun begitu, korang sentiasa dalam ingatan.

Disember juga la bulan di mana banyak jualan murah tapi takde orang sudi beli hadiah dan hadiahkan kepada aku. Hahaha. Gurau je gais.

Harapan
Aku berharap semoga aku menjadi orang yang lebih kuat di tahun mendatang, menjadi lebih matang dalam membuat keputusan dan menjadi lebih tenang dalam berhadapan dengan orang.

Dan aku berharap dapat bertemu lagi dengan Gerhana Matahari Analus 21 tahun akan datang.

Take care gais!

xoxo,
sheayang

Monday, November 25, 2019

Giveaway Akhir Tahun by HasrulHassan.Com


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Hujung-hujung tahun ni bloggers dok buat giveaway, kita pun join la. Yang buat giveaway kali ni bukan kaleng-kaleng tau, sifu dalam dunia blogging ni.

Aku dan dia bukan saudara walaupun nama bapa tu sama. Hihihi. Aku tak ingat sejak bila aku kenal dia tapi lama juga dah sebelum ada blog yang sekarang. Masa sibuk blogger boleh buat duit tu aku dah start google dah dan tersangkut pula dekat blog dia, tu yang follow je setiap entri yang dipublish.

Kalau pergi blog dia tak cukup sehari nak baca semua artikel bermanfaat yang sudi dikongsi. Part yang aku suka for sure la 'Tips Blog' sebab aku kan noob pasal blogging ni. Cara penulisan dia sangat kemas dan blog dia sangat ringan. Kejap je dah boleh buka. Serius jealous la. Ni nak buka blog sendiri pun loading, padahal merepek je banyak. :P

Haaaa, korang nak tunggu apa lagi? Klik banner di bawah untuk join. 

Hadiah pun superb weh!


Good luck untuk korang. Dan untuk aku juga!

xoxo,
sheayang

Tuesday, November 12, 2019

Suntikan Anti Tetanus (ATT) Untuk Ibu Mengandung

Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Setelah sekian lama nak tulis tentang Suntikan Vaksin Anti Tetanus ni, baru kini rasa rajin nak update draft yang bersusun.

Untuk ibu-ibu baru, mesti tertanya-tanya Tetanus tu apa? Apa fungsi vaksin ni? Sakit tak? Kalau tak inject tak apa ke? Macam-macam benda dalam kepala otak , kan. :P

Sama la saya pun walau sudah 3 kali mengandung pun akan tetap query benda yang sama. Tapi oleh kerana prosedur, kita ikutkan saja. Dalam masa yang sama perlu tanya tentang keperluan suntikan ni. Saya rasa ada tertulis dalam Buku Pink yang diberi. Cuba check. ;)

Photo by Amornthep Srina from Pexels

Apa itu Tetanus?

Tetanus dalam bahasa mudahnya dikenali sebagai kancing gigi. Penyakit ini disebabkan oleh racun Neurotoxin yang dihasilkan oleh bakteria Clostridium Tetani yang biasanya terdapat di kawasan pertanian dan kawasan bertanah panas dan lembap. Kulit yang luka kerana objek tajam yang tercemar seperti jarum dan paku akan menyebabkan bakteria ini masuk ke dalam badan dan seterusnya merembeskan racun Neurotoxin itu. Racun ini akan menyerang sistem saraf manusia dan menyebabkan gejala seperti :

- Sakit kepala
- Demam & berpeluh
- Sawan
- Kekejangan otot
- Tekanan darah meningkat, degup jantung kencang

Kenapa ibu mengandung perlu ambil suntikan ini?

Ia adalah untuk mencegah jangkitan tetanus pada bayi melalui luka tali pusat yang dipotong dengan peralatan yang tidak disteril atau melalui luka episiotomi.

Walaupun suntikan vaksin anti tetanus ni sudah dianggap tidak relevan pada masa kini, kerana kita tahu rata-rata para ibu kini bersalin di hospital yang terjamin kebersihan serta peralatannya namun pencegahan awal tetap menjadi prioriti.

Kesan sampingan akibat suntikan

Kita sedia maklum yang setiap suntikan akan menyebabkan rasa sakit pada tempat yang disuntik. Jika ada kesan yang lebih teruk seperti nanah atau bengkak, sila rujuk semula ke klinik/hospital. Kesan lain adalah demam dan badan lesu. Kalau macam saya dulu, tangan akan rasa kebas dalam 4-7 hari.

Jumlah suntikan

Untuk kehamilan pertama, ibu akan menerima 2 suntikan; 1 suntikan pada trimester kedua biasanya, suntikan kedua diberi 2 bulan selepas dos pertama.
Untuk kehamilan kedua dan seterusnya, 1 suntikan dos booster akan diberikan.

Sumber : Sinar Harian, Wikipedia

xoxo,
sheayang

Tuesday, October 22, 2019

Happy 6th Monthsary, Baby!


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Just a quick update about my 3rd child. Dah menginjak usia ke 6 bulan pada 7 Oktober lepas. Dengan panjang 65 cm dan berat 9 kg, mengah juga Ibu nak bawa awak pergi Klinik Kesihatan untuk check up dan cucuk Hepatitis B (dos 3).

Alhamdulillah, membesar dengan cemerlang dan dikhuatiri obese oleh jururawat. Hampir-hampir nak dirujuk pada doktor hari tu. Memandangkan dia hanya minum susu badan, doktor beri tolak ansur dan minta datang pada bulan depan. Sepatutnya, bila dah sampai 6 bulan, appointment akan jadi 3 bulan sekali, tapi sebab nak pantau berat awak, kita jadi penghuni KK setiap bulan la nampaknya.

Apapun, Ibu dah boleh fikir menu-menu sedap dan sihat untuk awak.

Walaupun kekangan masa dan kudrat (malas), Ibu akan cuba rajin bulan depan demi perut awak. Hihihi.

Perkembangan lain, awak dah boleh berguling dengan konsisten walaupun had muatan tu lebih sikit. Dah mula angkat-angkat punggung tanda dah bersedia untuk merangkak. Masih lagi mengensot tapi dalam gear Reverse.

Masa jururawat tanya perkembangan awak hari tu, Ibu hampir clueless nak bagitahu sebab Ibu mengaku Ibu kurang beri perhatian pada perkembangan awak. Jururawat pula minta Ibu buat senaman pada awak untuk stimulate otot-otot kaki jadi lebih kuat jadi awak boleh merangkak dengan cepat. InshaAllah.

Sudah boleh memegang  objek dengan baik walaupun tangan tu kontot-kontot tembam. Masih lagi dengan tabiat menghisap jari yang mana Ibu can't stop you from doing it. Rasa kasihan pula. Tak apa, Ibu dulu pun hisap jari sampai Tingkatan 5. Alhamdulillah masih gorgeous! Hahahaha.

Okay, Ibu simpan cerita ni kat sini.


Till then.

xoxo,
sheayang

Wednesday, September 18, 2019

Half Year 2019 Recap


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Harap semuanya sihat-sihat belaka. Maklumlah jiran sebelah dah mula kirim asap, pasti kita terkena tempiasnya. Siapkan awal-awal mask N95 sebagai perisai.

Alhamdulillah, sedar tak sedar kita dah ada dalam 3rd quarter untuk tahun ni. Apa pencapaian anda sepanjang 6 bulan yang lepas? Hihihi.

Aku hanya menulis 7 post untuk 6 bulan yang lepas. Bulan Mac dan Mei langsung tiada pengisian dan aku namakan 2 bulan itu sebagai bulan Malas. Bulan M kan. :P

Tuesday, August 27, 2019

Giveaway Merdeka 2019

Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Sempena bulan merdeka ni, kita join giveaway sokmo je la. Hihihi. Bukan apa, belum sampai seru nak buat giveaway sendiri. Takut tak dapat sambutan pun ye juga.

Tapi aku tahu member-member blogger ni support dia lain maciam. Kita tunggu nanti ye.

Untuk masa sekarang ni, marilah kita support giveaway yang ini.

Klik banner untuk join.

Marilah menuju kejayaan. Ada rezeki, kita menang. Tak ada rezeki, kita cuba lagi. ;)

xoxo,
sheayang

Friday, August 16, 2019

Shuhaidasaad.com 3rd Giveaway


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Bulan Ogos bulan kemerdekaan, juga bulan kelahiran Maryam, aku try la juga join dua tiga giveaway dari rakan-rakan blogger. Mana tahu ada pula rezeki yang sangkut, kan? InshaAllah.

Salah satu punca join giveaway ni juga sebab nak kembalikan momentum menulis. Hihihi. Susah dah nak get back on track. Blog pun suram je. Tapi jangan risau, kita tetap ada di sini.

Cepat ye korang join giveaway ni sebab tinggal berapa hari je lagi. Tarikh tutup 22 Ogos ni tau!


4 pemenang dicari untuk giveaway kal ni. Dan hadiahnya berupa :

Pemenang pertama                                                      Pemenang kedua

Pemenang ketiga & keempat

Amacam? Suka tak?

Cara nak join, klik je banner kat atas tu atau klik sini.

Selamat berjaya untuk diri sendiri & korang juga!

xoxo,
sheayang

Thursday, August 15, 2019

Giveaway-01 by Ematunz

Jom korangss join Giveaway by ematunz.blogspot.com . Serius senang sangat syarat dia (follow dan copy paste tak sampai 5 minit). Tarikh tamat 25.08.2019 11.59 malam.

Klik gambar dibawah untuk join:

Hadiah? Nama pun giveaway, mesti lahh ada. Hadiahnya, Bawal Kaca bernilai RM25 untuk seorang pemenang yang akan dipilih melalui Cabutan Bertuah. Pemenang boleh pilih nak corak apa, kaler apa. Mix and match gittuw

Info hadiah: Bawal kaca ini dipenuhi manik kaca ori gred AAAA, ala-ala batu Kristal Swarovski. Kualiti kain jenis Airis Premium rank no.2 selepas Bawal Original, ofkos laa senang bentuk. Setiap butir kaca sangat merelipp, paling penting melekat kuat. 

Ada 60 pilihan warna, dan berpuluh puluh design menarik. Berpinar mata tengok tau. Nak tengok lagi banyak, gambar ada di Bawal Kaca.




Friday, July 19, 2019

Rutin Seorang #EczemaFighter Part 4

Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Rasa seronok dapat share benda yang bermanfaat.

Masa aku draft part 1 tu, ekzema masih teruk. Tapi masa aku menghabiskan entry tu, Alhamdulillah, dah bebas ekzema. Harap tak datang lagi. :)

Sebenarnya, soal pasal ikhtiar ni, kita selalu nak ambil jalan yang cepat. Tanpa kita tahu ada hikmah sebalik kita diuji tu.

Aku tahu sepanjang aku berhadapan dengan ekzema, mulut aku sedikit jahat. Aku tak mampu nak pendam perasaan sebab bila aku pendam, hati aku sakit, jadi aku akan stress. Bila stress, ekzema menjadi-jadi la. Bukan bohong ye, ini realiti. Yang hadap je yang faham. Orang yang terdekat & tersayang pun mungkin tak akan faham dan seterusnya mengakibatkan perang. It's normal! Kalau kat tempat kerja pula, memang kau lagi stress bila orang push itu ini. Tapi cubalah sehabis baik untuk mengekalkan emosi rasional itu.


Emosi sangatlah harus dijaga. Emosi orang lain, tak jaga tak apa. Hahahaha.

Lagi satu, tidur kena cukup ye. Aku faham susah nak dapat tidur yang cukup sebab tidur kau akan sering diganggu dengan serangan-serangan agen ekzema. Jahat tau!

InshaAllah kalau tidur cukup, setiap kali bangun akan rasa fresh je. Tak ada la timbul isu yang boleh mengakibatkan kemarahan.

Nak sambung lagi tak?

Dah la, tak larat aku nak merapu. Kalau aku ada info best nak share lagi aku buatlah entry. Hihihi.

xoxo,
sheayang

Wednesday, July 17, 2019

Rutin Seorang #EczemaFighter Part 3

Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Sorry lambat sikit sambung part 3 disebabkan tekanan hidup yang melanda kebelakangan ini. Tapi masih chill lagi, buat apa nak kalut. Kang tak pasal-pasal datang balik Cik E tu.

Teringat masa baru-baru join support group untuk Ekzema, diorang panggil anak-anak yang ada ekzema ni sebagai anak-anak E. Hahaha. Mula-mula macam blur, lama-lama baru faham. Jadi, elakkan tulis penuh sebab nanti ekzema tu akan bertambah teruk. Wallahua'lam.

Cerita pasal makanan, tiada amalan yang betul-betul spesifik yang aku ikut lurus-lurus. #eczemafighter pun ada cheat day tau! Tapi lepas tu hadap la! Hahahaha.

Seafood adalah makanan yang dilarang untuk yang ada ekzema/resdung/alahan, katanya. Tapi aku ambil keputusan untuk buat test dekat diri sendiri.

Udang - Lulus
Sotong - Kantoi
Kerang - Kantoi
Ketam -Lulus

Favourite seafood aku ialah sotong. Bila aku mula rasa gatal makan sotong, aku rasa kecewa amat. Tapi, hidup masih perlu diteruskan. Aku beralih pula kepada udang. Udang ni isi dia memang sedap tapi orang pemalas macam aku ni je tak suka. Sebab apa? Sebab kena kupas kulit dia dulu. Hihihi.

Kerang is a big NO walaupun masa mengandung nurse sarankan untuk makan kerang untuk naikkan hB. Mak cannot eat kerang sungguhpun mak suka sangat kerang cicah sambal kicap.

Pantang makan yang lain ialah Gula Putih. Bukan tak boleh langsung, tapi kalau boleh sehari tu nak minum manis sekali je la. Aku ambil masa sarapan je. Lepas tu, kena berhati-hati. Nampak air tebu tepi jalan macam sedap je kan namun bahananya kau yang menanggung kelak. Processed food yang ada gula tinggi pun boleh lead to eczema macam biskut, kek dan coklat.

Yang lain tu, aku ada senaraikan sikit dekat entry ni --> Rutin Seorang Eczema Fighter 

Sebenarnya, makanan ini bukanlah tak boleh disentuh langsung cuma kena hati-hati untuk elakkan flare pada kulit. Setiap kulit adalah berbeza. Jadi, apa makanan yang sesuai untuk korang, korang kena la test sendiri. Sebab itu pentingnya untuk ada Food Diary walaupun aku sendiri tak pernah ada. Hihihi.

Ekzema dewasa ni kau boleh lagi nak cuba-cuba tapi untuk kanak-kanak agak kesian la. Risau diorang tak dapat cukup nutrisi kalau disekat semuanya. Sebagai ibu bapa yang prihatin, kena la pantau apa yang sesuai untuk anak.

Mizwar suka gila minum susu lembu perisa coklat, tapi lepas tu hadap la bila semua gatal. Bila tak bagi, mengamuk. Kesimpulannya, jangan beli benda yang memudaratkan kesihatan anak.

Apa yang aku makan untuk menjaga kesejahteraan kulit?

1) Al Manna, Gam Arab




2) Vitamin C

3) Vitamin E

Ketiga-tiga ni aku tak ambil sekaligus, sebab memang tak menjadi apa. Tapi aku nak nasihatkan korang sebelum nak ambil apa-apa supplemen, rujuklah pada yang pakar, maksud aku, DOKTOR.

Gam arab ni aku ambil selepas dari pembacaan dan aku teruja dengan kesannya pada sesetengah individu yang dah cuba. Jadi, aku cuba sendiri. Biasanya, aku ambil pagi sejurus bangun tidur. Ada dua jenis gam arab, yang berketul dan serbuk. Yang berketul tu aku selalu rendam malam, pagi dia dah larut dan boleh terus minum. Yang jenis serbuk pula boleh buat on the spot. Tapi aku prefer yang berketul.

Vitamin C pula aku makan sebelum tidur. Pernah aku cuba ambil Vitamin C dengan Vitamin E sekali namun tak menjadi. Wallahua'lam sebab apa jadi begitu. Ambil sebiji je sehari.

Vitamin E pula aku ambil sebiji sehari selalunya selepas minum pagi. Kalau lupa, aku makan je bila teringat asalkan bukan sama masa pengambilan dengan Vitamin C & Gam Arab.

Alhamdulillah, perubahan ketara ditambah dengan ubat sapuan luar. Syukur sangat!

Korang nak tengok tak tangan aku masa luka tengah flare? Hahaha. Jangan tengok masa tengah makan tau.













Sedikit sedutan.

penyebab tak boleh guna thumbprint kat pejabat.

kuku pun buruk masa ni okay.

tengah flare. sedap garu masa ni

Okay. Cukup la gambar tu, kan. Jangan serik singgah blog aku. Hahahaha.

Nak sambung lagi tak?

xoxo,
sheayang

Monday, July 8, 2019

Rutin Seorang #EczemaFighter Part 2

Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Tabahkan hatiku untuk menulis. Tak tahu sampai part berapa nanti.

Aku dah kena ekzema ni awal lagi masa mengandungkan Mizwar. Mula aku masuk hospital dan masuk darah tu, lepas seminggu, naik rashes semua. Memang buntu masa tu dan kakak aku bagi krim yang dia pakai. Aku pakai krim tu time tak okay je, bila dah okay sikit, aku stop. Sebab steroid kan, dah la tengah mengandung masa tu.

Krim tu Mometasone Cream brand Elomet.

Krim ni memang sangat membantu tapi tidak menyembuhkan. Dan ekzema terus berulang.


Okay. Selepas didiagnos penghidap ekzema, doktor bagi Aqueous Cream & Neosafe Cream dulu. Dia kata pakai dalam 2 minggu dulu Aqueous Cream kalau masih tak okay, sapu Neosafe Cream. Aku follow je. Asalnya ubat tu untuk Mizwar. Tapi aku tumpang la sikit. Nampak keadaan Mizwar pun semakin okay, cuma bab menggaru tu memang tak dapat nak elak. Sampai la sekarang! 

Serius memang kena jaga diet dia.

Tapi aku cuma manusia biasa dan ibu yang tak sempurna. Kadang-kadang buat juga cekodok dan bagi juga minum susu lembu.

Berbalik ke kisah aku, benda datang tak kita jangka. Dah pulih sikit, lepas tu dia flare semula. Memang kena sabar.

Aku mula gigih cari info pasal ekzema. Aku try losyen dan mandian jenama Ecze. Tak pasti ada lagi ke tak. Okay juga ni tapi lama-lama makin tak lut. Mungkin sebab pemakanan aku tak control.

Aku cuba pakai sabun beras. Elok tapi pedih. Memang tak sanggup. Sekejap je aku pakai ni. Tak habis pun sebuku sabun tu. Dalam masa yang sama aku sapu krim dari Shaklee. Hilang la sikit luka berdarah tu, tapi masih merah dan gatal.

Bermula episod yang memang aku stress gila tahap gaban awal 2018 sebab berperang dengan emosi masa tu, aku ajak suami jumpa dermatologist. Masa dekat register di Mahkota Medical Centre, receptionist tu refer aku ke Dr Lee, physician kat sana. Dalam kepala otak aku masa tu, apa kena mengena ekzema dengan physician. Rasa bangang sangat weh! Hahaha.


Dr Lee bagi aku try Cetaphil Restoraderm Body Wash & Lotion beserta Mometasone Cream & Ointment brand Elomet. Dalam hati aku masa tu,"Haaa sudah. Dia bagi Cetaphil. Confirm takkan elok."

Ini adalah kerana aku terbaca review dekat support group tu yang tak memberansangkan. Tapi tu la, sedangkan rambut orang pun lain-lain warna, inikan pula kulit manusia. Lain kulit, lain la ubatnya. Itu sebab la kita kena ikhtiar, Yang Maha Menyembuhkan tau macam mana dia nak settle problem korang.

Nampak perubahan ketara sebab aku tak melawan cakap doktor tapi sambil tu aku gugel juga ubat yang tak ada steroid.

  
Lepas pada tu, aku nampak iklan Ronella dan berminat nak cuba. Tup-tup sangkut pula jadi dropship. Okay la, aku guna, aku jual. First, aku cuba Ronella Baby Balm Rashes. Walaupun ramuannya untuk ekzema baby, bila baby tua macam aku pakai pun jadi elok.


Aku bagi Mizwar pakai Baby Balm tu dan aku upgrade pula ke NTBax EO Blend yang lebih sesuai untuk orang dewasa, terus jadi bestfriend weh. Seronok sebab gatal-gatal berkurangan dan luka pun semakin jarang terlaku.


Ada satu masa stok NTBax aku habis dan tanda-tanda flare nak datang, aku sapu minyak masak zaitun brand Basso yang ada kat dapur. Ya Allah, kagum betul aku. Seminggu guna, hampir licin kulit aku. Ini memang kenangan la! Minyak masak tu memang ada dalam handbag aku selalu.


Losyen Allano dari Amway tu aku beli je dan jarang-jarang guna sebab review okay dari support group. Cuma bila aku tengok, eh ada paraben. Mungkin dalam kuantiti yang dibenarkan, kan. Jadi, aku simpan dalam laci office. Time-time terdesak boleh gak guna.

 

Lepas mandian Cetaphil habis, aku cuba Gel Mandian Bidara Baroqah. Mula-mula tak suka sebab bau dia kuat sangat tapi lama-lama bila kulit banyak perubahan, aku bersyukur. Tak salah mencuba. Epsom Salt tu dalam sebulan sekali je aku pakai. Itu pun aku buat dalam 2 atau 3 bulan je. 


Eh, lupa. Ekzema aku hinggap di ketiak juga. Jadi, lama juga aku stop pakai deodorant sebab diorang cakap deodorant tak bagus sebenarnya terutamanya yang ada wangian. Jadi, bila aku mula rasa tak selesa dengan ketiak berbau, aku cuba Dr Mist, Alhamdulillah okay sampai sekarang.

Sumber gambar aku google je kecuali gambar Cetaphil & Elomet serta gambar Epsom Salt itu. Korang nak tengok tak keadaan tangan aku time teruk? Tapi nak pesan jangan tengok masa makan ye.

Bab makan, kita sambung nanti ye.

xoxo,
sheayang

Wednesday, July 3, 2019

Rutin Seorang #EczemaFighter

Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Sebelum proceed dengan entry ini, ada baiknya korang baca dulu pasal ekzema dewasa di SINI. Baru clear kepala otak tu.

Aku didiagnose secara rasmi sebagai pesakit ekzema semasa bawa anak kedua, Mizwar pergi check up dalam 3-4 bulan. Kebetulan, Mizwar pun ada beberapa kesan luka menggaru dan doktor bagitahu dia pun ada ekzema. Sedihnya hati masa tu Allah je tahu.

Dah la kita pun ada ekzema teruk kat tangan dan kaki, baby pun ada masalah yang sama. Lagi bertambah masalah kita ni pekerja di pejabat dan di rumah. Kat rumah tu pula banyaknya kerja melibatkan air macam basuh baju, basuh pinggan. Perittt wehhh...

Jadi, tak kan nak biarkan je cerita ekzema ni tiada kesudahan, kan? Aku pun ikhtiar la dari satu cara ke satu cara, satu produk ke satu produk. Aku senaraikan di bawah ni antara produk yang pernah digunakan.

Ada krim yang aku tak pernah pakai pun. Buat koleksi je.

Ubat Sapuan / Losyen / Mandian
1.  Elomet Oinment
2.  Elomet Cream
3.  Aqueous Cream
4.  Neosafe Cream
5.  Ecze Lotion & Body Wash
6.  Allano Hand & Body Lotion (Amway)
7.  Baby Balm Rashes (Ronella)
8.  NTBax EO Blend (Ronella)
9.  Sabun Beras
10. Herbal Blend Multipurpose Cream (Shaklee)
11. Cetaphil Restoraderm Body Wash
12. Minyak Zaitun
13. Epsom Salt
14. Gel Mandian Bidara Baroqah

Ubat Makan / Supplemen
1. Sustained Release Vita C Plus (Shaklee)
2. Al-Manna

Next entry aku akan beritahu keberkesanan setiap produk yang aku guna.

Aku ada follow beberapa support group yang banyak membantu mengurangkan ekzema dan doktor mengatakan yang ekzema ni ada kaitan dengan leaky guts. Sejauh mana kebenarannya, aku tak boleh nak pastikan. Tapi sebenarnya, ia berkait rapat juga dengan apa yang kita makan. Pantang makan tu sangat membantu. Bukan la nak suruh pantang kaw-kaw, cuma kalau korang prepare food diary sendiri tu pun dah bagus. Tak perlu nak pergi skin prick test semua tu, mahal kot!

Antara makanan yang aku kurangkan pengambilannya adalah:

1. Roti putih
2. Tepung Gandum
3. Telur
4. Minuman manis
5. Makanan laut
6. Kek & biskut

Dan pantang penting dalam menangani ekzema ni ialah JANGAN STRESS.

Tipu lah tak stress langsung tapi kawallah ia, inshaAllah ekzema anda tidak akan meletup-letup kemerahan.

Sambung nanti.

xoxo,
sheayang

Tuesday, June 18, 2019

Imanina Maisarah; 1 Syaaban's Baby


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Seperti yang anda maklum, saya dah selamat melahirkan bayi yang ke-3 pada 7 April 2019 selepas azan Subuh. Dan kebetulan jatuh pada 1 Syaaban 1440.

Dua minggu sebelum kelahiran, aku memang dah mula rasa tak sedap hati. Nak keluar rumah pun takut, nak pergi attend wedding invitation pun rasa seram. Sabtu Ahad je baby buat onar. Dia bagi false alarm.

6 April, birthday Angah aku. Ada la juga niat nak baby keluar tarikh sama dengan Makngah dia tapi lewat sehari pula. Siang tu aku buat kerja-kerja macam biasa tapi macam extra rajin pula sebab aku kemas balik beg hospital yang aku dah packing dua minggu sebelumnya.

Macam tau-tau je kan.

Benda jadi makin tak keruan bila malam tiba. Mula Maghrib tu aku dah rasa lain sebenarnya tapi chill lagi la. Bila nak tidur, rasa tak kena je. Aku start landing pukul 11 malam. Pukul 11.30 malam makin resah gelisah dan aku bangun buat milo dan makan roti. *the instinct of mom*

Aku duduk je kat dining hall tu sambil layan contraction. Mana la tau kot-kot Braxton Hicks pula ke kan. Suami masa tu dah landing dah.

Dalam pukul 12.15 tengah malam, aku ke toilet nak buang air kecil. Bila nak flush je, nampak ada darah kat toilet bowl. Haaa, sudah. Terus kejut suami la. Suami pula call parents dia sebab nak tinggalkan Maryam & Mizwar. Takkan nak bawa diorang pergi beranak sekali pula kan. :P

Dah settle part budak-budak, suami pun apa lagi, pecut pergi Hospital Melaka. Tengah malam, jalan tak sesak sangat, tapi suami aku tetap tak boleh chill bawa kereta. Dah macam naik ambulans dah rasa.

Betul la orang cakap, lelaki ni ada 3 benda yang buat dia ketaq.

1) Masa Berkhatan
2) Masa Akad Nikad
3) Masa Isteri Nak Bersalin

Cuba la tanya suami masing-masing ye.

Dah sampai hospital, terus ke Kecemasan tapi mereka minta pergi ke Labour Room terus, maka exercise la kita di malam hari. Lalu pula Hospimart, tapi tutup. Lupakanlah hasrat nak beli kudap-kudap sementara menunngu nak bersalin tu nanti. Nasib la sempat makan roti cicah air milo tadi, kan.

Sesampai ke Labour Room, terus register dan tukar baju. Bukaan masa tu baru 3cm. Nak rehat pun masa tu dah mula rasa tak selesa. Kontraksi makin menjadi-jadi. Dalam pukul 3 pagi, aku memang dah tak boleh tahan sakit tu. Pening doktor tengok aku ke hulu ke hilir, terus dia check lagi bukaan. 

4cm.

Terus dia suruh standby Bilik Bersalin. Dalam 30 minit juga la baru ditolak ke Bilik Bersalin. Suasana memang tenang la. Tapi perut rasa bergelodak kot. Dalam pukul 5 pagi dah mula shivering, peluh jantan betina dah mula keluar, bibir pucat, muka pun dah tukar warna. Tapi air ketuban belum pecah lagi.

Serius rasa nak teran. 

Aku siap gegar-gegar pagar katil tu kot-kot ada staff yang meninjau keadaan aku. Bila ada yang meninjau, aku cakap la aku dah tak tahan. Dia tanya 'air ketuban dah pecah ke belum?'

Jawabku 'belum' dan dia pun berlalu pergi.

First time aku dengar air ketuban pecah dan rasa kehangatan air tu mengalir membasahi tilam. Seriau dah maiiii... Aku gegar lagi pagar katil dan bila staff tinjau je aku bagitau air ketuban dah pecah. Tapi dia masih cool. Masa ni memang kau rasa nak lari laju-laju dan tumbuk muka dia. Hahahaha.

Dia datang kembali dan pakai sarung tangan getah sambil berkata 'saya nak check bukaan ye'.

Check la check la. Dah tak tahan sangat ni, kataku dalam hati.

Baru 6cm. Baru 6cm?

Awak dah ready nak push ke? Iya. Dah tak tahan. Tunggu sekejap (sambil prepare barang-barang dan panggil pasukan sorak).

Aku dah tak larat nak tunggu, terus push je. Dan hasilnya, koyakan yang teruk. Padan muka kat diri sendiri. Tapi Alhamdulillah, syukur baby selamat keluar dan sihat. Memang pertarungan tu makan masa dari yang sebelum ni tapi aku taknak la compare. :P

Baby dah keluar, baru suami sempat masuk. Terus ambil wudhu' dan iqamatkan baby.

Punya la masing-masing terkejut sebab kami expect baby boy, tapi yang keluar baby girl. Terus gelabah cari nama baby girl.

Dan kami namakannya Imanina MaisarahIman kamiKetenangan.


xoxo,
sheayang

Monday, June 10, 2019

Alhamdulillah, Selamat Semuanya.

Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Selamat Hari Raya Adilfitri, Maaf Zahir & Batin. 

Raya kan sebulan. Tak pernah lewat untuk sesuatu ucapan itu dilafazkan. Sempena bulan mulia ini, aku memohon maaf jika ada hati yang tersakiti dek kata-kataku dan perbuatanku. Manusia memang tak pernah lari dari kesilapan, dan kesilapan yang sama janganlah diulang kembali. Nanti jadi kisah si pengembala biri-biri dengan sang serigala pula.


Alhamdulillah, syukur juga ke hadrat Ilahi kerana memudahkan urusan bersalin pada 7 April 2019 yang lepas. Cerita ni aku share dalam next entry nanti, inshaAllah. Semoga diberi kerajinan yang melebih-lebih.

Alhamdulillah juga kerana aku mula bekerja semula hari ini selepas bercuti pantang & raya, 2-in-1 aku bedal. Syukur masih ada kerja weh. Hihihi.

Hari pertama mula bekerja hari ni agak huru-hara sikit. Maklumlah, dah bertambah lagi seorang ahli. Kakak Maryam patutnya cuti lagi hari ni, tapi disebabkan ibu dia terlebih excited nak pergi office, dia pun kena siap pergi sekolah.

Pergi sekolah hantar anak, sekolah tutuppppp... Padan muka aku!

Rasa macam duduk dalam gua pulak sebab tak tahu perkembangan semasa. Padahal, sebelum cuti, cikgu dah bagi surat dah, KPM pun dah announce. Haihhh...

Lepas hantar Kakak Maryam, Abang Mizwar & Adik Maisarah, shoot pergi kerja. Nak scan card, sekali access card tertinggal. Adududuuuuu....

Ibu rasa urat Ibu ni dah maksimum tahap putusnya. Mohon tak ada yang minta untuk putuskan lagi. Cukuplah engkorang 3 ketul adik beradik setakat ini, inshaAllah. Tapi kalau ada, siapa Ibu nak menolak rezeki Allah. Cuma bagi Ibu masa sikit la nak adapt dengan suasana baru ni. Kismis pun Ibu kena telan extra sikit.

Cukuplah mengarut takat ni hari ni. Sambung lagi entah bila pula.

xoxo,
sheayang

Tuesday, April 2, 2019

38 minggu : Semakin hampir


Bismillah. 

Assalamualaikum & Hai semua.

Ada yang rindu saya tak? Haaaa. Tak payah la nak rindu sangat. Saya ada je aktif di socmed yang lain. Susah nak maintain di blog sahaja.

Saja la selit link sikit.

Personal FB : She Ayang
Page FB : Blog Sheayang
Instagram : @sheayang_

Kejap je dah April, kan? Mac memang sepi di blog ni. Padahal, in real life, rasa macam tak cukup nafas nak uruskan segala hal. Terpaksa dan dipaksa untuk menjadi kuat walaupun mengendong kandungan yang kini dah hampir ke tarikh kelahiran. Seram? Hanya Allah je yang tahu.


Memang minta sangat untuk baby M tak keluar terlalu awal since banyak lagi kerja belum settle. InshaAllah minggu depan dah boleh start bercuti kalau tiada aral melintang. Jangan dibagi last minute task, sudah la ye. Memang nangis tepi bucu workstation ni nanti.

Rasa nak jalan pi toilet pun dah tak larat sekarang. Ye la, pundi kencing dah penuh, toilet pula 30 meter dari office. Jalan pun dah senget-senget tak serupa orang dah sebab tahan kencing punya pasal, kan. Hahaha. Terpaksa la gelakkan diri sendiri. Siapa suruh suka tahan-tahan nak buang air.

Update untuk hari ni, settle check up 38 minggu. Semalam, check up di Klinik Pakar O & G, Hospital Melaka. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Doktor benarkan untuk bersalin normal bila tiba masanya. Tapi kalau dah sampai due tak bersalin juga, maka kena induce la. Harap dijauhkan. Khabarnya sakit induce tu tidak tertahan.

Weh, contraction pun dah azab, inikan pula induce. Tak sanggup nak bayangkan.

Banyak lagi nak update tapi nak balik rumah dulu. Rindu dah dengan anak-anak. Eh, makin dekat waktu nak bersalin, rasa rindu tu lain macam tau. Awak pula jangan nak macam-macam.

Okbai.

xoxo,
sheayang

Monday, February 25, 2019

Giveaway PantangPlus.com Di Mialiana.com

Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Dah lama tak join Giveaway. Rasanya, giveaway ini agak sesuai untuk masa sekarang. Dalam keadaan semakin sarat ni, kita cuba saja la. Mana tau ada rezeki anak. Aaminnn.

PantangPlus.com – Pakej berpantang selepas bersalin

Baca kisah benar ini dulu, dari pengasas PantangPlus, Puan Zamzana Mohd Arifin:

Semasa berpantang anak pertama, ada seorang makcik tukang urut selepas bersalin ini, mengurut belakang saya dengan kaki dia. Tiba-tiba, dia tergelincir sebab berminyak. Dipendekkan cerita, tulang belakang saya hampir retak. Saya terpaksa buat ‘check-up’ dengan doktor pakar selama 6 bulan.


Kini, boleh ‘booking online

Antara sebab PantangPlus diwujudkan, saya tidak mahu orang lain merasai keperitan berpantang kerana salah pilih tukang urut wanita. Di PantangPlus, semua bidan atau tukang urut selepas bersalin kami disaring terlebih dahulu, terlatih, berpengalaman dan mempunyai sijil. Paling penting, semuanya orang tempatan.


Di PantangPlus juga, pakej berpantang kami lengkap, termasuk penjagaan ibu, penjagaan bayi dan makanan pantang. ‘Confinement lady’ akan menjaga dengan penuh kasih sayang. Boleh lihat senarai penuh servis di laman web kami.

Pelanggan dari luar negara

Atas kesedaran ramai ibu-ibu muda tentang kepentingan berpantang, tempahan bukan sahaja datang dari Malaysia. Malahan dari Singapura, United Kingdom, Australia dan UAE.

Pesanan kami, jaga badan elok-elok semasa berpantang selepas bersalin. Barulah badan sedap, hati tenang!


Giveaway ini dianjurkan oleh PantangPlus.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM300 untuk dimenangi. Sila klik banner untuk join.


xoxo,
sheayang

Saturday, February 16, 2019

Kantoi MGTT, kena buat BSP


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Alhamdulillah, dah masuk trimester ketiga kehamilan. Bagi yang tak tahu, ya, aku mengandung untuk kali ke-3. Rezeki dariNya. Syukur syukur.

Baca tajuk pun dah tahu, kan.

MGTT : Modified Glucose Tolerance Test
BSP : Blood Sugar Profile


Thursday, January 31, 2019

My Trial Month Will End Today

Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Salam Penghujung Januari korang. Dengan ini, aku mengisytiharkan yang tahun 2019 aku akan bermula esok. Hihihi.

Gambar sekadar hiasan
Credit : Perodua

Nervous weh rasa macam 1 Januari juga. InshaAllah aku akan buat sehabis baik untuk capai target-target yang dah disetkan. Planner pun baru dapat. Entah boleh penuh ke tidak ni entahlah. Berdoa je mampu.

Thursday, January 10, 2019

Hello 2019 and I Need To Write This

Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.


Ya ampun, we are already in 2019, day 10. Rasa macam 'eh, apsal sekejap sangat'. Gembira? That's not the point. Gembira, seronok, teruja, sedih, tak semangat, bukanlah penentu untuk kita tidak berganjak dari 2018. Let bygones be bygones kata tok moyang aku. The memories especially the good ones will always in our mind and hope we will be better this year.