HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Wednesday, July 3, 2019

Rutin Seorang #EczemaFighter

Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Sebelum proceed dengan entry ini, ada baiknya korang baca dulu pasal ekzema dewasa di SINI. Baru clear kepala otak tu.

Aku didiagnose secara rasmi sebagai pesakit ekzema semasa bawa anak kedua, Mizwar pergi check up dalam 3-4 bulan. Kebetulan, Mizwar pun ada beberapa kesan luka menggaru dan doktor bagitahu dia pun ada ekzema. Sedihnya hati masa tu Allah je tahu.

Dah la kita pun ada ekzema teruk kat tangan dan kaki, baby pun ada masalah yang sama. Lagi bertambah masalah kita ni pekerja di pejabat dan di rumah. Kat rumah tu pula banyaknya kerja melibatkan air macam basuh baju, basuh pinggan. Perittt wehhh...

Jadi, tak kan nak biarkan je cerita ekzema ni tiada kesudahan, kan? Aku pun ikhtiar la dari satu cara ke satu cara, satu produk ke satu produk. Aku senaraikan di bawah ni antara produk yang pernah digunakan.

Ada krim yang aku tak pernah pakai pun. Buat koleksi je.

Ubat Sapuan / Losyen / Mandian
1.  Elomet Oinment
2.  Elomet Cream
3.  Aqueous Cream
4.  Neosafe Cream
5.  Ecze Lotion & Body Wash
6.  Allano Hand & Body Lotion (Amway)
7.  Baby Balm Rashes (Ronella)
8.  NTBax EO Blend (Ronella)
9.  Sabun Beras
10. Herbal Blend Multipurpose Cream (Shaklee)
11. Cetaphil Restoraderm Body Wash
12. Minyak Zaitun
13. Epsom Salt
14. Gel Mandian Bidara Baroqah

Ubat Makan / Supplemen
1. Sustained Release Vita C Plus (Shaklee)
2. Al-Manna

Next entry aku akan beritahu keberkesanan setiap produk yang aku guna.

Aku ada follow beberapa support group yang banyak membantu mengurangkan ekzema dan doktor mengatakan yang ekzema ni ada kaitan dengan leaky guts. Sejauh mana kebenarannya, aku tak boleh nak pastikan. Tapi sebenarnya, ia berkait rapat juga dengan apa yang kita makan. Pantang makan tu sangat membantu. Bukan la nak suruh pantang kaw-kaw, cuma kalau korang prepare food diary sendiri tu pun dah bagus. Tak perlu nak pergi skin prick test semua tu, mahal kot!

Antara makanan yang aku kurangkan pengambilannya adalah:

1. Roti putih
2. Tepung Gandum
3. Telur
4. Minuman manis
5. Makanan laut
6. Kek & biskut

Dan pantang penting dalam menangani ekzema ni ialah JANGAN STRESS.

Tipu lah tak stress langsung tapi kawallah ia, inshaAllah ekzema anda tidak akan meletup-letup kemerahan.

Sambung nanti.

xoxo,
sheayang

38 comments:

  1. Bila tengok anak orang lain ada masalah kesihatan, rasa bersyukur sangat anak lahir sempurna. Barulah terfikir apalah sangat dengan masalah kenakalan anak-anak.

    Jangan putus asa berubat, ya.

    ReplyDelete
  2. Saya kongsikan tips yang saya buat...selain dari ubat2 ni...Cuba cari kawan2yg Ada mesin kangen....dia amalkan air Dr mesin kangen tu... alhamdulillah masalah ni dah Makin berkurang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air kangen ye. Memang ada kt rumah ni. Tapi kita tak minum sebab baby menyusu, takut efek kat susu pula. Kena buat research lagi la nampaknya ni. Hihihi.

      Delete
  3. tried so many cream.. fight eczema together.. go go go ganbatte..

    ReplyDelete
  4. Wah.. boleh diakatakan ada banyak cream yang dalam list tu TB pernah guna.. dan TB terpaksa stop sebab kadang-kadang dia dah tak berkesan untuk TB.. sedih rasa hati.. doktor kata cream tu pun dah x imun dengan kulit TB... lagi pun TB memang nak stop sebab cream tu ada steroid.. mungkin sebab tu bila TB stop keadaan kulit jadi makin teruk.. apa2 pun TB teringin nak try Allano cream Amway tu.. nak tahu macam mana kesan dia sis pakai.. ok x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Sebab tu doc cakap pakai 2 minggu je. Kalau tak okay, memang takleh buat apa la. Cari rawatan alternatif lain pula. Hari tu dah hampir pupus, ni dia datang balik. Memang tak boleh hilang la ekzema ni. Allano tu pakai kt office je. Buat pelembap tak bagi kulit kering. Biasa2 je efek dia.

      Delete
  5. saya pun kena ekzema n still berjaga-jaga. krim HCort tu mmg best friend la bila ekzema menyerang.

    Tapi saya juga ada usaha cara natural. smasa tu teruk muka saya, segan sangat nak keluar.tapi tpaksa juga sebab kena g kerja..saya hanya sapu dan makan VCO (virgin coconut oil). masa tu memang jadi mak minyak dan perfume saya adalah vco tu,hahahaha.. mandian pulak guna brand MooGoo. mahai mak oiii,tapi tahan lama n berkesan untuk kekalkan kelembapan kulit supaya x gatal.

    Alhamdulillah lepas 6 bulan rutin tu, sambil jaga makan, saya sembuh..tapi kdg2 tu ada gak gatal sikit2 kt tgn, just sapu hcort je la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita ni nasib je takde ekzema kt muka. Kalau ada pun boleh murung jadinya.Banyak belanja kan bila kena ekzema ni. Masa mula2 dulu rasa nak nangis, nasib la panel cover.

      Delete
  6. baru tahu stress antara punca eczema makin aktif! Kesian tengok baby kalau kena eczema sebab anak buah ada yang kena jugak. Kadang menangis bila tak tahan. Semoga akak cepat sembuh ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Kesian kan kat baby kalau kena. Kita yang besar ni kalau kena lagi la tak tahu camner nak cakap inikan pula baby. Bertabah aje la sambil usaha.

      Delete
  7. Uish. Banyak jgk ubat consume ni. Moga diberi kesembuhan dan kesihatan yg baik dkt puan dan anak2 ye. Teruskan sharing info pasal ni, abam pasti ramai yg cari info pasal penyakit ni. Kipidap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you. Memang banyak, belanja pun banyak. Tapi nak sembuh kena la ikhtiar kan. Ramai je yg kena ekzema ni, antara nak share dengan tak je.

      Delete
  8. Bertabahlah.. Haida pun dah kena ekzema ni. Susah jg ada mula nak menjaga. Sekarang kena jaga pemakanan lebih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekapal la kita. Betul, yang penting jaga pemakanan. Usia dah gini memang senang penyakit nak melekat.

      Delete
  9. anak kedua mek ada mild eczema juga. diagnose bila dia alergic pada buah pear. time tu baru perasan kenapa merah merah kat badan dia susah hilang. then KK suggest untuk sapu vizomet (bila perlu as ubat steroid).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baby kalau kecil lagi mudah sikit nak jaga tapi bila dah pandai menggaru tu, rasa kesian sangat. Tak sanggup rasa nak tengok. Semoga anak2 kita sentiasa dilindungi.

      Delete
  10. Moga terus kuat mengharungi dugaan eczema ni. Tengok sister in law pon struggle sgt ngn eczema ni lebih2 kalo musim panas..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Ada musim2 nya. kesian kat kaum hawa ni kalau kena, kerja rumah semua tertangguh melainkan ada yg bantu.

      Delete
  11. terima kasih ata sperkongsian ini..kebetulan dua anak saudara saya mmg mengalami masalah ni..nanti sy kongsikan bersama ibu mereka...mmg kena control makan kan..dan pada yg sama kena amik ubat agak dapat kurangkan rs sakit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, ubat sapu untuk anak kecil mungkin lain dan tak boleh pakai selalu sebab steroid kan. Yang penting memang kena jaga makan.

      Delete
  12. Kawan nur pun eczema fighter. Dia consume produk Dr. Hafiz tak silap nama dia Redoxamine. Mana tahu sis boleh cuba juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, follow juga Dr Hafiz tu tapi belum tergerak hati nak try produk dia. One day, inshaAllah. Hihihi.

      Delete
  13. Bukan sennag jadi seorang yang menghidapi ekzema ni kan. Banyak faktor kena titikberatkan rerutamanya kebersihan. Silap sikit memang meranalah kan. Saya pernah tengok anak kawan yang kena ekzema. Kesian tau tengok. Sampaikan makan pun kena jaga jaga mana boleh makan mana tak. Kebersihan memang kena jaga tip toplah kan. Semoga awak terus kuat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, budak2 kalau kena kesian betul tengok. InshaAllah akan terus kuat untuk sihat macam biasa. Hihihi.

      Delete
  14. Alahai..kesiannya. Anak buah kita pun 2 org ada eczema. Kalau time gatal tu, kdg sampai garu berdarah kesian tgk. Anyway, pernah try essential oil tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sampai erdarah memang kesian la. Sebab gatal sangat dan dan me nak menggaru. Adoi la... Essential oil guna yang Ronella punya baby balm n roll on NTBax dia.

      Delete
  15. Adik ipar saya pun camni jugak. Ada eczema dan paling perit kalau time melibatkan kerja ngan air la. Saya suruh dia makan Omega Guard sebagai anti-inflammation and saya suggest dia makan lebih drpd orang biasa makan. 6 biji sehari and memang berkesan kurangkan flares dia. Now dia dah suka Omega.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kalau yang perempuan nak cuci pinggan basuh baju memang azab la. Saya lama gak stop mencuci ni. kalau terpaksa buat pun kena pakai gloves.

      Lama dah tak makan Shaklee, boleh try la nanti inshaAllah.

      Delete
  16. Kita tak tahu perasaan orang yang ada sakit Eczema ini tapi bila kita tengok betapa mereka struggle untuk merawat kesakitan kita tahu orang macam ni sangat kuat dan memang penuh dengan ketabahan. Semoga Allah beri kesembuhan kepada semua Eczema Fighter luar sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, nak melawan bukan mudah sebab kita kan manusia biasa. Kadang2 jumpa benda yang teringin nak makan tapi tak boleh makan tu, Allahu, istighfar je mampu. InshaAllah akan terus kuat. Aamiinnn...

      Delete
  17. Member ada kena exzema. Kesian dia sampai sekarang tak baik lagi. Memang dia dari kecik kena. Katanya penyakit ni mmg susah nak baik.. :,(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dari kecil memang kesian la. Berapa banyak la dah berhabis untuk penyakit ni. Cakap kat dia jangan berhenti ikhtiar, inshaAllah ada penawarnya yang sesuai tu nanti.

      Delete
  18. Saya pun ada sakit kulit, dulu ingat ke eczema, rupanya psoriasis. Banyak jugak habis duit dkt ubat. Tapi alhamdulillah stakat ni boleh dikawal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa mula2 dulu pun ada member cakap saya psoriasis. Tapi bila doc diagnose, eczema rupanya. Rawatan dia lebih kurang je kan dan tentunya makan belanja. Bertabah la kita. Huhuhu

      Delete
  19. Banyak betul penjagaan seorang eczema ya. lia yang kulit sensitif yang alergi sometime banyak juga ubat sapu. tu pun kadang2 tak tahan dengan gatal tahan je nak garu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena tahan kadang2. kalau tak, memang nahas la kulit.
      menggaru memang sedap tapi lepas tu tengok la apa jadi.

      Delete