HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Tuesday, October 22, 2019

Happy 6th Monthsary, Baby!


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Just a quick update about my 3rd child. Dah menginjak usia ke 6 bulan pada 7 Oktober lepas. Dengan panjang 65 cm dan berat 9 kg, mengah juga Ibu nak bawa awak pergi Klinik Kesihatan untuk check up dan cucuk Hepatitis B (dos 3).

Alhamdulillah, membesar dengan cemerlang dan dikhuatiri obese oleh jururawat. Hampir-hampir nak dirujuk pada doktor hari tu. Memandangkan dia hanya minum susu badan, doktor beri tolak ansur dan minta datang pada bulan depan. Sepatutnya, bila dah sampai 6 bulan, appointment akan jadi 3 bulan sekali, tapi sebab nak pantau berat awak, kita jadi penghuni KK setiap bulan la nampaknya.

Apapun, Ibu dah boleh fikir menu-menu sedap dan sihat untuk awak.

Walaupun kekangan masa dan kudrat (malas), Ibu akan cuba rajin bulan depan demi perut awak. Hihihi.

Perkembangan lain, awak dah boleh berguling dengan konsisten walaupun had muatan tu lebih sikit. Dah mula angkat-angkat punggung tanda dah bersedia untuk merangkak. Masih lagi mengensot tapi dalam gear Reverse.

Masa jururawat tanya perkembangan awak hari tu, Ibu hampir clueless nak bagitahu sebab Ibu mengaku Ibu kurang beri perhatian pada perkembangan awak. Jururawat pula minta Ibu buat senaman pada awak untuk stimulate otot-otot kaki jadi lebih kuat jadi awak boleh merangkak dengan cepat. InshaAllah.

Sudah boleh memegang  objek dengan baik walaupun tangan tu kontot-kontot tembam. Masih lagi dengan tabiat menghisap jari yang mana Ibu can't stop you from doing it. Rasa kasihan pula. Tak apa, Ibu dulu pun hisap jari sampai Tingkatan 5. Alhamdulillah masih gorgeous! Hahahaha.

Okay, Ibu simpan cerita ni kat sini.


Till then.

xoxo,
sheayang

8 comments:

  1. ala ala bambamnya dia.
    anak-anak ammi masa baby takde sorang pun dpt badan camni yg ada ulas2 kat tangan. semua kurus kering je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Hihihi.
      Kurus kering pun tetap sayang juga.
      Janji anak2 sihat, cukup makan.
      Kejap je ketak2 ni, nanti dah besar susut juga macam kakaknya.

      Delete
  2. happy six month baby. btw hi mummy kita baru aktiv balik berblog. harap sudi berteman denga kita...salam kenal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you cik bunga. salam kenal.
      selamat kembali ke alam blogging. hihihi

      Delete
    2. Amboi gebu gebas die.. geram tgk.. suke tgk bby girl hopefully my next is girl.

      Delete
    3. inshaAllah, mudah-mudahan dapat baby girl lepas ni ye. ;)

      Delete
  3. Masyaa Allah comelnya .. semoga terus membesar dan sihat2 selalu naa.. Kak AJ following sini #155

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you. InshaAllah akan membesar dengan cemerlang.
      Thank you follow kak AJ. ;*

      Delete