HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING
Showing posts with label hamil. Show all posts
Showing posts with label hamil. Show all posts

Friday, November 11, 2016

Buasir Semasa Hamil


Bismillah.

Masa awal-awal usia kandungan dulu, aku sering diserang sembelit. Kalau pergi tandas tu kadang-kadang makan masa setengah jam duduk bertapa kat dalam. Punya la seksa. Tapi sembelit dengan aku tak dapat dipisahkan. Kalau tak mengandung pun memang aku ni jenis susah membuang. Hihihi.

Pernah masa zaman kolej dulu punya la risau sebab buang air besar dua kali je seminggu. Dapat pula roomate yang jenis makan buang makan buang. Perghhh. Senang betul hidup dia. Masa tu nekad pergi klinik. Doktor yillek, nurse je ada. Jadi, sebarang keraguan aku tanya je la tanya segan-silu masa tu. Dan jawapannya, normal tu dik.

Habis, bilanya tak normal? Kalau dalam 2 minggu kau membuang sekali je, tu tak normal dah. Setakat ni okay lagi kot.

Pulang la aku dengan hampa. Dan menghadap sakit sembelit ni bertahun lamanya.

Disebabkan aku alert dengan keadaan diri yang begini, masa dekat nak bersalinkan Maryam dulu, bila admitted je kat hospital, aku minta ubat untuk sembelit. Masa tu memang tak tau pun kewujudan ubat tu. Ada orang panggil ubat pelembut najis. Mana-mana je la.

Tiga hari tak berak, kau rasa aku boleh tahan ke? Mana nak tau sakit kontraksi dengan sakit nak berak? Nurse tetap taknak bagi bila aku minta ubat tu. Aku redho!

Tapi, kali ni kalau jadi juga, tak dapat la nak redho. Huhuhu.

Ni bukan nak cerita pasal sembelit. Tapi pasal buasir. Memang ada kena mengena sebab mereka ni ibarat saudara. Hari ni kau kena sembelit tak mustahil minggu depan buasir pula say Hello!

Buasir (piles)
Sejenis urat simpul (vena varikos) yang berlaku di bahagian dubur, dan ia boleh menyebabkan kesakitan. Terdapat beberapa salur darah lembut di dalam salur dubur. Salur dubur ialah tiub pendek yang menghubungkan rektum dengan dubur (anus). Ia membantu anda mengeluarkan najis dengan cara merembeskan mukus semasa anda membuang air besar. 


Salur darah di dalam salur dubur ini boleh membengkak dan terkeluar semasa atau selepas anda membuang air besar. Anda mungkin boleh merasanya sebagai benjolan kecil dan lembut di dalam atau di sekeliling dubur anda. 

Simptom-simptom buasir
1. Darah merah terang selepas anda membuang air.
2. Gatal di sekeliling dubur.

Mengapakah wanita hamil mengalami buasir?
Semasa anda hamil, jumlah darah dalam badan anda bertambah. Pada masa yang sama, tahap hormon progesteron yang tinggi mengendurkan dinding salur-salur darah. 

Salur-salur darah di bawah uterus (rahim) anda pula lebih berkemungkinan untuk membengkak dan meregang akibat tekanan yang diterima daripada berat bayi anda yang sedang membesar. Inilah sebabnya mengapa anda lebih berkemungkinan mengalami buasir dan urat simpul apabila anda hamil. Sembelit, satu lagi masalah berkaitan kehamilan, juga boleh menyebabkan buasir. 

Anda juga mungkin mendapat buasir apabila bersalin, iaitu semasa anda meneran untuk mengeluarkan bayi. Dianggarkan seorang dalam lima orang ibu mendapat buasir sehari selepas melahirkan. Biasanya buasir akan surut beberapa minggu selepas anda bersalin. 

Buasir adalah perkara biasa semasa hamil. Jika anda pernah mengalaminya sebelum hamil, anda mungkin akan mengalaminya lagi. Ramai juga wanita yang mendapat buasir untuk kali pertama semas mereka hamil. Dianggarkan kira-kira seorang daripada 10 wanita mendapat buasir dalam trimester ketiga. 

Walaupun buasir adalah penyebab biasa pendarahan, apa sahaja pendarahan yang berlaku di bahagian dubur perlu diperiksa oleh doktor. 

Tip-tip mengelakkan buasir
1. Makan makanan yang berserat tinggi termasuk roti dan pasta bijirin penuh, nasi beras perang dan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
2. Minum di antara enam dan lapan gelas air sehari supaya anda tidak ternyahhidrat.
3. Cuba bersenam dengan kerap walaupun anda hanya mempunyai masa dan tenaga yang cukup sekadar untuk berjalan.
4. Pergi ke tandas sebaik sahaja anda terasa hendak membuang air. Jika anda tunggu, najis anda akan jadi keras dan kering.
5. Cuba naikkan kaki ke atas bangku semasa anda membuang air besar. Ini boleh membantu meluaskan ruang untuk najis keluar.
6. Jika anda masih sembelit selepas mencuba tip-tip di atas, anda boleh minta pakar obstetrik anda untuk mempriskripsikan julap yang selamat diambil semasa hamil. 

Membuat senaman lantai pelvis setiap hari boleh membantu mengelakkan buasir daripada berlaku. Senaman ini meningkatkan peredaran darah di sekitar kawasan dubur dan menguatkan otot-otot dalam faraj dan perineum (bahagian di antara faraj dan dubur). Senaman tersebut juga boleh membantu semasa proses bersalin dan mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin. 

Bagaimanakah saya boleh merawat buasir?
1. Mandi air panas untuk mengurangkan kegatalan dan sakit. Elakkan dari menggaru tempat yang gatal kerana ini hanya akan membuatkannya lebih teruk.
2. Gunakan tekanan sejuk seperti pek ais untuk melegakan kesakitan di sekitar dubur dan mengurangkan bengkak.
3. Bersihkan tempat yang terjejas dengan lembut dan menyeluruh selepas anda membuang air besar. Selepas mencuci, lap dengan tuala lembut atau tisu tandas yang lembut untuk mengeringkannya. Gunakan tisu tandas putih yang tidak mempunyai bau.
4. Cuba tolak masuk buasir yang terkeluar itu secara perlahan-lahan menggunakan jari yang bersih apabila anda mandi.

Anda juga boleh minta doktor anda mempriskripsikan ubat sapu yang lembut atau ubat jenis supositori (yang perlu dimasukkan ke dalam dubur) untuk melegakan kesakitan. Terdapat banyak produk di pasaran untuk merawat buasir, tetapi periksa dahulu jika ianya selamat diguna semasa hamil. 

Kes-kes yang teruk boleh dirawat dengan
1. Mengikat dasar buasir itu dengan sejenis gelang getah. Ini akan menghalang darah daripada sampai ke bahagian itu dan membuatnya mengecut.
2. Suntikan dengan bahan kimia yang menyebabkan buasir itu kecut dan jatuh.
3. Cahaya inframerah.

Dalam kebanyakan kes, buasir akan kecut atau hilang dengan sendiri apabila badan anda sembuh selepas melahirkan bayi. 

Kredit : BabyCenter

Seperti ibu-ibu lain, aku harap kehamilan kali ini akan dipermudahkan. Setakat ini, Alhamdulillah, lepas ambil Ostematrix, sistem pencernaan aku bekerja dengan baik.

Cuba Ostematrix dan rasai perubahannya.
Sumber : captvitamin.com
Aku berani cakap sebab aku dah cuba. Kalau tak, memang zip mulut ketat-ketat la. Hihihi. Lambakan produk kat luar sana yang boleh korang pilih sebenarnya. Tepuk dada, tanya poket. :p

Di samping itu, ikhtiar juga dengan cara berdoa. Gittew. Meh akak ajar meh!


Okay, sekian. :)

XOXO,
sheayang

Wednesday, July 23, 2014

#90 : Beg Hospital


Bismillah.

Kalau gua tiba-tiba beranak, mesti suami gua orang yang paling bengang sekali. Sebab apa?

Sebab Beg Hospital tak siap lagi. Ahahaha...

Jadi dengan itu, gua nak siapkan list ni. Bagi suami gua boleh tarik nafas lega sikit. Kang dua-dua kena tahan kat hospital, camner plak gayanye, kan?

Sumber : Pinterest

Beg Hospital Ibu
  • Buku Rawatan Merah
  • Kad Pengenalan
  • Guarantee Letter 
  • Telefon Bimbit
  • Baju / T-Shirt
  • Kain Batik 
  • Tudung / Skaf
  • Stoking
  • Baju Dalam / Seluar Dalam
  • Tuala Muka / Mandi
  • Peralatan Mandi
  • Bedak
  • Sikat
  • Maternity Pad 
  • Pad Biasa
  • Breast Pad
  • Baju Sejuk
  • Selipar
  • Beg Plastik Baju Kotor 
  • Minyak Angin / Urut 
  • Beg Pakaian 
  • Getah Rambut 
  • Disposable Panties (1set)

Bakul Hospital Ibu
  • Air Selusuh
  • Air Zam-Zam
  • Makanan / Minuman : ( Biskut/Roti/Milo 3in1)
  • Termos Panas
  • Majalah / Buku / Al-Quran
  • Tisu

Beg Hospital Baby 
  • Pampers New Born
  • Baju Siang / Malam (Panjang)
  • Seluar Siang / Malam (Panjang)
  • Mitten & Booties
  • Bedung
  • Barut
  • Topi 
  • Selimut
  • Tuala Mandi / Muka 
  • Baby Wipes, Baby Bath, Baby Shampoo, Baby Powder, Baby Lotion, Baby Oil 
  • Minyak Telon
  • Diaper Beg
  • Napkin 

Sumber : Pinterest

Get ready. Lagi berapa hari lagi ni. Huhuhu...

Till then.

XOXO,
sheAYANG

Saturday, July 12, 2014

#87 : Checklist Barang Keperluan Ibu dan Bayi (Part 2)


Bismillah.

Bila barang keperluan bayi dah kira settle, baru la hati lega sikit. Sikit je la. 

Habis tu barang kita para ibu ni camner plak kan? Takkan si bapak nak buat derkkkk je!

Mari tengok barang apa yang tak ready lagi.


Barangan Asas Untuk Ibu & Keperluan Berpantang
  • Set Selepas Bersalin : Jenama NR, Shaklee
  • Bengkung
  • Tungku
  • Baju Sejuk  
  • Tuam / Tungku Baby : Untuk baby kalau kembung perut (X)
  • Selipar
  • Kain Batik
  • Maternity Pad : Jenama Pureen
  • Nursing Bra
  • Breast Pad
  • Stoking
  • Minyak Urut
  • Tuala Mandi
  • Air Zam-Zam / Selusuh

Perghhh... Nasib baik sikit je list barang untuk ibu. Hehehehe.

Alhamdulillah, almost done nampaknya tu.

Apapun kena double triple quadruple check balik mana la tau kot-kot ada yang tercicir. Ahakz.

Till then.

XOXO,
sheAYANG

#86 : Checklist Barang Keperluan Ibu dan Bayi (Part 1)

Bismillah.

Sedar tak sedar dalam 8 bulan gua kendong benih dari suami yang semakin membesar dalam rahim ni. Hahahah...

Persediaan nak sambut 'dia' keluar tu ala kadar je nampaknya. Memandangkan gua ada dua orang kakak yang dah berpengalaman, jadi, banyak la harta pusaka yang akan sampai ke tangan gua.

Tapi, sebagai yang pertama bagi gua, gua mesti nak yang terbaik dalam masa yang sama dapat mengekalkan kesederhanaan.

Sumber : MamaPeduli


Keperluan Baby ( Pakaian )

  • Bakul Pakaian Bayi (X)
  • Baju Lengan Panjang @ Baju Malam
  • Baju Lengan Pendek @ Baju Harian
  • Seluar Panjang
  • Seluar Pendek
  • Baju Jalan-Jalan
  • Rompers & Jumpsuit
  • Mittens & Booties
  • Bonnet @ Topi
  • Baby Bib (X)
  • Barut
  • Bedung
  • Sapu Tangan – 100% cotton supaya kulit baby tak melecet

Diapering

  • Napkin
  • Baby Pin (X)
  • Diapers @ Lampin Pakai Buang
  • Wet Tissue
  • Changing Mat (X)
  • Nappy Liners 
  • Baldi Dan Bakul Untuk Lampin / Baju Kotor
  • Detergent Khas Pencuci Baju
  • Botol Sembur Air (X)

Baby Care & Grooming

  • Bakul Barang Mandian
  • Baby Bath
  • Baby Shampoo
  • Baby Powder
  • Baby Lotion
  • Baby Oil
  • Tab Mandian Bayi
  • Tuala Mandi
  • Tuala Muka
  • Bakul Barangan Grooming & Health Care (X) 
  • Minyak Telon
  • Nappy Rush Cream : Jenama Bepathen dan Melamine. Jenama Bepathen boleh juga guna sebagai nipple cream. (X)
  • Vicks (X)
  • Methylated Spirit - Alcohol 70% : cuci pusat sebelum tertanggal. Kebiasaannya yang ini dibekalkan oleh hospital. (X)
  • Gripe Water / Colic Water : Untuk kembung perut bayi (X)
  • Gunting Kecil (X)
  • Pemotong Kuku (X)
  • Nasal Aspirator - Yang ini untuk baby ketika baby kena selsema. (X)
  • Thermometer (X)
  • Sikat / Berus Rambut (X)
  • Toothbrush (X)
  • Cotton Bud : Cotton bud untuk baby dan yang biasa kita guna adalah berbeza
  • Cotton Ball (X)

Barangan Breastfeeding

  • Botol Susu
  • Puting
  • Berus Pembersih Botol (X)
  • Penyepit Botol (X)
  • Sterilising Tablet (X)
  • Cecair Pencuci Botol : Jenama Pureen (X)
  • Breast Pump Set
  • Cooler Bag Set : Storage Bottle & Ice Gel (X)
  • Warmer : Tempat menyimpan botol susu yang dah bancuh (X)
  • Bottle Sterilizer (X)
  • Storage Bottle (X)
  • Nursing Cover (X)
  • Nursing Bra 
  • Nursing Pad Washable
  • Nursing Pad Disposal
  • Thermos
  • Nipple Cream (X)

Nursering - Keperluan Tidur Baby

  • Set Tilam
  • Comforter
  • Kelambu @ Mosquito Net (X)
  • Baby Cot @ Play Pen

Kelengkapan Lain & Travel

  • Stroller (X)
  • Car Seat (X)
  • Baby Carrier (X)
  • Diapers Bag (X)
  • Mainan untuk Play Pen (X)
  • Bouncer(X)
  • Beg Baby (X)


Sumber : Blog Rabia Sensei

Ini baru barang baby, belum lagi barang ibunya. Bila dah list-kan macam ni, baru boleh nampak barang apa yang ada dan tak ada.

Sekali ko, terkejut beruk tengok banyak pangkah-pangkah tu. Ada je barang dalam senarai yang aku rasa tak perlu lagi beli buat masa sekarang. Pelan-pelan kayuh der!

Ada masa lagi tak ni? Ada duit lagi tak ni? Ahakz...

Till then.

XOXO,
sheAYANG

Friday, July 11, 2014

#85 : Set Berpantang pilihan-ku

Bismillah.

Ada beberapa minggu lagi sebelum melahirkan, inshaAllah.

Persiapan aku kira 60% sudah rapi.

Minggu lepas, set bersalin dah sampai. Order online melalui Kak Engku Bidan Bersalin. Aku percaya ramai dah customer dia ni. Servis pantas dan kesanggupan dia melayan karenah orang nak beranak ni. Huhuhu...

Aku pilih Set Berpantang Nona Roguy. Salah satu sebab adalah harga yang ditawarkan memang murah berbanding kat luar. Aku survey kat luar, untuk set yang sama, tak dapat bawah RM300.

Sebab lain, aku tengok testimoni orang lain agak memberangsangkan. Aku tau badan kita tak sama, tapi kalau orang lain kata bagus, apa salah kita cuba kan?

Parcel dah tiba.

Buku Panduan disediakan





Mintak ampun gambar banyak tunggang terbalik tak sempat nak rotate. Huhuhu...

Aku ambil set paling asas. Eh, memang ni je pun set yang ada. Tungku dan bengkung kena beli asing ye. Tapi kalau beli kat Kak Engku, ada juga pakej lain yang siap dengan tungku dan barut. Tengok pada bajet poket masing-masing ye.

Nasib lah aku ada dua orang kakak yang dah pernah bersalin. Sedikit sebanyak agak membantu juga dalam membuat pilihan. Benda macam ni kena banyak tanya sebab kita takde pengalaman. Bak kata orang tua, 'Malu bertanya, kok bentan nanti'. Ahakz.

Okay, aku tipu.

Dah dah, nanti kalau aku dah guna set ni, akan aku update plak kesannya okay.

Harap sabar menanti.

XOXO,
sheAYANG

#84 : (Review Buku) Yasin Ibu Hamil

Bismillah.

Hai, maaf saya buang tebiat malam ni. Rasa nak sharing pasal buku plak dah.

Percaya semua yang beragama Islam ada simpan buku Yasin kat rumah, kan? Tapi buku Yasin saya punya ni lain sikit.

Yasin Ibu Hamil

RM 7.00

Isi Kandungan

Isi Kandungan



Berbaloi dengan harga, saya sangat recommend-kan buku ini buat ibu hamil. Yang tak hamil pun boleh je baca. Boleh bawa ke mana saja. Walaupun ketika bateri handphone sedang nazak.

Sekian.

XOXO,
sheAYANG

Monday, July 7, 2014

#83 : Ramadhan Ya Ramadhan

Bismillah.

Eh eh. Dah seminggu dah Ramadhan baru nak update ye. Ahakz. 

Busy tu tak la, tapi dok layan perasaan, layan anak dalam perut, layan benda-benda yang tak penting, tup-tup masa berlalu camtu je. Haishhh... Rugi plak rasa.


Puasa?

Macam biasa. Tapi agak mencabar. Bukan AGAK. Tapi memang TERAMAT mencabar.

Biasa-lah, bila kau mengandung, ketahanan nak menangkis lapar dan dahaga tu agak tipis. Bukan sebab pentingkan diri sendiri. Sebab kau risaukan kandungan kau tu. Jadi, dengan alasan itu, kau diharuskan berbuka.

Tapi aku masih belum jelas bab mengqada'kan puasa nanti. Bagi aku selamat bersalin dulu, baru aku check dengan Majlis Agama ke Ustaz Ustazah ke mana-mana ke. Kalau nak harap sumber internet ni kadang-kadang merapu juga.

Eh, ter-over plak. Bagi yang dah baligh tu, niatkanlah dalam hati untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik dari sebelum ini. Entah kita ni ada lagi pada Ramadhan akan datang entah tak. Beribadatlah semoleknya.

Okay-lah. Chow dulu.!

Jangan ponteng puasa okay!

Salam Ramadhan,
sheAYANG

Thursday, June 26, 2014

#81 : Senaman untuk bakal ibu

Bismillah.

Mak pernah pesan masa mengandung jangan malas, jangan asyik tidur je, jangan itu dan jangan ini. Mak pesan juga, buat aktiviti ringan, bersenam ke kemas rumah ke, jangan duduk saja tengok tv. Kalau malas, memang susah la nak beranak nanti. Oppsss...

Jangan guna alasan 'mengandung' untuk abaikan kerja rumahtangga.

Bagi yang pernah ada sejarah keguguran, lebih baik rujuk doktor dulu tentang senaman apa yang selayaknya anda lakukan. :)

Bagi yang mengandung kali pertama, just like me, tunggu la kandungan tu kuat dulu. Rasanya, bila dah 4 bulan, dah boleh buat eksesais ringan-ringan dah. 

Meh la kita share.

Sumber : Pinterest

  1. Senaman lantai pelvik
Menurut apa yang aku baca di mana-mana buku atau laman sesawang, senaman lantai pelvik ni amat digalakkan dan paling selamat dilakukan semasa mengandung. Senaman ini membantu menguatkan otot-otot pelvik. Caranya dengan membuat kemutan. Tahan seperti menahan kencing dan bernafas seperti biasa. Lakukan dalam kiraan enam saat kemudian rehat dan ulang semula.

  1. Bertinggung (Squat)
Bertinggung seakan mencangkung, tetapi ia ditahan oleh jari kaki. Semasa bertinggung, kaki berada dalam keadaan bertinjit. Letakkan kedua-dua tangan di atas kedua-dua belah lutut dan tahan selama yang mampu. Lakukan senaman ini sekerap yang anda mahu. Senaman ini boleh meredakan ketegangan punggung serta membantu meregangkan kaki.

  1. Berenang
Antara senaman yang paling digalakkan kepada ibu hamil adalah berenang. Ia boleh memberikan keadaan terapung atau dalam keadaan tanpa beban. Kawalan pernafasan semasa berenang dapat membantu proses bersalin nanti kerana nafas yang panjang bakal diperlukan semasa meneran. Selain itu, berenang dapat menguatkan otot-otot semasa berada di dalam air.

  1. Berjalan kaki
Aktiviti berjalan boleh mengeluarkan peluh dan menggerakkan otot-otot yang bakal digunakan semasa bersalin. Mulakan berjalan kaki secara perlahan dengan jarak yang pendek. Amalkan sebanyak tiga kali dalam seminggu. Kemudian boleh ditambah kelajuan berjalan dan jumlah jarak.

  1. Menaiki tangga
Senaman ini mungkin kurang diminati oleh ibu hamil tetapi faedahnya sangat baik untuk mereka. Bagaimanapun, senaman ini tidak sesuai dilakukan pada awal kehamilan kerana bimbang rahim ibu masih belum kuat untuk menghadapi tekanan semasa menaiki tangga. Menaiki tangga banyak melibatkan otot paha dan pelvik. Menaiki tangga dengan kerap tetapi tidak laju dipercayai dapat mempercepatkan bukaan perineum dan memudahkan proses bersalin.

  1. Kerja rumah
Melakukan kerja-kerja ringan di rumah turut menjadi salah satu aktiviti senaman. Bagaimanapun elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh menyebabkan kecederaan kepada ibu dan janin dalam kandungan.

Jangan lupa minum banyak air. Selamat bersenam!

Sumber : BabyCenter

XOXO,
sheAYANG

Wednesday, June 25, 2014

#80 : How's my baby look like at this stage?

Bismillah.

Syukur Alhamdulillah I'm in my 34 weeks of pregnancy. InshaAllah 6 weeks more to go. Stay strong baby stay strong!

Eksaitednya perasaan cuma Allah je yang tahu especially bila rasa dia bergerak-gerak kat dalam. As a mother-to-be, kau dah start ada instinct why your baby is moving. Maybe sebab dia lapar atau tengah main-main, tengah mengeliat ke tengah menari ke. Ahakz. Pukul berapa dia aktif pun kau dah boleh agak sebab tu rutin yang terjadi sepanjang perjalanan dia dalam perut kau. Excited, huh?

Ya, bila aku rindu, aku start buka BabyCenter, tengok video dan senyum sorang-sorang. But it's gonna ends soon.


Tak kisah la bila akan berakhir. Cuma for preggy mommies out there, enjoy your pregnancy while it lasts! 

Till then.

XOXO,
sheAYANG

#79 : Cara Meneran Ketika Bersalin

                                               Ø¨ِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ

To be honest, memang seram bila fikir-fikir balik yang gua cuma ada beberapa minggu lagi sebelum sesi bersalin. Mengandung adalah pengalaman paling manis dalam hidup seorang wanita. I bet semua pun setuju. Lainlah kalau kau mengandung dengan cara yang salah, memang tak indah la. Wallahua'lam.

Jadi, sebelum gua berhadapan dengan situasi berkenaan, ada baiknya gua buat research sikit tentang cara-cara nak mengeluarkan bayi dari rahim.

Sebelum ni, ada juga member yang 'tag' gua kat FB pasal cara meneran ni. Tapi gua belum berani lagi nak baca. 

Jadi, sekarang gua rasa lebih afdal untuk gua tau.Mana la tau tiba-tiba baby nak keluar awal ke. Tak kelam kabut nak meneran time tu. Uhukz.

Waktu Mula Meneran
Sebaiknya dilakukan setelah pembukaan lengkap berlaku (10cm) iaitu ketika kepala janin sudah pun turun ke dasar pinggul. Ia ditandakan dengan anus (dubur) mula terbuka sewaktu kontraksi.

Posisi Meneran Yang Tepat
Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka. Kedua tangan memeluk paha dengan cara melingkarkannya ke bawah paha. Meneran juga dapat dilakukan dengan berbaring mengiring sama ada sebelah kiri ataupun kanan.

Cara Meneran
Sebaiknya dilakukan apabila kontraksi sampai ke puncaknya. Waktu ini doktor akan meminta anda untuk menarik nafas panjang iaitu menahannya dengan mulut tertutup kemudian meneran ke arah bawah dengan memastikan punggung tetap berada di atas tempat tidur (katil). Ketika meneran dagu diletakkan di dada supaya anda dapat melihat perut anda.

Bagaimanapun ramai juga ibu hamil yang melakukan kesilapan ketika meneran. Ada yang meneran sebelum proses pembukaan sempurna. Ia akan menyebabkan berlakunya Edema (pembengkakan di mulut rahim) yang seterusnya akan menyukarkan proses bersalin selanjutnya.

Di samping itu ada juga ibu hamil yang silap meneran dengan meneran ‘di leher’ dan bukannya di perut. Mata akan nampak merah setelah bersalin dan kadang-kadang disertai dengan kebutaan sementara kerana pembuluh darah kecil di mata pecah akibat teranan di bahagian leher.

Teknik Meneran
1. Angkat kepala, dagu cecah dada
2. Mata pandang perut
3. Tangan pegang (bahagian kaki yang berhampiran buku lali)
4. Masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan lemah
5. Masa teran tu jangan sesekali angkat punggung kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina
6. Tarik nafas sedalam yg boleh & teran macam nak buang air besar tanpa menghembus nafas anda
7. Teran sekuat yang terdaya selama boleh & curi nafas ketika kontraksi berkurangan, sambung teran tiap kontraksi
8. Semasa kontraksi sahaja 'push' sebab masa itu bayi pun akan gerak sama
9. Mengucap, baca Bismilah dan Selawat dan Doa Nabi Yunus. InshAllah, akan permudahkan....


Buat para suami, silalah berada di sisi isteri anda pada saat ini. Kalau doktor tak benarkan masuk tu lain cerita la. Kena la isteri berjuang seorang diri. Kalau ada suami at least boleh bagi semangat.

Kena juga bagi suami baca tips ni. Mana tau nanti kita terlupa, dia boleh tolong ingatkan.

Terketar gua nak taip sebab tengah membayangkan diri sendiri yang tengah berjuang. Huhuhu...

Till then.

XOXO,
sheAYANG

Friday, June 20, 2014

#77 : Cara menjaga diri ketika hamil

Bismillah.

Gua terpaksa memperbanyakkan artikel pasal hamil ni sebab taknak bagi diri sendiri lupa. Ilmu kalau jarang dipraktikkan akan terbang entah ke mana. Kalau catit kat mana-mana pun payah nak rujuk balik. Jadi, medium paling senang adalah blog.

Eh, blog gua, gua punya suka la nak cerita apa kan?

Walaupun sekadar artikel kopipes. Huk3.

Gua dah tak ingat mana gua copy artikel ni, tapi yang pasti samada MSN ataupun Yahoo!. Yang pasti, artikel ini gua usaha keras untuk translate dari English ke Bahasa Malaysia. Tanpa bantuan Google Translate pastinya.

Kalau guna GT, alamatnya melingkup kelam-kabut la isi-isi yang berilmiah ini.

Tanpa melengahkan masa lagi, meh tengok sikit apa yang ibu mengandung patut buat.



1. Bengkak kaki
Orang tua-tua kata ini normal walaupun kadang-kadang gua sendiri ngeri tengok kaki sendiri yang dulunya tulang, kini membengkak menjadi daging. Ada orang cakap sebab badan badan kita retain banyak air, sebab tu jadinya bengkak-bengkak tu. Untuk elakkan rasa sengal-sengal kat kaki tu, buatlah eksesais sikit dengan cara memutarkan pergelangan kaki secara membulat sebanyak lapan kali (lebih pun boleh). Lakukan dua jam sekali atau bila rasa tak selesa. Elakkan juga berdiri terlalu lama dan jangan memakai kasut yang ketat, tertutup dan bertumit tinggi untuk tempoh yang panjang.



2. Eksesais lantai pelvik
Belum pernah lagi gua praktis buat eksesais ini. Dikenali juga dengan nama Kegel Exercise. Senaman ni masa atas katil pun boleh buat. Sebelum dan selepas bangun dari tidur. Sekurang-kurangnya dapat kurangkan rasa perit sakit sengal-sengal otot, ye dak? Meh tengok sini cara-cara nak buat senaman lantai pelvik.



3. Tabahlah berdepan dengan masalah akne
Ada orang bernasib baik, ada orang nasib kurang baik. Macam gua, nasib agak baik sebab sepanjang gua mengandung, jerawat kurang melekat kat  muka. Kalau waktu normal, sebulan sekali mesti ada punya. Itu gua. Ada juga orang yang masa mengandung, menjadi-jadi jerawat tumbuh dan akne melekat tak mau hilang. Jangan risau kerana ini berpunca dari perubahan hormon. Lepas beranak nanti, inshaAllah lenyaplah. Dalam jangka masa kritikal tu, basuhlah muka macam biasa. Tanya ahli farmasi atau rujuk dengan doktor tentang produk apa yang sesuai untuk digunakan sepanjang waktu hamil.



4. Kulit kering dan gatal-gatal
Bila hamil ni, kita akan lebih peka terhadap banyak benda terutama perubahan pada diri. Bila rasa kulit semakin mengering, minum banyak air kosong adalah sangat perlu. Kalau rasa kulit tu bersisik, sapulah pelembap atau losyen yang boleh buatkan anda rasa selesa. Bagi untuk masalah ekzema atau gatal-gatal, rujuk pada doktor untuk guna ubat apa. Sebab kalau pandai-pandai ambil ubat sendiri, akan ada efek tak bagus pada kandungan.



5. Kenaikan berat badan
Alhamdulillah, belum ada nurse yang tegur pasal berat gua sepanjang check-up. Maknanya, normal la tu. Bab pemakanan ni, lain orang lain ragam dan cara. Bagi aku, biar makan sikit, tapi galak kali. Makan jangan sampai terlampau kenyang kononnya 'eating for two'! Semua tu haprak. Boleh buat perut rasa tak selesa lepas tu, confirmed! Makan makanan yang berkhasiat. Kalau nak kunyah-kunyah, minta suami belikan kekacang, kurma ke kismis ke. Anda sihat, kandungan pun sihat, inshaAllah.



6. Postur yang baik
Gua ada masalah nak jaga postur. Bila duduk terlampau lama, tulang pinggul ni rasa ngilu je. Bila berdiri lama plak, pasti tulang belakang rasa perit. Serba serbi tak kena! Jadi, yang ni, pandai-pandai la settle sendiri. Ada dua pilihan, nak anak keluar jalan bongkok ke jalan catwalk ala model. Ahakz.



7. Rileks
Sejujurnya, stress akan menjejaskan sistem imun badan dan menjadikan kita tak sihat. Elakkan stress sepanjang tempoh hamil. Kalau anda bekerja dan ada orang yang membuatkan anda stress, jauhi orang berkenaan. Kalau Facebook ke Twitter ke yang buat anda stress, deactivate dulu. Buat perkara yang anda suka setiap hari. Orang keliling akan faham tentang isu 'pembawakan' ni. Jangan risau.

Sit back, relax and enjoy your pregnancy while it lasts. :)

XOXO,
sheAYANG

Thursday, June 5, 2014

#73 : HemoGlobin punya hal


Tetiba cerita pasal hemoglobin ni dah kenapa? Ahakz.

Bagi la chance gua nak jadi doktor tak bertauliah. Haishh, bila fikir balik, jangankan doktor, nurse pun belum tentu layak. Kesihatan diri sendiri pun kadang-kadang terabai, camner nak jaga orang lain. Uhukz...

Bagi yang tak tahu termasuk gua, Hemoglobin kalau dalam medical term dipendekkan menjadi Hb. Jadi, kalau tak tau, tanya. Punya la mati-mati gua ingat Hb tu High blood pressure (baca:tekanan darah tinggi). Salah sendiri sebab malas nak google dan malas baca buku pink.

Hemoglobin ni berbeza mengikut usia dan jantina seseorang tu. Jadi untuk wanita dewasa macam gua ni, aras normal Hb kena la pada tahap 12-16gm/dl. Wanita hamil plak 11-12gm/dl. Sila rujuk sini untuk maklumat lanjut.


Tak kisah la siapa kita, apa jantina kita, umur kita, tahap kesihatan harus diperiksa selalu. Takut nanti badan je nampak sihat, dalaman hancusss...

Haishhh... Betapa gua kecewa bila pergi check up semalam. Sebelum ni Hb okay sajo. Bila dah masuk 7 bulan pregnant ni, tiba-tiba turun pergi 10.4gm/dl. Dah tu, kena sound dengan nurse lagi. Pedih hati gua babe! Nurse plak lagi muda dari gua. Ahakz. Nasib badan oiii...

Dah la Hb rendah, kena ambil darah sampai 3 kali plak. Apa kejadahnya? Confused gua.

Punca? Masih gua tak pasti. Mungkin sebab gua demam seminggu hari tu. Ataupun gua ada skip makan ubat? *memang ada la jawapannya*

Kesian kat fetus dalam rahim gua. Terseksa gamaknya nak paksa tuan badan makan  ubat. Huk3...

Jadi, dengan ini, demi untuk tidak membahayakan fetus gua, gua akan sedaya upaya makan ubat on time, in order, inshaAllah.

Meh la gua share sikit apa yang nurse cakap untuk naikkan bacaan Hb gua.


  • Ubat coklat rasa besi masa awal pregnant-1 biji, 5 bulan-2 biji, sampai 7 bulan, dia suruh ambil 4 biji, 2 biji siang, 2 biji malam. Sobsss...
  • Makan ubat 2 jam sebelum sarapan. Jangan ambil dengan minuman bersusu/berkafein.
  • Banyakkan makan kerang, kalau boleh 3 kali seminggu. 1 cawan hidangan (isi bukan kulit)
  • Makan daging, saiz tapak tangan sendiri, tebal pun ikut jari sendiri (ni siap demo, takut gua tak paham kot. uhukz)
  • Makan ikan yang ada isi hitam seperti cencaru (gua pun tak tau ikan apa lagi yang isi dia hitam)
  • Makan banyak sayur hijau
  • Makan banyak buah-buahan. Yang disyorkan : jambu batu, tembikai

Okay. Sekian saja untuk masa ini. Harap-harap next check up Hb cantik sajo.

XOXO,
sheAYANG

Monday, May 19, 2014

#67 : Dear my born-to-be baby


Bismillah.

Dear my born-to-be baby,
When Ibu is writing this entry, you already in my womb for 29 weeks. 
Eventhough Ibu is not feeling so well, 
For you, Ibu has to be strong. 
Stay strong.
Ibu doesn't want you to be affected. 
Ibu wants you to grow well,
In my womb, of course.

Ibu knows Ibu has to take care of my ownself, 
But sometimes Allah wants to test us. 
You and me.



Babah is away for work while Ibu at Nenek's house. 
Babah gives Ibu cuti for 2 weeks. Hihihi. 
But then, Ibu starts to miss Babah already. 
I bet you also miss him, right?

Dear my born-to-be baby,
We still don't know your gender,
But it doesn't matter.
Boy OR girl,
You are still our baby.

Dear my born-to-be baby,
Do you know how excited Ibu and Babah here?
Waiting for you to come out,
To see this beautiful world,
To grow you up,
To see you become a good Caliph,
InshaAllah.

Dear my born-to-be baby,
Ibu and Babah's hope,
Make us proud,
Grow well, 
Pray for us when we are not in this world anymore.
That's all.

The rest,
Let's Allah decides.

Lots of LOVE,
Ibu & Babah

Saturday, April 19, 2014

#54 : Amalan Ibu Hamil


Bismillah.

Setiap wanita yang mengandung pastinya mahukan yang terbaik untuk anak,walaupun masih dalam kandungan.

Masa blogwalk, aku ada jumpa satu entry yang penuh informasi, inshaAllah.

20 amalan semasa hamil
  1. Jangan bergaduh dengan pasangan ketika mengadung bagi mengelak anak yang ganas dan panas baran.
  2. Bersedekah bagi melahirkan anak yang jiwanya lembut
  3. Elakkan mengidam benda yang pelik-pelik
  4. Ibu bapa perlulah rajin solat bagi melahirkan anak yang mudah mendapat hidayah dan petunjuk
  5. Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT
  6. Banyak berdoa kepada Allah SWT
  7. Rajin berpuasa sunat. Ibu mungkin tidak larat. So, si suami digalakkan berpuasa sunat ketika si isteri mengandung contohnya sunat isnin dan khamis
  8. Sempurnakan solat wajib dan memperbanyakkan solat sunat contohnya sunat hajat dan taubat
  9. Banyakkan zikir kepada Allah SWT. Si suami digalakkan sentiasa berzikir contohnya ketika memandu. Ini akan melahirkan anak yang kuat jiwanya, akalnya dan kuat fizikalnya.
  10. Banyakkan membaca al-Quran.
  11. Banyakkan membaca buku-buku ilmiah contohnya kisah-kisah para anbia, para sahabat dan lain-lain
  12. Berbual dengan anak yang masih dalam kandungan sambil mengusap perut si ibu.
  13. Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman contohnya memasak, melipat baju dan lain-lain bagi memudahkan proses melahirkan anak nanti. Dan si suami mestilah membantu si isteri melakukan kerja-kerja rumah itu
  14. Tidak terlalu tertekan atau stress setelah melihat fizikal badan yang membesar tetapi seronoklah melihat anak anda yang sedang membesar. Oleh itu, si suami kena sentiasa bersama isteri jika isteri penat, pening atau sakit.
  15. Menjaga adab dan emosi. Akhlak si suami dan isteri akan diwarisi oleh anak mereka.
  16. Makan makanan yang baik.
  17. Jauhi sifat dendam dan dengki dan sentiasa bersangka baik.
  18. Rajin mengukirkan senyuman
  19. Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu.
  20. Berbuat baik dengan orang sekeliling.
Sumber : Triggy

XOXO,
sheAYANG

Sunday, April 13, 2014

#46 : 10 Tanda Kehamilan


Bismillah.

Nak share apa yang ibu-ibu hamil rasa/alami.




1. Mengidam
Mengidam kadang kala boleh jadi satu tanda kehamilan. Janganlah bergantung kepadanya sebagai simptom yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda bahawa badan anda kekurangan nutrien tertentu), tetapi jika mengidam itu diikuti dengan beberapa simptom lain dalam senarai ini, mulalah mengira hari daripada hari pertama haid terakhir anda.


2. Warna areola (baca:puting) menjadi gelap
Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu.

3. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi
Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda.

4. Kerap membuang air kecil
Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap.


5. Keletihan
Berasa letih? Bagaimana kalau sangat letih? Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain.

6. Payudara melembut dan membengkak
Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.

7. Deria rasa berubah
Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi, teh atau makanan yang biasanya mereka suka.

8. Mabuk hamil pagi
Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung.) Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam.

9. Tidak datang haid
Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan. Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur.

10. Ujian kehamilan yang positif
Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi seorang ibu. Buatlah temu janji dengan doktor anda untuk memastikan berita baik ini, dan tuju terus ke bahagian kehamilan kami. Tahniah!

Sumber : BabyCenter


XOXO,
sheAYANG