Tetiba cerita pasal hemoglobin ni dah kenapa? Ahakz.
Bagi la chance gua nak jadi doktor tak bertauliah. Haishh, bila fikir balik, jangankan doktor, nurse pun belum tentu layak. Kesihatan diri sendiri pun kadang-kadang terabai, camner nak jaga orang lain. Uhukz...
Bagi yang tak tahu termasuk gua, Hemoglobin kalau dalam medical term dipendekkan menjadi Hb. Jadi, kalau tak tau, tanya. Punya la mati-mati gua ingat Hb tu High blood pressure (baca:tekanan darah tinggi). Salah sendiri sebab malas nak google dan malas baca buku pink.
Hemoglobin ni berbeza mengikut usia dan jantina seseorang tu. Jadi untuk wanita dewasa macam gua ni, aras normal Hb kena la pada tahap 12-16gm/dl. Wanita hamil plak 11-12gm/dl. Sila rujuk sini untuk maklumat lanjut.
Tak kisah la siapa kita, apa jantina kita, umur kita, tahap kesihatan harus diperiksa selalu. Takut nanti badan je nampak sihat, dalaman hancusss...
Haishhh... Betapa gua kecewa bila pergi check up semalam. Sebelum ni Hb okay sajo. Bila dah masuk 7 bulan pregnant ni, tiba-tiba turun pergi 10.4gm/dl. Dah tu, kena sound dengan nurse lagi. Pedih hati gua babe! Nurse plak lagi muda dari gua. Ahakz. Nasib badan oiii...
Dah la Hb rendah, kena ambil darah sampai 3 kali plak. Apa kejadahnya? Confused gua.
Punca? Masih gua tak pasti. Mungkin sebab gua demam seminggu hari tu. Ataupun gua ada skip makan ubat? *memang ada la jawapannya*
Kesian kat fetus dalam rahim gua. Terseksa gamaknya nak paksa tuan badan makan ubat. Huk3...
Jadi, dengan ini, demi untuk tidak membahayakan fetus gua, gua akan sedaya upaya makan ubat on time, in order, inshaAllah.
Meh la gua share sikit apa yang nurse cakap untuk naikkan bacaan Hb gua.
Meh la gua share sikit apa yang nurse cakap untuk naikkan bacaan Hb gua.
- Ubat coklat rasa besi masa awal pregnant-1 biji, 5 bulan-2 biji, sampai 7 bulan, dia suruh ambil 4 biji, 2 biji siang, 2 biji malam. Sobsss...
- Makan ubat 2 jam sebelum sarapan. Jangan ambil dengan minuman bersusu/berkafein.
- Banyakkan makan kerang, kalau boleh 3 kali seminggu. 1 cawan hidangan (isi bukan kulit)
- Makan daging, saiz tapak tangan sendiri, tebal pun ikut jari sendiri (ni siap demo, takut gua tak paham kot. uhukz)
- Makan ikan yang ada isi hitam seperti cencaru (gua pun tak tau ikan apa lagi yang isi dia hitam)
- Makan banyak sayur hijau
- Makan banyak buah-buahan. Yang disyorkan : jambu batu, tembikai
Okay. Sekian saja untuk masa ini. Harap-harap next check up Hb cantik sajo.
XOXO,
sheAYANG
Post a Comment