HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Wednesday, December 9, 2020

BANGKIT


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Sejak kebelakangan ni jarang sangat menaip. Fokus dah lari, konsistensi dah menjauh, dah hujung tahun ni semua benda jadi serba tak kena. Itu aku.

Buat korang yang masih kekal bersemangat, tahniah!

Please sedekahkan sedikit semangat korang tu kat aku.

Harapnya, dalam seminggu dua lagi menjelang 2021, aku akan bangkit.

Bangkit mencapai cita-cita,
bangkit mengejar kejayaan,
bangkit dengan bersemangat,
bangkit, bangkit, BANGKIT!

Kejutkan aku jika aku masih lagi tidur, 2020!

xoxo,
sheayang

Thursday, October 29, 2020

Maulidur Rasul : Apa Yang Boleh Kita Lakukan?


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua. 

Hari ni hari keputeraan nabi kesayangan kita yang juga nabi yang terakhir, Nabi Muhammad SAW.

Saya kongsikan sedikit biodata baginda.

Biodata Rasulullah SAW



Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan  20 April 571 Masehi (dikenali sebagai  Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa   Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah.  Suaminya bernama Abu Kabsyah).


Betul ke sambutan Maulidur Rasul ni termasuk dalam perkara bida'ah yang mesti dielakkan?



Imam al-Suyuti meriwayatkan daripada Imam Baihaqi dalam kitab Manaqib al-Syafii. Imam al-Syafii berkata: Perkara-perkara baharu yang diadakan terbahagi kepada dua bentuk :

Perkara yang diadakan menyalahi al-Quran, al-Sunnah, pandangan ulamak salaf dan ijmak, maka ia adalah bid’ah (perkara baharu) yang sesat

Jika perkara yang diadakan itu ada kebaikan yang tidak bertentangan dengan mana-mana daripada al-Quran, al-Sunnah, pandangan Ulamak Salaf Dan Ijmak, maka ia adalah bid’ah (perkara baharu) yang tidak tercela.

Oleh itu, berdasarkan pandangan ini sambutan Maulidur Rasul tidak termasuk di dalam perkara bid’ah (perkara baharu) yang menyesatkan. Selagimana ianya tidak bertentangan dengan syariat Islam. Kredit : MAIS


Apa perkara yang boleh dilakukan sempena Maulud Nabi ini?


1. Berpuasa

Antara amalan yang boleh untuk dilakukan adalah berpuasa. Diriwayatkan dari Abu Qatadah, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah ditanya tentang puasa Isnin? Maka Baginda menjawab:

“Padanya aku dilahirkan dan padanya diturunkan (al-Quran) ke atasku”. -Riwayat Muslim

Hadis di atas memberikan isyarat bahawa Rasulullah SAW berpuasa pada hari Isnin bagi mensyukuri nikmat Allah atas kelahirannya pada hari tersebut. Maka, jika Rasulullah SAW sendiri berpuasa pada hari Baginda dilahirkan begitulah juga yang sewajarnya dilakukan oleh umat Islam pada hari  ini, sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah kerana diutuskan Rasulullah SAW.

2. Berselawat

Berselawat juga antara amalan yang digalakkan pada sambutan Maulidur Rasul. Menurut pandangan Syeikhul Islam Sayid Dahlan menyatakan bahawa selawat dan berdiri kerana membesarkan Nabi adalah amalan baik lagi mulia. Perbuatan berhimpun di masjid atau di surau, di samping dapat solat fardu berjemaah. Demikian juga amalan berzanji yang dimaklumi mengandungi pujian tertinggi kepada Nabi Muhammad SAW dan diikuti dengan selawat kepada baginda tidak dapat dinafikan mengandungi banyak kebaikan di dalamnya. Sabda Baginda yang bermaksud:

“Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali Allah S.W.T berselawat ke atasnya 10 kali” 
-Riwayat Muslim dan Abu Daud

3. Bersedekah & berbuat baik

Sebagai mencontohi baiknya peribadi Rasulullah SAW, perbanyakkanlah sedekah dan berbuat baiklah dengan semua makhlukNya.

Dalam apa sahaja yang kita lakukan, bersederhanalah.

Jadi, apa perancangan untuk hari esok?

xoxo,
sheayang 

Monday, August 24, 2020

Oryn Skincare

Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Kulit muka ni siapa je yang tak sayang, kan? Berhabis berpuluh beribu pun sanggup. Masalahnya, nak cari skincare yang sesuai tu bukan senang ye gais.  Pening kepala dok try macam-macam last last breakout juga, pedihnya tu di sini *tangan di dada*

Hati macam nak cuba produk keluaran tempatan, dan akhirnya berjodoh dengan Oryn Skincare. 

Nak tahu apa yang best sangat?

Dalam satu set ni ada 3 item iaitu :-

🍊 Hydrabright Cleanser
🍊 5 in 1 Hydrabright Moisturizer
🍊 Clear Gel for Acne. 

Oryn Hydrabright Cleanser
Diformulasikan untuk membantu membersih, menghidrat dan mencerahkan kulit.
Pembersih yang tiada buih ini memastikan kulit anda berapa pada tahap kelembapan yang optimum.

Oryn Clear Gel
Berfungsi untuk merawat jerawat dan cela di kulit muka 
Memudarkan lingkaran gelap
Penyerapan yang pantas

Oryn 5-in-1 Hydrabright Moisturizer
Pelembap Kulit Premium yang dijanakan dengan pelbagai bahan untuk memberi penghidratan kulit, mengurangkan tanda-tanda awal penuaan dan membantu untuk mencerahkan kulit.

5 Faedah Utama Oryn Moisturizer
Pelembap - Hidrasi
Serum - Pencerahan Kulit
Primer - Asas Lembut
Anti Penuaan - Menegangkan Kulit
Krim Malam - Kesuburan Kulit

Review saya
Saya guna semuanya dah lebih dari 2 minggu. Alhamdulillah memang banyak sangat perubahan.

Sebagai seorang ibu, kulit kusam dan lingkaran gelap bawah mata adalah masalah yang paling sukar untuk diatasi. Lepas guna set Oryn Skincare ni, kulit bertambah lembut dan lembap malah lingkaran gelap bawah mata pun semakin pudar.

Cara penggunaan
Cuci muka dahulu dengan Oryn Hydrabright Cleanser untuk hasil yang memuaskan. 
Kemudian oleskan Clear Gel for Acne di kawasan yang ada jerawat dan dark spots.
Akhir sekali sapu Oryn 5-in-1 Hydrabright Moisturizer ke seluruh wajah.

Oryn Skincare dengan baik hati nak beri percuma 100 Kit Percubaan (Trial Kit) yang mengandungi 3 hot items iaitu Oryn Moisturizer, Oryn Facial Cleanser & Oryn Clear Gel. Cara nak dapatkan Trial Kit ini mudah sahaja. Korang klik link di bawah 


Untuk maklumat lanjut, boleh layari akaun media sosial & laman web ORYN Skincare :

Facebook : Oryn Skincare
Twitter : @orynskincare

xoxo,
sheayang

Monday, July 6, 2020

Anak Tantrum? Kenapa dan Cara Menanganinya.

Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Kalau bercerita pasal tantrum anak ni, memang tak akan pernah habis. Setiap hari ada saja cerita. Lelah itu biasa, namun masih perlu teruskan juga. 


Tantrum bukanlah sejenis penyakit dan ia juga bukanlah tabiat atau kebiasaan. Kejadian anak tantrum ini pasti akan berlaku dan berulang seiring usia. Ada banyak cara sebenarnya untuk menenangkan anak yang tantrum namun keberkesanannya tidak dapat dianalisis. :)


Kenapa kanak-kanak tantrum?

Tantrum boleh berlaku bila anak itu :-
✓ Lapar
✓ Letih
✓ Rasa terabai
✓ Tidak tahu menerangkan emosi mereka

Cara menangani tantrum si kecil :-

♡ Kenalpasti punca tantrum
♡ Alihkan perhatian anak
♡ Beri mereka pilihan
♡ Beri perhatian
♡ Kurangkan tekanan

Pendekatan yang diambil adalah berbeza-beza bergantung pada punca tantrum & lokasi. Ibu bapa perlu pantas dalam situasi-situasi yang tak terduga ini.

Sebagai ibu bapa, kita perlu pastikan diri kita dalam keadaan bertenang sebelum mengendalikan anak-anak tantrum. Jika kita tak dapat bertenang, minta pasangan kita untuk menenangkan si kecil.

xoxo,
sheayang


Wednesday, June 3, 2020

I Love You 3000, PG Mall !

Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Sedar tak sedar dah 2 bulan lebih kita terperuk kat rumah, kan. Puasa Ramadhan, sudah, Raya Aidilfitri pun sudah, Raya Haji je belum lagi. Harap-harap tidaklah sampai ke tahap itu lamanya. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) & Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ni, apa yang korang dah berjaya buat atau belajar?

Aku baru discover pasal PGMall ni. Korang pernah dengar?


Ni la dia Platform E-Commerce No. 1 di Malaysia, ditubuhkan sejak tahun 2017 tau dan merupakan satu-satunya local platform di negara kita. Yang lebih mengkagumkan lagi, PG Mall ni tersenarai dalam carta di antara platform e-commerce terbaik di Malaysia. Boleh ke link ini -> https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/





Apa yang ada di PG Mall?

Zaman teknologi ni, siapa yang tak suka window shopping tanpa perlu sakit kaki, kan? Benda mudah dan di hujung jari ni memudahkan urusan seharian kita yang kadang kala sibuk tak tentu hala. Tambahan pula sekarang ni masih dalam tempoh PKPB. Keluar jika ada urusan yang betul-betul penting sahaja. Kalau setakat nak survey harga lampin pakai buang anak, di PG Mall pun boleh.

Antara kategori barangan yang ditawarkan di PG Mall ialah :-
➽ Perkakasan dapur
➽ Alat elektronik
➽ Kesihatan & Kecantikan
➽ Fesyen Wanita
➽ Fesyen Lelaki
➽ Applian Rumah
➽ Barangan Dapur
➽ Barang Kemas
dan pelbagai lagi...


Love You 3000 Campaign

Untuk kempen Love You 3000 ni, PG Mall dengan berbesar hati nak memberi cabutan bertuah dalam bentuk c-wallet bernilai RM3000 keseluruhannya. 

Hadiah utama berupa RM500 c-wallet. Cabutan bertuah akan dibuat setiap 2 minggu dan pemenang akan diumumkan pada 15hb & 30hb.

Syarat untuk cabutan bertuah ini mudah saja, korang perlu membuat pembelian minima berjumlah RM30 dalam satu resit. Semakin banyak pembelian dibuat, semakin besar peluang untuk menang.




Maybank QRPay 20% Cashback

Bagi pelanggan Maybank, ada pulangan tunai untuk anda bila membeli-belah di PG Mall. Rugi kalau tak rebut peluang ni. 

✿ 20% off, capped at RM20 [dengan belanja minima RM30]
✿ 2 kali penggunaan sepanjang tempoh kempen
✿ Sah sehingga 26 Jun 2020

Pernah tak korang pergi mana-mana platform beli-belah yang boleh guna semua e-dompet (e-wallet)? Jawapannya tentulah tidak! Tapi di PG Mall, korang boleh guna apa saja e-dompet yang korang ada. Tak perlu nak risau kena buat e-dompet yang lain untuk aplikasi berbeza. Best, kan?


Forever Cashback up to 3.5%

  
Dah belanja banyak-banyak, dapat pulangan tunai pun banyak, ada lagi cara dapat pulangan tunai sehingga 3.5% bila korang share referred link korang kepada mak, ayah, kakak, abang, saudara mara dan kawan-kawan. Untung, kan?

Boleh klik link ni untuk info lanjut berkenaan pulangan tunai ni. -> https://pgmall.my/consumerchant-concept

Jadi apa tunggu lagi?

Untuk maklumat lanjut, boleh layari :-

Facebook: PGMallOfficial 
Instagram: PGMall. my 

xoxo,
sheayang

Sunday, March 29, 2020

Baju Boxy Pilihan Hati



Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni dilanjutkan hingga ke 14 April 2020, ramai yang dah start panas punggung. Tak tahu nak buat apa dah kat rumah.

Yang rajin workout tu masih steady ke workout dalam rumah? Hihihi. Kalau duduk dalam rumah pun masih kena pakai ikut keselesaan, kan? Nak pula cuaca sekarang ni panas lit-lit dia lain macam. Cepat je baju basah kalau tak duduk dalam aircond.

Macam saya sendiri, nak pilih baju tu adalah perkara paling rumit sekali. Ye la, kalau tak kena dengan material, tak selesa la pula. Design pun main peranan penting juga.

Tapi nak cerita la bila beli baju Boxy hari tu, terus jatuh cinta. Ewahh... Bukan apa, dia punya selesa tu tak payah nak bawa bincang. 🤭

Tambah pula sekarang ni ada promosi teruk. Harga memang melampau-lampau berbaloinya. Bukan takat harga yang best, penghantaran dia pun zup zap zup zap sekejap je dah sampai.

Baju Boxy ni ada material yang berlainan iaitu

👕 Microfiber Shirt
👕 Cotton Shirt
👕 Polo Shirt

Selain itu, saiz yang terdapat di Boxy ini dari sekecil XS hingga ke sebesar 3XL yang mana sesuai untuk saiz orang Asia.

Baju pilihan saya hari tu sudah semestinya Microfiber Shirt dengan warna Turqoise Blue. Jahitan kemas, saiz kena, kain selesa.


Murah je gais


Pakai dengan kain batik pun steady je gais


Banyak je warna-warna menarik yang boleh korang pilih di website Boxy.my ni. Yang saya sempat screenshot ni adalah di antaranya.


Siapa kata Microfiber Shirt untuk mereka yang rajin bersukan je? Silap besar okay! Saya rasa surirmah paling sesuai pakai baju jenis ini. Selain tak perlu gosok, material ini juga ringan dan cepat kering. Yeay!

So, apa tunggu lagi gais.

Klik klik di bawah untuk dapatkan baju pilihan hati awak.
Boxy.my
Boxy.my
Boxy.my

xoxo,
sheayang

Tuesday, March 17, 2020

COVID-19 - Antara Fakta & Pendapat Sendiri


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Hangat sana sini bercerita tentang wabak terbaru yang melanda seluruh dunia sekarang, Covid-19. Apa fakta yang anda dapat? Apa dalam fikiran anda?

Photo by Two Dreamers from Pexels

Ramai yang dah mengeluarkan pendapat masing-masing melalui akaun sosial media sendiri, sampai tak terscroll dibuatnya kalau nak baca satu-satu. Sampai satu tahap aku dah tak boleh nak brain semua input yang aku baca, umpama aku membaca sekadar di angin lalu sahaja.

Aku bukan nak mengecam sesiapa yang buat statement sendiri cumanya statement tu janganlah syok sendiri ye. Lepas tu dok kecam pihak sana pihak sini. Bila kes wabak menular ni, semua orang penat, semua orang letih. Jadi, bertimbangrasalah bila nak keluarkan pendapat sendiri.

Sejak malam tadi, selepas pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, ramai yang masih keliru & panik termasuklah aku. Perasaan tu jadi bercampur-baur. Untuk mengelakkan panik yang melampau, aku ambil keputusan untuk tidur. Sebab aku percaya, bila bangun tidur, semuanya akan berjalan seperti biasa.

Alhamdulillah, masih seperti biasa. Cuma masih menunggu keputusan dari pihak atasan tentang status kerja sekarang. Sekurang-kurangnya kalau diberi cuti, kerja tiada yang pending dan sebagainya.


Aku sedang kurangkan pembacaan yang negatif, harap lepas ni kita share kenyataan dari pihak berwajib je la. Tak payah nak buat karangan/olahan sendiri. Follow rapat-rapat FB/Twitter/Telegram Kementerian Kesihatan Malaysia je dah cukup.


:wearyStress dengan Covid-19? :weary:

Buat 5 Tips ni untuk hadapi saat getir sekarang :

#1 - Upgrade knowlege terbaru terutamanya ilmu Bebas Stress & Personal Development

#2 - Upgrade konten bacaan seharian kita. Pilih konten & bahan bacaan yang positif sahaja

#3 - Jauhi konten dan circle yang terlalu obses dengan ketakutan terhadap Covid-19. Berpada pada, itulah kuncinya.

#4 - Kuatkan spiritual connection kita dengan Pencipta kerana hati yang tenang boleh buat keputusan dengan lebih tepat

#5 - Upgrade knowledge marketing & bisnes yang terkini kerana dalam saat getir biasanya idea dan ilmu bisnes yang kreatif akan muncul

p/s : Saya izinkan ilmu ni disebarkan kepada orang di luar sana juga

- Taufiq Razif -


Stay safe semua & jangan panik ya.

xoxo,
sheayang

Friday, January 31, 2020

Berkhemah di H&n Campsite Port Dickson, Negeri Sembilan.



Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.


Alhamdulillah, kita dah berada di penghujung bulan Januari bagi tahun 2020. Dan ini entry kedua selepas dari entry Tips Untuk Menetapkan Azam Tahun Baru.

Untuk permulaan tahun 2020 ni, sang suami dah mula menyasarkan beberapa program baru untuk kami sekeluarga. Disebabkan sekarang ni dia hanya bekerja pada hari Isnin hingga Jumaat, jadi, masa untuk keluarga tu banyak terluang. Memikirkan daripada mereput kat rumah, ada baiknya kita buat aktiviti-aktiviti yang berfaedah. 

Tambahan pula, anak-anak dalam fasa membesar dan masih banyak perkara yang belum mereka teroka lagi.

Hai cik abang!

Pada 25 Januari 2020, kami sekeluarga sempat pergi berkhemah di H&n Campsite, Batu 4 Port Dickson, Negeri Sembilan. Cadangan pada asalnya adalah untuk bermalam di sana tapi dek kerana ada kekangan yang tak dapat dielakkan, maka kami stay sehingga jam 3 pagi. Next post aku cerita kenapa ye. Hihihi.

Kami sampai di tapak perkhemahan dalam pukul 11 pagi sebab owner cakap memang penuh tapi tak semua akan stay overnight, jadi, kita cuba nasib la kalau ada tapak yang kosong. Alhamdulillah, berjaya. Masa kami sampai, ada yang tengah packing nak balik. Kereta kebanyakannya parking sebelah atau depan khemah cuma yang menghadap seaview tu, kena park jauh sikit.

Gambar tak sempat nak snap banyak sebab lepas je suami set up khemah, aku terus bagi Maisarah makan dulu sebelum masak untuk makan tengahari. Gigih takkkk?

Puji sikit please!

Busy set up dapur bergerak
Juadah santapan

Dessert sempena panas lit-lit

Malam pun sis masak tau!

Masak sardin je pun. Bawak kacang panjang konon nak tumis last-last perut dah kebulur, terus makan je apa ada. Hahaha. Padan muka.

Ada silap percaturan sikit sebab kami tak alert keadaan cuaca kat sana. Jadi, menggigil juga la hadap tantrum anak-anak nak nap petang tapi panas lit-lit. Tidur dalam khemah yang pengudaraannya terhad sangat menyesakkan nafas, okay. Walaupun pasang kipas. Kipas pun kipas kecil sambung dengan powerbank. Itu silap kami. Mohon jangan ulangi lagi. Tikar pula lupa nak bawa. Kalau bawa, boleh lepak kat luar kena angin petang yang nyaman walaupun terik.

Like a boss bebeh!
Haaa... Nin diaaaa


Di H&n Campsite ni, kemudahan asas seperti tandas memang disediakan untuk kemudahan pengunjung. Jadi, memang tak payah nak risau sangat. Elektrik pula boleh disewa dengan kadar RM10 dari jam 7 malam hingga 7 pagi, jika tak silap. Selain dari itu, kalau malas nak bawa khemah, boleh je sewa khemah kat sini. Ada beberapa jenis khemah dengan kadar sewaan yang berpatutan.

Harga tapak untuk balik hari dan menginap adalah berbeza, jadi, boleh la pilih mana-mana yang sesuai dengan hajat korang. Yang penting, harganya berbaloi.

Tapak perkhemahan juga bersih dan beberapa tong sampah disediakan. Pekerja-pekerja di sana pun kerap mengangkat sampah selepas pengunjung meninggalkan tempat itu. dan bonus pemilik dan pekerja sangat membantu dan ramah. Tidak lokek berkongsi ilmu tentang perkhemahan.

Sunset

Aku doakan mereka terus sukses dalam mendidik generasi akan datang tentang pentingnya menjaga alam sekitar.

Aku sediakan details di bawah mana tahu ada yang nak memulakan aktiviti perkhemahan.

Alamat :
H&n Campsite
Lot 1341, Jalan Pantai
Batu 4
71000 Port Dickson
Negeri Sembilan
Malaysia.

No. Tel : 
  • 013-722 5633 / 013-301 1688

Book in Facebook : H&n Campsite
Follow Instagram : namasral1975
YouTube just type : H&n Campsite

xoxo,
sheayang

Monday, January 6, 2020

Tips Untuk Menetapkan Azam Tahun Baru


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Alhamdulillah kita dah menginjak ke tahun 2020. Baru minggu lepas berusia genap 33 tahun, tup-tup dah jadi 34 tahun dah minggu ni. Cepat je masa berlalu ye, sedar-sedar dah tua.
Aku yakin pasti semua dah ada azam baru, kan? Atau masih setia dengan azam lama yang belum tercapai? Sebenarnya, banyak je azam lama aku yang belum direalisasikan. Pelbagai kekangan yang tak dapat dibendung terutamanya bila penyakit M melanda.

Nak set up resolusi, nampak mudah tapi yang penting, diri sendiri. Kerana kita je yang tahu apa yang kita nak capai untuk tahun itu.

Teknik SMART
Spesific, Measurable, Achievable, Realistic & Time Bound adalah kriteria yang perlu kita patuhi sebelum nak set up sesuatu resolusi. Biarlah azam itu diterjemahkan secara spesifik dan boleh diukur dan dicapai. Dan yang lebih utama ia mestilah realistik dan terikat dengan masa yang kita dah tetapkan.

Membuat jadual
Nak buat resolusi memang senang tapi nak commit tu punyalah susah. Jadi, dengan adanya jadual, kehidupan akan lebih tersusun. Contoh macam kita nak develop tabiat membaca, jadi kita setkan 10 minit sehari untuk membaca setiap hari pada pukul berapa sampai berapa. Mudah, bukan?

Rekodkan tahap kemajuan
Part ini penting dan best bila tengok. Disebabkan kita dah set goals yang spesifik tadi, jadi makin senang untuk kita control proses seterusnya. Katakanlah azam nak turunkan berat badan sebanyak 20kg. Catatkan berapa berat yang kita dah turun untuk setiap minggu. Tak perlu buat setiap hari okay, nanti stress pula. Bila kita nampak apa yang kita buat, mesti rasa amazed dengan diri sendiri.

Buat dengan konsisten
Ketahuilah bahawa untuk istiqomah itu tidak mudah. Makanya, lakukan dengan perlahan tapi berhasil. Sebagai contoh, kita nak hafal surah An-Nas beserta maksudnya sekali dalam masa 1 minggu, jadi kita perlu buat setiap hari rutin menghafal itu sehingga lancar.

Beritahu orang yang rapat tentang azam kita
Ini adalah pilihan yang terakhir. Ada orang yang malu untuk kongsi azam mereka tapi bagi aku, ada azam yang boleh dikongsi dan ada juga yang tak boleh. Yang mana boleh tu, ceritakan pada orang yang rapat seperti pasangan, mak ayah atau sahabat. Bukannya apa, supaya bila kita terlupa, mereka ada untuk ingatkan kita.

Oh, lets set up my goals. It's never too late, bebeh!

Ini azam tahun 2018, dah masuk 2020 pun belum accomplished lagi.

xoxo,
sheayang