HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Wednesday, December 27, 2017

Teknik Memerah Susu Badan Ibu Menggunakan Tangan


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Masih ada 4 hari menjelang tahun baru untuk kita tempuh. Dah sedia ke tu?

Untuk bakal-bakal ibu, banyak nasihat akak nak bagi (iye ke?) ni tapi tunggu tahun baru la ye. Sekarang ni akak nak cerita pasal susu ibu dulu. Maksud akak, teknik memerah susu ibu menggunakan TANGAN. Ia juga dipanggil dengan nama lain iaitu teknik MARMET.

Bukan semua ibu-ibu kat luar sana yang rajin nak perah susu guna tangan ni. Akak faham. Kekangan masa dan faktor tenaga kadang-kadang menyukarkan kita. Tapi jangan jadikan itu satu tabiat, malas tu kan tabiat. Dan jangan beri alasan untuk tidak menyusukan bayi anda. Kerana rezeki mereka Allah beri melalui anda. Jadi, jaga amanat itu okay!

Alhamdulillah, Mizwar masih lagi menyusu badan sepenuhnya. Kadang-kadang rasa memang malas nak pam/perah tapi demi anak, ku harung jua rasa malas itu. Tak banyak akak kongsi cerita pasal breastfeed tapi ibu-ibu boleh baca kat sini | sini | sini 

Beberapa keadaan di mana teknik ini sangat berguna untuk diaplikasikan.
1. Saat baru lepas bersalin. Biasanya selepas melahirkan anak, susu badan ibu tidak akan hadir secara mendadak. Teknik ini digunakan untuk meransang duktus-duktus susu bagi memudahkan susu dikeluarkan.
2. Bila pam susu anda rosak. Yang ni memang tak boleh nak buat apa. Tetap juga anda harus perah susu itu sendiri kerana untuk membaiki pam yang rosak itu pun mengambil sedikit masa, kan?
3. Sesudah mengepam susu. Ibu-ibu digalakkan untuk mengosongkan payudara untuk penghasilan lebih banyak susu baru. Cuba ibu-ibu picit payudara selepas megepam, mesti ada lagi susu yang keluar, kan? Jadi, teknik marmet kita gunakan untuk benar-benar pastikan kilang susu kita telah kosong.

  
Sebelum memulakan pemerahan susu, ibu-ibu digalakkan untuk :
1. Minum segelas air suam untuk menenangkan perasaan ibu-ibu dan memudahkan pengeluaran susu.
2. Cuci tangan dengan bersih.
3. Sediakan bekas susu yang bersih.
4. Duduk dalam keadaan yang selesa.
5. Tuam payudara dengan tuala yang direndam dalam air panas suam atau boleh juga menggunakan tungku.


Teknik Pemerahan Susu Ibu Menggunakan Tangan
1. Urut payudara perlahan-lahan dengan arah putaran jam.
2. Letakkan jari dalam bentuk C di kawasan areola. Ibu jari, jari telunjuk dan puting berada dalam satu garisan.
3. Cari kedudukan kelenjar susu (duktus), rasanya seperti ketulan-ketulan kecil.
4. Sokong payudara dengan jari-jari lain
5. Tolak sedikit dan dengan perlahan payudara kearah belakang iaitu ke dada.
6. Mulakan perahan dengan menekan ibu jari dan telunjuk secara membulat. Ini bagi membentuk tekanan pada saluran susu diantara ke dua-dua jari tersebut yang akan membantu pengaliran susu ke arah puting. Jangan perah secara urutan ke arah puting.
7. Gerakkan kedua-dua jari ke kawasan seterusnya dan ulangi proses.

Sebenarnya, akak lagi selesa perah susu guna tangan dari guna pam sebab lebih puas hati dengan hasilnya walaupun mengambil masa yang lama sedikit. Lepas tu kena la menanggung sakit leher la tengkuk la. Hihihi. Jangan serik korang. 2 tahun je!

XOXO,
sheayang

Tuesday, December 26, 2017

Genap 31


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Waduh. Dah terlepas banyak giveaway dalam bulan ni. Penat bookmark sana sini. Hahaha. Apakan daya, kudrat tak sampai. 

Pergh, buka-buka blog, giveaway yang dikejarnya. :p

Hari ni nak bebel sikit la. Bukan CurHat pun. Tapi sebab hari ni special. Jadi, apa salahnya kita hargai hari ini untuk diri sendiri.

Officially 31, today.

Sungguhpun artikel di atas tidak benar, aku tetap setuju. Hahaha. Mohon jangan butthurt sebab bukan hari-hari dapat puji diri.

Alhamdulillah. Allah masih beri aku peluang untuk menghirup udara segar hari ni. Walaupun sedikit demam dan selsema, masih gagah juga aku pergi pejabat. Sakit itu juga satu nikmat, kadang-kadang.

Hari ini aku lalui seperti biasa, syukur. Cuma penat sebab badan tak sihat sangat. Dan anak-anak masih aktif seperti biasa. 

Bila hari jadi hujung-hujung tahun ni keinsafan dia akan jadi berlipat kali ganda sebab nak masuk tahun baru dah. Lepas tu, dia punya recall memang tak ingat la. Dari awal tahun dia recall achievement dia. Bila tak ada atau tak capai target, akan down sikit la. Normal.

Tadi aku baca zodiak (ada lagi ke orang buat?) untuk hari ni. Menurut website yang berkenaan, dia meminta yang berbintang Capricorn (baca : aku) untuk jaga ketenangan hari ni. Ya Allah, dia punya nervous tu, minta-minta la tiada apa yang menyakiti perasaan ini. Muahahaha.

Bukan nak percaya pun. Tapi suka la. Nak baca ramalan-ramalan gini. Ke laut betul. 

Aku tahu di kiri kanan depan belakang aku akan ada manusia-manusia yang sentiasa menyokong dan memberi semangat kepada aku. Mereka adalah kekuatan untuk aku meneruskan hidup, mencapai kejayaan yang aku kehendaki dan menjadi sumber insprirasi aku.

Special thanks to Allah The Almighty kerana mengurniakan aku Mak & Abah yang terbaik. Mak yang sudi melahirkan aku yang seberat 4.13kg ni. Tapi sekarang 41.3kg je kot. Dan Abah yang memerah keringat mencari rezeki membesarkan aku dan adik-beradik yang lain. Syukur syukur!

Famili besar aku yang sentiasa ada bila aku perlukan mereka. Alhamdulillah. Our loves will last forever till Jannah, inshaAllah.

Para sahabat dan teman-teman, aku rindu saat kita bersama. Tapi bila kita menginjak dewasa ni, masa yang dapat diluangkan agak sedikit. Namun, kalian tetap segar senantiasa dalam ingatan.

Untuk suami yang setia di saat getir, terima kasih. Dalam masa setahun ni, kalau saya menawan luar biasa tu, awak tutup mata je la. Kadang-kadang outfit terover, make up menyerlah, semuanya sebab artikel tu.

Terima kasih semua yang mendoakan aku. Aku juga doakan yang terbaik untuk kalian. Amiinn Ya Rabbal Alamin. :)

XOXO,
sheayang

Thursday, December 14, 2017

CurHat : Nak Jadi Apa Sebenarnya?


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Semakin menjelang hujung tahun, makin malas dan makin stress pula jadinya. Uban di kepala pun dah menjadi-jadi naiknya. Jangan nanti Maryam & Mizwar keliru antara Ibu diorang dengan nenek kebayan sudah!


I am thinking of quitting from my current job. But I still do not know what will I do or what shall I focus on after resign. Plus, our tabung kecemasan still not enough to cover our expenses at least for 3-6 months. Do I look like a financial advisor here? Hihihi.

Being a Work At Home Mother (WAHM) is always my dream but what kind of work that I can do from home? Lipat surat atau lipat kain? Masak memasak I can not. I can only cook for my own stomach, even my husband sometimes does not like my cooking. Pity me. However, I still need to polish my cooking skills since my kids are growing up every single day. Tak kan hari-hari nak hadap lauk mak mertua atau lauk kedai, kan kan kan. And I still believe in Malay proverb, 'masakan Ibu adalah masakan yang paling sedap di seantero dunia'. Wahhhh. Kagum, tak?

Eh, sebenarnya tadi rasa down sangat. Ni dah rasa chill sikit bila baca balik apa yang I taip. #mudahterhibur #anganbiarjadikenyataan

I always wanted to be everyone. When I am alone for example in the toilet (of course alone!) or in the car off to work, I tell (ke told) myself, who am I in 5 years time? And two weeks before I turn 31 I guess I am still questioning it. I want to be carpenter, also graphic designer, and businesswoman or maybe marketing manager but wait, how about be a Social Media Influencer? Cool juga, kan?

Eh, muka tak lawa, ada hati nak jadi SMI. Hihihi. Gelakkan diri sendiri.

Okay la. Sambung nanti. Nak balik dah.

Oh ye. Bagi yang tak tahu, CurHat tu singkatan untuk Curahan Hati. Aku pun baru tahu. :P

XOXO,
sheayang

Tuesday, December 12, 2017

When To Keep Your Mouth Shut


 

  1. In the heat of anger.
  2. When you do not have all the facts.
  3. When youhave not verified the story.
  4. If your words will offend a weaker brother.
  5. If your words will be a poor reflection of  your Creator or family and friends.
  6. When you are tempted to joke about sin.
  7. When you would be ashamed of your words later.
  8. When you are tempted to make light of holy things.
  9. If your words would convey a wrong impression.
  10. If the issue is none of your business.
  11. When you are tempted to tell an outright lie.
  12. If your words will damage someone's reputation.
  13. If your words will destroy a friendship.
  14. When you are feeling critical.
  15. If you can nt speak without yelling.
  16. When it is time to listen.
  17. If you may have to eat your words later.
  18. If you have already said it more than once.
  19. When you are tempted to flatter a wicked person.
  20. When you are supposed to be working instead.
Source : Pinterest

XOXO,
sheayang

Tuesday, December 5, 2017

Cara Semak Daftar Pemilih


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Nak tanya sikit ni. Boleh ke?

Dah daftar jadi pengundi ke?

Kalau sudah, bagus! Anda rakyat yang bertanggungjawab terhadap negaranya. Kalau belum, bila nak daftar? Hihihi.


Kasi eksyen sikit la sebab dah daftar, kan. Sebenarnya, baru minggu sudah aku mendaftar jadi pemilih/pengundi. Agak berdebar juga sebab takut kena soal-siasat dengan akak kaunter pejabat pos. Tapi, semua itu tidak berlaku. Akak tu chill-chill je sambil gelabah siapkan pendaftaran aku sebab nak pergi rehat, katanya. It's okay, kak. Settle mine first, monologku di dalam hati.

Cara mendaftar pengundi di pejabat pos.
  • Ambil nombor giliran
  • Tunggu sehingga nombor anda dipanggil
  • Serahkan kad pengenalan kepada pegawai di kaunter
  • Pegawai meneruskan proses pendaftaran
  • Tunggu sehingga selesai
  • Dapatkan slip pendaftaran sebelum beredar
Senang, kan? Jangan malas. 5 minit je dah boleh settle. Benda ni belum boleh buat online, dan mungkin takkan dapat buat online untuk mengelakkan pengundi HANTU. 👻


 Jadi, bila dah daftar, kena la semak.

Cara untuk semak daftar pemilih.


1. Pergi ke Portal Suruhanjaya Pilihanraya.

2. Skrol ke bawah sehingga nampak bar Perkhidmatan Dalam Talian di sebelah kanan. Tekan pada Semakan Daftar Pemilih.

3. Muncul 1 lagi tab untuk Semakan Pengundi.
 
4. Masukkan nombor kad pengenalan dan aksara captcha. Tadaaaa~~~


Disebabkan aku baru je daftar, maka maklumat sedang diproses la ceritanya. Kalau dah ready nanti, akan siap mention daerah mengundi, DUN, Parlimen dan Negeri.

Jadi, tunggu apa lagi? Kalau anda warganegara yang sudah berumur 21 tahun, segeralah mendaftar. Negara kita, tanggungjawab kita.

Sekian, iklan tak berbayar dari duta tak dibayar. Hihihi.

XOXO,
sheayang

Monday, December 4, 2017

Hai Disember.


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

November, sudah berlalu. Bulan yang amat sibuk dan aku hampir tiada masa untuk beraktiviti apatah lagi mahu bersosial media ikut suka. Kalau cuti hujung minggu tu, memang handphone tu ke laut la. Boleh layan Whatsapp je, itupun bergantung pada mood. Tunggu masa nak tukar telco je ni kalau masih sama coveragenya.

Tup tup,

Disember muncul sudah.

Say HI to December

I'll be super duper busy. Bukan busy apa pun, saja mengada-ngada. Sebab Disember adalah bulan istimewa aku, jadi;

Perkara yang aku kena buat setiap kali Disember datang.
  • Menung dulu.
Otomatik otak akan rasa serabut memikirkan apa yang aku dah buat dalam masa 11 bulan yang lepas. Flashback demi flashback akan terjadi. Kejap senyum, kejap sedih, kejap nangis, kejap kang ketawa, macam orang tak betul pun ada. Ini akan berlaku sepanjang bulan ye.

  • Set up goals for next year
Faham tak kenapa kena set up goals? Supaya tidak tersasar dan mencapai KPI yang dikehendaki. Hahaha. Terpengaruh dengan environment kerja yang asyik-asyik KPI KPI KPI. Dushdush! *tumbuk dinding*

Dah sesejak jual Planner 2018 tu, harapnya akan ada perubahan tahun depan dari segi attitude & financial, terutamanya. Okay. Goals untuk tahun depan aku akan make sure ianya lebih realistik dan achievable. Tak nak letak impian mengarut sebab anak dah dua, kan. Kena la berpijak di bumi nyata.

  • Blogging plan
Nak cerita lebih pun malu. Malu dan takut tak berpegang pada kata-kata yang telah ditaip. Tapi aku masih yakin yang blog ni anak cucu cicit aku akan dapat baca inshaAllah. Dan harapnya mereka akan berbangga dengan achievement ibu, nenek, moyang diorang ni walaupun aku tak menyasarkan untuk menjadi top blogger in Malaysia, gittew!

Plan aku cuma untuk memastikan blog ini lebih tersusun dan senang dicapai untuk pembacaan semua, inshaAllah.

  • GIVEAWAY
Yang ni korang tunggu je la. Ada rezeki nanti aku akan buat. Doa-doakan. Hihihi.

Doakan aku untuk terus menulis tanpa jemu.

Chaiyokkkkk...!

XOXO,
sheayang