Bismillah.
Assalamualaikum & Hai semua.
Nak tanya sikit ni. Boleh ke?
Dah daftar jadi pengundi ke?
Kalau sudah, bagus! Anda rakyat yang bertanggungjawab terhadap negaranya. Kalau belum, bila nak daftar? Hihihi.
Nak tanya sikit ni. Boleh ke?
Dah daftar jadi pengundi ke?
Kalau sudah, bagus! Anda rakyat yang bertanggungjawab terhadap negaranya. Kalau belum, bila nak daftar? Hihihi.
Kasi eksyen sikit la sebab dah daftar, kan. Sebenarnya, baru minggu sudah aku mendaftar jadi pemilih/pengundi. Agak berdebar juga sebab takut kena soal-siasat dengan akak kaunter pejabat pos. Tapi, semua itu tidak berlaku. Akak tu chill-chill je sambil gelabah siapkan pendaftaran aku sebab nak pergi rehat, katanya. It's okay, kak. Settle mine first, monologku di dalam hati.
Cara mendaftar pengundi di pejabat pos.
- Ambil nombor giliran
- Tunggu sehingga nombor anda dipanggil
- Serahkan kad pengenalan kepada pegawai di kaunter
- Pegawai meneruskan proses pendaftaran
- Tunggu sehingga selesai
- Dapatkan slip pendaftaran sebelum beredar
Jadi, bila dah daftar, kena la semak.
Cara untuk semak daftar pemilih.
1. Pergi ke Portal Suruhanjaya Pilihanraya.
2. Skrol ke bawah sehingga nampak bar Perkhidmatan Dalam Talian di sebelah kanan. Tekan pada Semakan Daftar Pemilih.
4. Masukkan nombor kad pengenalan dan aksara captcha. Tadaaaa~~~
Disebabkan aku baru je daftar, maka maklumat sedang diproses la ceritanya. Kalau dah ready nanti, akan siap mention daerah mengundi, DUN, Parlimen dan Negeri.
Jadi, tunggu apa lagi? Kalau anda warganegara yang sudah berumur 21 tahun, segeralah mendaftar. Negara kita, tanggungjawab kita.
Sekian, iklan tak berbayar dari duta tak dibayar. Hihihi.
XOXO,
sheayang
Post a Comment