HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Sunday, July 27, 2014

#96 : Iklan Raya 2014

Bismillah.

Hi uols.

Menghitung masa nak sambut hari raya ke? Amboiiii... Puasa penuh, dak? Persiapan macamana? Harapnya sederhana je la ye. Membazir kan amalan syaithonnn...Tak gittew?

Daku masih di sini, di rumah mertua tercinta. Malam raya baru balik ke kampung halaman. Kampung sangatttt, kan! Eh, sukahati la. 

Tak meriah la raya kalau takde iklan raya yang best, kan?

Jom layan.








Yang lain korang cari la sendiri. Tapi iklan TM tu paling comel la sebab ada budak tu kot. Huhuhuhu... Kalau iklan paling touching, yang Nissan tu gamaknya. Paling style, iklan RTM. Walaupun RTM kannn... Ahahaha...

Dah, jom tido!

XOXO,
sheAYANG

Saturday, July 26, 2014

#95 : Puding Karamel

Bismillah.

Eh eh... Sedar tak sedar, dah nak raya la. Huhuhu... Seronok tak?

Gila tak seronok. Asal buka radio je, keluar lagu raya. Baru mood boleh datang. Walaupun, tak tau sempat rasa rendang ke tak. Harap-harap sempat la ye. Hehehehe...

Bila dah dekat nak raya ni la aku sibuk nak buat try and error ke atas bahan-bahan pastri di dapur, kononnnn....

Jadi, kekdahnya sebab terlebih masa terluang tu, aku cuba la buat Puding Karamel sebab setelah ku gugel dan YT kan, senang je nak buat rupanya. Maksud aku, bahan dia yang senang. Tapi berpeluh juga la aku duduk kat dapur sorang-sorang. Risau kot tak jadi, memang ke longkang diamnya. Ahakzzz...

Meh layan gambar dulu.

puding karamel sheayang
Mini

puding karamel sheayang
Sebelum diterbalikkan

Saja aku buat dalam bekas acuan muffin sebab nampak comel sikit kan. Pastu, tak rasa malu sangat la kalau nak makan tu ambil sorang satu. Tapi bila nak terbalikkan tu gak mencabar sikit. Korang fikir la sendiri camner k.

Resepi aku dapat dari Youtube TryMasak. Kalau tengok duration dia buat, memang kau akan rasa confident dapat siap cepat. Hakikatnya? Ahahaha...

Okay.

Bahan-bahan :
  • 2 biji telur
  • 200 liter susu segar
  • 1 senduk gula
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Mentega (sapu pada acuan)
Bahan untuk Gula Karamel :
  • 1 senduk gula
  • 2 atau 3 sudu besar air

Cara Penyediaan :

  1. Untuk membuat gula karamel, masukkan gula ke dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. 
  2. Kacau sehingga gula cair dan berwarna keperangan.
  3. Kecilkan api dan masukkan air. Lakukan dengan pantas supaya gula tak hangus.
  4. Kacau rata hingga gula sebati dan tutupkan api.
  5.  Sapukan mentega pada acuan dan kemudian masukkan gula tadi ke dalam acuan tersebut.
  6. Untuk membuat puding pula, masakkan susu segar dan gula di atas api yang kecil.
  7. Dalam bekas lain, masukkan telur dan esen vanilla dan kacau selama 10 saat. Boleh guna mixer atau blender.
  8. Masukkan adunan susu panas tadi dan gaul sebati bersama telur. 
  9. Perlahan-lahan curahkan adunan tadi ke dalam acuan.
  10. Kukus lebih kurang selama 40 minit atau sehingga masak.
  11. Setelah masak, biarkan seketika pada suhu bilik. Boleh juga diletakkan di dalam peti sejuk.


puding karamel sheayang
Hasil

puding karamel sheayang
Dua yang belakang tu cacat sikit

Jujurnya, hasil yang aku buat tadi agak pahit karamel tu mungkin sebab gula hangus kot. Huhuhu. Tapi takpe. Kita dah cuba, kan...

Korang plak, bila nak cuba?

XOXO,
sheAYANG

#94 : Kari Ayam Mudah Sangat Tajuknya

Bismillah.

Bila dah up entry masak-memasak, otomatik akan bersilih ganti resepinya. Kalau dah time malas tu, satu apa pun tak jadi. Huhuhu...

Tajuknya hari ni adalah Kari Ayam. Suami aku hari-hari dok pekik bila nak buat kari, yang. Bila nak masak kari, yang. Sampai aku naik rimas. Aku bab kari ni kureng sikit. Tak berapa suka nak makan kecuali kalau dengan roti canai.

Tapi, demi merealisasikan hajat suami, ku turutkan juga la. Memang first try dan dia suka! Ahakz. Alhamdulillah, harapnya pujian tu ikhlas lah ye.

Kari Ayam Mudah Sangat Tajuknya!

Walaupun sememeh rupanya, jangan dinilai rasanya. Eh!

Resepi ni aku ambil dan olah dari blog Khairul Abdullah. Memang sangat mudah dan takyah nak pening-pening kepala fikirkan bahan. Resepi ni untuk 2 orang makan. Jadi la kan. Nanti masak banyak-banyak membazir pula. Akhirnya ke dalam tong sampah!

Bahan-bahan : 

  • 500g ayam (bahagian dada)
  • 2 sudu besar serbuk kari ayam/daging
  • 1 biji bawang besar (hiris nipis)
  • 5 biji bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1 biji ubi kentang
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Minyak masak

Cara-cara :
  1. Panaskan kuali atau periuk dengan 3 sudu besar minyak masak.
  2. Tumis bawang besar dengan bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  3. Masukkan rempah kari, kacau cepat-cepat dalam satu minit dan tambah sedikit air untuk mencairkan sedikit masakan tadi.
  4. Kacau sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan kentang dan ayam. Kacau sebati.
  6. Biarkan seketika hingga ayam menjadi kecut dan kemudian tambahkan air. Boleh juga tambah santan jika mahu.
  7. Biarkan di atas api yang kecil selama lebih kurang 15 minint atau sehingga kentang empuk.
  8. Masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa.
  9. Siap!
Senang, kan?

Siapa kata masak tu susah?

Aku.

Dulu la. Zaman jahil dan malas ke dapur. Sekarang ni kalau malas, memang suami hadiahkan tapak kaki je. Ahakzzz... 

Okay. Selamat mencuba!

XOXO,
sheAYANG

Thursday, July 24, 2014

#93 : Sotong Bakar Ala Portugis

Bismillah.

Macam lama dah rasanya tak kongsi resepi. Amboi, macam la selalu sangat masak kan. Ahakz... Actually, dah lama buat juadah ni cuma nak upload tu agak kemalasan berganda kan. Ada je halangan nak menulis. Draft je yang bersusun.

Jadi, ini kalilah gua kasi gegar.

Sotong Bakar Ala Portugis Nan Hado
Nah, ambil gambar dulu. Walaupun tak seindah mana, eden torai. Ihikss...

Bahan-bahan :
  • 200 gram sotong
  • 5 batang kacang botor
  • Jus limau
  • 1 helai daun pisang
  • 3 sudu besar minyak
  • Aluminium Foil
Bahan-bahan (dikisar) :
  • 4 biji cili kering
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 inci belacan bakar
  • 1 batang serai
  • Garam

Cara-cara : 
  1. Tumis bahan yang telah dikisar dengan minyak dalam lebih kurang 5 minit.
  2. Masukkan jus limau dan tumis sehingga naik bau. Tutup api dan ketepikan.
  3. Hiris sotong dan kacang botor. Gaul dengan bahan yang ditumis sehingga sebati.
  4. Potong aluminium foil dan alas dengan daun pisang.
  5. Letakkan bahan yang telah digaul tadi ke dalam aluminium foil dan bungkus rapat.
  6. Bakar di atas api dalam lebih kurang 20 minit.
  7. Siap untuk dihidang!


P/S :
Kalau tak suka kacau botor, boleh ganti dengan bendi.
Kalau tak ada jus limau, boleh guna daun limau purut.
Boleh juga tambah lengkuas.
Seeloknya guna non stick frying pan.

Sebenarnya dah lupa ambil resepi ni kat mana. Bila tengok history plak, hilang semua. Ampunkan saya!

Selamat mencuba!

XOXO,
sheAYANG

#92 : Amalan Pembuka Pintu Rezeki

Bismillah.

Untuk perkongsian bersama.


XOXO,
sheAYANG

Wednesday, July 23, 2014

#91 : Iftar with Poms Giler!

Bismillah.

Syukur dah lepas 24 hari kita berpuasa. Penuh tak? Ahakz...

Ni cerita minggu lepas masa cuti Nuzul Quran. Planning memang last minute. Tempat pun pilih last minute. Semuanya serba last minute tapi Alhamdulillah. Berjalan lancar.



Gigih masing-masing meng-gugel tempat makan yang bakal dituju, siap map bagai. Hihihi...

Ikan jenahak, katanya.
Kerang bakar


Nasi lemak comel

Butter Prawn
Pencicah 


Sotong Goreng Tepung
Yang ni memang tak boleh blah. Sampai 3 pinggan hoccay! Estimated weight, 1.5 kg untuk 4 orang perempuan gila makan. Ahahahaha... 

Sambal
Ikan ni memang sedap buat sambal camni. First try and terus jatuh cinta. Next time wajib pesan lagi. Masa ni Asam Pedas Ikan Pari belum sampai, so tak sempat nak snap gambar. Asam Pedas dia pun memang terbaik kot!

Meja kosong

Kami tiba ke destinasi agak lewat,dalam pukul 7. Pilih-pilih ikan, sotong, udang dan siap dimasak, start makan almost at 8pm. Memang lama la kan kalau makan banyak tu. Pukul 9 lebih baru gerak balik. Hehehehe...

Total amount, rahsia. Keh3. 4 orang makan RM200++. Gila tak? Memang gila la. Sebab semua pun perempuan tapi bab melantak memang tak dapat control ye. Jadi-lah diri sendiri. Kih3...

Okay. Till then.

XOXO,
sheAYANG

#90 : Beg Hospital


Bismillah.

Kalau gua tiba-tiba beranak, mesti suami gua orang yang paling bengang sekali. Sebab apa?

Sebab Beg Hospital tak siap lagi. Ahahaha...

Jadi dengan itu, gua nak siapkan list ni. Bagi suami gua boleh tarik nafas lega sikit. Kang dua-dua kena tahan kat hospital, camner plak gayanye, kan?

Sumber : Pinterest

Beg Hospital Ibu
  • Buku Rawatan Merah
  • Kad Pengenalan
  • Guarantee Letter 
  • Telefon Bimbit
  • Baju / T-Shirt
  • Kain Batik 
  • Tudung / Skaf
  • Stoking
  • Baju Dalam / Seluar Dalam
  • Tuala Muka / Mandi
  • Peralatan Mandi
  • Bedak
  • Sikat
  • Maternity Pad 
  • Pad Biasa
  • Breast Pad
  • Baju Sejuk
  • Selipar
  • Beg Plastik Baju Kotor 
  • Minyak Angin / Urut 
  • Beg Pakaian 
  • Getah Rambut 
  • Disposable Panties (1set)

Bakul Hospital Ibu
  • Air Selusuh
  • Air Zam-Zam
  • Makanan / Minuman : ( Biskut/Roti/Milo 3in1)
  • Termos Panas
  • Majalah / Buku / Al-Quran
  • Tisu

Beg Hospital Baby 
  • Pampers New Born
  • Baju Siang / Malam (Panjang)
  • Seluar Siang / Malam (Panjang)
  • Mitten & Booties
  • Bedung
  • Barut
  • Topi 
  • Selimut
  • Tuala Mandi / Muka 
  • Baby Wipes, Baby Bath, Baby Shampoo, Baby Powder, Baby Lotion, Baby Oil 
  • Minyak Telon
  • Diaper Beg
  • Napkin 

Sumber : Pinterest

Get ready. Lagi berapa hari lagi ni. Huhuhu...

Till then.

XOXO,
sheAYANG

Tuesday, July 22, 2014

#89 : Ramadhan 2014

Bismillah.

Santapan mata, minda dan jiwa.

Comel je kan?

Nak follow? Scroll sampai bawah.
























Sumber : Aisha

XOXO,
sheAYANG

Sunday, July 13, 2014

#88 : Buatmu, Gaza.

Bismillah.

Source: Bocahupil

Aku percaya kita di Malaysia rasa amat terkesan dengan apa yang berlaku di Palestin baru-baru ini. Dalam bulan yang mulia ini mereka diuji dengan hebat sekali. Tatkala kita di Malaysia, bermewah-mewah dengan pelbagai juadah makanan berbuka puasa, mereka terhadap menadah telinga dengan bunyi bom sana-sini.

Ketika kita sedang berjalan membeli-belah baju baru di Jalan Tunku Abdul Rahman, mereka sedang melarikan diri dari bedilan bom dari puak Zionis.

Masih tak bersyukurkah kita?

Jangan la kata kita tak mampu. Walau RM1 cuma, amat besar maknanya pada mereka. Bersedekah besar ganjarannya, terutama dalam bulan Ramadhan. Ringankan tangan anda untuk ringankan beban mereka. 

Duit memang tak mampu beli nyawa. Tapi jangan biarkan mereka terus berduka.

Jangan hanya momokan sekadar di Facebook, Twitter dan Instagram sahaja. Buatlah sesuatu mengikut kemampuan anda. Selain sedekah wang, sedekahkan juga doa buat mereka. Sesungguhnya doa itu adalah senjata buat orang mukmin.

Allah tahu apa yang kita buat. Allah tahu apa yang kita usahakan. Jangan takut. Abaikan kata-kata negatif dalam kepala otak. Biarkan cakap-cakap kosong orang keliling yang kuat menghentam. Sebab mereka tak tau.

Hari ini anda tolong mereka. Mungkin saat anda susah nanti, mereka akan datang bantu anda pula.

Mari menderma :

Muslim Care(Viva Palestine)
Maybank - 564490211159

MUSLIM CARE MALAYSIA
Bank Rakyat : 14010007654717
RHB : 26-2120-0000-4747 
Bank Islam : 14014010147470 
Muamalat : 14010007654717 
CIMB : 14014010147470

AMAN PALESTIN BERHAD
Bank Islam : 12029010047880
Maybank : 562263010787
CIMB : 8600460353
Bank Muamalat : 12070005133717
RHB Bank : 21245760004907
Bank Rakyat : 220806195922

AQSA SYARIF BERHAD
Maybank : 551575004299
Bank Islam : 12 092 01 003490 4

CARA SMS: 
Taip PALESTIN RM10 / RM5 / RM3 / RM1 dan hantarkan ke 39111 . Contoh : PALESTIN RM10

#SaveGaza
#SavePalestine
#PrayForGaza
#PrayForPalestine

Salam Sayang,
sheAYANG

Saturday, July 12, 2014

#87 : Checklist Barang Keperluan Ibu dan Bayi (Part 2)


Bismillah.

Bila barang keperluan bayi dah kira settle, baru la hati lega sikit. Sikit je la. 

Habis tu barang kita para ibu ni camner plak kan? Takkan si bapak nak buat derkkkk je!

Mari tengok barang apa yang tak ready lagi.


Barangan Asas Untuk Ibu & Keperluan Berpantang
  • Set Selepas Bersalin : Jenama NR, Shaklee
  • Bengkung
  • Tungku
  • Baju Sejuk  
  • Tuam / Tungku Baby : Untuk baby kalau kembung perut (X)
  • Selipar
  • Kain Batik
  • Maternity Pad : Jenama Pureen
  • Nursing Bra
  • Breast Pad
  • Stoking
  • Minyak Urut
  • Tuala Mandi
  • Air Zam-Zam / Selusuh

Perghhh... Nasib baik sikit je list barang untuk ibu. Hehehehe.

Alhamdulillah, almost done nampaknya tu.

Apapun kena double triple quadruple check balik mana la tau kot-kot ada yang tercicir. Ahakz.

Till then.

XOXO,
sheAYANG

#86 : Checklist Barang Keperluan Ibu dan Bayi (Part 1)

Bismillah.

Sedar tak sedar dalam 8 bulan gua kendong benih dari suami yang semakin membesar dalam rahim ni. Hahahah...

Persediaan nak sambut 'dia' keluar tu ala kadar je nampaknya. Memandangkan gua ada dua orang kakak yang dah berpengalaman, jadi, banyak la harta pusaka yang akan sampai ke tangan gua.

Tapi, sebagai yang pertama bagi gua, gua mesti nak yang terbaik dalam masa yang sama dapat mengekalkan kesederhanaan.

Sumber : MamaPeduli


Keperluan Baby ( Pakaian )

  • Bakul Pakaian Bayi (X)
  • Baju Lengan Panjang @ Baju Malam
  • Baju Lengan Pendek @ Baju Harian
  • Seluar Panjang
  • Seluar Pendek
  • Baju Jalan-Jalan
  • Rompers & Jumpsuit
  • Mittens & Booties
  • Bonnet @ Topi
  • Baby Bib (X)
  • Barut
  • Bedung
  • Sapu Tangan – 100% cotton supaya kulit baby tak melecet

Diapering

  • Napkin
  • Baby Pin (X)
  • Diapers @ Lampin Pakai Buang
  • Wet Tissue
  • Changing Mat (X)
  • Nappy Liners 
  • Baldi Dan Bakul Untuk Lampin / Baju Kotor
  • Detergent Khas Pencuci Baju
  • Botol Sembur Air (X)

Baby Care & Grooming

  • Bakul Barang Mandian
  • Baby Bath
  • Baby Shampoo
  • Baby Powder
  • Baby Lotion
  • Baby Oil
  • Tab Mandian Bayi
  • Tuala Mandi
  • Tuala Muka
  • Bakul Barangan Grooming & Health Care (X) 
  • Minyak Telon
  • Nappy Rush Cream : Jenama Bepathen dan Melamine. Jenama Bepathen boleh juga guna sebagai nipple cream. (X)
  • Vicks (X)
  • Methylated Spirit - Alcohol 70% : cuci pusat sebelum tertanggal. Kebiasaannya yang ini dibekalkan oleh hospital. (X)
  • Gripe Water / Colic Water : Untuk kembung perut bayi (X)
  • Gunting Kecil (X)
  • Pemotong Kuku (X)
  • Nasal Aspirator - Yang ini untuk baby ketika baby kena selsema. (X)
  • Thermometer (X)
  • Sikat / Berus Rambut (X)
  • Toothbrush (X)
  • Cotton Bud : Cotton bud untuk baby dan yang biasa kita guna adalah berbeza
  • Cotton Ball (X)

Barangan Breastfeeding

  • Botol Susu
  • Puting
  • Berus Pembersih Botol (X)
  • Penyepit Botol (X)
  • Sterilising Tablet (X)
  • Cecair Pencuci Botol : Jenama Pureen (X)
  • Breast Pump Set
  • Cooler Bag Set : Storage Bottle & Ice Gel (X)
  • Warmer : Tempat menyimpan botol susu yang dah bancuh (X)
  • Bottle Sterilizer (X)
  • Storage Bottle (X)
  • Nursing Cover (X)
  • Nursing Bra 
  • Nursing Pad Washable
  • Nursing Pad Disposal
  • Thermos
  • Nipple Cream (X)

Nursering - Keperluan Tidur Baby

  • Set Tilam
  • Comforter
  • Kelambu @ Mosquito Net (X)
  • Baby Cot @ Play Pen

Kelengkapan Lain & Travel

  • Stroller (X)
  • Car Seat (X)
  • Baby Carrier (X)
  • Diapers Bag (X)
  • Mainan untuk Play Pen (X)
  • Bouncer(X)
  • Beg Baby (X)


Sumber : Blog Rabia Sensei

Ini baru barang baby, belum lagi barang ibunya. Bila dah list-kan macam ni, baru boleh nampak barang apa yang ada dan tak ada.

Sekali ko, terkejut beruk tengok banyak pangkah-pangkah tu. Ada je barang dalam senarai yang aku rasa tak perlu lagi beli buat masa sekarang. Pelan-pelan kayuh der!

Ada masa lagi tak ni? Ada duit lagi tak ni? Ahakz...

Till then.

XOXO,
sheAYANG

Friday, July 11, 2014

#85 : Set Berpantang pilihan-ku

Bismillah.

Ada beberapa minggu lagi sebelum melahirkan, inshaAllah.

Persiapan aku kira 60% sudah rapi.

Minggu lepas, set bersalin dah sampai. Order online melalui Kak Engku Bidan Bersalin. Aku percaya ramai dah customer dia ni. Servis pantas dan kesanggupan dia melayan karenah orang nak beranak ni. Huhuhu...

Aku pilih Set Berpantang Nona Roguy. Salah satu sebab adalah harga yang ditawarkan memang murah berbanding kat luar. Aku survey kat luar, untuk set yang sama, tak dapat bawah RM300.

Sebab lain, aku tengok testimoni orang lain agak memberangsangkan. Aku tau badan kita tak sama, tapi kalau orang lain kata bagus, apa salah kita cuba kan?

Parcel dah tiba.

Buku Panduan disediakan





Mintak ampun gambar banyak tunggang terbalik tak sempat nak rotate. Huhuhu...

Aku ambil set paling asas. Eh, memang ni je pun set yang ada. Tungku dan bengkung kena beli asing ye. Tapi kalau beli kat Kak Engku, ada juga pakej lain yang siap dengan tungku dan barut. Tengok pada bajet poket masing-masing ye.

Nasib lah aku ada dua orang kakak yang dah pernah bersalin. Sedikit sebanyak agak membantu juga dalam membuat pilihan. Benda macam ni kena banyak tanya sebab kita takde pengalaman. Bak kata orang tua, 'Malu bertanya, kok bentan nanti'. Ahakz.

Okay, aku tipu.

Dah dah, nanti kalau aku dah guna set ni, akan aku update plak kesannya okay.

Harap sabar menanti.

XOXO,
sheAYANG