HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Wednesday, January 13, 2021

Resolusi 2021

Bismillah.


Assalamualaikum & Salam PKP semua.


Photo by Vladislav Murashko from Pexels

Oh, Selamat Tahun Baru juga. Rasanya masih belum terlambat walaupun dah menjengah ke minggu ke-3 dalam bulan Januari.

It's better late than never, kan?

Dah lama tak menaip dengan panjang sambil memerah idea ni agak perit juga sebenarnya. Maklumlah, banyak benda nak fikir sampai resolusi tahun-tahun sebelum ni pun tak sempat nak capai. Hihihi. Kesian kan saya.

Sebelum nak tetapkan azam, korang kena tahu cara-caranya dulu. Tak boleh hentam nak letak je. Konon nak kurangkan berat 10kg tapi sampai akhir tahun berat naik 10kg lagi. Eh!

Haaa baca kat sini ---> Tips Buat Azam Baru

Untuk tahun ni, harapan saya memang sangat besar. Memang saya mengimpikan untuk all out tahun ni. All out cari duit, all out happykan family, all out untuk diri sendiri. Makanya, kalau saya kelihatan sedikit tak betul tu, itu bukanlah diri saya yang sebenar. Hahahaha.


KERJAYA

Dari segi kerja, memang aku akui tiada banyak beban atau masalah. Cumanya bila dah 5 tahun menghadap benda yang sama, sejujurnya aku agak bosan. Aku ada usulkan untuk tukar ke unit atau jabatan yang lain tapi belum ada yang mahu bertukar posisi dengan aku. Mungkin masing-masing sudah selesa di tempat sendiri.

Jadi, sementara belum ada apa-apa berita, aku akan pastikan kerja aku kekal tersusun dan kemas. Selain itu, aku akan memastikan kerja aku adalah fokus #1 bila aku di tempat kerja dan akan menjaga kualiti kerja supaya semakin bertambah baik, inshaAllah.


KEWANGAN

Bila sebut tentang kewangan, fokus aku tahun ni adalah untuk menyediakan dana kecemasan (emergency fund) untuk menampung perbelanjaan keluarga aku sekira terjadi apa-apa yang tak dijangka. Dana yang aku sasarkan ada 3 bulan gaji aku. Agak mustahil untuk aku capai azam ini pada tahun ni tapi kita cuba sampai jadi la. 

Selain itu, aku akan laburkan sedikit dari pendapatan ke dalam akaun unit amanah (unit trust) dan akaun emas (akan dibuka). Melabur merupakan sasaran kedua aku selepas dana kecemasan. Harapnya akaun emas tu akan segera muncul. Aamiinnn...

Tidak lupa untuk anak-anak, akaun ASB juga aku akan buka untuk mereka. Walaupun dividen tahun lepas nampak kurang memberangsangkan, ASB adalah tempat yang kita boleh disiplinkan diri kita untuk menyimpan. Jadi, apa salahnya?


KESIHATAN

Bagi yang follow aku dari awal, mesti tahu aku ada sejarah ekzema, dan masih ada sehingga ke hari ini. Pemakanan memang terpaksa disekat tanpa rela tapi kadang-kadang aku langgar juga. Food diary yang aku plan untuk buat pun sampai ke hari ni tak nampak bayang lagi. Mungkin aku tak akan proceed dengan food diary memandangkan aku dah dapat kawal apa yang trigger ekzema aku ni.

Aku akan beralih kepada penyediaan makanan yang berkhasiat untuk keluargaku, aku fikir itu lebih penting. Sebab aku percaya 'we are what we eat'. Kalau kita makan benda yang baik, inshaAllah baik la kita dan kesihatan kita, kan?

Taknak goreng lebih-lebih, aku harap tahun ni aku boleh buat paling tidak brisk walk dekat kawasan kediaman aku. Dapat jalan 1km seminggu pun dah kira pencapaian besar dalam hidup. Semoga dipermudahkan.


KEAGAMAAN

Bab yang ini harus aku menjadi lebih tegas dari biasa. To be a better muslimah is our main aim, I guess, jadi kena usaha keras ke arah itu. Aku akan usaha tapi aku juga perlu dorongan kamu semua. Tolong ingatkan aku jika aku terlupa, ya.

Solat fardhu must be on time but this is really hard since I have kiddos to take care of. Memang boleh ajak mereka solat bersama but you know dramas will be here and there. Kena tabah banyak ni.  Solat sunat itu ibarat bonus dan tak mustahil untuk aku lakukan seminggu sekali, sebagai permulaan.

Target seterusnya ialah untuk membaca Al-Quran setiap hari. Aku selitkan juga impian untuk menghafal makna-makna surah Juz Amma, mudah-mudahan senang untuk aku serap segala ilmu itu. 

Menutup aurat dengan sempurna. No further justification. ;)


KEIBUBAPAAN

Menjadi ibu kepada 3 orang anak ni memerlukan energy level yang sangat luar biasa. Nak tak nak, memang kena pantau aktiviti mereka yang sedang membesar dengan jayanya. Aku tidak menggunakan sebarang parenting method. I just go with my Asian parenting style je. Roarrrr! 

Aku ada baca beberapa buah buku tentang keibubapaan tapi aku rasa buku-buku itu terlalu membosankan. Ada yang boleh diaplikasi dan ada yang macam tak relevan. Jadi, aku akan mencari buku-buku yang boleh dibaca untuk meningkatkan ilmu dalam parenting. Sila hadiahkan saya buku ye. Hihihi. Dan sila cadangkan buku untuk saya baca.


BISNES

Buat masa sekarang ni, belum ada fokus pada mana-mana bisnes. Aku cuma jadi dropship untuk tudung Senjalawa, produk Bidara KY Empire dan minyak wangi MP Perfume. Boleh follow IG bisnes aku ye @thingsbyrimi

Aku juga baru berjinak-jinak dalam bidang pelaburan. Zaman sekarang ni kalau tiada sumber mata pencarian kedua, maknanya engkau dah cukup senang & selesa. Tapi tak semua orang berada dalam kasut yang sama dengan kau. Jadi, sesiapa yang berminat nak tahu tentang unit amanah boleh berhubung dengan aku di talian 016 3688 192.


BLOGGING

Aku tak meletakkan apa-apa target untuk blogging pun pada awalnya. Tapi bila aku tengok blogger-blogger lain dengan semangat yang berkobar-kobar, terus terfikir nak ada domain sendiri, nak apply Adsense dan jana income lebih. Who doesn't love money by the way?

Jadi, dari nasihat yang lebih pakar, aku akan tukar domain dulu. Pilih nama yang sesuai, kalau available, Alhamdulillah. Korang boleh je tolong suggestkan nama kan kan kan. Hihihi. 

InshaAllah juga akan tukar template blog seiring usia dan niche pilihan aku nanti, mudah-mudahan. Siapa ada tempat cantik-cantik, tolong share. Nak survey dan kumpul modal dulu.

Fokus untuk content yang berkualiti dan bermanfaat buat pembaca. Sekurang-kurangnya 2 blogpost sebulan. Doakan please!


SELF-CARE

Tak minta banyak pun kali ni. Ada Me-Time yang cukup sudah memadai bagi aku. Kalau boleh, nak ke salon, buat facial, body massage, shopping & tengok wayang. 

Selain tu, nak peruntukkan masa untuk develop hobi baru. Kali ni masih mengekalkan untuk membaca. Kan dah PKP, mana boleh merayap! 


RUMAH

Memandangkan dah start PKP, maka akan bermulalah projek-projek tergendala di rumah. Spring cleaning menjadi tajuk utama ye. Akan ku declutter bendaalah yang tak berguna. Muahahaha.

Kalau ada bajet lebih, inshaAllah nak proceed dengan projek Taman Mini. Mudah-mudahan.


Apa pula azam korang tahun 2021 ni? Jom kongsi!

xoxo,
sheayang


Post a Comment