HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Thursday, June 10, 2021

SUDIO NIO Pilihan Untuk Halwa Telinga Anda


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Bila buat carian tentang Wireless Earphone ni, memang dah banyak jenis yang masuk bakul Shopee. Tapi seru belum sampai untuk bayar sebab rasa tak jumpa lagi yang betul-betul berbaloi. Sehinggalah saya jumpa satu jenama ni yang ramai rakan bloggers pakai.

Sebelum nak beli, kena tahu apa kepentingan dan kegunaan wireless earphone ni dalam hidup kita. Macam saya, suka tengok Kdrama sambil layan anak-anak. Kalau pakai jenis yang berwayar tu, alamatnya memang asyik kena tarik je la dengan si comel kat rumah ni. 

Saya juga suka dengar podcast sambil buat kerja. Jadinya, memang sesuai la wireless earphone ni untuk saya. Tambah pula takde la drama tudung sememeh dek kerana nak adjust earphone, kan?

Sejak dah berjodoh dengan Sudio Nio ni kan, rasanya macam taknak lekang pula. Mudah betul kerja dibuatnya. Korang pun mesti nak tahu apa yang best sangat tu, kan?



Ada 4 saiz pilihan wing tip untuk keselesaan telinga anda 

Kenapa perlu ada sampai 4 saiz? Telinga kita ni bukanlah sama je saiznya. Jadi, wing tip ni diwujudkan untuk beri keselesaan maksimum bagi pengguna untuk menikmati bunyi. Kalau member nak pinjam earphone kita, boleh tukar ke wing tip yang bersesuaian dengan saiz telinga dia. Tapi, hampir mustahil la nak bagi pinjam, kan?


Teknologi Dwi Mikrofon

Bagi mereka yang selalu terlibat dalam mesyuarat atau kursus atas talian, wireless earphones ini sangat bermanfaat dan diperlukan. Teknologi dwi mikrofon akan menapis suara latar yang tidak perlu anda dengar. Jadi, suara utama akan kedengaran sangat jelas. 

Jangka Hayat Bateri Bertahan Sehingga 20 Jam

Feature ini memang nyata menambat hati. Kadang-kadang kita memang tiada masa yang banyak untuk mengecas peranti yang ada di rumah. Bila ada device yang baterinya boleh bertahan lama, memang automatik jadi teruja. 


Kawalan Panel Sentuh dan Pemadanan Bluetooth Secara Otomatik

Mula-mula macam tak berapa pasti cara penggunaannya. Tapi bila buka manual, baca sekali terus simpan manual. Punya senang nak gunakan Sudio Nio ni. Bagi yang berhijab terutamanya, kehadiran wireless earphone ni dengan kawalan panel sentuh ni wajib korang miliki. Nak pairing pun sangat mudah untuk pengguna Aindroid mahupun iOS.

4 Pilihan Warna Yang Menarik

Bagi memenuhi citarasa pelanggan yang pelbagai ni, Sudio Nio dihadirkan dengan warna Hitam, Putih, Sand dan Hijau. Pilihan warna ini sesuai untuk semua lapisan umur juga.



Bagi anda yang sedang mencari wireless earphones, jom saya share promo code yang korang boleh guna untuk dapatkan diskaun 15%.

PROMO CODE : SHEAYANG


Penghantaran adalah percuma dan warranty selama 3 tahun dengan Sudio Sphere. Boleh dapatkan Sudio Nio idaman anda di https://www.sudio.com/my/

Daaaa~~~


xoxo,
sheayang

2 comments: