HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Wednesday, February 22, 2017

Perkara Yang Saya Nak Lakukan Sebelum Bersalin


Bismillah.


Hi everyone. What a beautiful Wednesday morning. 

Setiap ibu mengandung mesti ada checklist nak buat itu, nak buat ini sebelum bersalin, kan? Aku tak terkecuali. Cuma mungkin nasib aku sedikit kurang baik. Tak tercapai nak buat, dah kena masuk wad LAGI. 

And this time will be until I deliver the baby. Stay strong Ayang!

Eh, taknak cerita part tu dulu. Lets see my checklist.

1) Balik kampung - Very important part yang kalau tak buat rasa kosongnya dunia. Kikiki. Since my due date is on 12/4/17, maka bertabahlah untuk tidak balik selagi baby tak keluar.

2) Babymoon - Pernah cakap dengan husband sebelum bersalin nak jalan-jalan kat KL, jumpa kawan-kawan lama dan enjoy. Siap survey hotel kat Times Square, my previous workplace lagi tu. Nasib baik tak book awal, kalau tak, melayang Ringgit Malaysia tanpa sengaja.

3) Baby Expo - Sepanjang 8 bulan pregnant, belum lagi jejak mana-mana baby expo. Kadang-kadang rasa macam tak perlu sebab boleh je recycle barang-barang Maryam. Tapi lebih kepada nak berjalan kot sebenarnya. Tak sedar diri tak larat, ada hati nak merayap lagi tu.

4) Melantak - Bila dah warded ni, harapan untuk kau dapat makan sedap-sedap akan totally musnah. Tak dapat nak pergi cafe-cafe hipster, apatah lagi menikmati suasana di luar sana. Wah, tragis gila ayat.

5) Menjahit - Aku ada plan nak jahit sarung tilam baby sendiri tapi kain pun tak cari lagi. Nak jahit apa kat hospital ni? Part ni mesti kena kecam dengan laki sendiri. I know, I know.

6) Yoga - Benda ni lama dah teringin nak buat. Tapi sebab banyak sangat masalah untuk pregnancy kali ni, aku jadi moral down. Dan bila aku buat research thru Google balik, ada poses dalam yoga yang sesuai untuk masalah aku ni. Too relax and bedrest pun tak best juga kan.

7) Rumah baru - hajat di hati nak involve 100% dalam planning, decorating and landscaping namun Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Biarlah aku chill-chill dulu  sebelum fikir masalah lain. Apa nak jadi dengan rumah tu, aku terpaksa serahkan bulat-bulat pada husband. 

8) Kerja - Hahaha. Tak sempat nak pass over sepenuhnya since nobody wants to replace me. Kalau boleh aku memang taknak ambil tau dah tapi atas rasa tanggungjawab tu, layankan saja kalau ada yang bertanya.

Okay. Tak sanggup nak list down lagi. Let me rest first. Hihihi...

XOXO,
sheayang

2 comments

March 9, 2017 at 11:13 AM

hopefully sis n bby sihat.. due date sis nak sama ngn akak... akak punya due date 11/4... Allah bg sis rehat kat wad tu... allah syg sis n bby... akak tak apa-apa plan mengandung kali ni, nak jln ke nak prepare brg bby ke, lg2 nk makan... xde apa yg nak makan... apa yg Allah bg akak terima seadanya.... kali ni langsung akak xde apa nk request ms mengandung... akak serah semua pd Allah susun yg terbaik pd akak n bby.... akak tak pk apa... selalu zikir sis, solat sunat taubat dan solat tahhajud kena buat dgn kerap... InsyaaAllah sis n bby ok...

May 4, 2017 at 3:17 PM

Shea..

Boleh tak siqah baru baca post ni? Maafkan saya 🙏

Jadinya, dapat buat tak semua checklist sebelum deliver? Nanti story okay! :)

Post a Comment