HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Wednesday, December 24, 2014

#PrayForPantaiTimur

Bismillah.

Sayu hati ni bila updates kat FB penuh dengan gambar insiden banjir kat pantai timur Malaysia. Walaupun tak berada di sana, turut terasa jugak tempiasnya. Dengar khabar, banjir dah merebak ke Perak dan Perlis. Wallahua'lam.


Cuma doa dapat kami titipkan buat saudara-saudari di sana. Bukan mudah untuk mengharungi dugaan ni. Kalau aku berada dalam situasi begitu, memang menangis je la kerjanya. 

Sesiapa yang memulakan hashtag #PrayForPantaiTimur ni, aku ucapkan jutaan tahniah. Anda telah menyatukan kembali rakyat Malaysia walau di mana kita berada.

Harap-harap tiada masalah dari segi penghantaran bantuan kerana menurut mesej Whatsapp yang aku terima, takde lagi jalan darat dapat digunakan di Kelantan untuk masuk ke sana. Sob sob... :'(


Semoga semuanya baik-baik saja. Aamiin...

XOXO,
sheAYANG


6 comments

December 24, 2014 at 3:19 PM

Amin....ti duduk kat terengganu pun bnjir gak ni..teruk gak..tak pernah macam ni sebelum ni..

December 24, 2014 at 3:46 PM

Amin..sedih tengok gambar-gamba. semoga Allah selamatkan mereka

December 24, 2014 at 10:05 PM

Sedih bila tengok kat tv..dengan anak kecil nya..Ya Allah..kalau la terjatuh hanyut cemana la...

December 28, 2014 at 4:01 PM

Camner keadaan kt sana ti?

December 28, 2014 at 8:00 PM

Memang sedih. Taktau la camner diorang hadapinya...
doakan mereka. InshaAllah. Amiinn... :)

December 28, 2014 at 8:01 PM

Tak dapat nak bayangkan. Dengan sejuknya lagi.Aduh.Allahuakbar...

Post a Comment