HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Monday, September 15, 2014

Cabaran 30 Hari [Hari 7] - Sejauh Mana Pendidikan Itu Penting Bagi SheAyang


Bismillah.

Seperti yang kita sedia maklum, sekarang ni ramai sangat anak-anak yang bijak. Bila dah ramai yang bijak, peluang nak masuk ke IPTA sangatlah tipis. Bila dah tipis, banyak plak la IPTS yang tumbuh mencanak. Nak taknak, anak-anak yang bijak ni terpaksa la sambung pelajaran di IPTS dengan kos yuran yang agak mahal.

Takpe la. Asalkan ada sijil yang diiktiraf, inshaAllah dapat kerja yang bagus.

Sumber : Google

Eh, cerita pasal pendidikan ni, ada 2 kategori; Formal dan Tak Formal. 

Yang formal ni, biasa la, kita pergi sekolah dan belajar. Lepas tu sambung dekat kolej/Universiti ambil Diploma, Ijazah, Master, pHd. Yang part Tak formal ni termasuklah belajar agama, memasak, menjahit dan lain-lain kemahiran.

Bagi aku, dua-dua pendidikan ni kena seimbang, barulah kita boleh digelar insan yang berjaya. Dalam kita mengejar kesenangan di dunia dengan bekerja menggunakan ilmu formal yang kita dapat, kesenangan di akhirat pun kita kena titikberatkan.

Jadi, sememangnya pendidikan amat penting kerana ilmu ni jugala aset kita di sana nanti.

Sekian saja ceramah saya, Ustazah SheAyang pada hari ni. Hehehhe. OH, dulu hajat tak kesampaian nak sambung belajar kat sekolah agama. Sedih! Dah tua-tua gini kena la rajin pergi usrah. Doakan daku!

#Cabaran30Hari
#KelabBloggerBenAshaari

XOXO,
sheAYANG