HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Sunday, September 21, 2014

Cabaran 30 Hari [Hari 12] - 5 Wishlist SheAyang

Bismillah.

Menaip entry pada hari Ahad yang hening ni terasa agak mengantuk. Maklum la hari minggu ni sedap tidur je. Tapi kalau asyik tidur je, bosan gak. Basau badan. Tapi layankan aje la.

Sebut pasal Wishlist ni, pasti akan jadi entry yang panjang berjela. Nasib baik mintak 5 je. Hehehe. 

Meh cekidaut!


1.  Breastpump.
Sangat-sangat diperlukan ketika ini. Memang dah ada 1 sekarang ni tapi itu pun kakak aku punya. Kalau dapat Medela FreeStyle, memang terbaik la. Tak dapat Medela, pump eletrik yang lain pun okay. Janji senyap! *kena fikir habis-habis dulu sebelum beli.*


2.  Rumah Semi-D setingkat.
Jauh lagi hala tujunya ni tapi merancang kan lebih elok. Selebihnya usaha dan tawakkal je la. Kenapa Semi-D? Sebab ada tanah. Dengan tanah tu, boleh buat macam-macam. Boleh tanam bunga, tanam sayur, pokok-pokok, boleh tambah bilik lagi satu, boleh besarkan dapur. Kan kan kan? Ada sesiapa nak hadiahkan tak? Hik hik hik.


3.  Set bilik tidur untuk Maryam.
Tak keruan aku nak pilih bedroom set kat Google ni. Kalau dapat ni, memang aku orang yang paling bahagia. Dan aku pasti Maryam pun akan gembira sama. Gittew. Overkan maknya! Cuba cakap dengan aku, mak mana yang taknak benda yang terbaik untuk anak dia? *Babah, boleh bagi Maryam yang ni tak? Please Babah!*


4.  Percutian ke Maldives.
Aku pun tak tau kenapa aku pilih Maldives. Sebab tiap kali ada soalan pasal percutian idaman, otomatik memang aku akan jawab tempat ni. Sedangkan aku sendiri tak tau camner rupa Maldives tu. Iya la, kata tak pernah pergi, camner nak tau, kan? Tapi Google kan adaaa...


5.  Membeli-belah di Ikea.
Serius! Tolong la sesiapa bawa aku. Asyik tengok katalog je, geram tau tak! Ahahaha...

Alahai, bapak sedih wishlist aku ni bila baca balik. Yang last sekali tu yang sedih. Hik hik hik. Tapi tu la, bukan semua yang kita nak boleh dapat dalam sekelip mata. Semuanya perlukan pengorbanan terutama poket. :)

Cuma, jangan nak risau sangat, nak fikir sangat. Allah tu Maha Adil. Kena tunggu je lambat atau cepat impian akan terlaksana. Bersabarlah!

#Cabaran30Hari
#KelabBloggerBenAshaari

XOXO,
sheAYANG