HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Friday, September 19, 2014

Cabaran 30 Hari [Hari 11] - Kenangan Lucu Zaman Kanak-Kanak


Bismillah.

Bila baca topik ni, tiba-tiba tersenyum sorang-sorang. Walaupun hakikatnya otak tengah ligat fikir nak taip apa. Aduhai. Nak me'recall' kisah lampau ni yang perit sikit ni. Memori tak berapa bagus la.

Haaa... Dapat dah.

Tapi kalau tulis kang meleret-leret jadinya. Boleh buat novel. Huhuhu. Jadi, aku tulis point-point yang penting je la ye.

Aku rasa masa tu aku darjah 6. Masa sekolah petang (baca : Ko-Kurikulum), aku stayback la. Nak balik rumah, malas. Bukan ada orang pun.

Aku dengan kawan decide nak pergi kedai kat bawah nak beli stok kunyah-kunyah. *sekolah aku atas bukit*

Lalu, kami pun memulakan perjalanan. Sedang kami berbual-bual, kami dengar ada bunyi tapak kaki dekat sangat dengan kami. Seraya kami menoleh ke belakang. Tak nampak apa!

Kemudian kami tunduk pula ke bawah sikit, lalu secara otomatiknya kami buka langkah seribu.

ANJINGGGGGGG....

Jerit kami.

Sedar diri ini bukan seorang atlet maka aku dengan tindakan bijak telah membuat U-Turn setelah membuat larian sejauh 20 meter. *bijak kan?*

Anjing tersebut terus mengejar kawan aku namun malangnya kawan aku dapat meloloskan diri dengan memanjat tangga Dewan Orangramai kat kawasan tu. Aku syak anjing tu malas nak naik tangga. Jadi dia biarkan kawan aku tu.

Maka, terselamat la kami berdua lalu berdekah la ketawa kami dan berjalan la kami ke kedai untuk membeli jajan.

Pengalaman lucu yang memenatkan atau Pengalaman pahit yang melucukan? Dua-dua pun aku terima.

#Cabaran30Hari
#KelabBloggerBenAshaari

XOXO,
sheAYANG