HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Friday, August 22, 2014

Hari Berkabung Malaysia

Bismillah.

Aku baru lepas tengok siaran langsung upacara istiadat penghormatan jenazah tragedi MH17. Masih lagi mengikuti apa yang akan ditayangkan seterusnya. Masih lagi rasa pilu melihat setiap keranda yang diusung tadi walaupun sekadar menonton di kaca televisyen saja.


Apa yang berlaku ni memang ketentuan dariNya. Kita tak mampu nak menidakkan ia kerana pasti ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Aku nampak rakyat Malaysia yang bersatu hati saat negara dilanda musibah. Dari sisi itu, aku bersyukur dilahirkan di Malaysia. Alhamdulillah. 

Berkabung.

Berkabung. Walaupun aku tidak kenal sesiapa antara mangsa yang terlibat dengan tragedi itu, jauh di sudut hati tetap merasa sedih. Terbayang jika perkara sama berlaku pada ahli keluarga sendiri. Nauzubillah minta dijauhkan. Manusia, takkan terlepas untuk berasa simpati. Itu normal.


Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita. Sama-sama kita doakan agar roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Buat yang bukan beragama Islam, rest in peace!

#PrayForMH17
#HariBerkabung
#22Ogos2014

Salam,
sheAYANG